UtamaSokongan & Sumbangan

صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ

Sokongan & Sumbangan

Bantu AkuIslam kekal percuma dan terus berkembang untuk semua pembaca

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan rendah diri, saya memohon sokongan dan sumbangan tuan dan puan untuk membantu menampung kos operasi dan pembangunan AkuIslam, sebuah medium untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.

Kos bulanan laman ini, termasuk server dan penyelenggaraan, agak besar. Sumbangan anda memastikan AkuIslam terus beroperasi tanpa gangguan dan sentiasa boleh diakses.

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Sesiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya.”

Riwayat Muslim · 1893

Dalam konteks ini, sumbangan anda membantu saya menampung kos pembangunan dan penyelenggaraan laman, serta membolehkan lebih banyak ciri dan panduan baharu diperkenalkan untuk pembaca.

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”

Riwayat Muslim · 1631

Sumbangan anda bukan sahaja membantu menyebarkan ilmu agama, malah boleh menjadi sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir, walaupun selepas kita meninggal dunia.

Saya mengalu-alukan sebarang jumlah sumbangan, besar atau kecil.

طَرِيقَةُ الْمُسَاهَمَةِ

Cara Menyumbang

  • Nama Bank: MAYBANK
  • No. Akaun: 163064181945
  • Atas Nama: Muhamad Naim Bin Abd Manaf

Semoga Allah SWT membalas budi baik tuan dan puan dengan ganjaran yang berlipat ganda, dan menjadikan sumbangan ini amal jariah yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Semoga Allah SWT memberkati dan memudahkan segala urusan kita. Amin.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam