Bagaimana niat puasa ganti qadha Ramadan?
Bagaimana pula jika ingin niat puasa ganti digabung sekali dengan puasa sunat enam syawal serentak?
InsyaaAllah, artikel ini akan membantu anda berkaitan topik puasa ganti ramadan secara ringkas dan jelas, merangkumi:
- Niat puasa ganti (qadha) dan niat gabung puasa
- Hukum menggabungkan puasa ganti dengan puasa enam serentak.
- Hukum dan masalah-masalah lazim berkaitan puasa qadha
- Perkara penting yang berkaitan dengan membayar fidyah.
Jom kita meneliti topik ini..
- Pengenalan
- Lafaz Niat Puasa Ganti
- Lafaz Niat Puasa Ganti Digabung Puasa Sunat Enam Syawal
- Hukum Gabung Puasa Ganti Ramadan Dengan Puasa Enam
- Waktu Untuk Qadha Puasa Ramadan
- Siapakah Yang Wajib Ganti Puasa Ramadan?
- Qadha Puasa Akibat Bersetubuh Di Bulan Ramadan
- Panduan Pengiraan Bayar Fidyah
- Isu & Masalah Lazim Berkaitan Puasa Qadha
- Penutup: Islam Adalah Agama Yang Mudah
Pengenalan
Kewajiban puasa pada bulan Ramadhan merupakan rukun Islam ketiga.
Oleh itu, kita semua wajib menggantikan puasa jika tertinggal.
Ini termasuk bagi kaum wanita yang tidak berpuasa ketika datang haid.
Hukum qadha puasa atau menggantikan puasa Ramadhan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.
Lafaz Niat Puasa Ganti
Lafaz bagi niat puasa qadha, niatnya adalah seperti berikut:
Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala
Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Puasa Ganti Digabung Puasa Sunat Enam Syawal
Jika anda ingin menggabungkan Puasa Qadha tersebut dengan Puasa Sunat Syawal, maka niatnya adalah seperti berikut:
NawaiTu Sauma Ghodin ‘an Qodho’ie RomaDhoNa Ma’a SitTati SyawWaaLi Lillahi Taala
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.
Hukum Gabung Puasa Ganti Ramadan Dengan Puasa Enam
Diantara persoalan yang sering timbul berkaitan puasa ganti Ramadan ialah:
Adakah boleh menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa ganti dan puasa enam hari di bulan Syawal?
Sebenarnya berlaku khilaf di kalangan ulama mengenai perkara ini.
Terdapat dua pandangan mengenai hal ini:
- Pandangan pertama, jumhur ulama mengatakan kita kena puasa ganti ramadan terlebih dahulu, kemudian selepas itu barulah dibuat Puasa Sunat Enam. (pendapat ini lebih afdal)
- Pandangan kedua, ada sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan Puasa Sunat Enam Syawal. Kita akan dapat dua-dua pahala (qadha dan sunat)
Dalam perkara khilaf sebegini, ia terpulang kepada kita nak gunakan pendapat yang mana satu.
Jika pilih pandangan pertama pun boleh, pandangan kedua pun boleh.
Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai masalah ini:
Waktu Untuk Qadha Puasa Ramadan
Bilakah waktu untuk melakukan qadha puasa Ramadan?
Qadha puasa atau ganti puasa Ramadan boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya.
Secara mudahnya, anda mempunyai lebih kurang satu tahun untuk melakukan puasa ganti.
Lakukan puasa ganti secepat mungkin. Ini kerana puasa ganti wajib ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadan seterusnya.
Hari Yang Diharamkan Melakukan Puasa
Sepanjang setahun itu, dibolehkan untuk berpuasa ganti bila-bila masa sahaja, kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa.
Antara hari yang diharamkan berpuasa adalah:
- Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
- Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
- Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bagaimana Jika Gagal Qadha Puasa Dalam Tempoh Setahun?
Qadha puasa mesti ditunaikan sebelum tiba Ramadan tahun seterusnya.
Jika anda gagal melakukan puasa ganti sepanjang tempoh tersebut, maka anda diwajibkan untuk membayar fidyah.
Bagi yang tidak tahu, maksud fidyah adalah:
Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Ia dikeluarkan mengikut bilangan hari berpuasa yang ditinggalkan dan diberikan kepada fakir miskin.
👉 Anda boleh membaca maklumat terperinci mengenai fidyah pada panduan ini
Siapakah Yang Wajib Ganti Puasa Ramadan?
Siapakah yang diwajibkan untuk ganti puasa?
Golongan yang diwajibkan untuk menggantikan puasa (qadha) adalah seperti berikut:
- Orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebab
- Orang sakit yang ada harapan sembuh.
- Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
- Orang yang kedatangan haid dan nifas.
- Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan.
- Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
- Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
- Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadan.
Qadha Puasa Akibat Bersetubuh Di Bulan Ramadan
Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu melakukan puasa ganti (mengqadha puasa berkenaan)
Dan suami juga wajib membayar kaffarah (denda) seperti berikut:
- Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu;
- Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus kalau tidak terdaya;
- Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
Bagaimana pun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarah.
