
Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Tahajjud. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Tahajjud dengan betul beserta dengan Doa Tahajjud lengkap.
Apa yang penting:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam transliterasi rumi dan audio (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..
- Ringkasan Pantas Solat Tahajjud
- Maksud Dan Hukum Solat Tahajjud
- Waktu Solat Tahajjud
- Persediaan Melakukan Solat Tahajjud
- Niat Solat Tahajjud
- Bilangan Rakaat Solat Tahajjud
- Susunan Tahajjud, Taubat, Hajat Dan Witir
- Cara Mengerjakan Solat Tahajjud
- Doa Solat Tahajjud
- Fadhilat & Kelebihan Solat Tahajjud Berdasarkan Dalil
- Tips Mudah Untuk Istiqamah Tahajjud
- Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Tahajjud
- Penutup: Mulakan Dengan Dua Rakaat
Ringkasan Pantas Solat Tahajjud
- Waktu: Selepas Isyak hingga masuk waktu Subuh. Menurut pengertian yang lazim, Tahajjud dilakukan selepas bangun daripada tidur.
- Waktu terbaik: Sepertiga malam terakhir.
- Bilangan rakaat: Minimum dua rakaat. Lakukan dua rakaat, satu salam dan ulang mengikut kemampuan.
- Niat: Berniat di dalam hati ketika takbiratul ihram. Lafaz Arab atau Melayu bukan syarat sah.
- Surah: Selepas al-Fatihah, baca mana-mana surah yang diingati. Tiada surah khusus yang diwajibkan.
- Selepas solat: Berdoalah dengan bahasa yang difahami. Jika belum berwitir, sunat menutup solat malam dengan Solat Witir.
Jika anda baru bermula: Dua rakaat yang ringkas tetapi dilakukan dengan tenang dan istiqamah sudah memadai.
Maksud Dan Hukum Solat Tahajjud
Solat Sunat Tahajjud (صلاة سنة التهجد) ialah solat malam yang dilakukan selepas seseorang bangun daripada tidur, walaupun tidurnya hanya sebentar. Ia merupakan sebahagian daripada amalan Qiamullail, iaitu menghidupkan malam dengan solat, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan berdoa.
Solat Tahajjud ialah solat sunat yang sangat dituntut. Allah SWT berfirman:
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
— Surah al-Isra’, ayat 79 [1]
Video dua minit daripada TV3 MALAYSIA Official ini memberi gambaran ringkas tentang Solat Sunat Tahajjud:
Apa Beza Tahajjud Dan Qiamullail?
Qiamullail ialah istilah yang lebih luas. Ia merangkumi semua ibadah malam selepas Isyak seperti solat, zikir, doa dan bacaan al-Quran, sama ada seseorang tidur dahulu atau tidak.
Tahajjud pula lazimnya merujuk kepada solat malam selepas bangun daripada tidur. Terdapat perincian pandangan ulama tentang penggunaan istilah ini. Ringkasnya, jika anda sudah tidur kemudian bangun, namakan solat itu Tahajjud. Jika anda belum tidur, anda tetap boleh bersolat malam dan ibadah tersebut termasuk Qiamullail. Jangan meninggalkan solat malam hanya kerana belum sempat tidur. [2] [3]
Suasana malam yang tenang memberi ruang untuk seseorang bermunajat, memohon keampunan dan mengadu kepada Allah dengan lebih khusyuk. Pada saat itu, kita dapat menginsafi kelemahan diri serta memperbaharui rasa pergantungan kepadaNya.
Adakah Perlu Tidur Dahulu?
Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan persoalan tidur dahulu dan kaitannya dengan istilah Tahajjud serta Qiamullail.

Waktu Solat Tahajjud
Waktu solat malam bermula selepas menunaikan Solat Isyak dan berakhir apabila masuk waktu Subuh. Bagi Tahajjud, lakukanlah selepas anda bangun daripada tidur.
- Awal malam: Selepas Isyak. Jika anda belum tidur, ibadah ini termasuk Qiamullail. Jika sudah tidur dan bangun semula, anda boleh mengerjakan Tahajjud.
- Pertengahan malam: Selepas berehat dan bangun semula.
- Sepertiga malam terakhir: Waktu yang paling afdal untuk solat, istighfar dan berdoa.
Cara Mengira Sepertiga Malam Terakhir
Gunakan waktu Maghrib dan Subuh di tempat anda:
- Kira tempoh dari masuk Maghrib hingga masuk Subuh.
- Bahagikan jumlah tempoh itu kepada tiga.
- Tolak satu bahagian daripada waktu Subuh. Itulah anggaran permulaan sepertiga malam terakhir.
