NIAT & CARA PUASA KAFFARAH RAMADAN (Panduan Lengkap)

kaffarah puasa

Apakah maksud kaffarah puasa?

Dan bagaimana kaedah membayar kaffarah jika melakukan persetubuhan di siang hari Bulan Ramadan?

Artikel ini akan menerangkan secara khusus definisi kaffarah, golongan yang dikecualikan dari kaffarah dan turutan kafarah puasa.

Semoga membantu..

Definisi Kaffarah

Apakah maksud kaffarah?

Secara mudahnya, kaffarah bermaksud denda.

Definisi kaffarah dari segi bahasa adalah — kafarah berasal daripada kalimah al-Kufr (الكُفْر) yang bermaksud al-Satr (السَتْر) iaitu menutup.

Dari segi istilah pula adalah; “Suatu harta atau puasa yang diwajibkan dengan syarat-syarat tertentu”

Siapakah Yang Dikenakan Kaffarah?

Diwajibkan kafarah ke atas lelaki dewasa yang sengaja membatalkan puasa Ramadan secara yakin dengan melakukan persetubuhan yang diharamkan kerana berpuasa.

Persetubuhan ini dilakukan sama ada dengan ikatan perkahwinan yang sah (jimak) atau tidak sah (zina).

Termasuk dalam hukum ini golongan yang bersetubuh dengan lelaki (gay), perempuan, binatang, mayat ataupun secara liwat, sekalipun tidak keluar air mani.

Lelaki tersebut akan dikenakan empat hukuman, iaitu:

  1. Batal puasanya
  2. Dia berdosa
  3. Dia wajib qadha puasa
  4. Dia wajib dikenakan kaffarah

Golongan Yang Dikecualikan Dari Kaffarah

Tidak diwajibkan kaffarah ke atas beberapa golongan seperti berikut:

  1. Wanita yang dijimak termasuk diliwat.
  2. Orang yang lupa, jahil dan orang yang dipaksa.
  3. Orang yang menyangka jimaknya berlaku pada waktu malam kemudian ternyata sebaliknya.
  4. Orang yang berpuasa nazar, kaffarah dan qada.
  5. Orang yang berpuasa dengan berijtihad dan tidak dapat dipastikan kesahihan ijtihadnya.
  6. Orang yang syak pada puasanya seperti hari yang ke-30 Syaaban.
  7. Orang yang menyangka terbenam matahari kemudian ternyata sebaliknya.
  8. Orang yang membatalkan puasa dengan selain jimak.
  9. Kanak-kanak yang belum baligh.
  10. Orang yang diharuskan berbuka puasa seperti bermusafir atau sakit.

Tidak dikenakan kaffarah bagi orang yang musafir atau sakit jika berlaku jimak dalam keadaan tersebut.

Tetapi jika melakukan jimak dahulu, kemudian baru bermusafir atau datang sakit, maka tidak gugur kaffarah.

Turutan Kaffarah

Kaffarah bagi Puasa Ramadan dilakukan dengan mengikut turutan berdasarkan kemampuan.

Kaffarah ini bukan satu pilihan, tetapi ia wajib mengikut turutan.

Jika tidak mampu melaksanakan yang pertama, barulah dibolehkan untuk berpindah kepada turutan seterusnya.

Turutan tersebut ialah seperti berikut:

Pertama: Membebaskan Hamba

Disyaratkan hamba yang hendak dibebaskan itu empat perkara:

  1. Islam
  2. Sejahtera daripadanya cacat jelas yang mengganggu kemampuan bekerja
  3. Hanya tertentu dengan niat kaffarah sahaja, maka tidak sah merdeka hamba yang digabungkan dengan niat kaffarah jimak dengan kaffarah sumpah.
  4. Hendaklah hamba yang ingin dimerdekakan itu layak untuk dibebaskan, bukan hamba mukatab [1] atau mustauladah [2]

Kedua: Berpuasa Dua Bulan Berturut-Turut

Yang dimaksudkan disini ialah bulan hijrah, walaupun hanya 29 hari.

Puasa ini hanya dikenakan kepada suami sahaja.

Hal ini bagi individu yang memulakan puasanya pada 1 haribulan.

Tetapi jika mula berpuasa selepas 1 haribulan, maka hendaklah dicukupkan bilangannya menjadi 30 hari.

Luput perbuatan berturut-turut jika meninggalkan puasa walaupun sehari sekalipun ia hari yang terakhir. — Ini bermakna jika dia meninggalkan puasa walaupun sehari, seluruh puasa kaffarahnya batal dan harus dimulakan semula.

Ketiga: Memberi Makan 60 Orang Miskin

Yang dimaksudkan disini ialah memberi pemilikan satu mud (cupak) daripada makanan jenis bijian (makanan ruji) kepada 60 orang miskin atau fakir yang layak menerima zakat dengan kadar satu cupak bagi setiap orang.

