Amalan Sebelum & Selepas Solat Subuh Dalam Islam

Panduan ini akan menunjukkan amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum dan selepas Solat Subuh yang dianjurkan dalam Islam.

Apa yang menarik:

Semua amalan-amalan ini ditunjukkan secara lengkap dan terperinci. Ia adalah amalan yang dikongsikan oleh para alim ulama untuk diamalkan oleh kita semua.

Saya berharap panduan ini akan memberi manfaat kepada kita semua..

Pengenalan

Setiap hari kita diizinkan Allah untuk hidup kembali setelah beberapa jam dimatikan oleh Allah, atau dengan kata lain, menikmati nikmat tidur yang nyenyak.

Islam telah menganjurkan sunnah yang sangat baik iaitu membaca doa bangun tidur.

Alhamdulillahil-ladzii AhYaaNaa Ba’daMaa Amaa TaNaa Wa ilaihin NuSyuuRu 

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”

Biasanya jika kita bangun tidur, pasti kita tidak sedar apa yang berlaku sepanjang kita tidur.

Mungkin najis keluar dari mulut seperti air liur basi, ataupun keluar dari kemaluan.

Sama ada bermimpi ataupun yang seumpama dengannya.

Jika bermimpi yang menyebabkan hadas besar, wajiblah kita mandi junub.

Jika yakin tidak bermimpi, adalah baik untuk tetap membersihkan juga badan.

Kemudian, bersugi dan mengambil wudhu untuk persediaan Solat Subuh.

Amalan Sebelum Matahari Terbit

doa selepas solat sunat subuh

Sila scroll ke sisi → untuk melihat kandungan jadual di bawah bagi pengguna telefon pintar

WAKTU

AMALAN

KAIFIAT / CARA

CATATAN

6.00 Pagi

Menanti Azan Subuh

Duduk bertafakur, berzikir dan muhasabah diri

Menjawab setiap kalimah azan yang dilaungkan.

Solat Sunat Fajar

2 rakaat 1 salam

Sunat muakkad

Solat Subuh Berjemaah

 2 rakaat 1 salam

 Sujud Tilawah (Sejadah)

 Azamkan untuk bertakbiratul ihram bersama imam.

 Jika setiap pagi Jumaat, baca surah as-Sajadah.

Wirid Selepas Solat

 Wirid al-Qusyasyiah Lengkap

 Zikir lailahaillallah wahdahu la syarikalah (hingga selesai) 10 kali

✅ Zikir Allahummaajirni/na 7 kali

  Lazimi setiap kali selepas solat.

 Dalam keadaan kaki belum dirungkai seperti mana ketika tahiyat akhir. Lazimi setiap kali selepas solat Subuh.

✅  Lazimi setiap kali selepas Solat Subuh.

Berdoa

Seperti biasa

Berdoa mengikut urutan keutamaan berserta adab-adabnya.

Membaca Sayyidul Istighfar

Sekali

Lazimi setiap hari. Boleh dibaca dalam keadaan apa sekalipun, kecuali di tandas.

Membaca Selawat

10 kali

Lazimi setiap hari. Boleh dibaca dalam keadaan apa sekalipun, kecuali di tandas.

Membaca al-Quran

Sekurang-kurang 1 muka surat

Lazimi setiap hari. Boleh dibaca dalam keadaan apa sekalipun, kecuali di tandas.

Membaca Wirid Rabbani

700 kali / Sekadar yang mampu

Lazimi setiap hari. Boleh dibaca dalam keadaan apa sekalipun, kecuali di tandas.

Kebiasaannya, waktu Subuh masuk sekitar jam 6.00 pagi untuk semenanjung Malaysia (jam 4.50 pagi bagi waktu Sabah). Waktu ini berubah mengikut keadaan tarikh dan tempat.

Waktu Subuh ini banyak kelebihanya dan seharusnya kita rebut peluang fadilat yang disediakan.

Antaranya:

Solat Sunat Fajar (Solat Rawatib)

Sebaik kita mendengar azan Solat Subuh, bergegaslah ke surau ataupun masjid untuk mengerjakan Solat Subuh secara berjemaah.

Namun, sebaik selesai sahaja azan dikumandangkan, sangat digalakkan untuk kita melakukan Solat Sunat Fajar dua rakaat.