Maghrib 7:20 malam dan Subuh 5:50 pagi. Tempoh malam ialah 10 jam 30 minit. Satu pertiga bersamaan 3 jam 30 minit. Maka sepertiga malam terakhir bermula kira-kira 2:20 pagi hingga masuk Subuh.
Angka “2, 3 atau 4 pagi” bukan waktu tetap. Semak waktu solat setempat kerana ia berubah mengikut lokasi dan tarikh.
Persediaan Melakukan Solat Tahajjud
Pastikan syarat umum solat dipenuhi, iaitu berwuduk, menutup aurat, menghadap kiblat serta memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci daripada najis.
- Tidur lebih awal jika boleh dan pasang penggera.
- Letakkan telefon atau jam penggera sedikit jauh daripada tempat tidur.
- Mulakan dengan sasaran dua rakaat sahaja.
- Bangun secukupnya untuk mengambil wuduk dan bersolat tanpa tergesa-gesa sebelum Subuh.
- Jika terlalu mengantuk sehingga tidak memahami bacaan, berehatlah terlebih dahulu agar solat dilakukan dengan sedar dan tertib.
Niat Solat Tahajjud
Niat ialah tujuan di dalam hati. Ketika mengucapkan takbiratul ihram, hadirkan dalam hati bahawa anda sedang menunaikan Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah SWT.
Lafaz niat Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Anda juga boleh melafazkan niat Tahajjud dalam Bahasa Melayu seperti ini:
Sahaja aku Solat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
Lafaz di atas hanya membantu menghadirkan niat. Anda tidak wajib menghafaz atau melafazkannya. Niat di dalam hati ketika takbiratul ihram sudah memadai.

Bilangan Rakaat Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat. Tiada ketetapan bahawa ia mesti berhenti pada lapan atau dua belas rakaat. Lakukanlah mengikut kemampuan, dua rakaat dengan satu salam. [4]
“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu Subuh, maka solatlah satu rakaat untuk menjadikan solatmu ganjil.”
Contoh Susunan Yang Mudah
- Baru bermula: Tahajjud 2 rakaat + Witir 1 atau 3 rakaat.
- Ada sedikit masa: Tahajjud 2 + 2 rakaat, kemudian Witir.
- Mampu lebih lama: Tahajjud 2 + 2 + 2 + 2 rakaat, kemudian Witir.
Bilangan yang sedikit tetapi dilakukan dengan tenang lebih baik daripada memaksa diri sehingga bacaan dan pergerakan menjadi tergesa-gesa.
Jika anda belum berwitir, sunat menjadikan Solat Witir sebagai penutup solat malam.
Jika anda sudah berwitir sebelum tidur kemudian terjaga, anda masih boleh bersolat dua rakaat-dua rakaat. Apa yang harus dibuat ialah tidak mengulang Witir untuk kali kedua. [7]
Susunan Tahajjud, Taubat, Hajat Dan Witir

Ramai pembaca tertanya-tanya solat yang mana perlu didahulukan apabila mahu mengerjakan beberapa solat sunat pada malam yang sama.
Tiada tertib wajib yang menyebabkan solat anda tidak sah jika susunannya berbeza. Setiap solat dilakukan dengan niat dan salamnya sendiri.
Contoh susunan yang mudah:
- Solat Tahajjud — mulakan dengan dua rakaat atau lebih mengikut kemampuan.
- Solat Taubat — mohon keampunan dan perbaharui taubat kepada Allah.
- Solat Hajat — jika anda mempunyai permohonan atau urusan tertentu.
- Solat Witir — jadikan sebagai penutup jika anda belum berwitir.
Susunan ini ialah panduan praktikal, bukan syarat. Jika perkara yang paling mendesak ialah taubat, anda boleh mendahulukan Solat Taubat.
Jika masa sangat singkat, lakukan sahaja dua rakaat dengan tenang.
Yang penting, jangan menganggap semua solat dalam senarai ini mesti dilakukan setiap kali bangun malam. [8]
Cara Mengerjakan Solat Tahajjud
Ringkasan Cara Solat Tahajjud
- Solat Tahajjud dilakukan dua rakaat dengan satu salam.
- Mulakan dengan niat dalam hati dan takbiratul ihram.
- Pada setiap rakaat, baca al-Fatihah diikuti mana-mana surah, kemudian sempurnakan solat seperti biasa.
- Pada rakaat kedua, baca tahiyat akhir dan akhiri dengan salam.
- Jika mahu menambah rakaat, ulangi dua rakaat demi dua rakaat. Jadikan Solat Witir sebagai solat terakhir pada malam itu. Selepas selesai, bolehlah berdoa.
