Susunan Surah Solat Tarawih 8 Dan 20 Rakaat

Susunan Surah Solat Tarawih

Bagaimana susunan surah Solat Tarawih yang boleh diamalkan sepanjang Bulan Ramadan?

Dalam panduan ini, saya akan menunjukkan susunan surah lazim bagi Solat Tarawih bagi solat 8 rakaat dan 20 rakaat, yang boleh diamalkan disepanjang Bulan Ramadan dalam format yang mudah diikuti.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Bagaimanakah Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih?

Susunan Surah Solat Tarawih

Disunatkan memanjangkan bacaan al-Quran dalam Solat Tarawih, begitu juga dalam solat-solat yang lain, sama ada solat fardu atau sunat. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat yang paling baik ialah yang lama berdirinya.”

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Maksud lama berdiri itu adalah memanjangkan bacaan al-Quran dalam solat, kerana tempat bacaan al-Quran dalam solat adalah ketika kita berdiri (sebelum rukuk).

Namun jika kita menjadi imam, kita hendaklah mengambil kira keadaan makmum di belakang kita.

Janganlah keterlaluan memanjangkan bacaan sehingga menyusahkan makmum di belakang, kerana ada antara mereka yang daif, tua, sakit, sibuk, dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah dipendekkan bacaan sesuai dengan keadaan makmum tersebut.

Namun perlu diingatkan bahawa maksud memendekkan bacaan bukanlah dengan terlalu pendek, seperti membaca satu ayat yang pendek kemudian terus rukuk.

Malah, sekurang-kurangnya dengan membaca satu surah yang pendek seperti surah al-Kautsar, al-Kafirun, al-Ikhlas, dan seumpamanya atau membaca tiga ayat yang menyamai panjang surah-surah pendek itu atau membaca satu ayat panjang yang menyamainya.

Sususan Surah Lazim Solat Tarawih 8 Rakaat

Berikut adalah surah-surah al Quran yang boleh dibacakan semasa mengerjakan Solat Tarawih lapan rakaat disepanjang Bulan Ramadan.

Tujuan cadangan surah-surah ini adalah memperbagaikan bacaan surah surah lazim, sesuai untuk orang awam yang tidak mengingati surah-surah yang panjang.

Malam Ramadan Bil Solat Rakaat Nama Surah Permulaan Surah
Malam pertama sehingga akhir Ramadan 1 Pertama Surah at-Takatsur Ψ£ΩŽΩ„Ϋ‘Ω‡ΩŽΩ‰Ω°ΩƒΩΩ…Ω Ω±Ω„ΨͺΩ‘ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψ«ΩΨ±Ω Ω‘
Kedua Surah al-Asr ΩˆΩŽΩ±Ω„Ϋ‘ΨΉΩŽΨ΅Ϋ‘Ψ±Ω Ω‘
2 Ketiga Surah al-Humazah ΩˆΩŽΩŠΫ‘Ω„Ωž لِّكُلِّ Ω‡ΩΩ…ΩŽΨ²ΩŽΨ©Ω– Ω„Ω‘ΩΩ…ΩŽΨ²ΩŽΨ©ΩΒ Ω‘
Keempat Surah al-Fil Ψ£ΩŽΩ„ΩŽΩ…Ϋ‘ Ψͺَرَ ΩƒΩŽΩŠΫ‘ΩΩŽ ΩΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽ Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩΩƒΩŽ بِأَءۑحَٰبِ Ω±Ω„Ϋ‘ΩΩΩŠΩ„ΩΒ Ω‘
3 Kelima Surah al-Quraisy لِΨ₯ΩΩŠΩ„ΩŽΩ°ΩΩ Ω‚ΩΨ±ΩŽΩŠΫ‘Ψ΄ΩΒ Ω‘
Keenam Surah al-Ma’un أَرََؑيۑΨͺَ Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΩŠ ΩŠΩΩƒΩŽΨ°Ω‘ΩΨ¨Ω Ψ¨ΩΩ±Ω„Ψ―Ω‘ΩΩŠΩ†ΩΒ Ω‘
4 Ketujuh Surah al-Kafirun قُلۑ ΩŠΩŽΩ°Ω“Ψ£ΩŽΩŠΩ‘ΩΩ‡ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ϋ‘ΩƒΩŽΩ°ΩΩΨ±ΩΩˆΩ†ΩŽΒ Ω‘
Kelapan Surah an-Nasr Ψ₯ِذَا Ψ¬ΩŽΨ§Ω“Ψ‘ΩŽ Ω†ΩŽΨ΅Ϋ‘Ψ±Ω Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΩ±Ω„Ϋ‘ΩΩŽΨͺۑحُ ّ

Sila swipe ke kanan β†’ untuk melihat kandungan yang terlindung

Perlu diingat bahawa tujuan utama Solat Tarawih adalah untuk meningkatkan ibadah dan ketaqwaan pada Bulan Ramadan, jadi tidak ada ketetapan khusus mengenai surah yang harus dibaca.

