PANDUAN SOLAT TARAWIH (Niat, Cara, Doa Tarawih Rumi & PDF)

Tatacara lengkap solat Tarawih: niat, cara 8 atau 20 rakaat (2 rakaat satu salam), doa selepas Tarawih dan Doa Kamilin rumi, serta Witir.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 3 November 2026
cara solat tarawih sendiri di rumah

Panduan solat Tarawih ini menerangkan cara mengerjakannya di rumah secara langkah demi langkah, bermula daripada niat dan bilangan rakaat hingga doa selepas Tarawih (Doa Kamilin) dan Witir. Panduan untuk yang solat di masjid turut disediakan.

Setiap bacaan disertakan teks Arab, transliterasi rumi, maksud dan audio. Hukum-hakam dijelaskan menurut Mazhab Syafi’e yang lazim diamalkan di Malaysia, termasuk panduan khas untuk wanita dan untuk yang mengimamkan keluarga.

Jika anda baru belajar, 8 rakaat sudah memadai sebagai permulaan. Yang penting, setiap dua rakaat diakhiri dengan salam dan dikerjakan dengan tenang.

Ringkasan

Tarawih boleh dikerjakan di rumah, seorang diri atau bersama keluarga. Caranya dua rakaat, satu salam, diulang sehingga cukup 8 atau 20 rakaat, kemudian ditutup dengan Witir.

  1. Waktu: Selepas solat fardu Isyak hingga sebelum masuk Subuh. Di rumah, anda boleh memilih masa yang sesuai, termasuk lewat malam.
  2. Niat: Dalam hati ketika takbiratul ihram, pada setiap dua rakaat: Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā.
  3. Setiap dua rakaat: Sama seperti solat sunat biasa. Bacaan al-Fatihah dan surah sunat dinyaringkan.
  4. Selepas setiap empat rakaat: Berehat seketika dan isi dengan zikir, selawat atau doa.
  5. Penutup: Doa Kamilin, kemudian Witir. Lazimnya 3 rakaat: dua rakaat satu salam, kemudian satu rakaat satu salam.

Penting: Empat rakaat dengan satu salam tidak sah sebagai Tarawih dalam mazhab Syafi’e. Pastikan setiap dua rakaat diakhiri dengan salam.

Mahu salinan untuk dibawa ke masjid? Dapatkan PDF panduan ini secara percuma melalui emel.

Pilih niat andaBersendirianImamMakmum

Niat Solat Sunat Tarawih Bersendirian

Gunakan lafaz ini jika anda solat seorang diri, sama ada di rumah atau di masjid. Hadirkan niat ini ketika takbiratul ihram pada setiap dua rakaat.

Bersendirian

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Sunat Tarawih Secara Berjemaah

Jika anda mengimamkan keluarga di rumah, gunakan niat imam. Jika anda menjadi makmum, sama ada di rumah atau di masjid, gunakan niat makmum. Makmum bertakbir selepas imam bertakbir.

Niat Solat Tarawih Sebagai Imam

Bagi ketua keluarga, atau sesiapa yang mengimamkan solat di rumah:

Imam

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini imāman lillāhi ta‘ālā

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Niat Solat Tarawih Sebagai Makmum

Bagi yang mengikut imam, di rumah atau di masjid:

Makmum

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini ma’mūman lillāhi ta‘ālā

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Nota Niat

Niat sebenar ialah dalam hati, dan mesti hadir ketika takbiratul ihram. Lafaz di atas sekadar membantu. Jika anda berniat dalam bahasa Melayu di dalam hati, seperti “Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”, niat itu sah.

Satu pusingan (tarwīḥah) = 4 rakaat

  1. 2 rakaatNiat, solat, salam
  2. 2 rakaatNiat, solat, salam
  3. Rehat seketikaSelawat dan doa antara Tarawih

8 rakaat ulang 2 pusingan20 rakaat ulang 5 pusingan

Penutup malam

  1. Doa KamilinSelepas salam terakhir Tarawih
  2. Witir 3 rakaat2 rakaat salam, kemudian 1 rakaat salam. Qunut mulai malam ke-16
  3. Wirid dan doa penutupSelesai untuk malam itu

Susunan Solat Tarawih dari Awal hingga Akhir

  1. Selesaikan solat fardu Isyak. Tarawih tidak sah sebelum Isyak. Isyak boleh dikerjakan berjemaah bersama keluarga.
  2. Sediakan tempat dan diri. Berwuduk, tutup aurat dan menghadap kiblat. Jika mahu membaca dari mushaf atau telefon, letakkan di tempat yang mudah dilihat.
  3. Berniat Tarawih dua rakaat. Lafaz niat untuk bersendirian, imam dan makmum ada di bahagian Niat.
  4. Kerjakan dua rakaat seperti solat sunat biasa, kemudian beri salam. Bacaan al-Fatihah dan surah sunat dinyaringkan. Bacaan bagi setiap pergerakan ada di bahagian Bacaan Lengkap Setiap 2 Rakaat.
  5. Kerjakan dua rakaat seterusnya dengan niat yang sama. Ini melengkapkan satu pusingan empat rakaat.
  6. Berehat seketika. Isilah dengan zikir, istighfar, selawat atau doa antara Tarawih.
  7. Ulang pusingan sehingga cukup 8 rakaat (2 pusingan) atau 20 rakaat (5 pusingan).
  8. Baca Doa Kamilin selepas salam terakhir Tarawih.
  9. Solat Witir, kemudian baca wirid dan doa penutup. Jika anda mahu bangun bertahajjud, Witir boleh ditangguhkan ke akhir malam.

Perhatian

Jangan gabungkan empat rakaat dengan satu salam. Dalam mazhab Syafi’e, Tarawih mesti dikerjakan dua rakaat satu salam. Jika empat rakaat dibuat dengan satu salam, ia tidak sah sebagai Tarawih.1

Rukun Tarawih sama seperti rukun solat sunat yang lain. Selawat, zikir dan doa di antara rakaat bukan rukun atau syarat. Ia sekadar mengisi waktu rehat dengan ibadah.

Tip untuk yang Baru Belajar

  • Kira pusingan selepas setiap salam, contohnya dengan jari atau tasbih, supaya tidak terlupa sudah berapa rakaat.
  • Ragu dalam solat sama ada di rakaat pertama atau kedua? Ambil bilangan yang lebih sedikit kerana itulah yang yakin, sempurnakan, kemudian sujud sahwi sebelum salam.2
  • Belum hafal banyak surah? Baca surah pendek yang anda hafal. Anda juga boleh membaca dari mushaf atau telefon yang diletakkan di hadapan.3
  • Penat selepas Isyak? Tarawih boleh dikerjakan lewat malam, termasuk selepas tidur, asalkan sebelum masuk Subuh.
Infografik panduan solat Tarawih di rumah: 7 langkah dari Isyak, niat setiap 2 rakaat, pusingan 4 rakaat, Doa Kamilin hingga Witir
Ringkasan visual panduan ini. Ketik gambar untuk paparan penuh, atau simpan untuk rujukan sepanjang Ramadan.

Bacaan Solat Tarawih Setiap 2 Rakaat (Arab, Rumi & Audio)

Rujukan Pantas: Bacaan Setiap Pergerakan

PergerakanBacaan
Takbiratul ihramAllāhu akbar, dengan niat dalam hati
Doa iftitah (sunat)Allāhu akbar kabīrā…
BerdiriAl-Fatihah (wajib), kemudian surah (sunat)
RukukSubḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)
IktidalSami‘allāhu liman ḥamidah. Rabbanā lakal-ḥamd
SujudSubḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Duduk antara dua sujudRabbighfirlī warḥamnī wajburnī…
Sujud keduaSama seperti sujud pertama
Rakaat keduaUlang dari al-Fatihah hingga sujud kedua
Tahiyat akhirAt-taḥiyyātu… dan selawat ke atas Nabi ﷺ
SalamAssalāmu‘alaikum wa raḥmatullāh, ke kanan dan ke kiri

Butiran setiap langkah, dengan tulisan Arab, rumi, maksud dan audio, ada di bawah.

Sudah tahu cara solat? Lompat keDoa Antara RakaatDoa KamilinWitir

Rakaat Pertama

1

Solat Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram dan Niat

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir Solat
Tangan diangkat sehingga separas telinga semasa takbiratul ihram

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tarawih dalam hati seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣollī Sunnatat-Tarawihi Rak‘ataini Lillāhi Ta‘ālā

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu:

“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”

Nota

  • Lafaz niat untuk bersendirian, makmum dan imam ada di bahagian Niat. Pilih yang sesuai dengan keadaan anda.
  • Lafaz niat boleh dibaca sebelum takbir untuk membantu, tetapi niat dalam hati mesti hadir ketika takbiratul ihram.

