NIAT PUASA NAZAR (Panduan Lengkap Rumi)

NIAT PUASA NAZAR

Bagaimana niat puasa nazar?

Ini adalah panduan lengkap tentang niat puasa nazar (dengan ejaan rumi)

Panduan ini juga membincangkan hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan nazar.

Jika anda sedang mencari mengenai topik ini, maka ini adalah panduan untuk anda..

Isi Kandungan

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Nazar?

[na.zar] | نذر

Secara definisi, nazar adalah:

Berjanji dengan Allah untuk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat.

Contohnya, jika dia lulus dalam peperiksaannya nanti dia akan berpuasa tiga hari.

Nazar adalah pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu apabila tiba satu-satu masa atau apabila berlaku satu-satu peristiwa,untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syara’.

Nazar hanya dibolehkan kepada perkara kebajikan dan sekiranya bernazar perkara haram dan makruh maka tidak sah nazarnya seperti bernazar untuk merogol dan selainnya 

Contoh-contoh nazar yang dibenarkan adalah:

  1. Berpuasa
  2. Mencukur rambut
  3. Sedekah

Lafaz Niat Puasa Nazar

Niat puasa nazar adalah seperti berikut:

 Nawaitu Shauma Nadzri Lillahi Taala 

“Sahaja aku berpuasa nazar pada esok hari kerana Allah Taala”.

Hukum Puasa Nazar

Wajib bagi seseorang yang bernazar menunaikan apa yang di nazarkan berdasarkan apa yang disebut ketika bernazar dengan berlandaskan syarak.

Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan:

Apabila seseorang itu bernazar puasa sepertimana yang diucapkan contohnya “demi Allah aku akan berpuasa” atau “aku akan berpuasa pada hari berikut dan berikut” maka wajib dia menunaikan puasanya seperti yang dinazarkan.

Dan begitu juga kalau ia bernazar dengan berpuasa sama ada bilangan hari ataupun nama hari yang ditetapkan

( al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/512 )

Niat puasa nazar perlu berturut dan disegerakan untuk ditunaikan dan tidak dilengah-lengahkan untuk mengerjakannya.

Bagi keuzuran tertentu yang dibenarkan oleh syarak, seseorang individu itu boleh qada puasa sekaligus dengan puasa ganti nazar bersama dengan puasa sunat Isnin Khamis atau puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain.

Kafarah Puasa Nazar

Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT.

Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT.

Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Namun, jika tidak dapat menunaikannya, maka wajib hukumnya untuk membayar kafarah atau istilah lainnya tebusan.

Berikut ini adalah beberapa kafarah yang dapat ditebus ketika bernazar

  • Memberikan makan kepada sepuluh orang miskin atau orang kurang mampu
  • Memerdekakan satu orang budak
  • Memberikan pakaian kepada sepuluh orang miskin
  • Apabila tidak bias melakukan tiga jenis kafarah diatas, diperbolehkan untuk berpuasa selama tiga hari seperti yang diperintahkan Allah dalam surah Al Maidah ayat 89.

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.

surah Al Maidah ayat 89.

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

  1. Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
  2. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
  3. Memerdekakan seorang hamba
  4. Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan di dalam Al Quran.

Kelebihan Melakukan Puasa Nazar

Apakah kelebihan melaksanakan puasa nazar?

Sekurang-kurangnya ada dua faedah kepada diri kita:

1. Memupuk Sikap Bersyukur

Melakukan puasa nazar merupakan ungkapan rasa syukur kita kepada Allah SWT, atas segala nikmat dan keberhasilan yang didapatkan.

Ia bukan sahaja sebagai sebuah kewajipan, tetapi juga sebagai bentuk tanggungjawab dan tanda syukur atas nikmat yang telah diterima.


2. Menjadi Orang Yang Menepati janji

Puasa nazar merupakan janji yang dibuat dan diikrarkan seseorang pada dirinya sendiri dengan Allah SWT.

Dengan demikian, belajar menepati janji atau ikrar tersebut merupakan sikap yang sangat baik untuk membuat seseorang menjadi tanggung jawab terhadap janjinya.

Penutup

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Jika anda sebarang pertanyaan berkaitan puasa, anda boleh tinggalkan soalan tersebut pada ruangan di bawah.

InsyaaAllah saya sedaya upaya akan membantu anda

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

93 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
miya
miya
4 bulan yang lalu

salam ustaz nak tanya kalau kita puasa nazar 3 hari berturut turut tu , tiba ii hari ke dua puasa tu jatuh sakit , adakah boleh smbung puasa ikut kemudian hari , atau kena puasa pada hari pertama balik

Nor Asyikin
Nor Asyikin
7 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,
Maaf nak tanya.
Saya ada 3 soalan.

1) Kalau niat puasa nazar dalam bahasa Melayu beserta tujuan, adakah sah niat puasa tu Ustaz?

2) kalau dah niat puasa nazar, tapi tak sahur, sah tak puasa tu Ustaz?

