LAILATUL QADAR: Doa, Tanda, Kelebihan & Amalan 10 Malam Terakhir

lailatul qadar

Ini adalah panduan lengkap berkaitan dengan Malam Lailatul Qadar.

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai amalan-amalan yang digalakkan pada 10 malam terakhir Ramadan, seperti:

  • Solat sunat yang digalakkan
  • Doa malam Lailatul Qadar
  • Tanda-tanda Lailatul Qadar dan kelebihannya
  • Dan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan pada malam yang mulia ini.

Mari kita mulakan..

Maksud Lailatul Qadar

Apakah yang dimaksudkan dengan lailatul qadar?

Lailatulqadar (لیلة القدر‎) merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan.

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

— Surah al-Qadr: 1-3

Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar (malam)

al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan

Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam.

Ada ulama berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain.

Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.

Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu.

Antara kelebihan malam ini ialah:

1. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.

Imam al-Qurtubi berkata:

Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.

Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.


2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.

Imam Qurtubi berkata:

Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.


3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.


4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

Al-Dahhaq berkata:

Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.

Sedangkan Mujahid berpendapat:

Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Bilakah Berlakunya Malam Lailatul Qadar?

Lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud:

Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Terdapat banyak pendapat tentang bila berlakunya lailatul qadar, antaranya adalah:

1. Berlaku Pada 27 Ramadan

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Hujah mereka amat banyak, antaranya:

  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

2. Berlaku Pada 23 Ramadan

Inilah pendapat Imam Syafie.

Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi.

Ia berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”


3. Berlaku Pada 21 Ramadan

 Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie.

Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”


4. Berlaku Pada 24 Ramadan

Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.”

— Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi

5. Berlaku Pada Malam Terakhir Ramadan

Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”

— Riwayat Ibn Nasr

Tanda-Tanda Lailatul Qadar

malam nisfu syaban

Apakah alamat atau tanda-tanda berlakunya lailatul qadar?

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya.

Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

1. Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas pada paginya

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’

Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

Lihat Umdah al-Qari 11/134.

2. Matahari terbit tidak terang dan tidak panas

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: 

Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” 

— Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Doa Malam Lailatul Qadar

Doa Malam Lailatul Qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr.

Berikut doa malam lailatul qadar:

doa lailatul qadar

 Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii 

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Baginda menjawab, Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii…

(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).

Doa Agar Dapat Bertemu Malam Lailatul Qadar

Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat rezeki bertemu malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadhan adalah:

 Allahummar-zuqna lailatul qodri fii hazihis-sanati wa fii kulli sanati, wa A-‘in-naa ‘alaa ihyaa ihaa qi yaa mihaa, birahmatika yaa arhamarrohimin 


Maksudnya:

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya Dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Doa untuk mendapat malam Lailatul Qadar di atas dianjurkan agar dibaca berulang-ulang kali bagi menunjukkan kesungguhan dan usaha seseorang itu.

Ibadah & Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Kita semua maklum bahawa ini kemuliaan dan agungnya malam Lailatul qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan.

Setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1000 kali ganda.

Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian.

YouTube video

Isikanlah malam tersebut dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa.

Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.

Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam tersebut adalah:

1. Melakukan Solat Malam (Qiamullail)

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)”

— Riwayat Muslim: 2015

Oleh itu hidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan ibadah Qiamullail

Qiamullail meninggalkan tempat tidur semata-mata untuk mengerjakan solat, bertakbir membesarkan Allah SWT, bertasbih mensucikanNya dan berdoa pada waktu malam.

Antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah:

Nota: jika sudah lakukan witir pada solat tarawih, maka tidak perlu lagi lakukan solat witir


2. Berdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang Lalu

Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:

Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam sebuah hadith marfu’, daripada Ibn Abbas, sesungguhnya pada malam al-Qadr, Allah SWT melihat kepada para hamba-hambanya yang mukmin daripada umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah memaafkan mereka dan merahmati mereka kecuali empat golongan iaitu penagih arak, penderhaka kepada ibu bapa, kaki pukul dan pemutus silaturrahim.

Oleh itu janganlah kita melepaskan peluang ini.

Selain daripada doa yang diajarkan Nabi kepada ‘Aisyah di atas, kita juga boleh membaca di bawah.

1. Antara doa yang dibacakan Nabi untuk memohon ampun adalah:

doa lailatul qadar

 Allahumma ‘AuuZu BiriDhooKa Min SakhoThika Wa Bimu ‘AaFaaTika Min ‘UQuuBaTik 

Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan redhaMu daripada kemarahanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada kemurkaanMu.”

— Riwayat Muslim (no. 486) 
2. Sebahagian ulama terdahulu membaca doa ini:

 Allahumma Inna ZuNuuBi Qad ‘AZhuMat WajalLat ‘AnisSifat, Wa innaha SoRghiRoTun Fii JanBi ‘Afwik, Fa’fu ‘Anni 

Maksudnya:

Ya Allah, dosa-dosaku terlalu banyak tidak terkira. Tidak mampu aku sifatkan, namun ia terlalu kecil di sisi kemaafanMu, ampunilah aku”.