2

Kemudian, Bacalah Doa Iftitah

Letak tangan di atas perut selepas iftitah

Selesai takbiratul ihram, letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, di bawah dada dan di atas pusat.

Solat sunat boleh terus membaca al Fatihah tanpa terlebih dahulu membaca Doa Iftitah. Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (mendapat pahala membacanya)

Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:

اللّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Allāhu Akbaru Kabīrāw Wal-Ḥamdu Lillāhi Kathīrāw Wa Subḥānal-Lāhi Bukrataw Wa Aṣīlā. Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faṭaras-Samāwāti Wal-Arḍa Ḥanīfan Muslimāw Wa Mā Anā Minal-Mushrikīn. Inna Ṣalātī Wa Nusukī Wa Maḥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Lā Sharīka Lahū Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal-Muslimīn.



Maksud Bacaan

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.


3

Membaca Surah al-Fatihah.

Kemudian, bacalah Surah Al Fatihah

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Surah al-Fatihah adalah seperti berikut:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


4

Kemudian, Bacalah Surah Lazim Selepas al-Fatihah

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran. Secara umumnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Anda bebas membaca mana-mana sahaja surah selepas al-Fatihah.

Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

Surah Al-Kafirun

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn



Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Cadangan Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Namun sebagai cadangan, surah-surah berikut biasanya dibacakan dalam Solat Tarawih 8 rakaat:

  1. Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  2. Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  3. Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  4. Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rujukan lanjutSusunan Surah Solat Tarawih 8 dan 20 RakaatSusunan surah lazim untuk setiap rakaat, mudah diikuti sepanjang Ramadan


5

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


6

Kemudian Bangun Iktidal

Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk sambil membaca Sami‘allāhu liman ḥamidah. Apabila sudah berdiri tegak (iktidal), baca Rabbanā lakal-ḥamd.

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami‘allāhu liman ḥamidah. Rabbanā lakal-ḥamd

Audio ini hanya memperdengarkan Sami‘allāhu liman ḥamidah. Setelah berdiri tegak, sambung dengan Rabbanā lakal-ḥamd.



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji.”


7

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


8

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

Bangkit dari sujud sambil bertakbir, kemudian duduk di antara dua sujud dengan tenang (tomakninah).

Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


9

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


10

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Selepas sujud kedua, sunat duduk sebentar sebelum bangun ke rakaat kedua. Duduk ini dinamakan duduk istirahah.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk Istirahat

Tiada bacaan khusus ketika duduk istirahah.

Rakaat pertama selesai

Rakaat Kedua

11

Bangun ke Rakaat Kedua Sambil Bertakbir

Bangun ke rakaat kedua sambil bertakbir. Takbir ini dimulakan ketika mengangkat kepala dari sujud dan dipanjangkan sehingga anda berdiri.

(Takbir ini dinamakan takbir intiqal, iaitu takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain.)

Takbir intiqalat

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!


12

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan juga surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


13

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.

Surah Al-Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad



Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.


14

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


15

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Bangun dari rukuk sambil membaca Sami‘allāhu liman ḥamidah. Apabila sudah berdiri tegak (iktidal), baca Rabbanā lakal-ḥamd.

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami‘allāhu liman ḥamidah. Rabbanā lakal-ḥamd

Audio ini hanya memperdengarkan Sami‘allāhu liman ḥamidah. Setelah berdiri tegak, sambung dengan Rabbanā lakal-ḥamd.



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji.”


16

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


17

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


18

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


19

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyyat Akhir 

Posisi atau cara tahiyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.



Maksud Bacaan

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia


20

Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam

Akhiri solat dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah



Maksud Bacaan

Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.


21

Selesai dua rakaat dengan memberi salam, lakukan lagi dua rakaat. Begitulah dilakukan Solat Tarawih 2 rakaat demi 2 rakaat sehingga mencukupi bilangan 8 atau 20 rakaat.

Untuk rakaat 3-4, 5-6 dan seterusnya hingga cukup 8 atau 20 rakaat, caranya sama seperti langkah 1 hingga 20 di atas. Yang berbeza hanyalah surah yang dibaca, jika anda mahu menukarnya.

Perhatian

  • Selepas setiap empat rakaat, kebanyakan masjid mengisi rehat dengan selawat dan Doa Antara Tarawih. Amalan ini harus sebagai zikir ketika berehat, tetapi bukan rukun atau syarat Tarawih.
  • Bagi 8 rakaat, ia dibaca sekali selepas rakaat keempat. Bagi 20 rakaat, ia dibaca selepas setiap empat rakaat.

SeterusnyaDoa Antara RakaatDoa KamilinWitir

Doa Antara Tarawih (Selepas Setiap 4 Rakaat)

Doa ini lazim dibaca selepas setiap empat rakaat, iaitu selepas dua kali salam, sama ada di rumah atau di masjid. Di rumah, imam boleh membacanya dengan kuat dan keluarga mengaminkan, atau masing-masing membacanya sendiri. Ia harus dibaca sebagai doa ketika berehat, dan bukan sebahagian daripada Tarawih.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِينَا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm, allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūdzu bika min sakhaṭika wan-nār, allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun, tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā, wa ‘an wālidiynā, wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, birahmatika yā arḥamar-rāḥimīn, wa ṣollallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammad, wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi wa bāraka wa sallam.

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat Baginda.

Doa Kamilin (Doa Selepas Solat Tarawih)

Selepas salam pada rakaat Tarawih yang terakhir, bacalah doa ini. Doa ini dikenali sebagai Doa Kamilin.4

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

  اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا  بِالْإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنَ وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ.

 وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ وَبِالْـهُـدٰى مُتَمَسِّكِيْنَ وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ وَفِى الْاٰخِرَةِ رَاغِبِيْنَ وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ.

 وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ وَعَلَى الْبَلَايَا صَابِرِيْنَ. وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ وَاِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ وَعَلَى سَرِيْرِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ وَبِحُوْرٍ عِيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ اٰكِلِيْنَ وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبِيْنَ. بِأَكْوَابٍ وَاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا فِى هٰذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ وَلاَ تَجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنَ الْاَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِيْنَ إِلٰـهَنَا  عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرِ اللّٰهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِإِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهْلِ بَيْتِنَا.

 وَلِأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَائِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِينَ وَالْمُقِيمِينَ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ يَا مُـجِيبَ السَّائِلِينَ وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِـخَـيْرِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn, waṣ-ṣalātu was-salāmu ‘alā asyrafil-anbiyā’i wal-mursalīn, sayyidinā Muḥammadin wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī ajma‘īn.

Allāhummaj‘alnā bil-īmāni kāmilīn, wa li farā’iḍika mu’addīn, wa liṣ-ṣalāti ḥāfiẓīn, wa liz-zakāti fā‘ilīn, wa limā ‘indaka ṭālibīn, wa li ‘afwika rājīn, wa bil-hudā mutamassikīn, wa ‘anil-laghwi mu‘riḍīn, wa fid-dunyā zāhidīn, wa fil-ākhirati rāghibīn, wa bil-qaḍā’i rāḍīn, wa bin-nu‘amā’i syākirīn, wa ‘alal-balāyā ṣābirīn.

Wa taḥta liwā’i sayyidinā Muḥammadin ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama yaumal-qiyāmati sā’irīn, wa ilal-ḥauḍi wāridīn, wa fil-jannati dākhilīn, wa ‘alā sarīril-karāmati qā‘idīn, wa bi ḥūrin ‘īnin mutazawwijīn, wa min sundusin wa istabraqin wa dībājin mutalabbisīn, wa min ṭa‘āmil-jannati ākilīn, wa min labanin wa ‘asalin muṣaffaini syāribīn, bi akwābin wa abārīqa wa ka’sin min ma‘īn, ma‘al-ladzīna an‘amta ‘alaihim minan-nabiyyīna waṣ-ṣiddīqīna wasy-syuhadā’i waṣ-ṣāliḥīn.

Allāhummaj‘alnā fī hādzihil-lailatisy-syahrisy-syarīfatil-mubārakati minas-su‘adā’il-maqbūlīn, wa lā taj‘alnallāhumma minal-asyqiyā’il-mardūdīn. Ilāhanā ‘āfinā wa‘fu ‘annā, waghfirillāhumma lanā wa li wālidīnā wa li ummahātinā wa li ikhwāninā wa li akhawātinā wa li azwājinā wa li ahli baitinā wa li ajdādinā wa li jaddātinā wa li masyā’ikhinā wa li mu‘allimīnā wa li jamī‘il-muslimīna wal-muslimāti wal-mu’minīna wal-mu’mināt, al-aḥyā’i minhum wal-amwāt.

