Bagaimana melakukan solat sunat tahiyatul masjid?
Solat tahiyatul masjid adalah solat sunat memuliakan masjid dan sangat digalakkan Islam.
Oleh itu, artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara mudah, langkah-demi-langkah dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..
Pengenalan Solat Tahiyatul Masjid
Setiap kali kita memasuki masjid, sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan solat sunat tahayyatul masjid.
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”
— Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim
Sewaktu hendak masuk ke dalam masjid, bacalah doa masuk masjid berikut:
Allahummagfirli Zunubi Waftahli Abwaba Rahmatika
Maksudnya:
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.
Waktu Mendirikan Solat Ini
Solat sunat ini tiada batasan waktu dan kita boleh mengerjakannya pada bila-bila masa sahaja sebaik memasuki masjid, iaitu sebelum kita duduk.
Niat Solat Tahiyatul Masjid
Sesudah memasuki masjid, maka berdiri lurus menghadap kiblat dan membaca lafaz niat berikut:
Usolli Sunnata Tahiyyatal Masjidi Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid
Tunaikan dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain:
1. Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun.Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
2. Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
3. Selesai menunaikan solat sunat tersebut, berniatlah beriktikaf di dalam masjid sebagaimana berikut:
Nawaitul iktikaf fi hazal masjidi sunnatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.
Isu Berkaitan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Mungkin terdapat beberapa situasi atau masalah yang dihadapi oleh kita semasa ingin mengerjakan solat sunat ini. Disini saya kumpulkan beberapa situasi yang lazim berlaku:
Rujukan lanjut mengenai perkara ini boleh dilihat di laman Mufti Wilayah Persekutuan ni
Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja.
- Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali — maka dibolehkan bangun dan terus solat.
- Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat — tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
- Sudah dimulakan solat jemaah
- Dia telah duduk atau
- Dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan
Maka dianjurkan membaca 3 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu.
Ini kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW:
Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.”
— Hadis Riwayat Muslim
Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.
Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.
Kesimpulan
Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda!
Tinggalkan Komen Anda..
Alhamdullilah sgt mebantu info ini ..Terima kasih penerbit
Alhamdulillah, sama-sama 😊
Semasa solat sunat tahiyatul masjid dn solat sunat badiyah /qabliyah doa iftitah dibaca x
As-Salam.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Assalamualaikum wr.wb…Ustaz..sewaktu kita masok ke masid untok solat Suboh Azan Suboh. pun berkumandang. kita tidak dudok.malahan terus berdiri hingga selesai azan..apakah sunat juga kita melakukan solat tahyatul masjid? bagaimana jika kita terus melakukan solat sunat suboh..apa kah kita dapat juga pahala solat tahyatul masjid walau pun tidak melakukan tahyatul masjid? T.kaseh Ustaz..barakallahu fiikum…aamiin,…
Wassalam. Jika tidak melakukan sunat tahiyatul masjid, maka tidaklah mendapat pahala tahiyyatul masjid.
oooh..T,kaseh Ustaz..fii amanillah..aamiin..
Assalamualaikum..nak tanya masuk surau pun niat solat sunat tahiyatul masjid jgk ke
Wassalam. Ya sama sahaja
Ustaz , Klau dah buat solat sunat tahiyyatul masjid tapi solat sunat sebelum Jumaat dengan selepas jumaat tu kita kena buat jugak ke
Sunat untuk buat kedua-duanya.