Tatacaranya sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain. Bahagian seterusnya menerangkan bacaan dan pergerakan untuk pembaca yang memerlukan panduan lebih terperinci.
Apakah Yang Mesti Dijaga Dan Apakah Yang Sunat?
Bahagian ini penting supaya anda tidak menganggap solat terbatal hanya kerana terlupa satu bacaan sunat.
- Yang mesti dijaga: niat bersama takbiratul ihram, al-Fatihah pada setiap rakaat, rukuk, iktidal, dua kali sujud, duduk antara dua sujud, tumakninah, tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi SAW, salam pertama dan tertib. Berdiri lebih afdal bagi Solat Tahajjud, tetapi solat sunat tetap sah jika dilakukan secara duduk.
- Yang sunat: Doa Iftitah, surah selepas al-Fatihah, takbir perpindahan, bacaan iktidal, tasbih rukuk dan sujud, doa antara dua sujud serta salam kedua.
Jika bacaan sunat tertinggal kerana terlupa, teruskan solat. Anda tidak perlu mengulang solat semata-mata kerana tertinggal tasbih rukuk, tasbih sujud atau surah tambahan. [9]
Rakaat Pertama
Solat Tahajjud Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tahajjud dalam hati seperti berikut:
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala“

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Maksudnya
Allah Maha Besar!
Nota
Pada asasnya, niat perlu hadir di dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram. Bagi orang awam, memadai niat hadir pada mana-mana bahagian lafaz takbir—sama ada pada awal, pertengahan atau akhir. Jika anda mengalami waswas, jangan mengulang niat dan takbir berkali-kali. Keraguan yang datang selepas takbir tidak perlu dilayan apabila anda sudah mengetahui solat yang hendak dilakukan ketika memulakannya. Bagi orang yang benar-benar mengalami kesukaran menghadirkan niat ketika takbir, terdapat kelonggaran untuk berniat sejurus sebelum takbir tanpa sela yang panjang, berdasarkan pandangan mazhab lain. Kelonggaran ini bukan bermaksud memulakan niat beberapa detik selepas takbir selesai.
Bacalah Surah al-Fatihah.
Selepas takbir, membaca Doa Iftitah adalah sunat. Jika tidak membacanya, teruskan dengan al-Fatihah dan solat tetap sah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian, Baca Surah Pilihan
Selepas baca al Fatihah, bacalah mana-mana surah yang anda hafal. Membaca surah tambahan adalah sunat. Jika hanya membaca al-Fatihah sahaja, solat tetap sah.
Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Setelah selesai bacaan sujud, bangkitlah daripada sujud dan duduk antara dua sujud seperti posisi di atas.
Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, sunat duduk istirahat seketika sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.
Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.
—— ❈ ——
Rakaat Kedua
Bangun Untuk Rakaat Kedua Dengan Takbir
Selepas sujud kedua dan duduk istirahat seketika, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua sambil mengucapkan:

اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Lafaz ini dinamakan takbir intiqal, iaitu takbir sunat yang dibaca ketika berpindah daripada satu rukun solat kepada rukun yang lain.
Ia bukan takbir yang dikhususkan untuk memulakan rakaat kedua. Jika terlupa membacanya, solat tetap sah.
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah seterusnya. Antara surah yang boleh dibacakan adalah surah al-ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita sukai atau ingat.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.
Maksud Bacaan
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke kanan dan ucapkan salam. Kemudian palingkan muka ke kiri untuk salam kedua.

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksud Bacaan
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Salam pertama ialah rukun yang mengeluarkan seseorang daripada solat. Salam kedua adalah sunat.
Jika mahu menambah rakaat Tahajjud, berdiri semula dan lakukan dua rakaat yang baharu.
Doa Solat Tahajjud
Wirid Dan Zikir Selepas Solat Tahajjud
Tiada wirid panjang yang diwajibkan khusus selepas Tahajjud. Selepas salam, anda boleh:
- Beristighfar dan berzikir secara ringkas.
- Berdoa untuk keampunan, petunjuk, keluarga dan apa-apa hajat yang baik.
- Berdoa dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain yang difahami.
- Meneruskan solat sunat yang lain.
- Menutup solat malam dengan Solat Witir jika belum melakukannya.
Jika anda mahu membaca susunan zikir yang lebih panjang, rujuk panduan wirid dan doa selepas solat. Jangan menganggap susunan tersebut sebagai syarat atau wirid khas Tahajjud.
Antara bacaannya yang boleh dibacakan adalah seperti berikut:
Membaca Istighfar
أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيمَ، الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (٣ مَرَّات)
AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya
Membaca Pengakuan Tauhid
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٣ مَرَّات)
Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr
Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu.
Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka
اللّٰهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (٣/٧ مَرَّات)
AllahumMa AjirNa MinanNar
Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka
Nota: Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian
Seterusnya, Memohon Keselamatan
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَام، وَأَدْخِلْنَا الْـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَا الْـجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram.
Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.
Seterusnya, Membaca Ta’awuz
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Aa-‘UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Seterusnya Membaca Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya Membaca Ayat Kursi
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥
Allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad.
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Seterusnya Membaca al-Falaq
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥
Qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad
Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
Seterusnya Membaca an-Nas
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
qul a‘ūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.
AllahumMa Aa-‘inNaa ‘ALaa DzikRiKa Wa ShukriKa Wa HusNi ‘IbaaDaaTik
Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu
Membaca Tasbih “SubHaaNallah”
إِلَـٰهِى يَا رَبِّـى ــ سُبْحَانَ اللَّهِ
iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah
Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah
Membaca SubhaaNallah 33 Kali
سُبْحَانَ اللّٰهِ (٣٣ مَرَّة)
SubHaaNallah (33 Kali)
Maha Suci Allah
Membaca Tahmid
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِـحَمْدِهِ دَآئِمًا قَائِمًا أَبَدًا ـــ اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ
SubHaaNallahi Wa BiHamDiHi Daa Imann AbaDaa — Alhamdulillah
Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah
Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali
اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ (٣٣ مَرَّة)
Alhamdulillah (33 Kali)
Segala pujian hanya bagi Allah
Membaca Takbir
اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَـمِينَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ ــ اَللَّهُ أَكْبَرُ
Alhamdulillahi Rabbil-‘AaLaMin ‘Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar
Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar
Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali
اَللَّهُ أَكْبَرُ (٣٣ مَرَّة)
Allahu Akbar (33 Kali)
Allah Maha Besar
Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir
اَللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا.
Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa
Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.
لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ‘ALaa Kulli Syai-in Qadir
Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Baginya Segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيْمَ
WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azim, Astaghfirullāhal-‘Aẓīm.
Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung.
اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.
AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd
Ya Allah, Wahai Tuhan kami, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya, daripadaMu (datangnya) segala kemuliaan.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ.
WaQooLa RobbukuMud-‘UuNii AsTajib Lakum
Dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan menerimanya daripada kamu
Kemudian bacalah doa selepas Solat Tahajjud
Doa Selepas Solat Tahajjud
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya.
Daripada Ibn Abbas RA, terdapat riwayat sahih bahawa Nabi SAW membaca doa berikut ketika Baginda bangun malam untuk bertahajjud. Riwayat ini mengaitkan doa tersebut dengan qiamullail.
Ia bukan bacaan wajib dan jangan dianggap sebagai formula tetap selepas salam.


Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq
AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billahi
Maksudnya
Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah yang mengurus dan menegakkan langit, bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji; milik-Mu kerajaan langit, bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji; Engkaulah cahaya langit dan bumi.
Bagi-Mu segala puji. Engkaulah Yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar, syurga benar, neraka benar, para nabi benar, Nabi Muhammad SAW benar dan Hari Kiamat benar.
Ya Allah, kepada-Mu aku menyerahkan diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali bertaubat, dengan pertolongan-Mu aku menghadapi pertikaian dan kepada-Mu aku memohon keputusan. Ampunilah apa yang telah aku lakukan dahulu dan apa yang aku lakukan kemudian, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Yang Mengemudiankan. Tiada Tuhan selain Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. [10]
—— ❈ ——
Contoh Doa Ringkas Selepas Solat Tahajjud
Tiada satu lafaz khusus yang diwajibkan selepas salam.
Anda boleh berdoa dalam Bahasa Melayu dan menyebut hajat yang baik dengan kata-kata yang difahami.
Berikut hanyalah contoh doa umum yang boleh diubah mengikut keperluan:
“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah aku petunjuk dan kekuatan untuk mentaati-Mu. Perbaikilah urusanku, lindungilah keluargaku, lapangkanlah rezekiku yang halal dan kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia serta di akhirat. Amin.”
Doa ini bukan bacaan yang dinisbahkan secara khusus kepada Rasulullah SAW dan bukan syarat sah Tahajjud.
Anda boleh memendekkan, menambah atau menggantikannya dengan doa lain yang baik.
Fadhilat & Kelebihan Solat Tahajjud Berdasarkan Dalil
Kelebihan Tahajjud tidak perlu dihiasi dengan janji rezeki atau kesihatan yang tidak pasti. Dalil yang kukuh sudah cukup untuk mendorong seorang Muslim menghidupkan malam.