Waktubillāhummas-salāmata wal-‘āfiyata ‘alainā wa ‘alā ‘abīdikal-ḥujjāji wal-ghuzāti waz-zuwwāri wal-musāfirīna wal-muqīmīna fil-barri wal-baḥri minal-muslimīn. Wa qinā syarraẓ-ẓālimīn, wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn, yā mujības-sā’ilīn. Wakhtim lanā yā rabbanā minka bi khairin yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā khairi khalqihī Muḥammadin wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn.


Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi dan rasul yang paling mulia, junjungan kami Nabi Muhammad, serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sempurna imannya, yang menunaikan kewajipan-kewajipan-Mu, yang memelihara solat, yang menunaikan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan kemaafan-Mu, yang berpegang teguh dengan petunjuk, yang berpaling daripada perkara sia-sia, yang zuhud terhadap dunia, yang cinta kepada akhirat, yang reda dengan ketentuan-Mu, yang bersyukur atas nikmat-Mu dan yang sabar menghadapi ujian.

Jadikanlah kami pada hari kiamat berjalan di bawah panji junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, sampai ke telaga Baginda, masuk ke dalam syurga, duduk di atas takhta kemuliaan, dikahwinkan dengan bidadari, berpakaian sutera halus, sutera tebal dan sutera bersulam, makan makanan syurga, serta minum susu dan madu yang jernih dengan gelas, cerek dan piala dari mata air yang mengalir, bersama orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat dari kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami pada malam bulan yang mulia lagi diberkati ini dalam golongan yang berbahagia dan diterima amalannya, dan janganlah Engkau jadikan kami dalam golongan yang celaka dan ditolak amalannya. Wahai Tuhan kami, sejahterakanlah kami dan maafkanlah kami. Ampunilah kami, ya Allah, juga ibu bapa kami, ibu-ibu kami, saudara lelaki dan perempuan kami, pasangan kami, ahli keluarga kami, datuk dan nenek kami, para guru dan pengajar kami, serta seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Tetapkanlah, ya Allah, keselamatan dan kesejahteraan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba-Mu yang menunaikan haji, yang berjuang di jalan-Mu, yang berziarah, yang bermusafir dan yang bermukim, di darat dan di laut, dari kalangan orang Islam. Peliharalah kami daripada kejahatan orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi kaum yang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan permohonan. Akhirilah hidup kami dengan kebaikan daripada-Mu, wahai Tuhan kami, wahai Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang.

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Mengenai Doa Kamilin

Doa Kamilin bukan doa yang diriwayatkan daripada Nabi ﷺ. Penyusunnya tidak diketahui secara pasti, tetapi ia masyhur diamalkan di Nusantara selepas Tarawih, dan dinamakan “Kamilin” sempena permulaannya yang memohon agar kita dijadikan orang yang sempurna iman.

Isinya ialah permohonan kebaikan yang umum. Berdoa selepas solat memang dianjurkan, maka Doa Kamilin baik dibaca selepas Tarawih, sama ada berjemaah atau bersendirian, selagi ia tidak dianggap sebagai kewajipan.

Panduan penuhDoa Selepas Solat TarawihDoa Kamilin dengan tulisan Arab, rumi, maksud dan audio dalam satu halaman

Solat Sunat Witir merupakan penutup kepada rangkaian solat malam di Bulan Ramadan, termasuk Solat Tarawih. Ia dianggap sebagai amalan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan menjadi ibadah yang memperlengkapkan solat malam seseorang.

Dalam bahasa Arab, “witir” bermaksud ganjil, dan solat ini dinamakan sedemikian kerana ia dilaksanakan dalam bilangan rakaat yang ganjil. Solat Witir adalah salah satu sunnah muakkad (sunnah yang sangat dianjurkan) dan dilakukan sebagai tanda penutup bagi amalan solat sunat malam, menjadikannya ibadah yang istimewa di sisi Allah SWT.

Baginda bersabda dalam hadis riwayat Saidina Ali RA:

“Sesungguhnya Allah itu Witir (Maha Esa) dan Dia menyukai yang witir (ganjil). Maka berwitirlah, wahai ahli al-Quran.” (Riwayat Abu Daud, no. 1416 dan al-Tirmizi, no. 453)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya keutamaan solat witir di sisi Allah SWT.

Di kebanyakan masjid di Malaysia, Witir selepas Tarawih dikerjakan tiga rakaat: dua rakaat satu salam, kemudian satu rakaat satu salam.

Cara Solat Witir Selepas Tarawih

  1. Dua rakaat pertama. Niat: Uṣallī sunnatal-witri rak‘ataini lillāhi ta‘ālā (Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala). Sunat membaca surah al-A‘lā pada rakaat pertama dan al-Kāfirūn pada rakaat kedua. Akhiri dengan tahiyat akhir dan salam.
  2. Satu rakaat terakhir. Niat: Uṣallī sunnatal-witri rak‘atan lillāhi ta‘ālā (Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala). Sunat membaca surah al-Ikhlāṣ, al-Falaq dan an-Nās selepas al-Fatihah.
  3. Qunut pada separuh kedua Ramadan. Mulai malam ke-16 Ramadan, sunat membaca doa qunut ketika iktidal pada rakaat terakhir Witir. Bacaannya sama seperti qunut Subuh.
  4. Beri salam, kemudian baca wirid dan doa penutup di bawah.

Mahu Bertahajjud Selepas Witir?

  • Jika sudah berwitir, anda masih boleh bertahajjud pada akhir malam, dua rakaat satu salam. Jangan ulang Witir, kerana Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada dua Witir dalam satu malam.”5
  • Jika anda biasa bertahajjud dan yakin akan bangun, Witir lebih afdal ditangguhkan supaya menjadi solat terakhir pada malam itu. Jika tidak pasti akan bangun, berwitirlah sebelum tidur.

Panduan penuhSolat Sunat WitirNiat, bacaan setiap rakaat dengan audio, dan cara Witir 1, 3 hingga 11 rakaat

Bacaan qunutDoa QunutBacaan qunut Witir dan Subuh dengan rumi, maksud dan audio

Selepas menunaikan Solat Witir, terdapat beberapa zikir, wirid dan doa yang dapat dibaca bagi menutup ibadah malam dengan penuh keberkatan serta memohon keampunan dan perlindungan daripadaNya.

1

Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek

Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

يَا لَطِيفُ يَا كَافِي يَا حَفِيظُ يَا شَافِي (2x)

Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.


2

Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.

يَا لَطِيفُ يَا وَافِي يَا كَرِيمُ أَنْتَ اللهُ

Yaa Latiffu Ya Wafii Ya Karimmu Antallah

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.


3

Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ

Laa ilah Ha illallah

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.


4

Selesai wirid, maka tutuplah solat pada malam tersebut dengan Doa Penutup ini:

IMAM

اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيرَنَا يَا اللَّهُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Allāhumma rabbanā taqabbal minnā ṣalātanā wa ṣiyāmanā wa qiyāmanā wa rukū‘anā wa sujūdanā wa takhasysyu‘anā wa ta‘abbudanā wa taḍarru‘anā, wa tammim taqṣīranā yā Allāh, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn, yā rabbal-‘ālamīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadin wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, qiyam kami, rukuk kami, sujud kami, kekhusyukan kami, ibadah kami dan rintihan kami. Sempurnakanlah kekurangan kami, ya Allah, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang, wahai Tuhan sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dengan itu, selesailah Solat Sunat Tarawih untuk malam tersebut.

Semoga mendapat keberkatan di Bulan Ramadhan yang mulia.

Susunan Saf

Susunan saf solat berjemaah di rumah

Kiblat
Imam
Isteri
Suami dan isteriIsteri berdiri di belakang suami, bukan di sebelahnya.
Kiblat
ImamLelaki
Imam dan seorang lelakiMakmum lelaki, termasuk budak lelaki, berdiri di sebelah kanan imam. Tumitnya tidak mendahului tumit imam.
Kiblat
ImamLelaki
Wanita
Lelaki dan wanitaLelaki di kanan imam. Wanita berdiri di belakang lelaki itu.
Kiblat
Imam
LelakiLelaki
BudakBudak
WanitaWanitaWanita
Keluarga besarLelaki dewasa di saf hadapan, kemudian kanak-kanak lelaki, kemudian wanita.

Susunan ini sunat. Jika tersalah susun, solat tetap sah.

Susunan ini berdasarkan kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’e.6

Panduan untuk Imam di Rumah

  • Gunakan niat imam. Lafaznya ada di bahagian Niat sebagai Imam.
  • Nyaringkan bacaan al-Fatihah dan surah. Cukup didengar oleh makmum di belakang, tidak perlu menjerit.7
  • Pilih surah pendek yang anda hafal. Anda juga boleh membaca dari mushaf atau telefon yang diletakkan di hadapan.8
  • Selepas setiap empat rakaat, imam boleh membaca doa antara Tarawih dengan kuat dan keluarga mengaminkan, atau masing-masing berdoa sendiri. Kedua-duanya baik.
  • Akhiri bersama dengan Doa Kamilin dan Witir, kemudian wirid dan doa penutup.