3. Sebahagian yang lain berdoa:

 Jurmi ‘Aziim, Wa ‘AfWuKa KaSirr, FajMa’ Baina Jurmi Wa Afwika Yaa Kariim 

Maksudnya:

Kesalahanku amat besar dan keampunanMu amat banyak, kumpulkanlah antara kesalahan-kesalahanku dan kemaafanMu wahai Yang Maha Mulia.”

Saat orang-orang yang sedar menyedari, betapa agungnya kemaafan Allah, mereka akan segera tunduk memperhambakan diri  kepadaNya.

Demikian juga kepada para pendosa, saat mengetahui besarnya kemaafan Allah SWT, mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kemaafan tersebut.


3. Melakukan Iktikaf

Itikaf ini dikenali juga sebagai Iktikaf Asyrul-Awahir’. 

Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata:

Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” 

— Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah

4. Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara Berjemaah

Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan.

Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:

Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” 

— Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

Amalan Lailatul Qadar Untuk Wanita Haid

Wanita haid hanya tidak dibenarkan solat, membaca dan menyentuh al-Quran serta berpuasa.

Ini bemakna, amalan lain adalah dibolehkan.

Berkenaan dengan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di dalam bulan Ramadhan, mantan mufti wilayah, Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan cadangan amalan seperti berikut:

1. Perbanyakkan Doa, Selawat dan Zikir

Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa, selawat dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan.

Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata maksudnya:

Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ?

Maka kata Nabi S.A.W:

‘Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.


2. Memberi Makan Kepada Orang Berbuka

Boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa.

Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

— Riwayat Al-Tirmizi (807)

3. Banyakkan Sedekah

Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T.

Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas.

Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu.


Berikut Adalah Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus:

YouTube video

Intipatinya adalah:

Pertama,

Wanita yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan mendapat ganjaran ibadah.

Kedua,

Kalau selalunya kita solat ambil masa lima minit, tapi kerana uzur, ambillah masa lima minit itu untuk selawat dan instighfar.”

Penutup

Tiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan Allah SWT yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran syurga yang dijanjikanNya di akhirat kelak. 

Oleh itu marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

29 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
PertiwiKamal
PertiwiKamal
8 bulan yang lalu

Alhamdulilaah….Semoga ALLAH menerima ibadah2 kita dengan baraqah.& rahmatNYA,Amiin.

Nur Syuhadah Zf
Nur Syuhadah Zf
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah trima kasih atas perkongsiannya..smoga kita semua diberi keizinan utk bertemu dgn malam lailatul qadar insyaAllah.

Norkhairie
Norkhairie
1 tahun yang lalu

Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Izinkan saya untuk berkongsi ilmu ini juga.

Engku Aqilah
Engku Aqilah
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum saudara, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas ilmu yang dikongsikan oleh saudara melalui blog post ini. Selain itu, jika saudara sudi menjawab saya juga ingin mengajukan beberapa pertanyaan..berkenaan doa2 yg kita disarankan baca, mohon pencerahan waktu bilakah kita membaca doa2 berikut? Adakah waktu selepas solat kita boleh bacakan kesemua doa diatas sekali gus? Dan klu ya utk membezakan doa2 berikut adakah kita akan mengakhiri setiap2 doa2 berikut dgn ‘Amin’ dan doa seterusnya dimulakan dgn ‘Bismillah’? Yg terakhir adakah doa2 berikut boleh dibacakan pada bila2 masa sahaja? (selain waktu solat, contoh sebelum tidur)

Last edited 3 tahun yang lalu by Engku Aqilah
haz
haz
3 tahun yang lalu

Terima kasih atas ilmunya … Semoga Allah panjangkan usia diberikan kesihatan yg baik kepada penerbit. insyaallah..

SAZALI YAACOB
SAZALI YAACOB
3 tahun yang lalu

Terima kasih ustaz..mohon izin ana nak share ye..??

Firmansyah
Firmansyah
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum, Saya Firmansyah dari indonesia. Saya masih awam dalam agama terutama malam lailatul qadr, tpi malam ini sekitar pukul 19.45 atau 20.00 wib atau lebih saya kurang pasti, tapi kisaran pukul itu saya melihat sebuah cahaya putih yang sangat terang turun dari langit dan tidak lama apakah dan yang nampak hanya saya dan teman di sebelah saya, saya kurang tau apakah itu yang di sebut lailatul qadr atau bukan mohon penjelasan dari para ulama yang ada disini.

hardygirl
hardygirl
3 tahun yang lalu

Semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah swt. Bersyukur diberikan kesempatan berada di dalam bulan penuh berkah ini bulan suci Ramadhan.
salam
anaSuma
Brunei Darussalam

Hamba illahi
Hamba illahi
4 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian, moga kita dpt jumpa malam lailatulqadar untuk next ramadan. Malam yg malaikat turun tuk sama2 aminkan doa kita. Allahuakbar.

Mahnom Abu
Mahnom Abu
4 tahun yang lalu

Terima kasih . Ilmu yg bermanfaat untuk semua.

Mahnom Abu
Mahnom Abu
Reply to  Muhamad Naim
4 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian ilmu..izinkan utk saya mengikuti ilmu seterusnya.

Mohd Salleh Abdullah
Mohd Salleh Abdullah
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Salam. Nk tnya bla bermulanya ( dr pukul berapa mulanya lailatul qadar.