Bahagian ini memberikan ringkasan. Untuk huraian yang lebih khusus, lihat panduan fadhilat dan kelebihan Solat Tahajjud berdasarkan dalil.
Nabi SAW menunaikan solat malam sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Apabila ditanya, Baginda bersabda: “Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang bersyukur?”
— Sahih al-Bukhari, no. 1130 [11]
Hadis ini bukan tuntutan supaya seseorang memudaratkan diri. Ia menggambarkan syukur dan kesungguhan Rasulullah SAW. Bagi orang awam, mulakan mengikut kemampuan dan jaga Solat Subuh.
1. Solat Sunat Yang Paling Afdal Selepas Solat Fardu
“Solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam.”
— Riwayat Muslim, no. 1163 [12]
Hadis ini menunjukkan kedudukan yang tinggi bagi solat malam dalam kalangan solat sunat. Keutamaannya tidak bermakna seseorang perlu memaksa diri; lakukanlah mengikut kemampuan tanpa mengabaikan Solat Subuh, kesihatan dan tanggungjawab wajib.
2. Waktu Untuk Berdoa Dan Memohon Keampunan
Hadis sahih menerangkan keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai waktu seorang hamba memohon, berdoa dan beristighfar kepada Allah. Ini bukan jaminan bahawa setiap permintaan akan berlaku tepat seperti yang dibayangkan, tetapi ia adalah galakan besar untuk mendekatkan diri kepada-Nya. [13]
3. Membina Jiwa Yang Sedar Dan Bersungguh-sungguh
Rasulullah SAW menerangkan bahawa orang yang bangun, mengingati Allah, berwuduk dan bersolat akan memulakan pagi dengan jiwa yang baik dan bersemangat. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. [14]
4. Sifat Orang Yang Mengingati Allah Pada Waktu Malam
“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur; mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan penuh harap…”
— Surah al-Sajdah, ayat 16 [15]
Ayat ini menggambarkan keseimbangan hati seorang mukmin: takut kepada Allah dan pada masa yang sama berharap kepada rahmatNya. Bangun malam bukan sekadar untuk meminta sesuatu. Ia melatih hati supaya tunduk, berharap dan bergantung kepada Allah.
Tips Mudah Untuk Istiqamah Tahajjud
- Mulakan dengan dua rakaat. Jangan terus menetapkan sasaran yang membebankan.
- Tetapkan hari tertentu. Contohnya malam hujung minggu sebelum membina rutin yang lebih kerap.
- Tidur lebih awal. Kurangkan perkara yang melengahkan tidur selepas Isyak.
- Sediakan tempat solat. Letakkan telekung, kain pelikat atau sejadah lebih awal.
- Jangan mengejar bacaan panjang. Al-Fatihah dan surah pendek sudah mencukupi.
- Jika terlepas, jangan berputus asa. Mulakan semula pada malam berikutnya tanpa menyalahkan diri secara berlebihan.
Jika anda memerlukan strategi yang lebih terperinci tentang tidur, penggera dan rutin sebelum tidur, baca panduan mudah bangun Tahajjud dan Qiamullail.
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Tahajjud

Berikut disenaraikan soal jawab bagi beberapa masalah lazim yang berkaitan dengan perlaksanaan Solat Tahajjud
Boleh. Jika belum tidur, solat itu termasuk Qiamullail. Istilah Tahajjud lazimnya digunakan apabila seseorang tidur dahulu kemudian bangun untuk bersolat. Yang penting, jangan meninggalkan ibadah malam hanya kerana belum sempat tidur. Lihat penjelasan perbezaan Tahajjud dan Qiamullail. Untuk huraian fiqh yang lebih khusus, baca panduan Solat Tahajjud jika tidak tidur dahulu.
Boleh dilakukan secara berjemaah sekali-sekala. Namun, Tahajjud bukan solat sunat yang secara khusus dituntut berjemaah seperti Solat Tarawih; kebiasaannya ia dilakukan bersendirian. Jangan menganggap berjemaah sebagai syarat atau menjadikannya amalan tetap yang khusus. Riwayat Ibn Abbas RA menunjukkan beliau pernah menyertai solat malam Nabi SAW.
Tidak. Waktu Tahajjud telah tamat apabila masuk waktu Subuh. Bersedia untuk menunaikan Solat Subuh dan jangan meneruskan Tahajjud selepas masuk waktunya. Anda boleh mencuba lagi pada malam berikutnya. Lihat panduan waktu Solat Tahajjud.