Nota: Solat Sunat Fajar juga turut dikenali sebagai Solat Sunat Qabliyyah Subuh

Kelebihan:

Daripada Aisyah daripada Nabi ﷺ bersabda: “Dua rakaat Fajar adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya.”

(Riwayat Muslim)

Lafaz Niat:

niat solat sunat sebelum subuh

 Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Taala 

Sahaja aku solat Sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Taala

Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah:

Dicadangkan membaca Surah al-Insyirah pada rakaat pertama dan Surah al-Fil pada rakaat kedua.

Dalam kitab Amalan Orang Soleh, tulisan Ustaz Muhadir Haji Joll, beliau merujuk di dalam Rasa’il al-Hajat tulisan Imam al- Ghazali rahimahullah Taala, berkata:

“Telah sampai kepadaku riwayat daripada ramai kalangan Arbab al-Qulub (orang soleh yang dapat mendidik hati mereka) bahawa sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan surah al-Insyirah (asy-Syarh) pada rakaat pertama serta surah al Fatihah dan surah al-Fil pada rakaat kedua dalam solat sunat Fajar sebelum Subuh, dia akan selamat daripada kejahatan orang yang zalim dan musuhnva.”

NOTA

Terdapat beberapa hadits yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang muakkad (digalakkan) ialah 10 rakaat atau 12 rakaat, dalilnya:

  • Daripada Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah ﷺ tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zuhur, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Daripada Aisyah r.anha, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah B akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Riwayat Tirmizi)

Solat Subuh Berjemaah

niat solat sunat sebelum subuh

Solat berjemaah sangat dituntut kepada kita bahkan pahalanya lebih besar daripada solat bersendirian, iaitu 27 kali ganda.

Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan kita yang tidak sempat untuk memenuhi kelima-lima waktu itu untuk solat secara berjemaah.

Justeru, usahakan sebaik mungkin untuk tidak meninggalkan 3 waktu solat ini untuk berjemaah, iaitu Solat Subuh, Asar dan Isyak.

Sabda Nabi ﷺ daripada Utsman bin Affan;

Barang siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka dia umpama solat sepanjang malam.

(Riwayat Ahmad)

Daripada Abdur Rahman:

Barang siapa solat Isyak secara berjemaah, maka dia umpama mendirikan solat separuh malam. Dan barang siapa yang solat Subuh berjemaah, maka dia umpama solat sepanjang malam.

(Riwayat Ahmad)

Kelebihan waktu solat ini juga disebutkan dalam sebuah hadis tentang turunnya malaikat secara bergilir-gilir siang dan malam.

Telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Malik daripada Abu az-Zinad daripada Al-A’raj daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Para malaikat malam dan malaikat siang silih berganti mendatangi kalian. Dan mereka berkumpul pada waktu solat Fajar (Subuh) dan Asar. Kemudian malaikat yang bermalam di kalangan kamu naik. Lalu Allah Taala bertanya kepada mereka, dan Allah lebih mengetahui keadaan mereka itu. ‘Dalam keadaan bagaimana kalian tinggalkan hamba-hamba-Ku?’ Para Malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan sedang mendirikan solat. Begitu juga saat kami mendatangi mereka, mereka sedang mendirikan solat”.

Membaca Sayyidul Istighfar

sayyidul istighfar

Jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar.

Kelebihannya, menurut hadis Nabi ﷺ daripada Syaddad bin Aus r.a:

Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan yakin lalu meninggal siangnya juga sebelum malam, dia adalah ahli syurga dan sesiapa vang membacanya pada waktu malam dengan yakin dan meninggal malamnya juga sebelum pagi, dia adalah ahli syurga.

(Riwayat Bukhari)

Lafaz Bacaan Sayyidul Istighfar

Lafaz bacaanya penghulu istighfar (Sayyidul Istighfar) adalah seperti berikut:

sayyidul istighfar

Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam janji untuk mentaatimu seiauh kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang pernah aku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan dan aku mengakui semua dosa yang pernah aku kerjakan. Oleh itu, ampunilah semua dosaku kerana tidak ada vang boleh mengampuni dosa selain Engkau.

Membaca Wirid al-Qusyasyiah

Membaca Wirid al-Qusyasyiah selepas Solat Subuh. Digalakkan untuk membacanya selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib.

