UtamaSoalan Lazim

الْأَسْئِلَةُ الشَّائِعَةُ

Soalan Lazim

Jawapan ringkas tentang AkuIslam, iklan, sumbangan dan cara menghubungi saya

Apakah AkuIslam?

AkuIslam (akuislam.com) ialah laman panduan ibadah dalam Bahasa Melayu, yang menyusun panduan solat, doa, zikir, puasa, haji dan umrah serta bacaan al-Quran Rumi, berpandukan Mazhab Syafi‘i.

Ketahui lebih lanjut di halaman Mengenai Kami.

Di mana saya boleh melaporkan kesilapan kandungan atau masalah teknikal?

Jika anda menemui kesilapan ejaan, maklumat yang tidak tepat atau masalah teknikal seperti paparan yang tidak berfungsi, e-melkan kepada saya di [email protected] atau gunakan borang di bahagian bawah halaman ini.

Mengapa ada iklan di laman ini?

Saya mohon maaf atas ketidakselesaan ini. Hasil iklan membantu menampung kos penyelenggaraan dan operasi laman ini, yang agak tinggi. Selain iklan, saya turut dibantu oleh sumbangan (infaq) pembaca.

Saya sedang berusaha mewujudkan keahlian dengan yuran bulanan yang rendah, supaya AkuIslam kurang bergantung kepada iklan. Doakan usaha ini berjaya, insya-Allah.

Iklan mengganggu bacaan saya. Apa yang boleh saya lakukan?

Buat masa ini, anda boleh menekan butang X pada iklan untuk menutupnya. Sekali lagi saya mohon maaf, dan terima kasih atas kesabaran anda.

Mengapa kadangkala ada iklan yang kurang sesuai?

Iklan di laman ini disediakan oleh Google AdSense dan dipaparkan secara automatik mengikut algoritma Google, di luar kawalan saya sepenuhnya.

Saya menyekat kategori seperti rokok, perjudian, alkohol dan iklan yang tidak sopan. Jika masih ada iklan yang terlepas, mohon laporkan kepada saya untuk tindakan segera.

Adakah AkuIslam mempunyai polisi privasi?

Ya. Sila rujuk Polisi Privasi AkuIslam.

Bagaimana saya boleh menyumbang untuk menampung kos laman ini?

Jika tuan atau puan ingin membantu (infaq) menampung kos hosting dan operasi AkuIslam, sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

No. Akaun:

  • Maybank ⇒ 163064181945

Penama Akaun: Muhamad Naim Bin Abd Manaf

Selepas membuat pemindahan, mohon maklumkan kepada saya supaya sumbangan dapat diasingkan untuk tujuan sepatutnya. Semoga menjadi saham akhirat buat tuan dan puan.

Maklumat lanjut di halaman Sokongan & Sumbangan.

Bagaimana saya boleh menghubungi AkuIslam?

Gunakan borang di bawah, atau e-mel kepada saya di [email protected].

تَوَاصَلُوا مَعَنَا

Masih Ada Soalan?

Hantarkan kepada saya melalui borang ini

← Back

Terima kasih!