Kanak-kanak dalam Jemaah

Solat kanak-kanak yang sudah mumayyiz sah. Jika tiada lelaki lain, seorang budak lelaki mumayyiz boleh berdiri di sebelah kanan imam sebagai makmum. Jika ada lelaki dewasa, kedua-duanya berbaris di belakang imam. Orang dewasa lebih utama menjadi imam.

Untuk imamSusunan Surah Solat Tarawih 8 dan 20 RakaatSurah lazim untuk setiap rakaat, mudah dihafal dan diikuti sepanjang Ramadan

Aurat dan Pakaian

  • Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Tapak kaki juga wajib ditutup.9
  • Telekung bukan syarat sah solat. Pakaian biasa yang menutup aurat dengan sempurna dan tidak jarang sudah memadai.

Bacaan Nyaring atau Perlahan

  • Jika solat seorang diri, bersama wanita lain atau di hadapan mahram, sunat menyaringkan bacaan al-Fatihah dan surah.
  • Jika ada lelaki bukan mahram yang boleh mendengar, bacalah perlahan.

Mengimamkan Anak-anak Perempuan

Kiblat
AnakImamAnak
Ibu mengimamkan anak perempuanImam wanita berdiri di tengah-tengah saf, sebaris atau ke depan sedikit, bukan di hadapan seperti imam lelaki.
  • Ibu sah dan baik mengimamkan anak-anak perempuannya.
  • Imam wanita berdiri di tengah-tengah saf, bukan di hadapan seperti imam lelaki.10

Ketika Haid

  • Wanita haid tidak boleh bersolat. Isilah malam Ramadan dengan zikir, doa, selawat, istighfar dan sedekah.
  • Menurut mazhab Syafi’e, wanita haid tidak boleh membaca al-Quran dengan niat tilawah atau menyentuh mushaf. Ayat al-Quran yang dibaca dengan niat zikir atau doa dibolehkan.11

Jika Mahu ke Masjid

  • Wanita harus ke masjid dengan syarat mendapat izin suami atau wali, menutup aurat, tidak berhias dan tidak memakai wangian, serta tidak bercampur dengan lelaki.12

Terlewat ke masjid? Ikut carta ini

Sudah solat Isyak?
Belum
Ikut imam dengan niat solat Isyak. Bila imam memberi salam selepas dua rakaat, jangan ikut salam. Bangun dan sempurnakan baki Isyak, kemudian sertai Tarawih.
Sudah
Imam di rakaat kedua. Sempat rukuk bersamanya?
Ya
Rakaat itu dikira. Selepas imam salam, tambah 1 rakaat.
Tidak
Rakaat itu tidak dikira. Selepas imam salam, solat 2 rakaat.

Tertinggal beberapa pusingan? Tiada dosa. Anda boleh menyambungnya sendiri sebelum masuk Subuh.

Solat di Masjid Bersama Imam

  • Gunakan niat makmum, dan bertakbir selepas imam bertakbir.
  • Ikut imam hingga imam selesai. Sesiapa yang solat bersama imam sehingga imam selesai, ditulis baginya pahala qiyam sepanjang malam (Riwayat Abu Daud, no. 1375 dan al-Tirmizi, no. 806).
  • Jika anda belum hafal selawat bilal, tidak mengapa. Jawab yang anda mampu. Ia bukan sebahagian daripada solat.

Terlewat ke Masjid

  • Belum solat Isyak: Anda boleh mengikut imam Tarawih dengan niat solat Isyak. Apabila imam memberi salam selepas dua rakaat, jangan ikut salam. Bangun dan sempurnakan baki rakaat Isyak anda. Jika ada jemaah lain yang sedang solat Isyak, menyertai jemaah itu lebih baik.13
  • Sudah Isyak, imam di rakaat kedua: Ikut imam. Jika anda sempat rukuk bersama imam, rakaat itu dikira. Selepas imam memberi salam, bangun dan tambah satu rakaat. Jika anda masuk selepas imam bangkit dari rukuk, rakaat itu tidak dikira, jadi sempurnakan dua rakaat selepas imam memberi salam.
  • Tertinggal beberapa pusingan: Tiada dosa kerana Tarawih solat sunat. Anda boleh menyambung rakaat yang tertinggal sendiri sebelum masuk Subuh, dan menurut pendapat yang lebih kuat dalam mazhab Syafi’e, sunat menggantikannya.14

Selawat dan zikir di antara rakaat Tarawih tidak warid secara khusus daripada Nabi ﷺ. Namun ia harus diamalkan sebagai zikir ketika berehat, selagi tidak dianggap sebahagian daripada Tarawih atau sunnah yang khusus.15

Untuk memulakan Solat Tarawih, kebiasaanya bilal akan menyebut lafaz ini:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

  Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim  

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat (rahmat) ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW

Panduan penuhSelawat Solat Tarawih: Bacaan Bilal, Imam & MakmumSusunan lengkap selawat bilal dan jawapan makmum untuk Tarawih 8 dan 20 rakaat

MazhabBilangan dan asas
Hanafi20 rakaat
Amalan zaman Saidina Umar RA
Maliki36 rakaat (pendapat masyhur)
Amalan penduduk Madinah pada zaman tabi‘in
Syafi’e20 rakaat
Riwayat al-Baihaqi tentang amalan zaman Saidina Umar RA
Hanbali20 rakaat
Pilihan Imam Ahmad, sebagaimana disebut Ibn Qudamah dalam al-Mughni
8 rakaat8 + Witir 3
Hadis Aisyah RA tentang solat malam Nabi ﷺ yang tidak melebihi 11 rakaat

Solat Tarawih 8 Rakaat

Aisyah RA menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ tidak menambah solat malam, sama ada dalam Ramadan atau di luarnya, melebihi sebelas rakaat (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Atas dasar ini, ramai yang mengerjakan 8 rakaat Tarawih diikuti 3 rakaat Witir. Mazhab Syafi’e berpegang kepada 20 rakaat, namun sesiapa yang mengerjakan kurang daripada itu, solatnya tetap sah dan dia mendapat pahala Tarawih mengikut kadar rakaat yang dikerjakan.16

Solat Tarawih 20 Rakaat

Pada zaman Saidina Umar RA, orang ramai dihimpunkan untuk bertarawih secara berjemaah di belakang seorang imam. Riwayat tentang bilangannya berbeza. Dalam al-Muwatta’, Imam Malik meriwayatkan 11 rakaat dan juga 23 rakaat, iaitu 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir. Riwayat 20 rakaat direkodkan oleh al-Baihaqi, dan inilah yang dipegang oleh mazhab Syafi’e.17 Ibn Hajar menjelaskan bahawa perbezaan ini berlaku mengikut panjang bacaan: jika bacaan dipanjangkan, rakaat dikurangkan, dan sebaliknya.

Jika Imam Solat 20 Rakaat, Bolehkah Saya Berhenti pada 8?

Boleh. Tarawih anda tetap sah dan anda mendapat pahala mengikut rakaat yang dikerjakan. Namun mengikut imam sehingga imam selesai lebih utama, kerana ganjarannya seperti qiyam sepanjang malam. Jika anda berhenti awal dan berwitir sendiri, anda masih boleh bertahajjud kemudian tanpa mengulang Witir.

Solat Tarawih dalam satu pandangan

MaksudTarawih bererti rehat. Setiap empat rakaat diselangi rehat seketika.
HukumSunat muakkad bagi lelaki dan perempuan.
WaktuSelepas Isyak hingga sebelum masuk Subuh.
Bilangan8 atau 20 rakaat, dua rakaat satu salam.
PenutupWitir, lazimnya 3 rakaat di Malaysia.
KelebihanDiampunkan dosa yang lalu bagi yang beriman dan ikhlas.

Tarawih (تَرَاوِيحُ) ialah kata jamak bagi tarwīḥah, iaitu sekali rehat. Imam al-Syarbini dalam al-Iqna’ menjelaskan bahawa setiap empat rakaat dinamakan tarwīḥah kerana mereka berehat selepasnya.18 Ada juga pendapat bahawa ia berasal daripada perkataan murāwaḥah (مُرَاوَحَة), iaitu mengulang-ulang perbuatan.19

Dari segi istilah, Tarawih ialah solat sunat yang dikerjakan selepas Isyak pada malam-malam Ramadan. Ia sebahagian daripada qiyamullail, iaitu solat malam, yang khusus untuk bulan Ramadan.

Rehat antara setiap empat rakaat bermula pada zaman sahabat, kerana Tarawih ketika itu dikerjakan dengan bacaan yang panjang.20 Rehat ini memberi ruang kepada jemaah memulihkan tenaga sebelum menyambung solat.21 Ia bukan kewajipan, dan tempohnya boleh disesuaikan dengan keadaan jemaah.