Pertama

Dalam kitab Al-Adzkar, karya Imam an-Nawawi, beliau memetik hadis daripada Abu Zar r.a berkata, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda:

Barang siapa yang membaca 10 kali selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya mash dalam keadaan tahiyat akhir, sebelum berkata-kata, ditulis baginya (sekali bacaan itu) 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbenteng diri daripada syaitan serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syrik (menyekutukan) Allah.

(Riwayat Tirmizi)

Bacaannya sebanyak 10 kali:

 Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘A Laa Kulli Syai’in Qadirr 

Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kedua

Di dalam kitab Amalan Orang Soleh, dinyatakan hadis daripada Al-Harits bin Muslim, daripada ayahnya berkata, Nabi ﷺ bersabda:

Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: ‘Allahumma ajirnii minannar’, 7 kali, sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai, menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: Allahumma inni asalukal jannah, Allahumma ajirni minannar’, 7 kali, sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.

(Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

Bacaannya sebanyak 7 Kali:

Amalan sebelum solat subuh

  AllahumMa Ajirni MinanNarr 

Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.

Bacaan penuh Wirid al-Qusyasyiah boleh dilihat pada pautan ini: Wirid & Doa Selepas Solat

Membaca Tahlil Makhsus

Membaca bacaan ini sebanyak 3 kali selepas solat fardu:

Amalan sebelum solat subuh

Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah (pahala bacaannya) pada setiap kerdipan mata dan nafas, sebanyak mana luasnya ilmu Allah.

Catatan

Di dalam kitab Amalan Orang Soleh, tulisan Ustaz Muhadir Hj Joll disebutkan bahawa:

“la menyamai 72 ribu kali tahlil (Lailahaillallah) kerana hitungan turun naik nafas manusia setiap hari adalah 24 ribu kali, manakala kerdipan mata sebanyak 48 ribu kali.

As-Sayyid al-Imam Alawi bin Abbas al-Maliki rahimahullah Taala telah menyebutkan faedahnya sebegitu dengan sanadnya kepada Asy-Syeikh al-Quthb Abi al-Hasan asy-Syazili. “

(Dinukilkan daripada kitab Minhaj al-Ilah karangan Al-Habib Salim bin Hafizh rahimahullah Taala.)

Bersedekah

Antara kelebihan memulakan hari dengan bersedekah:

Rasulullah menceritakan tentang doa yang dipanjatkan oleh malaikat agar Allah mengurniakan rezeki sebagai ganti kepada sedekah yang dikeluarkan. Malah diberikan ancaman doa agar dimusnahkan harta orang yang bakhil bersedekah.

Dicadangkan kepada lelaki yang pergi ke masjid setiap pagi untuk Solat Subuh agar tidak lupa membawa sedikit wang untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid.

Bagi wanita yang bersolat di rumah, boleh sediakan Tabung Subuh dan pastikan ia disi setiap hari seusai solat.

Cukup bulan, serahkan kepada yang memerlukan. Semoga segala amal kita diberkati Allah.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: “Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.” Dan satu lagi memohon: “Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil”.

(Riwayat Muslim)

Berselawat Ke Atas Nabi

Selawat sebanyak 10 kali paling minimum, paling baik 1000 kali.

Kelebihan selawat seperti yang disebutkan dalam hadis, daripada ‘Amru bin al-As r.a, bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

Barang siapa yang selawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya 10 kali.

(Riwayat Muslim)

Sesiapa yang berselawat kepadaku ketika pagi 10 kali dan ketika petang 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.

(Riwayat ath-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir)

Lafaz Selawat Adalah Seperti Berikut:

selawat nabi selepas solat subuh

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala AaliHi Wasohbihi Wassalim 

Ya Allah! Berilah selawat kepada Sayidina Muhammad dan kesejahteraan ke atas keluarga Baginda dan para Sahabatnya.

Senarai lafaz selawat yang lain boleh dirujuk pada panduan ini: PANDUAN LENGKAP SELAWAT NABI

Wirid Rabbani

Zikir ini kerja mudah, boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Zikir ini patut diamalkan setiap hari dan tidak akan tinggalkan sampai bila-bila. Dinamakan wirid-wirid Rabbani yang sanadnya sampai kepada nabi SAW.

