• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AKU ISLAM

Demi Allah, jangan bersedih!

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
Hide Search
Home » Ibadah » Solat Sunat Tahajjud

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud

Oleh Muhamad Naim

solat sunat tahajjud

Bagaimana cara melakukan Solat Sunat Tahajjud?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat tahajjud secara lengkap, mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.

Apa yang istimewa:

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.

Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Isi Kandungan:
  1. Pengenalan
  2. Waktu Solat Tahajjud
  3. Niat Solat Tahajjud
  4. Jumlah rakaat Yang Boleh Dilakukan
  5. Surah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat
  6. Doa Tahajjud
  7. Kelebihan Solat Malam
  8. Penutup: Waktu Pintu Taubat Terbuka Luas

 

Pengenalan Tahajjud

Solat sunat tahajjud digalakkan agar didirikan setiap malam.

Kita solat fardhu Isyak di awal waktu dengan berjemaah dan bangun kemudian bersegera tidur agar dapat bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat sunat tahajjud.

Hukum solat tahajjud adalah sunat muakkad – iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.

Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri.

Baginda bersabda yang ertinya;

Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)”

— H.R Muslim

Solat sunat tahajjud sangat digalakkan dilakukan bersama-sama dengan solat taubat

 

Waktu Solat Tahajjud

Solat sunat tahajjud dilakukan pada tengah malam, iaitu selepas jam 12 malam.

Waktu ini adalah selepas bangun daripada tidur sewaktu keadaan senyap sunyi dikala semua manusia lain sedang nyenyak tidur.

Firman Allah SWT:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.

— Surah al-Muzzammil ayat 1–4

 

Lafaz Niat Solat Tahajjud

Apabila bangkit selepas tidur di tengah malam, ambillah wuduk.

Seterusnya mengadap arah kiblat dan ucapkan lafaz niat solat solat tahajjud ini:

niat solat tahajjud

 Usolli Sunnatal Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala 

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

 

Jumlah Rakaat

Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat tahajjud secara terperinci.

Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat.

Solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. — tetapi ia boleh dilakukan sebanyak mungking mengikut kemampuan anda.

Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.

Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

 

Surah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat

Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan.

Oleh itu, bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai.

Di bawah ini adalah cadangan surah yang boleh dibacakan.

Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun:

surah al-kafirun

 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.


Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:

surah al-ikhlas

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

 

Doa Solat Tahajjud

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya.

Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut:

doa tahajjud

Allahumma laka hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, wassa-‘atu haqku

Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika hasamtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli ma qaddamat, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha khoirul ka wa laa hau la walaa quwwata illah billah.

Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

 

Kelebihan Solat Tahajjud

Banyak kelebihan melakukan solat tahajjud.

Antara kelebihan solat sunat tahajjud ialah makbul doa, tenang hati serta fikiran, murah rezeki dan mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia.

Yang paling penting adalah waktu ini pintu taubat terbuka luas.

Rasulullah SAW bersabda:

kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit

— Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A

Malah, dengan solat tahajjud juga akan menjadikan diri kita lebih kuat dan lebih produktif

 

Penutup: Allah Membuka Pintu Langit Kepada HambaNya

Solat malam adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Kongsikan ini:

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel berkaitan:

Tag: Solat Sunat

Jangan Terlepas Artikel!

Masukkan alamat emel anda untuk mendapatkan notifikasi bila artikel baru diterbitkan.

Join 7,486 other subscribers

298
Tinggalkan Komen Anda

1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.
136 Bebenang Komen
162 Komen Yang Berbalas
95 Pengikut
 
Paling Menerima Reaksi
Komen Terhangat
147 Penulis Komen
1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.
Komen Terbaru Komen Terdahulu
Aru

Ya allah.. saksikan la telah di sampaikan risalah mu yg baik kepada hambah2 mu.

Balas
6 jam yang lalu
Aisyah

Bole ke kalau tak buat solat taubat terus buat solat tahajjud je ?