Hukum Mengerjakan Solat Tarawih

Solat Tarawih hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan, iaitu sunat yang sangat dituntut. Asasnya ialah sabda Rasulullah ﷺ:

“Sesiapa yang mendirikan (solat malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.”

Riwayat al-Bukhari, no. 37 dan Muslim, no. 759

Rasulullah ﷺ menggalakkan qiyam Ramadan tanpa mewajibkannya. Baginda pernah solat bersama para sahabat di masjid selama beberapa malam, kemudian tidak keluar lagi kerana bimbang ia akan difardukan ke atas umatnya.22

Pada zaman Saidina Umar RA, orang ramai dihimpunkan untuk bertarawih secara berjemaah di belakang seorang imam, dan amalan ini diteruskan hingga hari ini.23 Keempat-empat mazhab sepakat bahawa Tarawih ialah sunat. Jumhur ulama, termasuk pendapat yang lebih sahih dalam mazhab Syafi’e, berpandangan berjemaah lebih afdal, manakala Imam Malik melihat solat sendirian di rumah lebih afdal selagi masjid tidak ditinggalkan.

Waktu Solat Tarawih

Waktu Tarawih bermula sebaik selesai solat fardu Isyak dan berakhir apabila masuk waktu Subuh.24

  • Waktu mula: Selepas menunaikan solat fardu Isyak, termasuk jika Isyak dijamak taqdim dengan Maghrib. Lazimnya solat sunat ba‘diyyah Isyak dikerjakan dahulu, kemudian barulah Tarawih.25
  • Waktu lazim: Awal malam selepas Isyak, secara berjemaah. Saidina Umar RA juga menyebut bahawa solat pada akhir malam mempunyai kelebihan (Riwayat al-Bukhari, no. 2010).
  • Waktu akhir: Sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu Subuh.

1. Pengampunan Dosa yang Lalu

Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kuncinya dua: yakin akan janji Allah, dan ikhlas kerana-Nya, bukan kerana dilihat orang.

2. Pahala Seperti Solat Sepanjang Malam

“Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam sehingga imam selesai, ditulis baginya pahala solat sepanjang malam.”

Riwayat Abu Daud, no. 1375 dan al-Tirmizi, no. 806; kata al-Tirmizi: hasan sahih

Oleh itu, jika anda berjemaah, ikutlah imam sehingga imam selesai.

3. Peluang Bertemu Lailatul Qadar

Sesiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari, no. 1901). Orang yang menjaga Tarawih setiap malam, terutama pada sepuluh malam terakhir, sedang menghidupkan malam-malam yang mungkin menjadi Lailatul Qadar.

Teruskan dengan Qiamullail pada 10 Malam Terakhir

Pada sepuluh malam terakhir Ramadan, Rasulullah ﷺ lebih bersungguh-sungguh beribadah berbanding malam-malam lain (Riwayat Muslim, no. 1175). Jika anda mahu menambah ibadah pada akhir malam, lihat nota tahajjud selepas Witir di bahagian Witir.

Panduan penuhPanduan QiamullailSusunan solat malam, tahajjud dan doa langkah demi langkah

Malam terbaikLailatul QadarTanda-tanda, amalan dan doa pada malam al-Qadar

Apakah hukum solat Tarawih?

Solat Tarawih hukumnya sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut, bagi lelaki dan perempuan. Ia dikerjakan pada malam-malam Ramadan, selepas solat Isyak hingga sebelum masuk waktu Subuh.

Bolehkah solat Tarawih di rumah?

Boleh. Tarawih sah dikerjakan di rumah, sama ada bersendirian atau berjemaah bersama keluarga. Berjemaah lebih afdal daripada bersendirian.

Perlukah berniat pada setiap dua rakaat Tarawih?

Ya. Setiap dua rakaat Tarawih ialah satu solat yang lengkap dengan salamnya sendiri. Oleh itu, niat dihadirkan dalam hati ketika takbiratul ihram pada setiap dua rakaat.

Perlukah bacaan Tarawih dinyaringkan?

Sunat. Bacaan al-Fatihah dan surah dalam Tarawih dan Witir pada bulan Ramadan sunat dinyaringkan, sama ada oleh imam atau orang yang solat bersendirian. Cukup didengar oleh orang di sebelah, tidak perlu menjerit. Wanita memperlahankan bacaan jika ada lelaki bukan mahram yang boleh mendengar.

Bagaimana jika saya ragu sudah berapa rakaat?

Ambil bilangan yang lebih sedikit kerana itulah yang yakin. Sempurnakan rakaat yang berbaki, kemudian sujud sahwi sebelum salam.

Bolehkah membaca al-Quran daripada mushaf ketika solat Tarawih?

Harus bagi imam dan orang yang solat bersendirian. Menyelak halaman tidak membatalkan solat selagi tidak berlaku tiga pergerakan besar berturut-turut, dan ia makruh jika tanpa keperluan. Bagi makmum, tidak digalakkan memegang mushaf atau telefon kerana boleh menyebabkan banyak pergerakan tanpa keperluan.

Adakah surah tertentu yang wajib dibaca dalam Tarawih?

Tiada. Anda boleh membaca mana-mana surah yang mudah dan dihafal selepas al-Fatihah, termasuk surah pendek. Mengkhatamkan al-Quran dalam Tarawih sepanjang Ramadan lebih afdal, tetapi tidak wajib.

Bolehkah solat Tarawih lewat malam selepas tidur?

Boleh. Waktu Tarawih berterusan hingga sebelum masuk Subuh. Jika anda yakin akan bangun, Witir lebih afdal dilewatkan supaya menjadi solat terakhir pada malam itu.

Bolehkah ibu mengimamkan anak-anak perempuan?

Boleh dan sah. Imam wanita berdiri di tengah-tengah saf makmum wanita, bukan di hadapan seperti imam lelaki. Bacaan boleh dinyaringkan jika tiada lelaki bukan mahram yang mendengar.

Perlukah wanita memakai telekung?

Tidak wajib. Yang wajib ialah menutup aurat dengan sempurna, iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, termasuk tapak kaki. Pakaian biasa yang menutup aurat dan tidak jarang sudah memadai.

Apa yang boleh dilakukan wanita haid pada malam Ramadan?

Wanita haid tidak boleh solat. Dia boleh berzikir, berdoa, berselawat, beristighfar dan bersedekah. Menurut mazhab Syafi’e, dia tidak boleh membaca al-Quran dengan niat tilawah atau menyentuh mushaf, tetapi boleh membaca ayat al-Quran dengan niat zikir atau doa.

Mana yang betul, 8 atau 20 rakaat?

Kedua-duanya sah. Mazhab Syafi’e berpegang kepada 20 rakaat, manakala ramai yang mengerjakan 8 rakaat berdasarkan hadis Aisyah RA. Sesiapa yang mengerjakan kurang daripada 20 rakaat tetap mendapat pahala Tarawih mengikut kadar rakaat yang dikerjakan. Yang penting, setiap dua rakaat diakhiri dengan salam.

Bolehkah solat Tarawih empat rakaat dengan satu salam?

Dalam mazhab Syafi’e, tidak sah. Tarawih mesti dikerjakan dua rakaat satu salam. Mazhab-mazhab lain menganggapnya sah dengan perincian, dan sebahagiannya memakruhkannya. Ini perbezaan pendapat yang muktabar, tetapi pengamal mazhab Syafi’e hendaklah memberi salam pada setiap dua rakaat.

Bolehkah solat Tarawih sebelum solat Isyak?

Tidak. Waktu Tarawih hanya masuk selepas solat fardu Isyak. Jika seseorang terus menyertai Tarawih sedangkan dia belum solat Isyak, atau Isyaknya tidak sah, Tarawih itu tidak dikira. Dia perlu solat Isyak dahulu, kemudian barulah Tarawih.

Jika tertinggal beberapa rakaat Tarawih, perlukah diganti?

Tidak wajib, kerana Tarawih solat sunat. Anda boleh meneruskan bersama imam, kemudian menyambung rakaat yang tertinggal sendiri sebelum masuk Subuh. Menurut pendapat yang lebih kuat dalam mazhab Syafi’e, sunat menggantikan (qadha) solat sunat yang mempunyai waktu, termasuk Tarawih.

Bolehkah solat Tarawih selepas masuk waktu Subuh?

Waktu Tarawih tamat apabila masuk waktu Subuh. Solat yang dikerjakan selepas itu dikira qadha, bukan lagi Tarawih dalam waktunya.

Saya sudah solat Witir bersama imam. Bolehkah saya bertahajjud pada akhir malam?

Boleh. Solatlah tahajjud dua rakaat satu salam, tetapi jangan ulang Witir, kerana Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada dua Witir dalam satu malam.”