YouTube video

Bacaan wirid rabbaniah adalah seperti berikut:

  1. Astagfirullahal aziim – 100 kali
  2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al aziim – 100 kali
  3. Lailahaillallah – 100 kali
  4. HasbunAllah wani’mal wakiil – 100 kali
  5. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah Allahukbar – 100 kali
  6. Lahaulawala quwwata illa billahil’aliyul aziim – 100 kali
  7. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa’ala alihi wasohbihi wabarik wasallim – 100 kali

Membaca Al Quran

Membaca al Quran sepatutnya menjadi amalan harian pada setiap pagi bagi setiap muslim.

Al-Quran telah menjadi pusat kehidupan para pendahulu kita (center of our predecessors lives).

Keutamaan mereka adalah menghafal dan mengkaji al-Quran, sebelum mereka memulakan aktiviti lain.

Ulama-ulama besar dari zaman kegemilangan Islam seperti Ibn Sina dan Ibnu Rushd memulakan pelajaran mereka dengan menghafal al-Quran.

Ini adalah kunci kepada kejayaan kehidupan mereka.

Membaca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

Setiap kali tibanya hari Jumaat, jangan lupa amalkan membaca Surah al-Kahfi, kerana Rasulullah ﷺ bersabda, daripada Abu Said al-Khudri ra.:

Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya diterangi dua cahaya baginya di antara dua Jumaat.

(Riwayat al-Baihaqi)

Catatan

Dalam kitab Al-Adzkar, Imam an-Nawawi menukilkan kata-kata Imam asy-Syaf’i rahimahullah Taala di dalam kitab Al-Umm: “Dan sangat digalakkan membacanya (surah al-Kahfi) juga pada malam Jumaat”

Amalan Selepas Matahari Terbit

Sila scroll ke sisi untuk melihat kandungan jadual di bawah bagi pengguna telefon pintar

WAKTU

AMALAN

KAIFIAT / CARA 

CATATAN

7.00 Pagi hingga 1 petang

Solat Sunat Isyak

2 rakaat 1 salam

Lazimi setiap hari

Bersedekah

Masukkan dalam tabung masjid atau jika di rumah sediakan tabung subuh

Setiap hari masukkan ke dalam tabung mengikut kemampuan.

Solat Sunat Dhuha

4 Rakaat (2 kali salam)

Lazimi setiap hari. Boleh lakukan ketika memandu, ketika duduk di kerusi tempat bekerja dan sebagainya.

Bekerja -- Menuntut Ilmu -- Aktiviti Harian Yang Bermanfaat

Solat Sunat Isyraq

Islam anjurkan kepada kita untuk menunaikan solat sunat Isyrak.

Waktunya selepas habis waktu Subuh dan sehingga matahari naik tinggi sekadar satu galah. Menurut ulama, kira-kira 15 minit selepas terbit matahari.

Kelebihan Solat Isyrak

Daripada Anas bin Malik ra. dia berkata, Rasulullah 2 bersabda:

Barang siapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (solat sunat (syrak), maka baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.

(Riwayat Tirmidzi dan ath-Thabrani’

Cara Mengerjakannya

Lafaz niat

Niat solat isyraq -- Amalan selepas solat subuh

Sahaja aku solat sunat Isyrak dua rakaat kerana Allah Taala.

Membaca Doa Selepas Solat Isyraq

doa solat isyraq

Alhamdulillahillazi Ja’ala Yauma ‘Aafiyatan WaJaa Asy-syamsa Min Matla’ihaa, Allahummar Zuqni Khairo Haazal Yauma, Wadfa’ Annii Syarrohu. Allahumma Nawwir Qalbi Binuuri Hidaayatika Kama Nawwartal Ardho Binuuri Syamsika Abadan Abadaa Birahmatika Ya Arhamar-rohimin.

Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

Nota

Dipetik daripada Kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttagin, Karya Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, ditahkik oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al- Maliki.

Kebiasaannva di awal pagi, ramai yang sibuk bertarung dengan kesesakan di jalan raya untuk pergi bekerja mencari rezeki untuk nafkah isteri dan anak-anak.

Jika niat kita betul, insya-Allah pahala umpama keluar berjihad di jalan Allah. Sabda Nabi ﷺ:

Memangnya jihad di jalan Allah itu hanya yang terbunuh (dalam perang) sahaja? Siapa yang bekerja untuk menghidupi orang tuanya maka dia berada di jalan Allah, siapa vang bekerja menghidupi keluarganya maka dia berada di jalan Allah, tetapi siapa yang bekerja untuk bermewah-mewahan (memperbanyak harta) maka dia berada di jalan thaghut.

(Riwayat ath-Thabrani)

Solat Sunat Dhuha

bacaan surah ad dhuha

Usah lupa untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Ganjarannya sangat hebat.

Kita diberi banyak pilihan, sama ada hendak buat 2, 4, 6, 8, atau 12 rakaat. Namun, di sini dianjurkan supaya mempraktikkan solat Dhuha 4 rakaat 2 salam.

Daripada Mu’azah bahawasanya beliau bertanya Aisvah r.anha “Berapa (rakaatkah) Rasulullah ﷺ solat Dhuha?” Jawab Aisyah: “Empat rakaat, dan Baginda menambah mengikut apa yang Baginda suka.” (Riwayat Muslim)

Kelebihan Solat Dhuha

Daripada Abu ad-Darda’ atau Abu Zar daripada Rasulullah, daripada Allah SWT bahawasanya Dia berfirman:

“Wahai anak Adam rukuklah kerana-Ku pada awal siang empat rakaat, maka Aku cukupkan engkau pada akhirnya.

(Riwayat Tirmizi)

Menurut as-Suyuthi di dalam buku Eksklusif Solat-solat Sunat, tulisan Dr. Udah Mohsin, beliau memetik daripada kitab Al-Hawi li al-Fatawa, Imam ath-Thabrani meriwayatkan daripada Ibn Umar dengan sanad yang hasan bahawa Ibnu Umar mendengar Rasulullah AS bersabda:

Sesiapa yang solat Dhuha, puasa tiga hari daripada setiap bulan (Ayyamul Bidh), dan tidak meninggalkan Solat Witir, sama ada pada masa dia berada di tempainya atau dia musafir maka ditulis baginya pahala mati syahid.

(Riwayat ath-Thabrani)

Di dalam Mu’iam al-Ausath, disebut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan menurut Imam as-Suyuthi, di dalam Jami’ as-Saghir, hadis ini hasan.

Sabda Nabi ﷺ:

Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha empat rakaat dan sebelum Zuhur empat rakaat akan dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

(Riwayat al-Baihaqi)

Waktu Solat Dhuha

Waktunya bermula setelah matahari naik setingsi galah (kira-kira 25 minit selepas terbit matahari) hingga hampir gelincir matahari (waktu zawal). Waktu afdal (terbaik) ialah kira-kira suku (¼) siang.

Niat Solat Dhuha

Lafaz niat Dhuha adalah seperti berikut:

Niat solat dhuha - Amalan selepas solat subuh

 Usolli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

Untuk panduan lengkap cara mengerjakan Solat Sunat Dhuha, anda boleh rujuk pada pautan ini: NIAT & CARA SOLAT SUNAT DHUHA

Penutup

Saya berharap panduan ini telah memberi manfaat kepada anda.

Akhir kata, setiap amalan yang kita lakukan ini, kita serahkan penerimaannya kepada Allah yang Maha Pengasih.

Bentukkan hati kita agar sentiasa berada di dalam keadaan takut dan harap sehingga ke akhir hayat.

Saya berdoa agar kita semua digolongkan dalam kumpulan solihin dan diterima segala amalan kita dengan keredhaan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Rujukan

  1. Amalan Mengangkat Darjat — Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi
  2. Amalan Selepas Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll
  3. Amalan Zikir Muttaqin — Ustaz Jamil B. Dato’ Tajuddin al-Jarumi
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
FAIROLIZAM BIN SULHI
FAIROLIZAM BIN SULHI
9 bulan yang lalu

Assalammualaikum.
Bolehkah kita berzikir dan buat solat sunat isyraq di rumah selepas solat berjemaah di surau atau masjid ?

Last edited 9 bulan yang lalu by FAIROLIZAM BIN SULHI
Hafiq
Hafiq
1 tahun yang lalu

Waktunya selepas habis waktu Subuh dan sehingga matahari naik tinggi sekadar satu galah. Menurut ulama, kira-kira 5 minit selepas terbit matahari..

Tapi ada yg bagitahu 15minit selepas terbit matahari. Mana satu yg lebih sahih?