SUNAT MUAKKAD: Maksud & Contoh Sunat Muakkad

SUNAT MUAKKAD

Maksud sunat muakkad adalah merujuk kepada amalan-amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam dan dititikberatkan oleh Rasulullah SAW. Dalam erti kata lain, ia merupakan ibadah yang walaupun tidak diwajibkan, sangat digalakkan kerana Rasulullah SAW melaksanakannya dengan konsisten dan jarang meninggalkannya.

Sebagai tambahan, ulama menyebut bahawa amalan ini juga dikenali sebagai Sunnah Huda, seperti yang dijelaskan oleh Sayyid Sharif al-Jurjani dalam kitab at-Ta`rifat. [,1] Beliau menyatakan bahawa sunnah muakkadah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan oleh Nabi Muhammad SAW, dan meninggalkannya dianggap sebagai memandang rendah kepada agama.[,2]

Baca Sepenuhnya

Niat, Cara dan Doa Solat Sunat Gerhana Bulan (Rumi)

Solat Gerhana Bulan

Ini adalah panduan lengkap solat sunat gerhana bulan (solat khusuf), daripada niat hingga salam, doa dan khutbah, mengikut mazhab Syafi‘i.

Bacaan dalam solat disertakan dengan tulisan Arab, transliterasi Rumi, audio dan maksud. Panduan ini sesuai untuk orang yang baru belajar solat, sama ada solat sendirian di rumah atau berjemaah di masjid.

Ringkasan Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat sunat gerhana bulan (solat khusuf) ialah solat dua rakaat yang dikerjakan ketika berlaku gerhana bulan. Bentuknya yang khas ialah dua kali berdiri membaca al-Fatihah dan dua kali rukuk dalam setiap rakaat.

  • Hukum: sunat muakkadah, iaitu sunat yang sangat dituntut.
  • Niat: Uṣallī sunnata khusūfil-qamari rak‘ataini lillāhi ta‘ālā, iaitu “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
  • Bilangan: 2 rakaat dengan satu salam. Setiap rakaat ada dua qiyam dan dua rukuk.
  • Bacaan: nyaring, termasuk bagi imam dan orang yang solat sendirian.
  • Waktu: sejak gerhana kelihatan hingga bulan terang sepenuhnya atau matahari terbit.
  • Doa: tiada lafaz khusus. Perbanyakkan zikir, doa, istighfar dan sedekah.
  • Khutbah: sunat dua khutbah selepas solat jika berjemaah.
Solat Sunat Gerhana Matahari

Mencari solat gerhana matahari?

Niat dan Cara Solat Sunat Gerhana Matahari (Solat Kusuf)

Panduan ini khusus untuk gerhana bulan. Bagi gerhana matahari, bacaannya perlahan dan waktunya berakhir apabila matahari terang atau terbenam.

Baca Sepenuhnya

9 Amalan Bulan Ramadan Yang Digalakkan

Amalan bulan Ramadan

Apakah amalan Bulan Ramadan yang dituntut dan digalakkan?

Panduan ini akan menjelaskan beberapa amalan sunat yang sangat digalakkan untuk diamalkan pada Bulan Ramadan ini.

Apa yang penting:

Setiap amalan-amalan tersebut diterangkan secara terperinci, dan dinyatakan secara langkah demi langkah untuk memudahkan anda beramal dengannya dengan mudah.

Semoga memberi manfaat..

Baca Sepenuhnya

Amalan Sebelum & Selepas Solat Subuh Dalam Islam

Panduan ini akan menunjukkan amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum dan selepas Solat Subuh yang dianjurkan dalam Islam.

Apa yang menarik:

Semua amalan-amalan ini ditunjukkan secara lengkap dan terperinci. Ia adalah amalan yang dikongsikan oleh para alim ulama untuk diamalkan oleh kita semua.

Saya berharap panduan ini akan memberi manfaat kepada kita semua..

Baca Sepenuhnya

Solat Sunat Sebelum Asar: Niat, Rakaat dan Cara

Ini adalah panduan lengkap solat sunat sebelum Asar, atau solat sunat qabliyah Asar, iaitu dua atau empat rakaat yang dikerjakan selepas masuk waktu Asar dan sebelum solat fardu Asar.1 Panduan ini menerangkan bilangan rakaat, lafaz niat, cara solat langkah demi langkah, cara solat empat rakaat dan hukum solat sunat selepas Asar, mengikut mazhab Syafi‘e. Apa yang penting: Setiap lafaz niat …

Baca Sepenuhnya

Solat Sunat Sebelum dan Selepas Zohor: Niat, Rakaat dan Cara

Ini adalah panduan lengkap solat sunat sebelum dan selepas Zohor (juga dieja Zuhur), iaitu solat sunat qabliyah dan ba‘diyah yang mengiringi solat fardu Zohor.1 Panduan ini menerangkan bilangan rakaat yang dituntut, lafaz niat, cara solat langkah demi langkah, cara solat empat rakaat dan waktu yang betul, mengikut mazhab Syafi‘e. Apa yang penting: Setiap lafaz niat dan bacaan disertakan dengan tulisan …

Baca Sepenuhnya