Saya tiba di masjid ketika jemaah sedang Tarawih, tetapi belum solat Isyak. Apa yang perlu dibuat?

Anda boleh mengikut imam dengan niat solat Isyak. Apabila imam memberi salam selepas dua rakaat, jangan ikut salam. Bangun dan sempurnakan baki rakaat Isyak anda. Jika ada jemaah lain yang sedang solat Isyak, menyertai jemaah itu lebih baik.

Bolehkah wanita solat Tarawih di masjid?

Boleh. Tarawih sunat bagi wanita, dan solat di rumah lebih afdal bagi mereka. Wanita harus ke masjid dengan syarat mendapat izin suami atau wali, menutup aurat, tidak berhias dan tidak memakai wangian, serta tidak bercampur dengan lelaki.

Apakah hukum selawat di antara rakaat Tarawih?

Harus, sebagai zikir ketika berehat. Selawat dan doa di antara rakaat tidak warid secara khusus daripada Nabi ﷺ, jadi ia tidak boleh dianggap sebahagian daripada Tarawih atau sunnah yang khusus.

Jika tersilap membaca zikir atau selawat di antara rakaat, perlukah Tarawih diulang?

Tidak. Bacaan di antara rakaat bukan rukun atau syarat Tarawih, jadi ia tidak menjejaskan sah atau batalnya solat.

Bolehkah solat Tarawih secara duduk?

Boleh. Solat sunat, termasuk Tarawih, sah dikerjakan secara duduk walaupun tanpa uzur, tetapi pahalanya separuh daripada solat secara berdiri. Bagi yang uzur, pahalanya tidak berkurang.

Bagaimana mendapatkan PDF panduan ini?

Masukkan nama dan alamat emel anda di bahagian Download Salinan Panduan Ini (PDF). Salinan PDF akan dihantar ke emel anda secara percuma.

Kulit PDF Panduan Solat Tarawih: Panduan Lengkap, Langkah demi Langkah

Edisi Ramadan 1448H

Muat Turun Panduan Solat Tarawih (PDF)

Percuma. Masukkan nama dan emel anda, dan PDF akan dihantar terus ke peti masuk anda.

  • Arab, rumi dan maksud bagi setiap bacaan
  • Gambar setiap langkah, mudah diikuti pemula
  • Saiz A5 dan A4, siap dengan kad rujukan dan penanda rakaat untuk dicetak






Privasi anda menjadi keutamaan kami. Kami tidak bertoleransi dengan sebarang spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Semoga Ramadan Ini Menjadi Bulan Terbaik Kepada Kita Untuk Beribadah

Ramadan ialah tetamu agung yang datang sebulan dalam setahun. Malam-malamnya hanya sekali dalam setahun, dan Tarawih ialah cara paling mudah untuk menghidupkannya.

Mulakan dengan apa yang anda mampu, walaupun 8 rakaat, dan jagalah hingga malam terakhir. Amalan yang paling dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Semoga bermanfaat.