Oleh itu, anda tidak semestinya mengikut bacaan surah yang dicadangkan dalam jadual di atas dan boleh membaca surah-surah lain yang anda sukai, atau dalam susunan yang anda mahukan.

Susunan Surah Lazim Solat Tarawih 20 Rakaat

Jika anda mahu mengerjakan Solat Tarawih dua puluh rakaat, ini adalah cadangan surah-surah lazim yang boleh dibacakan.

Seperti di atas, tujuan cadangan surah-surah ini adalah memperbagaikan bacaan surah surah lazim, sesuai untuk orang awam yang tidak mengingati surah-surah yang panjang.

Untuk Solat Tarawih dua puluh rakaat, cadangan susunan surah lazim dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

  • Dari malam pertama sehingga malam ke 15 Ramadan
  • Dari malam ke 16 sehingga akhir Ramadan.

Bacaan Surah Malam Pertama Sehingga 15 Ramadan

Malam Ramadan Bil Rakaat Nama Surah Permulaan Surah
Malam pertama sehingga malam ke 15 Ramadan 1 Pertama Surah at-Takatsur Ψ£ΩŽΩ„Ϋ‘Ω‡ΩŽΩ‰Ω°ΩƒΩΩ…Ω Ω±Ω„ΨͺΩ‘ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψ«ΩΨ±ΩΒ Ω‘
Kedua Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
2 Ketiga Surah al-Asr ΩˆΩŽΩ±Ω„Ϋ‘ΨΉΩŽΨ΅Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Keempat Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
3 Kelima Surah al-Humazah ΩˆΩŽΩŠΫ‘Ω„Ωž لِّكُلِّ Ω‡ΩΩ…ΩŽΨ²ΩŽΨ©Ω– Ω„Ω‘ΩΩ…ΩŽΨ²ΩŽΨ©ΩΒ Ω‘
Keenam Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
4 Ketujuh Surah al-Fil Ψ£ΩŽΩ„ΩŽΩ…Ϋ‘ Ψͺَرَ ΩƒΩŽΩŠΫ‘ΩΩŽ ΩΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽ Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩΩƒΩŽ بِأَءۑحَٰبِ Ω±Ω„Ϋ‘ΩΩΩŠΩ„ΩΒ Ω‘
Kelapan Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
5 Kesembilan Surah al-Quraisy لِΨ₯ΩΩŠΩ„ΩŽΩ°ΩΩ Ω‚ΩΨ±ΩŽΩŠΫ‘Ψ΄ΩΒ Ω‘
Kesepuluh Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
6 Kesebelas Surah al-Ma’un أَرََؑيۑΨͺَ Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΩŠ ΩŠΩΩƒΩŽΨ°Ω‘ΩΨ¨Ω Ψ¨ΩΩ±Ω„Ψ―Ω‘ΩΩŠΩ†ΩΒ Ω‘
Dua Belas Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
7 Tiga Belas Surah al-Kautsar Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΨΉΫ‘Ψ·ΩŽΩŠΫ‘Ω†ΩŽΩ°ΩƒΩŽ Ω±Ω„Ϋ‘ΩƒΩŽΩˆΫ‘Ψ«ΩŽΨ±ΩŽΒ Ω‘
Empat Belas Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
8 Lima Belas Surah al-Kafirun قُلۑ ΩŠΩŽΩ°Ω“Ψ£ΩŽΩŠΩ‘ΩΩ‡ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ϋ‘ΩƒΩŽΩ°ΩΩΨ±ΩΩˆΩ†ΩŽΒ Ω‘
Enam Belas Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
9 Tujuh Belas Surah an-Nasr Ψ₯ِذَا Ψ¬ΩŽΨ§Ω“Ψ‘ΩŽ Ω†ΩŽΨ΅Ϋ‘Ψ±Ω Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΩ±Ω„Ϋ‘ΩΩŽΨͺۑحُ ّ
Lapan Belas Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ
10 Sembilan Belas Surah al-Masad ΨͺΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΨͺΫ‘ ΩŠΩŽΨ―ΩŽΨ§Ω“ أَبِي Ω„ΩŽΩ‡ΩŽΨ¨Ω– وَΨͺΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΒ Ω‘
Dua Puluh Surah al-Ikhlas قُلۑ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω أَحَدٌ ّ

