Bagaimana cara solat sunat fajar?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat fajar.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Bacaan doa juga turut disediakan.
Apa yang menarik:
Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Pengenalan
Sebelum kita mendirikan solat fardu subuh, disunatkan mendirikan solat sunat fajar terlebih dahulu sebanyak dua rakaat.
Waktu mengerjakan solat ini adalah apabila bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.
Lafaz Niat Solat Sunat Fajar
Lafaz niatnya adalah:
Usolli sunnatal fajri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
Cara Mengerjakan
Tunaikanlah dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.
Pada Rakaat Pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Kafirun.Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Pada Rakaat Kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas.
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Doa Selepas Salam
Selepas memberi salam, bacalah:
Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.”
Adakah Solat Ini Sama Dengan Solat Sunat Qabliyyah Subuh?
Secara ringkasnya, ya.
Solat sunat fajar adalah solat yang sama dengan solat sunat qabliyyah subuh.
Ikuti kupasan lanjut dari Ustaz Jafri Abu Bakar dalam video di bawah:
Kelebihan Mengerjakan Solat Sunat Fajar
Menurut Mufti Wilayah, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar.
Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.
Hal ini berdasarkan sebuah hadith:
1. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ
Maksudnya:
2. Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya:
Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]
Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia.
Penutup: Lakukanlah Solat Sunat Untuk Berjaya
Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka”
— Surah al-Mukminun 1-2
Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.
Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.
Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.
InsyaaAllah mereka akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum wht Ustaz.
Saya ingin bertanya tentang solat fajar. Dikerjakan selepas masuk waktu subuh ke atau bagaimana?
Kedua, tentang niat tu, adakah hendak diniatkan Solat Fajar atau Solat sebelum subuh.
Mohon pencerahan Ustaz, terima kasih.
Wassalam.
Terima Kasih Ustaz👍🏻
Sama-sama 😊
kebiasaannya saya solat sunat sebelum subuh tetapi pada hari ini disebabkan terlewat sikit ke surau , imam sedang solat subuh maka saya terus solat subuh bersama imam.
saya difahamkan dalam keadaan tersebut dibolehkan solat sunat sebelum subuh yg selalu dilakukan pada kebiasaan itu selepas solat subuh, sebagaimana pernah dilakukan Rasulullah.
Soalan saya:
1) betul ke pandanagan ini?
2) bagaimanakah niat ?
tks
1) Ya memang benar.
Bagi mereka yang terlepas Solat Sunat sebelum Fajar, dibenarkan Qadha solat tersebut sebaik-baiknya selepas Solat Subuh.
Ini berdasarkan kepada peristiwa berikut:
2) Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Qada’an Lillahi ataala
terimakasih atas pencerahan ini.
Semoga Kita sma2 dlm Rahmat Allah SWT SELALU Aamiin3 YA ALLAH ❤️😇
Aminn
Assalammualaikum ustaz..
Ada doa khusus selepas melakukan solat sunat fajar ?
Wassalam,
Boleh lihat pada artikel di atas: https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-fajar/#doa