Sukatan satu cupak adalah bersamaan 700 gram ±

Perhatian

Berbilang kaffarah dengan berbilangnya hari yang dibatalkan puasa dengan jimak.

Jika seseorang itu tidak mampu melaksanakan kesemuanya, maka kaffarah itu menjadi tanggungannya sehingga dia mampu melaksanakan salah satu daripada kaffarah tersebut berdasarkan turutan yang telah disebutkan.

Lafaz Niat Puasa Kaffarah

Kaffarah hendaklah dilaksanakan pada mana-mana hari di luar Bulan Ramadan.

Puasa dua bulan berturut-turut ini hanya untuk lelaki sahaja.

Niat

Lafaz niatnya adalah:

Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah Taala

Oleh kerana puasa kaffarah termasuk dalam puasa yang wajib, niatnya hendaklah dilakukan pada waktu malam sebelum itu.

Isu & Persoalan Lazim Mengenai Kaffarah Puasa

Berikut adalah dikumpulkan beberapa persoalan lazim berkaitan kaffarah Ramadan

Apa hukum orang yang bersetubuh dua kali (bukan pada hari yang sama) pada siang hari Ramadan?

Jika dia melakukan dua kali persetubuhan selama dua hari, dia akan dikenakan dua kali kaffarah.

Jika dia melakukan tiga kali persetubuhan pada siang hari Ramadan, dia dikenakan tiga kali kaffarah. Begitulah seterusnya.

Tetapi jika dia melakukan beberapa kali persetubuhan dalam sehari, kaffarahnya hanya sekali sahaja.

Yang dikira ialah bilangan hari, bukan kekerapan melakukannya dalam sehari.

Saya telah melakukan dua kali persetubuhan pada hari yang sama pada siang Ramadan. Apakah denda kaffarah akan dikenakan pada dua kali?

Kaffarah hanya akan dikenakan sekali sahaja seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Apa hukumnya bagi orang yang disetubuhi sama ada melalui qubul (perempuan) atau duburnya (lelaki atau perempuan)?

Puasanya batal dan wajib qadha, tetapi dia tidak dikenakan kaffarah.

Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi dia bersetubuh kerana dia lupa atau dia jahil (tidak tahu) akan haramnya atau dia dipaksa?

Tidak wajib kaffarah ke atas mereka semua.

Apakah hukum orang yang bersetubuh kerana menyangka hari masih malam?

Puasanya tidak sah tetapi tidak wajib kaffarah ke atasnya.

Adakah kena kaffarah kepada orang yang melakukan persetubuhan semasa berpuasa tetapi bukan puasa di Bulan Ramadan, contohnya puasa nazar atau puasa qadha?

Tidak wajib kaffarah ke atasnya.

Adakah wajib kaffarah bagi orang bermukim yang bersetubuh selepas membatalkan puasa dengan minuman atau orang musafir bermuka puasa dengan bersetubuh?

Dia tidak wajib dikenakan kaffarah kerana kaffarah hanya dikenakan jika seseorang itu membatalkan puasanya dengan semata-mata bersetubuh.

Meninggal dunia setelah bersetubuh, adakah dikenakan kaffarah?

Dia berdosa kerana perbuatannya bersetubuh pada siang hari Ramadan tetapi dia tidak dikenakan kaffarah.

Adakah kaffarah dikenakan kepada kedua-dua suami isteri iaitu lelaki dan perempuan?

Tidak. Ia hanya dikenakan kepada lelaki sahaja kerana sudah pasti perempuan tidak boleh berpuasa dua bulan berturut-turut.

Bolehkan menggantikan 60 cupak beras kaffarah dengan duit dan mewakilkan pihak masjid untuk disampaikan kepada fakir dan orang miskin?

Boleh. Duit itu juga boleh diserahkan kepada Baitul Mal atau Lembaga Zakat Negeri. Merekalah yang akan menguruskannya untuk diberikan kepada para asnaf.

Bolehkah mewakilkan orang lain untuk mengagihkan beras kaffarah kepada orang miskin?

Boleh. Apa yang penting, beras atau duit itu adalah milik kita, bukan duit orang lain.

Jika orang yang dikenakan kaffarah tidak sempat melaksanakan puasa kaffarah pada tahun sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya, adakah kaffarah itu bertambah?

Jika ia ditangguhkan sehingga masuk Ramadan tahun seterusnya, maka dia wajib mengqadha sehari puasanya dan membayar secupak fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Bolehkah beras atau duit kaffarah diberikan kepada anak yatim?

Tidak boleh kerana anak yatim tidak semestinya orang miskin kerana ada di kalangan mereka yang kaya dan berharta.

Akan tetapi, jika anak yatim tersebut memang tergolong dalam keluarga yang fakir dan miskin, barulah mereka boleh menerima beras atau duit kaffarah tadi (Bukan kerana mereka anak yatim, tetapi kerana kefakiran atau kemiskinan mereka).

