NIAT & CARA SOLAT ZOHOR (Panduan Asas Lengkap)

solat zohor

Bagaimana cara melakukan solat Zohor?

Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Zohor secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.

Setiap tulisan jawi dan arab akan dipermudahkan dengan bantuan transliterasi RUMI dan audio bagi membantu anda.

Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakan…

Pengenalan

Apakah maksud Solat Zohor?

Solat Fardu Zohor (صلاة الظهر) merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada

Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.

Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.

Lafaz Niat Solat Zohor

Niat Solat Zohor adalah seperti di bawah:

niat solat zohor

 Usolli fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala. 

Niat Solat Zohor dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Waktu Masuk Solat Zohor

Waktu Zohor bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya.

Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.

Bilangan Rakaat Solat Zohor

Bilangan Rakaat Solat Zohor adalah 4 rakaat sahaja.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.

Cara Solat Zohor

Ringkasan cara mengerjakan Solat Fardu Zohor

  • Solat Zohor dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala”.
  • Bacaan dalam Solat: Bacalah Doa Iftitah, kemudian Surah al-Fatihah, dan pilih surah atau ayat dari Al-Quran yang lain.
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan menjaga ketenangan dalam setiap gerakan.
  • Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan. Ikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Duduk Tahiyat Awal: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyat awal.
  • Rakaat Ketiga dan Keempat: Berdiri untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah hanya al-Fatihah, ikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam: Duduk untuk tahiyyat akhir selepas rakaat keempat dan akhiri solat dengan salam.

Pada bahagian ini, saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh rujuk pada gambar dan audio yang disediakan.

Rakaat Pertama

1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat

Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.

Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian baca lafaz niat Solat Zuhur:

Niat

niat solat zohor

 Usolli fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala. 


2. Takbiratul Ihram Serentak Dengan Niat Di Dalam Hati

Angkat takbir dengan mengucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:

Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

Nota

Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.

cara takbir
Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan
takbir perempuan
Perempuan: Tangan diangkat hingga setentang dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Siku dan tangan mesti dirapatkan ke badan

3. Membaca Doa Iftitah

Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada

Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.

Kemudian bacalah Doa Iftitah.

Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Iftitah

doa iftitah

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.


4. Kemudian, Bacalah Surah al-Fatihah

Selesai membaca Doa Iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.

Al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam solat.

Oleh itu, ia wajib dibacakan dalam solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


5. Kemudian, Baca Pula Surah Dari Al-Quran 

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.

Anda bebas memilih surah-surah yang disukai dan diingati.

Antara surah pendek al-Kafirun.

surah al-kafirun

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


6. Kemudian, Lakukan Rukuk 

Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.

rukuk solat
Posisi Rukuk

Semasa rukuk:

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

cara rukuk yang betul
Cara rukuk yang betul.

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah seperti berikut:

Bacaan Rukuk

 SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih 

Maksudnya: 

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji


7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Posisi iktidal

Bacaan Iktidal

rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.


8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

sujud
Posisi Sujud

Bertakbir lalu turun sujud dan membaca:

Bacaan Sujud

bacaan sujud

 Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih 

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.


9. Kemudian, Duduk antara dua sujud

Selepas itu, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Posisi ini dipanggil duduk diantara dua sujud.

Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:

Posisi duduk diantara dua sujud
Posisi duduk diantara dua sujud

Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

duduk diantara dua sujud

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii 

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.


10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

sujud
Posisi Sujud

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud pertama.

 Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih 


11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.

Rakaat Kedua

12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


13. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


14. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


15. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


16. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


17. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


19. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


20. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal

Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.

Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Posisi Tahiyat Awal
kedudukan jari semasa tahiyat
Sewaktu mengucapkan Syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.

Bacaan Tahiyat Awal

tahiyat awal

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

Asyhadu allaa ilaaha illallaah,

Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.

Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad

wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Cara Naik Ke Rakaat Ketiga

Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.

Bertakbir dan dan berdirilah untuk meneruskan rakaat ketiga.

Seperti bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian terus naik berdiri dengan kedua-dua tangan.

Rakaat Ketiga

Rakaat ketiga adalah sama seperti rakaat pertama, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

21. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat


22. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


23. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


24. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Cara Naik Berdiri Ke Rakaat Keempat

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.

Rakaat keempat

Rakaat keempat (rakaat terakhir) adalah sama seperti rakaat kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

29. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat


30. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


31. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


32. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


33. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


34. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


35. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


36. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

tahiyat akhir
telunjuk jari ketika tahiyat
Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat.

Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir

tahiyat
Bacaan Tahiyat Akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.

Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.


37. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 


Alhamdulillah, Selesai Sudah Solat Fardhu Zohor.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?

