
Ini adalah panduan lengkap cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat.
Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah dengan mudah.
Apa yang menarik:
Panduan solat hajat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi & audio untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca skrip tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.
Pengenalan

Maksud Solat Hajat
Hajat dari segi bahasa merujuk kepada keperluan atau memohon sesuatu.
Imam al-Syatibi mentakrifkan hajat sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang untuk melapangkannya daripada situasi kesempitan yang lazimnya membawa kepada kesukaran.
Oleh itu, Solat Hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Allah berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
— Surah Ghafir ayat 60
Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:
Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi
— Riwayat al-Hakim no. 1218
Bertepatan dengan maksud solat dari segi bahasa sebagai doa, maka ibadat solat merupakan jalan yang terbaik untuk kita mengajukan doa, hajat dan permohonan kepada Allah.
Diharapkan dengan solat yang kita laksanakan secara bersungguh-sungguh, Allah SWT akan memperkenankan doa yang kita hajati.

Waktu Solat Hajat
Bilakah waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat?
Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada siang dan malam, kecuali pada waktu yang diharamkan solat.
Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.
— Namun sebaik-baiknya, solat hajat dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.
Setelah bangun daripada tidur, terlebih dahulu hendaklah Solat Tahajjud.
Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.
Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.
Rakaat Solat Hajat
Berapakah bilangan rakaat bagi Solat Hajat?
Ada pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafi’e adalah sebanyak dua rakaat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Abu Awfa.
Namun, terdapat juga pendapat yang berlainan tentang bilangan rakaat solat sunat hajat. Ada yang berpendapat empat rakaat ada juga yang berpendapat dua belas rakaat.
Secara kesimpulannya, solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.
Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam (Menurut Imam al-Ghazali dalam Kitab ihya’ Ulumuddin)
Cara Solat Hajat
Bagaimana cara mengerjakan Solat Hajat?
Terdapat pelbagai-bagai pendapat tentang bacaan dan cara solat hajat.
Tetapi walaupun begitu, kaedah atau rukun-rukun solat ini tetap sama sebagaimana dengan solat-solat sunat yang lain
Di bawah ini merupakan salah satu kaedah untuk melaksanakan solat sunat hajat:
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Hajat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat hajat dalam hati:

Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala
Atau niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Kemudian, Ayatul Kursi
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula potongan ayat daripada surah al-Baqarah ayat 255 (ayat Kursi) sebanyak 7 kali (atau mana-mana surah al-Quran)

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain selain daripada ayat Kursi
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua
10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

11. Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas:

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
- Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.
13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir
Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaNaka inNi KunTu Minaz-ZhoLimin
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.
Memohon Hajat Semasa Dalam Sujud Terakhir

Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud itu.
Mudah-mudahan Allah memakbulkan hajat kita kerana antara tempat paling mustajab berdoa adalah semasa didalam sujud.1
18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.
Doa Solat Hajat

Sesudah salam, bacalah istighfar, zikir dan doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.
1. Membaca Istighfar

AstaghFirullahal ‘Aziim al-LaDzii Laa illa Huwal Hayyul Qayyumu Wa AtuuBu ilaih (10 Kali)
Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadanya.
2. Membaca Tasbih & Tahmid

SubHaNallahi WalHamduLillah Wa Laa IlaaHa illallahu Wallahu Akbar, Walaa HawLa Walaa Quwwata Illa Billahi ‘Aliyyil ‘Aziim (10 Kali)
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah dan tiada tuhan (yang layak disembah) selain Allah dan Allah Maha Besar. Dan tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
3. Membaca Selawat Ke Atas Nabi ﷺ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad (10 Kali)
Ya Allah, limpahilah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad dan ke atas keluarga junjungan Nabi Muhammad.
4. Membaca Doa Solat Hajat
Boleh guna bahasa Melayu atau bahasa yang difahami, atau mengikut isi hati sendiri. InsyaaAllah Allah Maha Memahami segala isi hati.
Jika buntu, anda boleh berdoa sebagaimana doa berikut:

Transliterasi Doa Solat Hajat:
Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.
Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal
Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.
Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.
Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.
Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Sunat Hajat

Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim mengenai masalah dan isu yang berkaitan Solat Sunat Hajat:
Boleh, tiada masalah. Allah itu Maha Kaya Lagi Maha Memberi, tidak kiralah sebanyak mana hajat atau permintaan kita, mintalah segalanya kepada Tuhan Yang Maha Kaya.
Boleh. Harus hukumnya mengerjakan Solat Sunat Hajat secara berjemaah.
Tidak boleh. Waktu selepas solat Subuh dan Asar adalah tergolong dalam waktu tahrim, iaitu diharamkan melakukan solat sunat tanpa sebab.
Solat Hajat dilakukan apabila kita ingin memohon sesuatu keperluan daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Waktu paling afdal mengerjakan Solat Hajat ialah pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.
Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat
Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:
Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat. Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.
Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki. Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.
Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.
Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Biar Allah yang mengaturnya.
InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.
1 Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda; maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).” — Riwayat Muslim dan al-Nasaie.
Nota Rujukan:
- Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
- Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
- Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
- Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
- 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum Ustad, untuk solat Hajat berjemaah dan kita sebagai makmum, adakah cara solat Hajat, sama dengan cara solat Fardu.
Assalamualaikum Ustaz…
Saya buat solat Hajat selepas solat Dhuha boleh kea??
Dalam pukul 7.30 – 8.00 pagi macam tue..
Dan berapa kali solat hajat dalam 1 hari boleh dilakukan?
Terima Kasih banyak yea..
Waalaikumsalam.
Ya, boleh sahaja anda mengerjakan solat Hajat selepas solat Dhuha. Tidak ada had waktu tertentu untuk mengerjakan solat Hajat. Anda boleh mengerjakannya pada bila-bila masa sahaja selagi waktu tersebut bukanlah waktu yang dilarang untuk solat sunat, seperti waktu terbit matahari, waktu zawaal (ketika matahari tepat di tengah-tengah sebelum ia mula condong ke barat), dan waktu matahari terbenam.
Berkenaan dengan berapa kali solat Hajat boleh dilakukan dalam sehari, tidak ada had maksimum yang ditetapkan. Anda boleh mengerjakan solat Hajat seberapa banyak kali yang anda rasa perlu, bergantung kepada hajat atau keperluan anda. Solat Hajat adalah salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah SWT dan meminta pertolongan-Nya dalam hal-hal yang kita perlukan atau inginkan.
Namun, penting untuk diingat bahawa sambil kita mengerjakan solat Hajat, kita juga perlu berusaha dari segi usul dan sebab, dan tawakal kepada Allah SWT. Allah adalah Maha Mendengar doa hamba-Nya.
Semoga Allah mempermudahkan urusan anda dan mengabulkan hajat anda. Amin.
Aamiin Ya Rabbal Alamnin…
Alhamdulillah terima kasih Ustaz kerana sudi membantu..
Assalamualaikum ustaz. Boleh ke bedoa masa sujud akhir tu dngan lafaz bahasa melayu
Wassalam tidak boleh.
Jika berdoa dalam hati (dalam bahasa melayu) tidak mengapa.
Jika dilafazkan dalam bahasa melayu melalui mulut, solat itu akan terbatal
mmg bagus utk mana2 org islam utk belajar…harus di tik tok bykan lg Doa2 yg perlu kita buat… amin
Maaf, saya tiada tiktok.
Assalamualaikum Ustaz. Sekiranya, selepas solat sunat Hajjat, Dan selasai wirid, doa Dan zikir, saya terasa nak buat lagi solat hajat,sementara menunggu solat fardhu, boleh ke saya buat lagi ? ( sebab masih ada waktu sebelum masuk waktu sembahyang fardhu)
Waalaikumussalam.
Ya, tiada masalah untuk awak melakukan solat sunat hajat lagi selepas menyelesaikan solat hajat yang pertama, selagi belum masuk waktu sembahyang fardhu. Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada waktu-waktu yang dilarang seperti semasa matahari terbit, tengah hari (apabila matahari tepat di tengah-tengah langit) dan semasa matahari terbenam.
Oleh itu, selagi belum masuk waktu sembahyang fardhu, awak boleh melakukan solat hajat sebanyak yang awak kehendaki. Sesungguhnya Allah sangat menerima usaha hamba-hambaNya dalam beribadah dan berdoa.
Assalamualaikum trima kasih admin ada panduan brbntuk sebegini di on9 Banyak sangat membantu Saya yg daif mengenai bacaan dlm sholat Semoga Allah dpt memberi ganjaran kpda semua yg mengamatinya
Alhamdulillah, gembira mengetahuinya. Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan.
Assalamualaikum… semasa rakaat pertama ketika sujud saya tersilap baca tasbih sebanyak 30kali kemudian saya teruskan solat ketika sujud akhir saya baca tasbih sebanyak 3kali lagi sepatutnya 40kali adakah sah solat saya?
Wassalam
Sah, tiada masalah terkurang atau terlebih, kerana bacaan itu adalah sunat semata-mata.
Assalamualaikum ustaz, selain daripada Al-Fatihah apalagi bacaan yang perlu dibaca dengan kuat dan jelas?(Bacaan rukuk?,Bacaan tahiyat akhir?Bacaan sujud?)
Wassalam. Boleh rujuk mengenai rukun qauli pada pautan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/#qauli
Kalau solat sunat hajat 4 atau 6 rakaat sahaja boleh tak?
Boleh
assalamualaikum ustaz , saye baru lepas menunaikan solat hajat selepas solat asar dengan hajat ingin bertaubat dan memohon hidayah dari Nya . adakah solat hajat saye dikira haram ?
Wassalam. Solat tersebut tidak sah sebab dilakukan pada waktu tahrim.
Cuma awak tidaklah berdosa sebab bukan sengaja (tidak tahu)