Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih & Doa Selepas Solat Tarawih

Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda.

Doa selepas solat tarawih juga turut disediakan untuk membantu anda mengerjakan ibadah tarawih dengan lebih sempurna.

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Bacaan Bilal Solat Tarawih

Bacaan-bacaan ini telah disusun mengikut urutan dan dilabelkan untuk bacaan Bilal, Makmum dan Imam.

Tuan puan hanya perlu mengikut susunan yang telah disediakan:

Pembukaan

BILAL

Untuk memulakan Solat Tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:

  Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim  

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan  Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


BILAL

Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad


MAKMUM

Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


BILAL

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad


MAKMUM

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


BILAL

Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.


MAKMUM

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


BILAL

Disambung oleh bilal dengan lafaz: 

al Badrul Muniru Muhammad, Sollu ‘Alaih

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.


MAKMUM

Para jemaah menjawab  beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat Tarawih dengan lafaz:

 Solaatut Taraawiihi Min Qiyaami Syahri Ramadhona Asaa Bakumullah 

Solat Tarawih menghidupkan Bulan Ramadan, semoga Allah memberikan ganjaran pahala


MAKMUM

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Assolatu laa ilaha illallaah 

Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah

Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama sebanyak 2 rakaat.

Selepas Rakaat Ke 2

BILAL

Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:

 Fadlan Minallahi Wa Ni’mah 

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.


MAKMUM

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

 Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir 

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.


BILAL

Bilal berselawat lagi:

Allahumma Solli ‘Alaa Sayidina Muhammad

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


MAKMUM

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad


MAKMUM

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:

 al-Khalifatul Awwalu Ba’da Rasulillahi Sollallahu ‘Alaihi Wasallama Amiirul Mu’minin Sayyidina Abu Bakrin as-Siddiq 

Khalifah pertama setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA.


MAKMUM

Para jemaah menjawab:

 Radiyallahu Anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 3 – 4)

Selepas Rakaat Ke 4

BILAL

Sesudah salam solat kedua (Rakaat ke-4), bilal akan menyebut lafaz:

 Subhanal Malikil Ma’bud 

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)


MAKMUM

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

 Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim. 

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


BILAL

Seterusnya bilal berselawat:

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad


MAKMUM

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung oleh bilal dengan selawat:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad


MAKMUM

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.


MAKMUM

Para jemaah menjawab:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


IMAM

Selepas setiap kali selesai solat 4 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membacakan doakan doa ini.

Doa Selepas Rakaat 4

Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam 

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.


BILAL

Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:

Al-Khilafatus Tsani Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Umar Ibni al-Khattab Radhiyallahu Anh

Khalifah kedua setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Umar Al-Khattab RA.


MAKMUM

Para jemaah menjawab:

 Radiyallahu Anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya (Rakaat 5 – 6)

Selepas Rakaat Ke 6

BILAL

Sesudah salam solat ketiga (Rakaat ke-6), bilal akan melafazkan:

 Fadlan Minallahi Wa Ni’mah 

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.


MAKMUM

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

 Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir 

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.


BILAL

Bilal berselawat lagi:

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad


MAKMUM

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad


MAKMUM

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:

Al-Khilafatul Tsalist Ba’da RasuuLillahi Sollallah ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa ‘Utsmaan Ibnu ‘Affan Radhiyallahu Anh

Khalifah ketiga setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Utsman Ibni Affan RA


MAKMUM

Para jemaah menjawab:

 Radiyallahu Anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya  (Rakaat 7 – 8)

Selepas Rakaat Ke 8

BILAL

Sesudah salam solat keempat (Rakaat ke-8), bilal akan menyebut lafaz:

 Subhanal Malikil Ma’bud 

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)


MAKMUM

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

 Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim. 

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


BILAL

Seterusnya bilal berselawat:

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.


MAKMUM

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung oleh bilal dengan selawat:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad


MAKMUM

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


BILAL

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.


MAKMUM

Para jemaah menjawab:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.


IMAM

Seperti selepas rakaat keempat, pada rakaat kelapan juga imam atau bilal akan membacakan doakan doa ini.

Doa Selepas Rakaat 8

Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam 

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.


BILAL

Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:

Al-Khilafatur-raabi’ Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Ali Ibni Abi Thalib Karamallahu Wajhah

Khalifah keempat setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Ali bin Abi Talib RA.