Jika sempat, tidur sebentar selepas pulang kemudian bangun sebelum Subuh untuk Tahajjud. Jika anda tidak tidur, anda masih boleh mengerjakan solat malam sebagai Qiamullail. Jangan memaksa diri sehingga membahayakan kesihatan atau menyebabkan Solat Subuh terlepas.
Boleh, selagi waktu Subuh belum masuk. Jika masa masih mencukupi, anda boleh menunaikan dua rakaat terlebih dahulu sebelum bersahur. Jika waktunya singkat, utamakan sahur sekadar perlu dan pastikan Solat Subuh tidak terlepas. Lakukan Tahajjud dengan ringkas tetapi tetap menjaga tumakninah. Apabila masuk waktu Subuh, waktu Tahajjud telah berakhir.
Boleh. Tiada larangan tidur semula selepas Tahajjud. Pasang penggera dan pastikan anda bangun untuk menunaikan Solat Subuh pada waktunya.
Boleh. Jika terjaga, lakukan solat sunat dua rakaat-dua rakaat. Tidak perlu mengulang Witir kerana tidak dihimpunkan dua Witir dalam satu malam.
Tidak wajib. Witir ialah solat sunat yang sangat dituntut sebagai penutup solat malam. Jika anda belum berwitir, lakukanlah mengikut kemampuan; jika tidak melakukannya, Solat Tahajjud tetap sah.
Tiada bacaan khas yang wajib atau ditetapkan secara khusus untuk sujud terakhir Solat Tahajjud. Memadai membaca tasbih sujud seperti biasa. Anda boleh berdoa ketika mana-mana sujud, bukan hanya sujud terakhir. Jika menggunakan ayat al-Quran yang berbentuk doa, niatkan sebagai doa, bukan sebagai bacaan al-Quran. Jangan menetapkan Surah al-Isra’ ayat 80 atau bilangan tertentu sebagai amalan khas Tahajjud tanpa dalil. Jika anda tidak membaca doa tambahan, solat tetap sah.
Tidak ada syarat bahawa Surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau Ayat Kursi mesti dibaca 11 kali untuk menjadikan Tahajjud sah. Selepas al-Fatihah, bacalah mana-mana surah yang mudah. Sekali pun memadai; jangan menganggap bilangan tertentu sebagai kewajipan tanpa dalil yang jelas.
Kedua-duanya dibolehkan dalam solat malam. Pilih kadar suara yang membantu anda khusyuk dan tidak mengganggu orang yang sedang tidur atau beribadah berhampiran.
Selepas solat, anda boleh membaca doa daripada telefon atau kertas. Ketika solat, pandangan Mazhab Syafi‘i membenarkan membaca al-Quran daripada mushaf atau telefon, tetapi elakkan pergerakan yang banyak dan gangguan kepada khusyuk. Bagi pemula, lebih mudah membaca surah pendek yang dihafal.
Sah. Bacaan-bacaan tersebut ialah sunat dalam panduan Mazhab Syafi‘i. Teruskan solat dan jaga pergerakan serta tumakninah. Rujuk bahagian yang mesti dijaga dan yang sunat.
Cukup berwuduk selagi anda tidak berada dalam keadaan yang mewajibkan mandi. Mandi untuk menyegarkan badan adalah pilihan, bukan syarat khusus Tahajjud.
Boleh. Solat sunat sah dilakukan secara duduk walaupun seseorang mampu berdiri, tetapi berdiri lebih afdal. Jika anda duduk kerana sakit atau keuzuran, lakukan rukuk dan sujud mengikut kadar kemampuan serta panduan solat orang uzur.
Boleh. Selepas selesai solat, berdoalah dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain yang anda fahami. Untuk doa yang dilafazkan ketika masih berada dalam solat, terdapat perincian hukum; pilihan paling selamat bagi orang awam ialah berdoa dengan lafaz Arab yang diketahui atau berdoa dalam hati.
Wanita yang sedang haid tidak menunaikan solat. Namun, waktu malam masih boleh dihidupkan dengan doa, zikir, selawat, istighfar, mendengar bacaan al-Quran dan amalan lain yang dibenarkan.
Boleh memohon apa-apa hajat yang baik. Namun Tahajjud bukan cara memaksa sesuatu berlaku mengikut kehendak kita. Berdoalah, berusaha melalui jalan yang halal dan serahkan keputusan serta waktunya kepada Allah.
Anda boleh berdoa ketika sujud, selepas tahiyat akhir sebelum salam atau selepas selesai solat. Jika belum menghafal doa Arab untuk dibaca dalam solat, sampaikan hajat dengan bahasa yang difahami selepas salam.
