
Tahiyat (tasyahhud) ialah bacaan ketika duduk selepas rakaat kedua dan pada rakaat terakhir solat. Tahiyat akhir dan duduknya ialah rukun solat, manakala tahiyat awal dan duduknya sunat ab‘ad.1,2 Walaupun dibaca setiap kali solat, ramai yang masih keliru tentang perkara asasnya: di mana tahiyat awal berhenti, bila jari telunjuk diangkat, dan apa beza duduk tahiyat awal dengan tahiyat akhir.
Panduan ini menyediakan bacaan tahiyat akhir dan tahiyat awal dalam tulisan Arab, rumi dan maksud, berserta audio, cara duduk dan isyarat jari yang betul, serta hukum yang berkaitan menurut mazhab Syafi’e.
Mula dari Mana?
- Mahu terus membaca? Ke bacaan tahiyat awal atau bacaan tahiyat akhir.
- Keliru cara duduk dan jari? Lihat cara duduk dan isyarat jari telunjuk.
- Tertinggal tahiyat awal tadi? Semak apa yang perlu dibuat.