MAKMUM

Para jemaah menjawab:

 Radiyallahu Anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Setelah selesai 8 rakaat Tarawih, maka bacalah doa Tarawih seperti di bawah ini

Doa Selepas Solat Tarawih
(Doa Kamilin)

Setelah selesai 8 atau 20 rakaat dan bacaan selawat, imam mengakhiri solat sunat Tarawih dengan membaca doa ini:

IMAM

Kredit bacaan doa kepada Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

Bismillahirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Ajmain, Allahummaj ‘Alna Bil Imani Kamilin,  Walifara idhika Muaddin. Wa Lissolati Haafizin. Wa Lizzakati Faa Ilin, Wa Limaa ‘Indaka Tholibin, Wa Li ‘Afwika Raajiina Wa Bil Hudaa Mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil  Aalamin.

Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan. Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana. Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh. Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami. Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat. Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut yang terdiri daripada orang Islam. Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon. Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Bacaan Sebelum Mengerjakan Solat Witir

Selepas berdoa, diikuti dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.

Solat witir didirikan sebanyak 3 rakaat dengan dua salam.

BILAL

Untuk memulakan solat sunat witir, bilal menyeru:

A. Lafaz bilal untuk awal Ramadan sehingga malam 15 Ramadan

Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-mullah. 

Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.

B. Lafaz bilal untuk malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan (ada doa qunut):

Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu  WaqNutu  Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-Mullah. 

Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah serta berqunutlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.


MAKMUM

Makmum menjawab beramai-ramai:

 Assolatu laa ilaha illallaah  

Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah


BILAL

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad

Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, Nabi Muhammad.


MAKMUM

Sollallahu Wasalllama ‘Alaihi

Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.


BILAL

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidina WamaulaaNaa Muhammad

Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, ketua kami, Nabi Muhammad.


MAKMUM

Sollallahu Wasallama ‘Alaihi

Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.


BILAL

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Wa Nabiyyinaa Wa Habibina Wa Syafii’Inaa Wa Zuhrina Wa Maulaanaa Muhammad

Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, kekasih kami, ingatan kami, ketua kami, Nabi Muhammad.


MAKMUM

Sollallahu Wasallama ‘Alaihi

Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.

Lakukan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.

Nota

Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut para rakaat yang akhir solat sunat witir.

Doa Qunut tersebut adalah sama seperti doa qunut solat fardu subuh

Wirid & Doa Penutup Selepas Witir

Selesai Solat Witir, bacalah wirid dan doa penutup sebagaimana berikut:

1. Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek

Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

 Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.


2. Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.

tahlil

 Yaa Latiffu Ya Wafii Ya Karimmu Antallah 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.


3. Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:

tahlil

 Laa ilah Ha illallah 

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.


4. Selesai wirid, maka tutuplah solat pada malam tersebut dengan Doa Penutup ini:

IMAM

Kredit bacaan doa Inteam Digital

Allahumma Rabbana Taqabbal Minna Solatana Wasiyamana Waqiyamana Waruku Aana Wasujudana Wata Khosyu Aana Wata Aabbu Dana Wata Dorru Aana Watammim Taksii Rana Ya Allah, Birahmatika Ya ArhamarRaahimin, Ya Rabbal Aalamin. Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wabaroka Wasallam, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksudnya:

Ya Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kita Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Dalil Seruan Bilal Ketika Solat Tarawih

Sandaran bagi seruan bilal ketika solat tarawih adalah berdasarkan hadis riwayat Sayidatina ‘Aisyah, yang bermaksud:

Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi SAW, lalu baginda menghantar seorang yang menyeru dengan ucapan assolatu jami’ah (Ayuh solat berjemaah)

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Diqiaskan solat tarawih dengan solat gerhana kerana kedua-dua solat ini sunat dikerjakan secara berjemaah.

Justeru, bagaimana ungkapan tersebut disunatkan pada solat gerhana, ia juga digalakkan pada solat sunat tarawih atas pandangan sebahagian ulama fiqh.

Imam al-Nawawi ada menjelaskan dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab juz 3 halaman 77, yang bermaksud:

Begitu juga digalakkan menyeru dengan ucapan assolatu jami’ah untuk solat tarawih yang dilakukan secara berjemaah”

Menyebut Ungkapan “Rahimakumullah”

Ungkapan tersebut membawa maksud yang baik iaitu, “Semoga kalian dirahmati oleh Allah.”