Tidak ada syarat tujuh malam atau bilangan malam tertentu. Yang lebih baik ialah istiqamah mengikut kemampuan walaupun hanya dua rakaat pada beberapa malam.
Jangan berputus asa. Anda boleh melakukan ibadah malam selepas Isyak sebelum tidur sebagai Qiamullail dan menunaikan Witir lebih awal jika bimbang tidak terjaga. Tahajjud ialah amalan sunat; jangan sehingga usaha mengejarnya menyebabkan Solat Subuh terlepas atau kesihatan terabai.
Penutup: Mulakan Dengan Dua Rakaat
Solat Tahajjud bukan perlumbaan untuk membaca doa paling panjang atau melakukan rakaat paling banyak. Tujuannya ialah mendekatkan diri kepada Allah pada waktu yang sunyi dengan hati yang tunduk dan berharap.
Mulakan dengan dua rakaat. Baca surah yang anda ingat, jaga tumakninah dan berdoalah dengan bahasa yang difahami. Apabila rutin itu sudah terasa ringan, tambahlah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.
Semoga panduan ini membantu anda menunaikan Solat Tahajjud dengan lebih yakin, tenang dan istiqamah.
Nota Kaki & Rujukan
- Al-Quran menerangkan anjuran bangun malam untuk Tahajjud dalam Surah al-Isra’ ayat 79. Antara ayat lain tentang ibadah malam ialah Surah al-Sajdah ayat 16 serta Surah al-Dhariyat ayat 17–18. [Surah al-Isra’ 17:79] ↩︎
- Panduan Qiamullail terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menghimpunkan penerangan asas tentang ibadah malam, termasuk waktu, tatacara dan doa. [Panduan Qiamullail JAKIM] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan maksud Tahajjud serta hubungannya dengan tidur dan Qiamullail. [AL-KAFI #793] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membincangkan bilangan rakaat dan kaedah salam bagi solat sunat. Untuk panduan ini, susunan dua rakaat dengan satu salam dipilih sebagai cara yang paling mudah diikuti. [AL-KAFI #1843] ↩︎
- Hadis Ibn Umar RA dalam Sahih al-Bukhari menerangkan bahawa solat malam dilakukan dua rakaat-dua rakaat, kemudian ditutup dengan satu rakaat Witir apabila bimbang masuk waktu Subuh. [Sahih al-Bukhari 990] ↩︎
- Riwayat yang sama tentang solat malam dua rakaat-dua rakaat terdapat dalam Sahih Muslim. [Sahih Muslim 749] ↩︎
- Panduan Qiamullail JAKIM menyentuh kedudukan Witir sebagai penutup solat malam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan kaedah melakukan Witir dan larangan menghimpunkan dua Witir dalam satu malam. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
- Panduan Qiamullail JAKIM mencadangkan Tahajjud diikuti solat-solat sunat lain seperti Taubat dan Hajat, manakala Witir dijadikan penutup. Susunan ini ialah panduan amali, bukan syarat sah setiap solat. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa zikir ketika rukuk dan sujud, bacaan iktidal serta doa antara dua sujud ialah sunat dalam Mazhab Syafi‘i. Meninggalkannya tidak membatalkan solat. [AL-KAFI #1460] [AL-KAFI #1804] ↩︎
- Hadis Ibn Abbas RA dalam Sahih al-Bukhari meriwayatkan doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika Baginda bangun malam untuk menunaikan Tahajjud. [Sahih al-Bukhari 1120] ↩︎
- Hadis Aisyah RA dalam Sahih al-Bukhari menerangkan bahawa Rasulullah SAW menunaikan solat malam sehingga kaki Baginda bengkak, sebagai tanda syukur kepada Allah. [Sahih al-Bukhari 1130] ↩︎
- Hadis Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim menerangkan bahawa solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam. [Sahih Muslim 1163] ↩︎
- Hadis sahih menerangkan keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai waktu berdoa, meminta dan memohon keampunan. [Sahih al-Bukhari 1145] [Sahih Muslim 758] ↩︎
- Hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim menerangkan bahawa orang yang bangun, mengingati Allah, berwuduk dan bersolat akan memulakan pagi dengan jiwa yang baik serta bersemangat. [Sahih al-Bukhari 1142] [Sahih Muslim 776] ↩︎
- Untuk bacaan lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan kelebihan solat malam dan waktu mustajab pada malam hari. [Irsyad al-Hadith #436] [Irsyad al-Hadith #393] ↩︎
Rujukan Tambahan
Lihat Rujukan Tambahan (11 sumber)
- Fiqh Populer: Terjemah Fathul Mu‘in ialah antara rujukan fiqh umum yang digunakan dalam penyediaan panduan ini.