Nota Kaki & Rujukan

  1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa dalam mazhab Syafi’e, Tarawih empat rakaat dengan satu salam tidak sah kerana menyalahi cara yang disyariatkan, berdasarkan al-Nawawī, al-Majmū‘ (4/32), yang menukilkan al-Qāḍī Ḥusain. Mazhab-mazhab lain menganggapnya sah dengan perincian, dan sebahagiannya memakruhkannya. Ini khilaf yang muktabar. Rujuk: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadhan Siri ke-104: Hukum Solat Terawih 4 Rakaat dengan Satu Salam. [Pautan] ↩︎
  2. Rasulullah ﷺ bersabda: «إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ، فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى ثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا», kemudian memerintahkan agar membuang syak, berpegang kepada yang yakin, dan sujud dua kali sebelum salam (Riwayat Muslim, no. 571). ↩︎
  3. Harus bagi imam dan orang yang solat bersendirian membaca al-Quran dengan melihat mushaf. Menyelak halaman tidak membatalkan solat selagi tidak berlaku tiga pergerakan berturut-turut. Rujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad al-Fatwa Siri ke-303: Hukum Melihat Mushaf al-Qur’an Ketika Solat, merujuk al-Majmū‘ (4/95) dan Mughnī al-Muḥtāj (1/419). [Pautan] ↩︎
  4. Doa Kamilin bukan lafaz hadis Nabi ﷺ. Ia ialah doa pilihan yang disusun dan diamalkan oleh ulama Nusantara selepas solat Tarawih, dan dinamakan “Kamilin” sempena permulaannya yang memohon agar kita dijadikan orang yang sempurna iman. Doa ini dimuatkan antara lain dalam kitab Maslak al-Akhyār karya Sayyid ‘Uṡmān bin Yaḥyā dan kitab Majmū‘ah Maqrū’āt Yaumiyyah wa Usbū‘iyyah susunan KH Muhammad bin Abdullah Faqih (Langitan). Isinya ialah permohonan kebaikan yang umum, maka ia baik dibaca selepas Tarawih, sama ada berjemaah atau bersendirian. [Pautan] ↩︎
  5. Hadis «لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ» diriwayatkan oleh Abu Daud (no. 1439), al-Tirmizi (no. 470) dan al-Nasa’i (no. 1679). Al-Nawawī dalam al-Majmū‘ menyatakan bahawa menurut pendapat yang sahih dan masyhur, orang yang sudah berwitir lalu mahu solat lagi hendaklah bertahajjud dua rakaat-dua rakaat tanpa membatalkan Witirnya. Bagi orang yang biasa bertahajjud, al-Ramlī menyebut: «من له تهجد لم يوتر مع الجماعة بل يؤخره» (Nihāyah al-Muḥtāj). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula menyatakan yang terbaik secara umum ialah kekal bersama imam hingga selesai solat. Rujuk: Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan #86. [Pautan 1] [Pautan 2] ↩︎
  6. Susunan saf ini disebut oleh al-Māwardī (al-Ḥāwī, 2/340) dan al-Nawawī (al-Majmū‘, 3/132), sebagaimana dinukilkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi li al-Fatawi #640: Kedudukan Saf Isteri Ketika Solat dengan Suami. Menurut al-Nawawī, susunan ini sunat; menyalahinya makruh tetapi solat tetap sah. Tumit makmum pula tidak boleh mendahului tumit imam (Al-Kafi #1252). [Pautan 1] [Pautan 2] ↩︎
  7. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyenaraikan Tarawih dan Witir dalam Ramadan sebagai solat yang sunat dinyaringkan bacaannya. Al-Nawawī menyebut wanita menyaringkan bacaan jika solat sendirian atau di hadapan wanita atau lelaki mahram, dan memperlahankannya jika ada lelaki ajnabi. Had nyaring pula ialah didengar oleh orang di sebelahnya. Rujuk: Al-Kafi li al-Fatawi #1584. [Pautan] ↩︎
  8. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa Tarawih di rumah bersama keluarga harus, dan imam boleh membaca mana-mana surah yang mudah dan dihafal, termasuk dengan melihat mushaf. Rujuk: Al-Kafi li al-Fatawi #1706: Hukum Melaksanakan Solat Tarawih di Rumah Bersama Keluarga. [Pautan] ↩︎
  9. Aurat wanita dalam solat menurut mazhab Syafi’e ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan, termasuk tapak kaki. Rujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi li al-Fatawi #1104. [Pautan] ↩︎
  10. Matan Minhāj al-Ṭālibīn menyebut: «وتقف إمامتهن وسْطهن», iaitu imam wanita berdiri di tengah-tengah makmum wanita. Ulama Syafi’e berbeza sama ada dia sebaris atau ke depan sedikit; kedua-duanya sah. Rujuk: Muṣṭafā Sumayṭ, Mukhtaṣar Tuḥfat al-Muḥtāj, 1/280. [Pautan] ↩︎
  11. Jumhur ulama mengharamkan wanita haid membaca al-Quran dengan niat tilawah, berdalilkan hadis riwayat al-Tirmizi (no. 131). Ayat al-Quran yang dibaca dengan niat zikir atau doa tidak dilarang. Rujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan Siri ke-136: Amalan Wanita Haid di Bulan Ramadhan. [Pautan] ↩︎
  12. Rasulullah ﷺ bersabda: «لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ» (Janganlah kamu menghalang wanita-wanita kamu ke masjid, dan rumah mereka lebih baik bagi mereka) (Riwayat Abu Daud, no. 567). Syarat-syarat wanita ke masjid dihuraikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi li al-Fatawi #936: Tempat Solat yang Terbaik bagi Seorang Wanita. [Pautan] ↩︎
  13. Mazhab Syafi’e mengharuskan orang yang solat fardu bermakmum kepada imam yang solat sunat, kemudian menyempurnakan solatnya selepas imam memberi salam. Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mencadangkan agar ia dielakkan jika ada pilihan lain, bagi keluar daripada khilaf (Mughnī al-Muḥtāj, 1/503). Rujuk: Irsyad al-Fatwa Siri ke-80: Solat Fardu Berimamkan Solat Sunat. [Pautan] ↩︎
  14. Al-Khaṭīb al-Syirbīnī menyebut bahawa jika terlepas solat sunat yang mempunyai waktu, sunat menqadhanya menurut pendapat yang lebih zahir (Mughnī al-Muḥtāj, 1/224). Rujuk: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadhan Siri ke-138: Bolehkah Mengqadha Solat Tarawih. [Pautan] ↩︎
  15. Jabatan Mufti Negeri Perak menyatakan harus berselawat di antara rakaat Tarawih, sambil menukilkan Ibn Ḥajar bahawa melakukannya dengan iktikad ia sunnah yang khusus adalah bid‘ah. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih terbitan JAKIM juga menyebut bahawa susunan selawat antara rakaat boleh diubah kerana tujuannya hanya menambah ibadah. Rujuk: Kemusykilan Berkenaan Isu-Isu Dalam Bulan Ramadan (2021). [Pautan] ↩︎
  16. Dalil bagi 8 rakaat ialah hadis Saidatina ‘Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW tidak pernah menambah lebih daripada sebelas rakaat solat malam, sama ada dalam Ramadan atau di luar Ramadan (Riwayat al-Bukhari, no. 1147). Ia difahami sebagai 8 rakaat solat malam dan 3 rakaat Witir. Mazhab Syafi’e berpegang bahawa Tarawih ialah 20 rakaat. Walau bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa sesiapa yang menunaikan kurang daripada 20 rakaat, solatnya tetap sah dan dia mendapat pahala Tarawih mengikut kadar rakaat yang dilakukan. Rujuk: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadhan Siri ke-219. [Pautan 1] [Pautan 2] ↩︎
  17. Terdapat beberapa riwayat tentang bilangan rakaat pada zaman Saidina ‘Umar RA. Dalam al-Muwaṭṭa’, al-Sā’ib bin Yazīd (melalui Muḥammad bin Yūsuf) meriwayatkan bahawa ‘Umar memerintahkan Ubay bin Ka‘b dan Tamīm al-Dārī mengimami 11 rakaat, manakala Yazīd bin Rūmān meriwayatkan bahawa orang ramai pada zaman ‘Umar bersolat 23 rakaat. Riwayat 20 rakaat pula datang melalui Yazīd bin Khuṣaifah daripada al-Sā’ib bin Yazīd, direkodkan oleh al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, dan inilah yang dipegang oleh mazhab Syafi’e. Ibn Ḥajar menjelaskan: «والجمع بين هذه الروايات ممكن باختلاف الأحوال، ويحتمل أن ذلك الاختلاف بحسب تطويل القراءة وتخفيفها», iaitu jika bacaan dipanjangkan, rakaat dikurangkan, dan sebaliknya. Rujuk: Ibn Ḥajar, Fatḥ al-Bārī, Kitāb Ṣalāh al-Tarāwīḥ. [Pautan 1] [Pautan 2] [Pautan 3] ↩︎
  18. Penjelasan ini terdapat dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’e. Antaranya Imam al-Ramlī menyebut: «وسميت كل أربع منها ترويحة؛ لأنهم كانوا يتروحون عقبها» (setiap empat rakaat dinamakan tarwīḥah kerana mereka berehat selepasnya). Rujuk: al-Ramlī, Nihāyah al-Muḥtāj, Bāb Ṣalāh al-Nafl; lihat juga al-Syirbīnī, al-Iqnā‘ fī Ḥall Alfāẓ Abī Syujā‘, Faṣl Ṣalāh al-Nafl. [Pautan] ↩︎
  19. Pendapat ini boleh dirujuk dalam Kasysyāf al-Qinā‘ karya Imam al-Buhūtī (jil. 1, hlm. 425): «وقيل مشتقة من المراوحة وهي التكرار في الفعل» (dikatakan juga ia berasal daripada perkataan murāwaḥah, iaitu mengulang-ulang perbuatan). ↩︎
  20. Sejarah pensyariatan Solat Sunat Tarawih boleh dirujuk pada tulisan Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri ini: #936 Sejarah Pensyariatan Solat Tarawih ↩︎
  21. Kitab-kitab fiqh menjelaskan bahawa solat ini dinamakan Tarawih kerana orang ramai berehat selepas setiap empat rakaat. Imam al-Ramlī (mazhab Syafi’e) menyebut: «وسميت كل أربع منها ترويحة؛ لأنهم كانوا يتروحون عقبها». Imam al-Buhūtī (mazhab Hanbali) pula menyebut ia dinamakan demikian kerana mereka duduk berehat antara setiap empat rakaat, dan ada pendapat yang mengaitkannya dengan murāwaḥah (mengulang perbuatan). Ini selari dengan makna bahasa: tarwīḥah bererti sekali rehat, dan jamaknya tarāwīḥ bermaksud beberapa kali rehat yang diselangi solat pada malam Ramadan. Rujuk: al-Ramlī, Nihāyah al-Muḥtāj; al-Buhūtī, Kasysyāf al-Qinā‘, jil. 1, hlm. 425. [Pautan] ↩︎
  22. Rasulullah SAW bersabda: «مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ» (Riwayat al-Bukhari, no. 37 dan Muslim, no. 759). Imam al-Nawawī dalam Syarḥ Ṣaḥīḥ Muslim (Bāb al-Targhīb fī Qiyām Ramaḍān) menjelaskan bahawa “īmānan” bermaksud yakin akan kebenaran dan kelebihan ibadah itu, manakala “iḥtisāban” bermaksud melakukannya semata-mata kerana Allah, bukan untuk dilihat manusia. [Pautan] ↩︎
  23. Rasulullah SAW pernah menunaikan solat malam Ramadan secara berjemaah di masjid selama beberapa malam, kemudian meninggalkannya kerana bimbang ia akan difardukan ke atas umatnya. Pada zaman Saidina ‘Umar RA, beliau menghimpunkan orang ramai di belakang seorang imam, iaitu Ubay bin Ka‘b, dan berkata: «نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ» (Riwayat al-Bukhari, no. 2010). Amalan ini diterima oleh para sahabat dan diteruskan oleh umat Islam sehingga hari ini. [Pautan] ↩︎
  24. Imam al-Nawawī menyebut: «يدخل وقت التراويح بالفراغ من صلاة العشاء، ذكره البغوي وغيره، ويبقى إلى طلوع الفجر» (waktu Tarawih masuk sebaik sahaja selesai solat Isyak, sebagaimana disebut oleh al-Baghawī dan lain-lain, dan berterusan hingga terbit fajar). Beliau juga menjelaskan bahawa Tarawih hendaklah dikerjakan dua rakaat satu salam. Jika seseorang mengerjakan empat rakaat dengan satu salam, solatnya tidak sah, sebagaimana disebut oleh al-Qāḍī Ḥusain. Rujuk: al-Nawawī, al-Majmū‘ Syarḥ al-Muhażżab, Bāb Ṣalāh al-Taṭawwu‘, fasal waktu Tarawih. [Pautan] ↩︎
  25. Menurut mazhab Syafi’e, waktu Tarawih bermula selepas menunaikan solat fardu Isyak, walaupun Isyak itu dijamak taqdim dengan Maghrib, dan berterusan hingga terbit fajar. Zakariyyā al-Anṣārī menyebut: «وَوَقْتُ الْوِتْرِ وَالتَّرَاوِيحِ مِنْ بَعْدِ أَنْ يُصَلِّيَ الْعِشَاءَ». Amalan biasa di Malaysia ialah menunaikan solat sunat ba‘diyyah Isyak dua rakaat terlebih dahulu, kemudian barulah Tarawih (Panduan Sembahyang Sunat Tarawih, JAKIM). Rujuk: Asnā al-Maṭālib, Bāb Ṣalāh al-Nafl. [Pautan] ↩︎

KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

704 Komen

  1. Saya selalu rujuk page ni setiap kali masuk bulan Ramadhan :) Sangat jelas dan senang nak ikut. Terbaik!

    Balas
      • Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

        Terima kasih kalian berdua kerana sudi rujuk panduan ini. Semoga ia memudahkan kalian untuk lakukan Tarawih dengan tenang dan yakin.

        Moga Allah terima segala amal ibadah kita dan kurniakan Ramadan yang penuh berkat.

        Wallahu a‘lam.

        Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih atas maklum balas, Kamek. Semoga panduan ini membantu anda beramal dengan lebih yakin, dan Allah menerima ibadah serta doa kita semua.

      Balas
  2. Salam ustaz.. mohon pencerahan, jika seseorang menitiskan air mata tanpa sengaja yakni menangis ketika sedang mengerjakan solat, adakah perlu diulangi solat tersebut?

