Jadual Ibadah & Amalan Sepanjang Bulan Ramadan (PDF)

Jadual Ibadah & Amalan Sepanjang Bulan Ramadan

Ini adalah panduan lengkap jadual ibadah dan amalan sepanjang bulan Ramadan, dari hari pertama hingga hari ke-30. Panduan ini akan membantu anda mengisi setiap hari Ramadan dengan amalan-amalan yang bermakna dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting: 

Anda akan dibimbing secara terperinci dari waktu Subuh sehingga sepertiga malam terakhir.

Setiap cadangan amalan disusun rapi untuk membantu anda menjayakan khatam al-Quran dalam bulan Ramadan ini, di samping memaksimumkan keberkatan melalui ibadah lain seperti zikir, solat sunat, dan amalan kebaikan.

Malah saya turut menyediakan jadual ini dalam bentuk PDF untuk di download oleh anda secara percuma!

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Baca Sepenuhnya

Niat & Cara Solat Witir 3 Rakaat 1 Salam (Panduan Lengkap)

Solat Witir 3 Rakaat 1 Salam

Ini adalah panduan lengkap untuk menunaikan Solat Witir 3 rakaat 1 salam. Panduan ini bertujuan memberi penerangan khusus mengenai cara pelaksanaan solat witir dalam bentuk yang lebih terperinci, lengkap dengan langkah-langkah dan bacaan yang disarankan.

Apa yang menarik:

Setiap langkah diterangkan dengan teliti bagi memastikan anda memahami perbezaan antara solat witir tiga rakaat dengan satu salam berbanding cara-cara lain. Penjelasan ini juga dilengkapi dengan panduan mudah dan bacaan yang sesuai untuk membantu anda melaksanakan solat dengan lebih sempurna.

Sekiranya anda bersedia untuk mendalami panduan ini dan memperkemas ibadah solat witir anda, mari kita mulakan…

Baca Sepenuhnya

SUNAT MUAKKAD: Maksud & Contoh Sunat Muakkad

SUNAT MUAKKAD

Maksud sunat muakkad adalah merujuk kepada amalan-amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam dan dititikberatkan oleh Rasulullah SAW. Dalam erti kata lain, ia merupakan ibadah yang walaupun tidak diwajibkan, sangat digalakkan kerana Rasulullah SAW melaksanakannya dengan konsisten dan jarang meninggalkannya.

Sebagai tambahan, ulama menyebut bahawa amalan ini juga dikenali sebagai Sunnah Huda, seperti yang dijelaskan oleh Sayyid Sharif al-Jurjani dalam kitab at-Ta`rifat. [1] Beliau menyatakan bahawa sunnah muakkadah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan oleh Nabi Muhammad SAW, dan meninggalkannya dianggap sebagai memandang rendah kepada agama.[2]

Baca Sepenuhnya

PUASA ZULHIJJAH: Niat Puasa Sunat Zulhijjah & Kelebihannya

Niat Puasa Sunat Zulhijjah

Ini adalah panduan lengkap niat puasa sunat Zulhijjah dan kelebihannya.

Dalam panduan ini, saya akan menerangkan secara lengkap dan terperinci semua perkara yang berkaitan dengan Puasa Sunat Zulhijjah β€” termasuk lafaz niat puasa yang dipermudahkan dengan transliterasi Rumi.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.

Baca Sepenuhnya