Ia termasuk dalam keumuman bahawa harus berdoa tanpa dibataskan dengan waktu-waktu tertentu, lebih-lebih lagi tidak ada satu pun dalil sahih yang melarang kita berdoa untuk saudara-mara agar mereka memperoleh rahmat Allah SWT.

Kesimpulan

Ungkapan-ungkapan selawat dan melafazkan kalimah tauhid sebelum memulakan  solat demi menzahirkan keimanan kepada Allah, bertepatan dengan apa yang disebutkan oleh Nabi SAW:

“Sesiapa yang berqiam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Membaca Selawat dan Taradhi (Menyebut Nama Sayyidina Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali) Dalam Solat Tarawih

Perkara ini diperbolehkan, bahkan disunatkan jika berniat untuk membaca selawat atau taradhi secara umum.

Boleh rujuk:

  1. Bughyah al-Mustarsyidin, ms.25
  2. Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/266 (Sumber ambilan: Ngaji Fiqih, 1/251-252)
  3. 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms.1294

DOWNLOAD PANDUAN INI (PDF)

Anda boleh memuat turun Panduan Bacaan Bilal Tarawih ini secara PERCUMA.

Daftarkan nama dan alamat emel anda di bawah, dan panduan ini (PDF) akan dihantar segera terus emel anda!







Privasi anda menjadi keutamaan kami. Kami tidak bertoleransi dengan sebarang spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Penutup

Setelah selesai melaksanakan solat witir, maka selesailah Solat Sunat Tarawih untuk malam tersebut.

Ambillah peluang ini untuk beramah mesra sesama keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Tinggalkan Komen Anda..

638 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Jai
8 jam yang lalu

Alhamdulillah. Terbaik

Farhan
22 jam yang lalu

Assalamualaikum. Maaf bertanya. Bacaan bilal perlu dibaca ke kalau cuma berjemaah bersama isteri di rumah? terima kasih

Nazri
23 jam yang lalu

Assalamualaikum… Terima kasih aku Islam banyak saya dapat belajar kata sini. Alhamdulillah….

mahjim
5 hari yang lalu

kalau sy copy, tuan halal kan ke ?

Mahjim
Reply to  Muhamad Naim
4 hari yang lalu

pakai belajar, tak apa lh, tak jadi copy, maaf tuan. sy cari lain.. maaf.

Nisa
6 hari yang lalu

Assalamualaikum tuan. Boleh saya dapatkan soft copy wirid solat tarawikh ini berserta terjemahannya. Terima kasih

Nisa
6 hari yang lalu

Alhamdulillah perkongsian yang sangat baik, lengkap dengan terjemahannya. Semoga Allah merahmati mu. Aamiin YRA

Syamir
10 bulan yang lalu

Syukran.Jazakumullahu khairan kathira

Ira Hamdan
11 bulan yang lalu

MasyaAllah. Terbaik. Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanafaat sebagai rujukan kami sekeluarga

Hani
Reply to  Muhamad Naim
11 bulan yang lalu

Jdi
tarawih
tahajud
dan
witir

sekiranya tarawih di rumah kebiasaannya akan dilakukan 8rakaat tarawih 3 rakaat witir dan tidur bagun buat tahajud
tapi sekiranya penat dan tidur dahulu kmudian bagun jdi kita buat tarawih 8 tmrakaat tahajud 4 rakkat dan akhiri gan witir begitu ? Mohon penjelasan maaf soalan saya tk lengkap di atas

Hani
11 bulan yang lalu

Antara tarawih dan tahajut yg mana perlu laku kan selepas tidur dn bagun untuk tahajud dan tarawih ?

HasnahAB
11 bulan yang lalu

MasyaAllah. Tabarakallah. Mmg amat terbaik susunan solat tarawih dn witir, in syaaAllah. JZKK dn semoga AllahSWT sentiasa meRahmati dn MemBerkati usaha saudara serta meLindungi Sdra Klrga drpd sgla kesulitan jg musibah yg tidak di ingini dr sekliling dn bawah. Malah smoga AllahSWT sntiasa melimpahkn rezeki, kesihatan afiat serta kehidupan sejahtera hingga Jannah. Aamiin3YRA.