Oleh kerana orang yang berhak menerima fidyah atau kaffarah hanyalah orang fakir atau miskin, maka membayarnya kepada anak yatim tidak harus atas dasar keyatimannya semata-mata, tetapi hendaklah atas dasar kemiskinannya jika benar dia miskin.

Penutup

Semoga panduan ini memberikan pencerahan kepada para pembaca.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaaAllah saya akan cuba membantu menjawab setiap komen yang ditinggalkan.

Nota Kaki

[1] Hamba yang membuat perjanjian dengan tuannya untuk menebus dirinya

[2] Hamba perempuan yang disetubuhi tuannya dan mendapat anak daripadanya

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

24 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Din
Din
9 bulan yang lalu

Bolehkan korek telinga ketika berpuasa

Mu'amar
Mu'amar
9 bulan yang lalu

Aslm ustaz, apakah dikenakan kaffarah bagi orang yang melanggar nazarnya tetapi dia jahil(tidak tahu) bahawa dia harus membayar denda jika melanggar nazarnya itu.

ZAKI
ZAKI
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum.

  1. Bagaimana jika pasangan yang belum berkahwin berjimak di bulan puasa dan mereka tidak mengetahui tentang akibatnya dari segi denda ini, adakah mereka masih dikenakan kaffarah?Dalam erti kata lain mereka jahil tentang hukum hakam ini.
  2. Bagaimanakah kiraan kaffarah ini untuk pasangan yang berzina setelah 10 tahun mereka tidak membayar kafarah atau qada puasa.

Mohon pencerahan

ZAKI
ZAKI
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Bagi point number 2, bagi pasangan tersebut yang dahulunya berzina(10 tahun dahulu) tapi sudah sekarang sudah berkahwin, bagaimanakah kiraan kaffarah dan qada puasa bagi mereka kerana ketika perbuatan mereka itu 10 tahun lalu, mereka tidak menegtahui mengenai hukum/hakam ini.

ZAKI
ZAKI
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Bagaimana pulak dengan puasa? Adakah memadai dia hanya perlu membayar kaffarah bagi 10 tahun yang tertangguh itu?Masih perlu ganti puasa bg 10 tahun yang lalu?

zizi
zizi
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

Pertanyaan bagi jawapan soalan 1, jika tidak tahu maka selepas tahu adakah mereka (pasangan belum berkahwin) perlu membayar kaffarah? atau sekarar ganti puasa?

Zulhakim
Zulhakim
1 tahun yang lalu
  1. Bagaimana kalau lelaki (belum berkahwin) menyangka puasa 2 bulan berturut2 HANYA dikenakan kpd ‘suami isteri’ yang bersetubuh, walhal ia dikenakan kpd semua golongan. Adakah lelaki tersebut masih dikenakan kaffarah?
  2. Seandainya kena kaffarah, lelaki itu yakin dia tidak mampu untuk puasa 2 bulan berturut2, atas sebab kerja yang berat, bolehkah dia memilih untuk bayar kpd fakir miskin?
Zulhakim
Zulhakim
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Iya benar. Lelaki tersebut belum bernikah, tetapi melakukan persetubuhan di siang hari atas sebab tidak tahu bahawa hukum bersetubuh siang hari akan dikenakan denda puasa 2 bulan berturut-turut. Dia bersangka hukuman tersebut hanya dikenakan kepada suami isteri. Walhal, ia dikenakan kpd semua golongan. Adakah dia perlu berpuasa 2 bulan berturut-turut juga? Atau dia tergolong dalam kalangan orang yg jahil tentang hukum?

Zulhakim
Zulhakim
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Kalau tak keberatan, boleh tak saya dapatkan nombor untuk saya berhubung? Laman ni pon jarang saya buka. Lebih mudah kalau dapat bertanya di Whatsapp

Zulqarnain
Zulqarnain
1 tahun yang lalu

2bulan Islam yang boleh buat puasa kaffarah?

Nurul
Nurul
1 tahun yang lalu

Jika suami dan si isterinya berjimak di siang hari pada bulan ramadhan , namun kemaluan suami tidak masuk ke dalam si isteri kerana si isteri sedang haid , si suami hanya mencumbui si isteri tetapi ada perasaan ghairah di situ serta keluar air mani suami , adakah di kenakan khafarrah ? Mohon penjelasan .

Mohd aidil
Mohd aidil
1 tahun yang lalu

Boleh kah puasa kafarah sekali dengan puasa sunat bulan Rejab?

Abdul karim
Abdul karim
2 tahun yang lalu

Salam..utk yg kafarah memberi kpd 60 org fakir miskin sebanyak rm10 ringit seorang mknanya rm 600 la semuanya..soalan sy klu d beri mengikut kemampuan kita boleh kah..cthnya sebulan rm100 sehingga habis rm600 mknanya selama 6 bulan..mohon pencerahan