Bacaan lanjut mengenai kaffarah puasa pada pautan ini: Kaffarah Puasa Ramadan
Panduan Pengiraan Bayar Fidyah
Isi kandungan pada bahagian ini telah saya alihkan ke satu panduan khas fidyah puasa.
Dalam panduan tersebut, saya akan menerangkan secara terperinci hal-hal berkaitan fidyah.
Anda semua dijemput untuk membaca topik tersebut pada pautan ini: Panduan Lengkap Fidyah Puasa
Isu & Masalah Lazim Berkaitan Puasa Qadha
Berikut disenaraikan beberapa masalah lazim yang sering berlaku berkaitan dengan puasa ganti (qadha) Ramadan.
Tidak disyaratkan untuk berpuasa berturut-turut. Boleh selang-seli. Sama juga dengan puasa enam hari pada bulan Syawal (Puasa Enam)
Tidak boleh. Jika orang itu memang tidak mampu berpuasa seperti orang tua yang tidak larat kerana penyakit tua, hendaklah ahli keluarganya membayar fidyah untuknya.
Ada dua perkara yang boleh dilakukan:
1 – Ahli keluarga (ahli waris) si mati akan melakukan puasa qadha untuknya
2 – Membayar fidyah yang diambil daripada harta pusaka si mati
Dalam keadaan sedemikian, tidak wajib bagi ahli warisnya mengqadha puasa dan membayar fidyahnya.
Mereka wajib mendapat keizinan daripada ahli waris si mati, barulah boleh mengqadhakan puasa si mati. Melainkan jika si mati pernah berwasiat sendiri supaya ada orang lain yang melakukan qadha puasa baginya apabila dia mati nanti. Sama ada diberi upah atau tidak, iaitu sama seperti ibadat haji.
Imam Nawawi mengatakan sah puasa yang dilakukan itu.
Mereka boleh berpuasa mengikut bilangan hari yang diyakini. Dalam perkara fiqah, “sangkaan yang kuat” (zhan yang ghalib) adalah diterima.
Penutup: Islam Adalah Agama Yang Mudah
Apakah penerangan dari artikel ini bertepatan dengan kefahaman anda sebelum ini?
Jika tidak, dimanakah silap faham tersebut?
Dan sudahkah anda membuat puasa ganti pada tahun ini.
Jika terdapat sebarang kemusykilan atau soalan, anda boleh nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
Tinggalkan Komen Anda..
Saya nak tanya kalau saya dah ganti puasa yang saya tinggal dengan lengkap tapi fidyah saya belum bayar sampai selepas habis ramadhan tahun ini sebab banyak sangat fidyahnya, adakah perlu ganda sebab tak sempat kumpul duit bayar fidyah tapi puasa dah ganti ?
As Salam,
Tidak perlu ganda lagi bayar fidyah. Apabila puasa telah diqada, maka gandaan bilangan cupak / fidyah akan terhenti.
Assalamualaikum, puasa saya dikira sah ke jika saya tidak ingat sama ada saya telah terminum air atau tidak?
Wassalam. Bergantung atas keyakinan awak.
Jika tidak yakin terminum atau tidak, puasa itu dikira sah.
Hal ini kerana awak dikira tidak minum.
Dalam kaedah fiqh menyebut:
الأصل في كل حادث تقديره بأقرب زمن
Terjemahannya: “Asal pada setiap perkara yang baru berlaku dikira pada masa yang paling hampir”
Wallahu a’lam
Assalamualaikum,saya nk tanya bolehkah klau saya puasa ganti rabu&khamis saje dan nk tanya,contoh klau saya dh bayar fidyah utk puasa yg ditinggalkn sbelum2 ni pda tahun ni 2022, adakah puasa ganti tu kena lunaskan pada tahun ni jgk?
Wassalam.
1) Ya boleh, tiada masalah ganti pada rabu dan khamis sahaja.
2) Ya kena ganti juga sebelum Ramadan akan datang supaya tidak perlu bayar fidyah lagi (akibat melangkaui ramadan)
Assalamualaikum ustaz..betul ke klau nak ganti puasa dalam niat tu wajib spesifik kan puasa apa…sbb saya hanya niat sahaja aku puasa ganti esok hari kerana Allah taala..terima kasih..
Wassalam. Tidak wajib spesifikkan lafaz niat sebab hati awak memang sudah niatkan untuk puasa Ramadan.
Assalamualaikum, saya nak tanya.. kalau malam semasa niat ganti puasa tu saya tak jadi nak puasa selepas dah niat adakah esoknya saya kena berpuasa juga walaupun malam tu dah fikir tak jadi nak puasa esoknya?
Wassalam. Tidak apa kalau tak jadi puasa, tidak mendatangkan dosa. Yang berdosa adalah jika awak membatalkan puasa tanpa sebab sahaja. (jika sudah mula puasa)