- Bughyah al-Mustarsyidin, halaman 136, turut dirujuk sebagai sumber fiqh.
- Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Allahyarham Dato’ Ismail Kamus digunakan sebagai rujukan umum berkaitan amalan dan ibadah harian. [Indahnya Hidup Bersyariat]
- Buku Ensiklopedia Solat oleh Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Mohd Wahid Abd Hanif menjadi rujukan umum mengenai pelaksanaan dan persoalan solat.
- Buku Ensiklopedia A–Z Tentang Solat oleh Dr. Nik Yusri Musa digunakan sebagai rujukan umum mengenai hukum dan amalan solat.
- Video Ensiklopedia Solat: Solat Tahajjud terbitan TV3 Official menjadi rujukan audiovisual tambahan bagi penerangan ringkas mengenai Tahajjud. [Video TV3 Official]
- Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat oleh Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib dan Rohidzir Rais menjadi rujukan tambahan berkaitan tatacara solat sunat. [Bimbingan Lengkap Solat Sunat]
- Buku Solat Sunat Harian oleh Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi digunakan sebagai rujukan tambahan bagi amalan solat sunat harian.
- Buku 1157 Persoalan Solat oleh Ustaz Muhadir Haji Joll menjadi rujukan bagi persoalan praktikal berkaitan solat. [1157 Persoalan Solat]
- Nihayah az-Zain, halaman 113, turut dirujuk dalam perbahasan fiqh berkaitan solat sunat.
- Tuhfah al-Muhtaj bersama Hawasyi asy-Syarwani wa al-‘Ubbadi, jilid 3 halaman 276, turut dirujuk sebagai sumber fiqh.



Bolehkah solat Tahajud dilakukan selepas solat Isya’k?
Assalamualaikum Puan Rosmah.
Boleh. Waktu solat malam bermula selepas selesai Solat Isyak dan berakhir apabila masuk waktu Subuh.
Jika puan tidur terlebih dahulu kemudian bangun untuk bersolat, itulah yang lazim disebut Solat Tahajjud. Jika belum tidur, puan masih boleh melakukan solat sunat malam dan ia termasuk dalam qiamullail.
Waktu paling afdal ialah sepertiga malam terakhir. Namun, jika bimbang tidak dapat bangun, bolehlah bersolat selepas Isyak.
Wallahu a‘lam.
Maaf, ingin bertanya knp bila saya buka terlalu byk iklan yg masuk n ada kalanya iklan tersebut mnjolok mata.
Assalamualaikum Puan Rozimah.
Mohon maaf atas pengalaman tersebut dan terima kasih kerana memaklumkannya kepada kami.
Iklan di laman ini dipaparkan secara automatik dan boleh berbeza bagi setiap pembaca. Namun, iklan yang terlalu banyak atau menjolok mata memang tidak sepatutnya mengganggu keselesaan membaca panduan ibadah.
Kami mengambil serius perkara ini dan akan menyemak semula tetapan serta kategori iklan. Jika puan terlihat iklan yang sama lagi, tangkap layar iklan tersebut akan sangat membantu kami mengenal pasti dan menyekatnya.
Terima kasih atas teguran yang sangat membantu.
assalammualaikum ustaz..
nak tanya kalau kita terbaca surah fatihah 2 kali masa dalam sama rakaat, boleh ke atau tak?ataupun kita kena ulang balik baca surah @ solat semula?mohon pencerahan ustaz.
terima kasih
Waalaikumussalam Mimy. Jika al-Fatihah terbaca dua kali dalam rakaat yang sama kerana terlupa atau menyangka belum membacanya, solat masih sah. Tidak perlu mengulang surah atau solat semula—teruskan sahaja solat seperti biasa. Wallahu a‘lam.
Penjelasan lanjut boleh dibaca di sini: https://akuislam.com/fekah/baca-fatihah-dua-kali/
alhamdulillah terima kasih ustaz.
Alhamdulillah, sama-sama Mimy. Semoga penjelasan tersebut bermanfaat dan memudahkan Mimy dalam beribadah. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan kita istiqamah. Amin.
Bolehkah berdoa dalam bahasa melayu sahaja?
boleh sebab saya pun guna bahasa melayu sahaja..Semoga kita istiqamah dlm melaksanakan tahajud..aminnn
Terima kasih puan Shikin kerana sudi membantu dan berkongsi.
Betul, selepas solat Tahajjud kita boleh berdoa dalam bahasa Melayu atau bahasa lain yang kita fahami. Semoga Allah mengurniakan kita semua istiqamah dalam melaksanakan Tahajjud dan ibadah yang lain.
Āmīn.