Apakah hukum baca Doa Iftitah pada solat sunat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANKalau kita mahu tunaikan solat sunat seperti solat dhuha adakah kena baca doa iftitah juga?
Kalau dalam solat fardu selepas membaca fatihah baru kita sedar tidak baca doa iftitah bagaimana mahu dibuat?
JAWAPAN
Disunatkan membaca doa iftitah sebelum membaca fatihah bagi semua solat samada solat fardu atau sunat dan samada dia imam atau makmum atau solat sendirian.
Berkata Dr Mustafa Bugha:
Tempat Disunatkan Baca Doa Iftitah: Disunatkan membaca doa iftitah pada permualaan solat fardu dan solat sunat bagi yang solat sendirian dan bagi imam dan makmum dengan syarat belum lagi mula membaca fatihah.
Dan tidak disunatkan membaca doa iftitah pada solat jenazah dan tidak pada solat fardu apabila telah sempit waktunya dengan sekira-kira jika menumpukan membaca doa iftitah akan keluarlah waktu.”
(Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)
KESIMPULAN
Doa iftitah sunat dibaca oleh imam dan makmum dan yang solat sendirian sebelum membaca fatihah.
Jika sudah mula membaca fatihah walapun baru membaca Bismillah kemudian teringat tidak membaca doa iftitah maka tidak sunat lagi membacanya dan solatnya tidak batal.
Sengaja meninggalkan membaca doa iftitah tidak membatalkan solat tetapi luput darinya fadhilat mengikut sunnah.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Betul ke kalau solat sunat apa² pun, untuk tahiyat akhir memadai baca tahiyat awal sahaja?
Terima kasih
Wassalam. Telah sah bacaan tahiyat jika dibaca sekurang-kurangnya sehingga tahiyat awal. Namun lebih baik jika disempurnakan sehingga bacaan akhir (selawat ibrahimiyyah)
Saya nk Tanya kalau sengaja taknak baca doa iftitah setiap fardu
Tidak apa, tak berdosa. Solat tetap sah.