    Balas
    • Waalaikumussalam,

      Sekiranya seseorang itu menitiskan air mata atau menangis dalam solat secara tidak sengaja kerana khusyuk atau terharu (bukan sengaja dibuat-buat), maka solat tersebut tidak batal dan tidak perlu diulangi.

      Tangisan dalam solat yang membatalkan ialah tangisan yang disebabkan perkara duniawi, disertai suara yang jelas atau disengajakan sehingga terkeluar perkataan atau bunyi yang kuat.

      Kesimpulannya, solat yang tuan lakukan itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.

      Wallahu a’lam.

      Balas
  3. Assalam Ustaz.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat.
    Di sini saya ada satu kemusykilan. Situasi saya, saya demam dan melelapkan mata setelah menelan ubat. Sudah solat maghrib saya lena. Sedar tak sedar jam menunjukkan 12.00 tgh mlm.

    Saya solat isyak dan diikuti dgn ba’diah. Kemudian saya melakukan solat tarawih 8 rakaat 4salam. Lepas tu saya tidak solat witir dengan harapan dapat mengerjakan solat witir selepas tahajud masa nak bersahur nanti.

    Soalan saya,
    Bolehkah saya berbuat demikian. Semoga mendapat penjelasan daripada ustaz.

    Terima kasih

    Balas
    • Waalaikumussalam,

      Ya, Puan Siti boleh berbuat demikian.

      Sebenarnya, itu adalah lebih afdal dan digalakkan dalam Islam. Menangguhkan Solat Witir selepas solat Tahajud di akhir malam adalah sunnah Nabi SAW dan merupakan amalan terbaik bagi mereka yang yakin dapat bangun sebelum Subuh.

      Maka, tindakan puan meninggalkan witir selepas tarawih dengan niat melakukannya selepas solat tahajud adalah betul dan dibenarkan dalam Islam.

      Wallahu a’lam.

      Balas
      • Alhamdulillah.. Terima kasih Ustaz atas penjelasan yg diberikan. Semoga kita sentiasa dlm Rahmat-Nya

        Balas
  4. Assalamualaikum tuan. Kalau solat tarawih 2 rakaat 1 salam, tp hanya buat 4 rakaat shj, adakah masih sah dan dikira sbg solat tarawih?

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      Ya, solat Tarawih yang dilakukan 4 rakaat (2 rakaat 1 salam) masih sah dan dikira sebagai solat Tarawih.

      Solat Tarawih adalah solat sunat muakkad (sangat digalakkan) yang dilakukan pada malam Ramadan, dan jumlah rakaatnya tidak terikat secara wajib.

      Walaupun amalan biasa di kebanyakan tempat ialah 8 atau 20 rakaat, melakukan 4 rakaat sahaja juga sudah dikira sebagai solat Tarawih, kerana ia termasuk dalam ibadah qiyam Ramadan.

      Semoga penjelasan ini membantu.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  5. Assalamualaikum ustaz, boleh ke lepas solat isyak terus solat tarawih tanpa melakukan solat ba’diyyah isyak?

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      Ya, boleh melakukan solat Tarawih terus selepas solat Isyak tanpa melakukan solat sunat Ba’diyyah Isyak terlebih dahulu.

      Solat Ba’diyyah Isyak hukumnya sunat, bukan wajib. Justeru, ia boleh dilakukan selepas solat Tarawih atau boleh juga ditinggalkan jika tidak mahu melakukannya. Namun yang lebih afdal ialah melakukan solat sunat Ba’diyyah Isyak terlebih dahulu, kemudian barulah melaksanakan solat Tarawih.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  6. Assalamualaikum Ustaz.. Macam.mana kalau telupa nak baca doa selepas 4 rakaat. Ada kah batal solat terawih.

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      Jika terlupa membaca doa selepas 4 rakaat tarawih, solat tarawih tuan tetap sah. Doa tersebut adalah amalan sunat dan tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah solat.

      Oleh itu, jika terlupa membacanya, ia tidak menjejaskan sahnya solat tarawih yang telah dilaksanakan.

      Semoga penjelasan ini membantu.

      Wallahu a’lam.

      Balas
  7. Terima kasih ustaz atas panduan,semoga Allah membalas jasa ustaz kerana mempermudahkan proses pembelajaran kami.

    Balas
    • Alhamdulillah, sama-sama. Saya hanya berkongsi sedikit ilmu, semoga ia benar-benar bermanfaat buat tuan. Jazakallahu khairan atas doa yang baik ini, semoga Allah juga membalas kebaikan tuan dengan keberkatan dan kemudahan dalam urusan kehidupan serta pembelajaran.

      Jika ada sebarang persoalan lain, jangan segan untuk bertanya. 😊

      Barakallahu fikum.

      Balas
  8. Semoga Ustaz dan keluarga diberkati dan dirahmati selalu. Sangat bermanfaat untuk yang masih belajar cara-cara terawih seperti saya. Terima kasih.

    Balas
    • Amiin, jazakallahu khairan atas doa dan kata-kata yang baik ini. Saya sangat gembira kerana perkongsian ini dapat membantu awak dalam memahami cara-cara solat tarawih. Semoga Allah juga memberkati awak dan keluarga, serta mempermudahkan segala urusan ibadah.

      Teruskan belajar dan beramal, dan jika ada sebarang persoalan, jangan segan untuk bertanya. 😊

      Barakallahu fikum.

      Balas
  9. Assalamualaikum ustaz, boleh ke solat tarawih di selang seli dengan solat qadho?

    Balas
    • Wa’alaikumussalam.

      Ya, dibolehkan menyelang-nyelikan solat tarawih dengan solat qada’. Dalam Mazhab Syafi‘i, solat qada’ lebih utama berbanding solat sunat, jadi jika seseorang mempunyai solat fardu yang belum diganti, lebih baik mengutamakan solat qada’ dahulu.

      Jika ingin menggabungkan kedua-duanya, boleh dilakukan dengan menyusun seperti berikut:

      1. Solat Isyak → Solat qada’ fardu → Solat tarawih → Solat witir
      2. Atau, boleh lakukan solat qada’ di antara solat tarawih sebelum meneruskan witir.

      Yang penting, solat qada’ tetap wajib diganti, sementara tarawih adalah ibadah sunat yang sangat digalakkan.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  10. Assalamualaikum ustaz boleh kah saya solat sunat tarawih libih daripada 20 rakaat (tidak termasuk witir)Terima Kasih ustaz

    Balas
    • Wa’alaikumussalam.

      Ya, dibolehkan solat tarawih lebih daripada 20 rakaat, kerana solat tarawih termasuk dalam kategori qiyamullail, yang tidak mempunyai had maksima rakaat.

      Walaupun amalan umum di masjid adalah 8 atau 20 rakaat, seseorang boleh menambah rakaat selagi mampu dan khusyuk.

      Namun, yang lebih utama adalah kualiti solat daripada bilangan rakaat yang banyak tetapi dilakukan tergesa-gesa.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  11. Sekiranya solat isyak tidak melakukan kerana lambat dan buat solat tarawih.. ada kah sah ustaz ? Dan sekiranya buat 8 Takata dan blk buat witir boleh kan ustaz ?

    Balas
    • Solat tarawih tidak sah jika solat Isyak belum ditunaikan, kerana tarawih adalah solat sunat yang hanya boleh dilakukan selepas solat Isyak. Jika seseorang belum solat Isyak, dia wajib melakukannya terlebih dahulu sebelum solat tarawih.

      Bagi soalan kedua, ya, dibolehkan untuk solat tarawih 8 rakaat di masjid, kemudian pulang dan menunaikan solat witir di rumah. Ini kerana solat witir boleh dilakukan di mana-mana tempat, dan lebih afdal jika dijadikan penutup solat malam.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  12. Bolehkah solat tarawih dibuat 4 rakaat satu salam, 4 rakaat satu salam.

    Terima kasih Ustaz

    Balas
    • Dalam solat tarawih, lebih utama untuk melaksanakannya 2 rakaat satu salam, sebagaimana yang dianjurkan dalam Mazhab Syafie.

      Ini berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang menyatakan bahawa tarawih sebaiknya dilakukan dengan cara ini, dan jika dilakukan 4 rakaat satu salam, ia dianggap tidak sah menurut pandangan utama dalam mazhab ini.

      Namun, ada juga pandangan lain yang membolehkan 4 rakaat satu salam, tetapi tidak digalakkan. Dalam Mazhab Hanafi dan Hanbali, solat sebegini dianggap sah tetapi makruh (tidak disukai).

      Oleh itu, untuk memastikan solat sah dan menepati sunnah, lebih baik melaksanakan tarawih 2 rakaat satu salam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat.

      Wallahu a‘lam.

      Balas

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.