Sebagai contoh, jika saya terlupa melakukan rakaat ketiga solat zohor atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?

Adakah saya perlu ulang solat kembali?

Jawapan

Mula-mula kita kena pastikan dahulu perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.

Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah perkara rukun, maka anda KENA ulangi kembali perkara rukun itu dan ditambah Sujud Sahwi pada akhir solat.

Contoh:

  • Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda kena bangun kembali selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi kemudian diikuti oleh Sujud Sahwi.

Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu ulang perbuatan yang tertinggal itu. Cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.

Contoh:

  • Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka hanya perlu buat sujud sahwi sahaja.

Nota: Jika perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu ulang mahupun sujud sahwi. Cuma teruskan solat seperti biasa.

Doa Selepas Solat Zohor

doa

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.

Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.

Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.

Antara salah satu Doa Solat Zohor yang boleh dibacakan adalah:

doa selepas solat 4

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro,

Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab.

Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.


Maksud doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Untuk bacaan doa-doa yang lain, anda boleh rujuk pada pautan ini: Wirid & Doa Selepas Solat

Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Zohor

solat sunat zuhur

Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan.

Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.

Ia dilakukan pada sebelum dan juga sesudah selesai mengerjakan Solat Fardu Zohor.

Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.

Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini:

Qada Solat Zohor

Jika anda tertinggal solat fardu Zohor, maka anda harus melakukan qada solat.

Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya.

Qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal tersebut. Ianya adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dikira hutang dengan Allah.

Untuk qada solat fardu Zohor, bacaan dan pergerakannya adalah sama dengan solat fardu Zohor yang dilakukan secara tunai.

Apa yang membezakan solat fardu dan solat qada adalah dari segi NIAT.

Niat untuk qada Solat Zohor adalah seperti berikut:

niat qada solat zohor

  Usolli Fardhoz Zuhri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Tambahan

Rujukan lanjut dan lengkap mengenai Qada Solat boleh diikuti pada pautan ini: NIAT & CARA QADA SOLAT FARDU

Penutup

Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.

Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.

Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:

  1. Panduan Solat Subuh
  2. Panduan Solat Asar
  3. Panduan Solat Maghrib
  4. Panduan Solat Isyak
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

111 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nrslnms
Nrslnms
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Batalkah solat saya kalau tersalah baca tahiyat akhir? Baru nak solat semula jadi tak berapa hafal. Maaf ustaz.

Nrslnms
Nrslnms
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Terima kasih ustaz

Nur syahadah
Nur syahadah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz saya nak tanya sah x solat jika disenget kepala ketika tahiyyat akhir

Nurul Syuhairah
Nurul Syuhairah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,
Saya nak tanya batal ke solat masa rakaat kedua duduk di atas kaki kiri tetapi tukar kepada kedudukan biasa sebab tak ingat mana kedudukan yang dulu?

Nurul Syuhairah
Nurul Syuhairah
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Terima kasih ustaz?

Sharil Anuar
Sharil Anuar
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz.Terima kasih untuk blog ini.Sungguh berguna ilmu ilmu yang ustaz ajar.Saya ingin tahu jika ustaz ada buat buku untuk kami pelajari dari bab solat Dan agama islam.Terima Kasih Ustaz.

Pn Liza
Pn Liza
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz

Solat zohor rakaat ke 3 saya terlupa sujud yg ke 2 batal ke solat saya?

Hamidah
Hamidah
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, sy nak tanya.. dalam rakaat ke 3 & ke 4, jika kita terbaca surah selepas al-fatihah, hukumnya apa ustaz?

nur
nur
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya pada rakaat kedua, Selain bacaan Al-Fatihah pelu baca satu surah atau dua surah? Dan perlu ke angkat tangan setiap kali rakaat 2 dan seterusnya takbiratul ihram (Allahuakbar) kalau tak angkat apa hukumnya ya?

nur
nur
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Baiklah, terima kasih ^^

Nana•
Nana•
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz”saya nak tanya”
saya baru nak solat dan baca IFTITAH saya tersalah dalam bacaan tu”perlu ke saya batal kan solat itu”tau ulangi bacaan semula doa IFTITAH”saya baru nak belajar solat dan belum hafal sangat doa iftitah”””

azim
azim
2 tahun yang lalu

salam ustaz..ustaz saya nak tanya..kalau saya dah selesai rakaat pertama lalu saya berdiri nak terus kan rakaat ke 2 perlu ke takbir sebut (Allahhuakbar) sambil angkat tangan

Pn Liza
Pn Liza
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum..bole ke kita qada solat subuh selepas solat zohor? Atau perlu qada solat mengikut waktu masing² cth qada solat zohor dlm zohor..qada solat maghrib dlm maghrib..atau x kisah qada bila² masa pun bole?