Balas
10 jam yang lalu
Nura

Alhamdullillah..
Kongsian ilmu dan Isi yg mudah difahami. Moga mendapat keberkatan dan moga tuan juga sentiasa didalam limpahan kurniaNYA.
Aminnn…

Balas
2 hari yang lalu
Sarah

Alhamdulillah Ustaz.. Sgt mudah difahami.. Semoga konsistan utk mengamalnya…

Balas
4 hari yang lalu
Muhamad Naim

Alhamdulillah.
InsyaaAllah semoga urusan tuan dipermudahkan :-)

Balas
3 hari yang lalu
Zaitun bt alwi

Assalamualaikum ustaz ..yg mana patut saya lakukan.Solat taubat dahulu ke baru solat tahjud

Balas
4 hari yang lalu
Muhamad Naim

Wassalam,

Mana-mana pun boleh.

Tetapi pada pandangan saya lebih baik didahulukan solat taubat berdasarkan kepentingannya.

Balas
3 hari yang lalu
Zaitun bt alwi

Alhamdulillah…betul lah apa yg saya buat..terima kasih ustaz

Balas
3 hari yang lalu
Zaitun bt alwi

Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya pulak mengenai solat rawatib yg saya laku kan ini sah atau tidak..Saya solat rawatib hanya dgn membaca fathiha tanpa membaca ayat2 sunat yg lain..maksud saya saya hanya melakukan dan membaca yg wajib sahaja .

Balas
2 hari yang lalu
Ammar

assalamualaikum ustaz.. syarat untuk solat tahajjud adalah perlu tidur dahulu.. sy telah tidur dan terjaga sebelum lewat malam.. adakah boleh sy melakukan solat tahajjud??

Balas
4 hari yang lalu
Muhamad Naim

Wassalam boleh.

Balas
3 hari yang lalu
Semuthitam

Alhamdulillah..lengkap dan mudah difahami..semoga mmberi manfaat juga kepada yg lain..dan semoga dipermudah kan urusan.

Balas
14 hari yang lalu
Muhamad Naim

Alhamdulillah 😁

Balas
12 hari yang lalu
Siti nor hajar ismail

Alhamdulillah terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu.. sy dah lama tertanya2 yg mana lebih afdhal solat taubat dlu bru solat tahajud atau sebaliknya ustaz.. terima kasih ..

Balas
19 hari yang lalu
Muhamad Naim

Alhamdulillah 😁

Balas
12 hari yang lalu
Muhamad Naim

Pada pandangan saya lebih baik didahulukan solat taubat berdasarkan kepentingannya.

Balas
3 hari yang lalu
Mohd Fadhuli

Assalamualaikum Ustaz .. Terima kasih diatas panduan berikut .. Minta semua yg baca komen saya nii doakan yg baik2 ya .. Niat utk berubah kearah kebaikan .. Semoga kita sama2 dapat hidayah dari Allah SWT serta istiqamah dalam setiap apa yg dilakukan .. Amin inshaAllah

Balas
20 hari yang lalu
Muhamad Naim

InsyaaAllah. Biarlah perubahan itu sikit-sikit, tetapi secara konsisten dan berterusan

Balas
12 hari yang lalu
Anis

Assalamualaikum.. Ustaz.. Ustaz update lain ka entri.. Sb sy tgk doa dlm sujud terakhir xda pun dlm ni… Haritu sy baca ada…

Balas
22 hari yang lalu
Muhamad Naim

Wassalam.

Ya, sebab banyak pendapat mengenai bacaan tersebut.

Jadi saya pilih yang paling mudah dan ringkas untuk orang awam macam kita semua.

Balas
12 hari yang lalu

Primary Sidebar

Artikel Popular

  • Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
    Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
  • Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
    Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
  • Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
  • Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
    Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
  • Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
    Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
  • Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
    Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
    Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
    Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
  • Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
Panduan Lengkap

  • Panduan Solat Fardu
  • Senarai Solat Sunat
  • Doa-Doa Harian

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Twitter

Blog ini ditulis dengan di Pulau Banggi, Sabah.

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
wpDiscuz