Sila swipe ke kanan β†’ untuk melihat kandungan yang terlindung

Bacaan Surah Malam 16 Ramadan Sehingga Akhir Ramadan

Malam Ramadan Bil Solat Rakaat Nama Surah Permulaan Surah
Malam ke 16 sehingga akhir Ramadan 1 Pertama Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Kedua Surah at-Takatsur Ψ£ΩŽΩ„Ϋ‘Ω‡ΩŽΩ‰Ω°ΩƒΩΩ…Ω Ω±Ω„ΨͺΩ‘ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψ«ΩΨ±ΩΒ Ω‘
2 Ketiga Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Keempat Surah al-Asr ΩˆΩŽΩ±Ω„Ϋ‘ΨΉΩŽΨ΅Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
3 Kelima Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Keenam Surah al-Humazah ΩˆΩŽΩŠΫ‘Ω„Ωž لِّكُلِّ Ω‡ΩΩ…ΩŽΨ²ΩŽΨ©Ω– Ω„Ω‘ΩΩ…ΩŽΨ²ΩŽΨ©ΩΒ Ω‘
4 Ketujuh Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Kelapan Surah al-Fil Ψ£ΩŽΩ„ΩŽΩ…Ϋ‘ Ψͺَرَ ΩƒΩŽΩŠΫ‘ΩΩŽ ΩΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽ Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩΩƒΩŽ بِأَءۑحَٰبِ Ω±Ω„Ϋ‘ΩΩΩŠΩ„ΩΒ Ω‘
5 Kesembilan Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Kesepuluh Surah al-Quraisy لِΨ₯ΩΩŠΩ„ΩŽΩ°ΩΩ Ω‚ΩΨ±ΩŽΩŠΫ‘Ψ΄ΩΒ Ω‘
6 Kesebelas Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Dua Belas Surah al-Ma’un أَرََؑيۑΨͺَ Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΩŠ ΩŠΩΩƒΩŽΨ°Ω‘ΩΨ¨Ω Ψ¨ΩΩ±Ω„Ψ―Ω‘ΩΩŠΩ†ΩΒ Ω‘
7 Tiga Belas Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Empat Belas Surah al-Kautsar Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΨΉΫ‘Ψ·ΩŽΩŠΫ‘Ω†ΩŽΩ°ΩƒΩŽ Ω±Ω„Ϋ‘ΩƒΩŽΩˆΫ‘Ψ«ΩŽΨ±ΩŽΒ Ω‘
8 Lima Belas Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Enam Belas Surah al-Kafirun قُلۑ ΩŠΩŽΩ°Ω“Ψ£ΩŽΩŠΩ‘ΩΩ‡ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ϋ‘ΩƒΩŽΩ°ΩΩΨ±ΩΩˆΩ†ΩŽΒ Ω‘
9 Tujuh Belas Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Lapan Belas Surah an-Nasr Ψ₯ِذَا Ψ¬ΩŽΨ§Ω“Ψ‘ΩŽ Ω†ΩŽΨ΅Ϋ‘Ψ±Ω Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΩ±Ω„Ϋ‘ΩΩŽΨͺۑحُ ّ
10 Sembilan Belas Surah al-Qadr Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§Ω“ Ψ£ΩŽΩ†Ψ²ΩŽΩ„Ϋ‘Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω فِي Ω„ΩŽΩŠΫ‘Ω„ΩŽΨ©Ω Ω±Ω„Ϋ‘Ω‚ΩŽΨ―Ϋ‘Ψ±ΩΒ Ω‘
Dua Puluh Surah al-Masad ΨͺΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΨͺΫ‘ ΩŠΩŽΨ―ΩŽΨ§Ω“ أَبِي Ω„ΩŽΩ‡ΩŽΨ¨Ω– وَΨͺΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΒ Ω‘

Sila swipe ke kanan β†’ untuk melihat kandungan yang terlindung

Keutamaan Membaca Surah Al Qadr Dan Al Ikhlas Dalam Solat Tarawih

Surah Al-Qadr dan Surah Al-Ikhlas mempunyai keutamaan tersendiri dalam solat Tarawih.

  1. Keutamaan Surah Al-Qadr.
    Surah ini sangat istimewa kerana membincangkan tentang Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Menurut sebuah hadis, membaca Surah Al-Qadr dikatakan memberi pahala seperti orang yang berpuasa di Bulan Ramadan dan menghidupkan malam Lailatul Qadr.

    Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa membaca surah ini selepas berwuduk boleh membawa kepada pahala yang sangat besar, termasuk masuk syurga tanpa hisab dan mendapat rahmat serta doa dari para malaikat. Keutamaan ini menunjukkan betapa pentingnya surah ini dalam konteks ibadah, terutama dalam Solat Tarawih di Bulan Ramadan.
  2. Keutamaan Surah Al-Ikhlas.
    Walaupun tidak terdapat rujukan spesifik tentang keutamaan Surah Al-Ikhlas dalam konteks solat Tarawih, surah ini dikenali sebagai salah satu surah yang meringkaskan konsep tauhid dalam Islam.

    Keutamaan membaca Surah Al-Ikhlas terletak pada pengulangan dan penekanannya terhadap keesaan dan kesempurnaan Allah, yang merupakan tiang agama Islam. Ini menjadikan surah ini sangat sesuai untuk dibaca dalam solat Tarawih, sebagai pengingat dan peneguhan iman.

Dalam konteks solat Tarawih, membaca surah-surah ini dapat meningkatkan kefahaman dan kekhusyukan dalam ibadah, selari dengan semangat bulan Ramadan yang suci.

Bolehkah Memegang Mushaf al-Quran Sambil Solat Semasa Solat Tarawih?

Memegang al Quran sambil solat

Menurut perbincangan para ulama, tidak mengapa memegang mashaf dan membacanya dalam solat.

Ini dibenarkan oleh ulama mazhab Malik, asy-Syafie, dan Hambali. Keharusan ini hanya pada solat sunat sahaja seperti Solat Tarawih. Bagi solat fardu hukumnya makruh, walaupun begitu solat tetap sah.

Ada yang meletakkan syarat agar tidak melakukan pergerakan anggota besar yang terlalu banyak, sehingga boleh membatalkan solat seperti bergerak 3 kali berturut-turut. Jika menggerakkan jari-jemari, tidak mengapa.

Sebaiknya cari cara yang paling terbaik, seperti meletakkan atas stand pemegang al-Quran dan menggunakan al-Quran yang besar untuk kegunaan imam, atau mereka yang solat bersendirian.

Adapun bagi makmun adalah lebih baik mendengar bacaan imam dengan khusyuk.

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim (FAQ) yang berkaitan dengan bacaan surah dalam Solat Tarawih

Apakah ada surah tertentu yang disunatkan untuk dibaca dalam solat Tarawih?

Tidak ada surah tertentu yang disunatkan secara spesifik untuk solat Tarawih. Anda boleh memilih surah apa saja dari Al-Quran untuk dibacakan.

Bolehkah membaca surah yang sama dalam beberapa malam solat Tarawih?

Ya, boleh. Anda boleh membaca surah yang sama pada malam yang berlainan, namun mengkhatamkan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan adalah sunnah yang lebih baik.

Bagaimanakah pembahagian bacaan Al-Quran dalam solat Tarawih untuk mengkhatamkannya?

Umumnya, imam akan membahagikan bacaan Al-Quran menjadi 30 juz sepanjang bulan Ramadan, dengan membaca satu juz setiap malam.

Adakah disunatkan membaca surah tertentu pada malam Lailatul Qadar?

Walaupun tidak ada sunnah khusus, membaca Surah Al-Qadar dan surah-suran lain yang berkaitan dengan keagungan malam Lailatul Qadr adalah amalan yang baik

Apakah perlu membaca surah yang panjang dalam solat Tarawih?

Tidak semestinya. Imam boleh memilih surah panjang atau pendek bergantung pada kemampuan dan situasi jemaah.

Apakah lebih baik untuk imam membaca Al-Quran dengan tartil atau cepat dalam solat Tarawih?

Disunatkan untuk imam membaca Al-Quran dengan tartil (perlahan dan jelas) untuk memberikan kesempatan kepada jemaah untuk merenung dan memahami bacaan.

Bolehkah imam membaca dari mushaf Al-Quran semasa solat Tarawih?

Ya, imam boleh membaca dari mushaf Al-Quran semasa solat Tarawih, terutama jika belum menghafal surah-surah yang ingin dibacakan.

Penutup

Solat Tarawih adalah salah satu ibadah yang amat mulia di Bulan Ramadan. Walaupun tiada ketetapan khusus mengenai surah yang perlu dibaca, penting bagi imam untuk mempertimbangkan kemampuan dan keadaan jemaah dalam memilih surah.

Usaha mengkhatamkan Al-Quran sepanjang Ramadan adalah amalan sunnah yang sangat dianjurkan. Di samping itu, kefahaman dan kekhusyukan dalam membaca dan mendengar Al-Quran adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian.

Semoga dengan panduan ini, kita dapat meningkatkan kualiti ibadah kita dalam solat Tarawih dan meraih keberkatan serta rahmat yang melimpah dari Allah SWT di bulan yang suci ini.

Wallahu a’lam

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments