
Bagaimanakah niat dan cara Solat Isyak?
Dalam panduan ini, saya akan menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Isyak secara langkah-demi-langkah sehingga selesai, termasuk doa selepas solat.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan transliterasi RUMI dan bantuan audio bagi membantu anda.
Semoga bermanfaat..
Pengenalan
Apakah maksud Solat Isyak?
Solat Isyak (صلاة عشاء) merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Lafaz Niat Solat Isyak
Niat Solat Isyak adalah seperti di bawah:

Usolli fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat Solat Isyak dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Waktu Masuk Solat Isyak
Waktu Isyak bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq.
Waktu isyak adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.
Bilangan Rakaat Solat Isyak
Bilangan Rakaat Solat Isyak adalah 4 rakaat sahaja.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.
Cara Solat Isyak
Pada bahagian ini, saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini.
Anda boleh rujuk pada gambar dan audio yang disediakan.
Rakaat Pertama
1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.
Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian baca lafaz niat Solat Isyak:
Niat

Usolli fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Angkat takbir dengan mengucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.


3. Membaca Doa Iftitah

Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.
Kemudian bacalah Doa Iftitah.
Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:
Bacaan Doa Iftitah

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Kemudian, Bacalah Surah al-Fatihah
Selesai membaca Doa Iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.
Al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam solat.
Oleh itu, ia wajib dibacakan dalam solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Kemudian, Baca Pula Surah Dari Al-Quran
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Anda bebas memilih surah-surah yang disukai dan diingati.
Antara surah pendek al-Kafirun.

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
6. Kemudian, Lakukan Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.

Semasa rukuk:
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah seperti berikut:
Bacaan Rukuk

SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Bacaan Iktidal


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

Bertakbir lalu turun sujud dan membaca:
Bacaan Sujud

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
9. Kemudian, Duduk antara dua sujud
Selepas itu, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Posisi ini dipanggil duduk diantara dua sujud.
Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:

Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud pertama.

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

13. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
14. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
15. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
16. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
17. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
18. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
19. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
20. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal
Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.


Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
Bacaan Tahiyat Awal

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Cara Naik Ke Rakaat Ketiga
Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.
Bertakbir dan dan berdirilah untuk meneruskan rakaat ketiga.
Seperti bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik berdiri dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Ketiga
Rakaat ketiga adalah sama seperti rakaat pertama, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
21. Rakaat Ketiga Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

22. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat kedua, sekali lagi pada rakaat ketiga dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
23. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
24. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Keempat.
Sebelum bangun ke rakaat ke-4, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Cara Naik Berdiri Ke Rakaat Keempat
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat keempat
Rakaat keempat (rakaat terakhir) adalah sama seperti rakaat ketiga, iaitu tidak perlu dibaca surah selepas al-Fatihah.
29. Rakaat Keempat Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

30. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat ketiga, sekali lagi pada rakaat ke-4 dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
31. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
32. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
33. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
34. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
35. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
36. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir


Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
37. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu Isyak.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?
Sebagai contoh, jika saya terlupa melakukan rakaat ketiga solat zohor atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?
Adakah saya perlu ulang solat kembali?
Mula-mula kita kena pastikan dahulu perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah perkara rukun, maka anda KENA ulangi kembali perkara rukun itu dan ditambah Sujud Sahwi pada akhir solat.
Contoh:
- Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda kena bangun kembali selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi kemudian diikuti oleh Sujud Sahwi.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu ulang perbuatan yang tertinggal itu. Cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.
Contoh:
- Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka hanya perlu buat sujud sahwi sahaja.
Nota: Jika perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu ulang mahupun sujud sahwi. Cuma teruskan solat seperti biasa.
Doa Selepas Solat Isyak

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Antara salah satu Doa Solat Isyak yang boleh dibacakan adalah:

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.
Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro,
Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab.
Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.
Maksud doa:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Untuk bacaan doa-doa yang lain, anda boleh rujuk pada pautan ini: Wirid & Doa Selepas Solat
Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Isyak

Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan.
Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.
Ia dilakukan pada sebelum dan juga sesudah selesai mengerjakan Solat Fardu Isyak.
Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini:
Qada Solat Isyak

Jika anda tertinggal solat fardu Isyak, maka anda harus melakukan qada solat.
Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya.
Qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal tersebut. Ianya adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dikira hutang dengan Allah.
Untuk qada solat fardu Isyak, bacaan dan pergerakannya adalah sama dengan solat fardu Isyak yang dilakukan secara tunai.
Apa yang membezakan solat fardu dan solat qada adalah dari segi NIAT.
Niat untuk qada Solat Isyak adalah seperti berikut:

Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Rujukan lanjut dan lengkap mengenai Qada Solat boleh diikuti pada pautan ini: NIAT & CARA QADA SOLAT FARDU
Penutup
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum ustaz, maaf la klau pertanyaan saya ni agak lain sikit😅 sah ke saya solat smbil pegang hp untk baca niat & cara solat isyak ni sbb saya dh lma tk solat jdi agak lupa bila nk hafal niat dan cara solat isyak😅
Waalaikumussalam.
Adalah lebih baik untuk hafal niat dan cara solat sebelum melakukan solat. Ini kerana ketika solat, kita sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada ibadah kita dan menghindari gangguan lain. Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar tidak dapat mengingat niat dan cara solat, dan tidak ada cara lain untuk mengetahuinya selain daripada menggunakan telefon bimbit anda, maka adalah lebih baik untuk melihat niat dan cara solat pada telefon bimbit anda daripada tidak solat langsung.
Namun, sebaik-baiknya adalah untuk mengambil masa sebelum solat untuk memeriksa niat dan tatacara solat, dan kemudian meletakkan telefon bimbit anda di tempat yang lain semasa melakukan solat. Ini akan membantu anda untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada solat anda.
Assalamualaikum Ustaz jika saya solat isyak dua rakaat sajak apa ka sah solat sya
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Solat Isyak adalah solat fardhu yang terdiri dari empat rakaat. Jika seseorang hanya menunaikan dua rakaat, maka solatnya tidak sah. Anda perlu menunaikan semula solat Isyak dengan empat rakaat supaya ia sah.
Sila pastikan anda melengkapkan solat dengan jumlah rakaat yang sepatutnya untuk setiap solat fardhu supaya ia sah di sisi Allah SWT.
Ustaz kalau x baca Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad sah x solat?
Sah.
Sudah sah solat jika dibaca tahiyat sehingga “… Allahumma Solli Ala Muhammad”
Assalamualaikum ustaz , izinkan saya bertanya . Saya masih dalam proses memperbaiki solat saya dalam tempoh sebulan dua ini , selepas saya melihat pautan ustaz saya merasa kan ada sesetengah perkara dalam solat saya sebelum ini tidak tepat seperti ditunjukkan ustaz . Adakah solat saya sebelum ini diterima allah kerana saya masih dalam pembelajaran ? ataupun diwajibkan untuk saya qada semula solat2 saya ? Mohon jawapan dari ustaz . ( Terima Kasih ) ?
Wassalam. Jika perkara yang tidak betul tersebut adalah perkara rukun solat, maka solat itu tidak sah dan perlu diqada semula. Jika perkara yang silap itu perkara yang sunat, maka dimaafkan dan solat itu sah.
Tetapi awak tidak berdosa sebab tidak dikira berdosa untuk orang yang tidak tahu dan baru belajar.
Alhamdulillah saya usaha untuk berubah kejalan yang benar ustaz dan saya nak ucapankan terima kasih sangat ilmu – ilmunya semoga amal ibadah saya terima oleh allah swt
Alhamdulillah, gembira saya mendengarnya. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan saudara.
Assalamualaikum ustad
Terima Kasih di atas panduan yg berguna ini. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buat yg sudi berkongsi ilmu ini.
Syukur Alhamdulillah Terima Kasih
Alhamdulillah, sama-sama
Kalau saya x dapat hafal doa tahiyat awal dan akhir mcm mne
Kena usaha hafal sebab tahiyat adalah rukun solat.
Tahiyat akhir saya baca sampai Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad sah ke solat?
Ya sah solat. InsyaAllah.
Terima kasih, sangat membantu??
Alhamdulillah, sama-sama
salam ustaz. nak tanya. semasa nk bg salam assalamualakum warahmatulah. saya tak sengaja just berpaling je, tapi tak sebut assalamualaikumu warahmatulah. lps tu abru ingat, saya repeat berpaling dan sebut assalamualaimum warahmatulah. sah ke solat saya? saya perlu ulang solat tak
Wassalam.
Sah, tidak perlu ulang solat jika awak ulang terus perbuatan salam itu.
Tapi jika awak dah bangun, dah pergi makan, dah pergi jalan-jalan (maknanya jangka masa dah lama), maka kena solat balik la.