3) bolehkah puasa nazar dilakukan pada bulan Zulkaedah pada mana-mana hari?

Adek Raim
Adek Raim
8 bulan yang lalu

Asalamualaykum ustad..
Sy telah bernazar kepada allah, dan allah kabulkn doa saya dbulan tamadan ne, bagai manakah carah niat puasa nazar sekalian puasa ramadan ustad..🙏

Mas
Mas
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,
Boleh tak ,
pada Hari tersebut Kita tidak makan apa2 hingga lewat tengahari, lepas tu br berniat ” Aku puasa Nazar Hari ni”.. Dan terus berpuasa hingga ptg.
Keadaan ni bukan lupa, cumanya di sebabkan tak makan , Dan teringat dia perlu laksanakan puasa nazarnya)

Adakah puasa nya sah ?

Anor
Anor
1 tahun yang lalu

Assalam ustaz, jika seseorang itu bernazar untuk berpuasa selama 10 hari berturut turut, dan pada hari ke lima, dia jatuh sakit. wajib kah dia berpuasa semula untuk 10 hari atau boleh kah dia menyambung yang lebihan 5 hari yang tertangguh keran dia jatuh sakit? Harap dapat pencerahan dari ustaz tentang pertanyaan saya. terima kasih ustaz

MOHAMED
MOHAMED
1 tahun yang lalu

ASSALAMUALAIKUM USTAZ…SAYA DAH TERNIAT UNTUK GABUNG PUASA NAZAR DAN PUASA QADHA DAN TELAHPUN MULA BERPUASA…JADI SAH KE PUASA SAYA?

Last edited 1 tahun yang lalu by MOHAMED
Fazilah
Fazilah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Klu bernazar puasa 8 hari adakah perlu berpuasa berturut-turut atau boleh 4 hari isnin – khamis kemudian minggu berikutnya 4 hari lagi

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
1 tahun yang lalu

Asslm Ustadz.
Saya Ada dgr drp ustadz2 dlm u Tube Yg Puasa Nazar tidak bole dibuat sekali dgn Puasa ENAM atau Puasa qadho’. Tapi perlu habiskan Puasa Nazar dahulu LPS Tu baru bole Puasa ENAM shawal atau Puasa qadho.
Yg mana satu yg betul Ustadz ??

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Maaf Ustadz bertanya lagi, kalau saya habiskan Puasa Nazar dahulu bole ke ? LPS habis Puasa Nazar saya akan buAt Puasa qadha gabung dgn Puasa 6 (bln shawal) sbb saya dah tak ingt berapa Hari Puasa qadha saya tinggal pada masa2 yg lalu. Setahu saya dah habis ganti tapi saya masih ragu2 dn akan tetap buat bersama Puasa 6 bln syawal. Fidyah bole dibayar dgn ringgit Kan Di pejabat agama, tak semestinya fidyah beras.

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Terima kasih banyak2 Ustadz.

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
Reply to  Rose Fatimah rauf
1 tahun yang lalu

Asslm Ustadz. MAAF sgt2 sekali lagi saya ni hamba yg serba kekurangan ada lagi prtanyaan.
Skrg ni saya mula Puasa Nazar pada Hari Raya ke 4 iaitu Selasa, diikuti dgn Rabu, kamis dn Jumaat, dah cukup 4 Hari saya bernazar. Sbb sya ada niat 4 Hari Saja Puasa Nazar.
Sya ada trdgr ceramah dari u Tube, Ustad2 ada mengatakan kalau Puasa Hari Jumaat mesti Puasa Hari sabtu juga. Jadi kalau saya sambung pulak Puasa Hari Sabtu Tapi niat Puasa qodho gabung sekali dgn Puasa 6(syawal) disebabkan Puasa Nazar sya dh cukup 4 Hari, bole ke??? Dan sambung semula Puasa qodho & Puasa 6 pada hari lain seperti Isnin sampai kamis saja. Dan sambung lagi pada Isnin depan lagi hingga kamis sahaja lgi sbb nak elakkan Posa jumaat sbb kena sambung hri sabtu. Mohon beri penjelasan Ustadz, kalau Ustadz Ada cadangan utk saya. Maaf skali lagi. Terima kasih

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
Reply to  Rose Fatimah rauf
1 tahun yang lalu

Asslm Ustadz,
Mnta Tolong Ustadz reply msg saya bole ? Maaf.
Terima kasih.

Anor
Anor
1 tahun yang lalu

Assalam ustaz, jika seseorang itu bernazar untuk berpuasa selama 10 hari berturut turut, dan pada hari ke lima, dia jatuh sakit. wajib kah dia berpuasa semula untuk 10 hari atau boleh kah dia menyambung yang lebihan 5 hari yang tertangguh keran dia jatuh sakit? Harap dapat pencerahan. Terima kasih

Reah
Reah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Nak tanya, kafarah yg puasa 3 hari berturut tu, niat dia mcm mana ya?