NIAT & CARA SOLAT ASAR (Panduan Asas Lengkap)

solat asar
Solat Asar

Bagaimana cara solat asar?

Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Asar secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.

Setiap tulisan jawi dan arab akan dipermudahkan dengan bantuan transliterasi RUMI dan audio bagi membantu anda.

Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakan…

Pengenalan

Apakah maksud Solat Asar?

Solat Fardu Asar (Ψ΅Ω„Ψ§Ψ© ΨΉΨ΅Ψ±) merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada

Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.

Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.

Lafaz Niat Solat Asar

Niat Solat Asar adalah seperti di bawah:

niat solat asar

 Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala

Niat Solat Asar dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Waktu Masuk Solat Asar

Bilakah bermulanya waktu asar?

Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.

Manakala tamatnya waktu adalah apabila matahari terbenam di ufuk (Maghrib)

Bilangan Rakaat Solat Asar

Bilangan Rakaat Solat Asar adalah 4 rakaat sahaja.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.

Cara Solat Asar

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengerjakan solat fardu Asar

  • Mulakan solat Asar dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: β€œSahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala”.
  • Kemudian bacalah Doa Iftitah, kemudian Surah al-Fatihah, dan pilih surah atau ayat dari Al-Quran yang lain.
  • Lakukan Rukuk, Kemudian Sujud Dua Kali. Pastikan menjaga tuma’ninah dalam setiap gerakan.
  • Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan. Ikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Duduk Tahiyat Awal: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyat awal.
  • Rakaat Ketiga dan Keempat: Berdiri untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah hanya al-Fatihah, ikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Duduk untuk tahiyyat akhir selepas rakaat keempat dan akhiri solat dengan salam.

Pada bahagian ini, saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh rujuk pada gambar dan audio yang disediakan.

Rakaat Pertama

1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat

Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.

Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian baca lafaz niat Solat Zuhur:

Niat

 Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala


2. Takbiratul Ihram Serentak Dengan Niat Di Dalam Hati

Angkat takbir dengan mengucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

Nota

Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.

cara takbir
Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan
takbir perempuan
Perempuan: Tangan diangkat hingga setentang dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Siku dan tangan mesti dirapatkan ke badan

3. Membaca Doa Iftitah

Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada

Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.

Kemudian bacalah Doa Iftitah.

Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Iftitah

doa iftitah

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil β€˜aalamiina.

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.


4. Kemudian, Bacalah Surah al-Fatihah

Selesai membaca Doa Iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.

Al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam solat.

Oleh itu, ia wajib dibacakan dalam solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


5. Kemudian, Baca Pula Surah Dari Al-Quran 

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.

Anda bebas memilih surah-surah yang disukai dan diingati.

Antara surah pendek al-Kafirun.

surah al-kafirun

Qul Yā Ayyuhal-KāfirΕ«n. Lā Aβ€˜Budu Mā Taβ€˜BudΕ«n. Wa Lā Antum β€˜Δ€bidΕ«na Mā Aβ€˜Bud. Wa Lā Ana β€˜Δ€bidum Mā β€˜Abattum. Wa Lā Antum β€˜Δ€bidΕ«na Mā Aβ€˜Bud. Lakum DΔ«nukum Wa Liya DΔ«n

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): β€œHai orang-orang kafir! β€œAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. β€œDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. β€œDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. β€œDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. β€œBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


6. Kemudian, Lakukan Rukuk 

Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.

rukuk solat
Posisi Rukuk

Semasa rukuk:

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

cara rukuk yang betul
Cara rukuk yang betul.

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah seperti berikut:

Bacaan Rukuk

 SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih 

Maksudnya: 

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji


7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Posisi iktidal

Bacaan Iktidal

rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.


8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

sujud
Posisi Sujud

Bertakbir lalu turun sujud dan membaca:

Bacaan Sujud

bacaan sujud

 Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih 

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.


9. Kemudian, Duduk antara dua sujud

Selepas itu, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Posisi ini dipanggil duduk diantara dua sujud.

Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:

Posisi duduk diantara dua sujud
Posisi duduk diantara dua sujud

Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

duduk diantara dua sujud

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii 

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.


10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

sujud
Posisi Sujud

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud pertama.

 Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih 


11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.

Rakaat Kedua

12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


13. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


14. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu AαΈ₯ad. AllāhuαΉ£-αΉ’amad. Lam Yalid Wa Lam YΕ«lad. Wa Lam Yakul LahΕ« Kufuwan AαΈ₯ad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): β€œ(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; β€œAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; β€œIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; β€œDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


15. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


16. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


17. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa β€˜AaFini Wa’fu Anni 


19. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


20. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal

Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.

Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Posisi Tahiyat Awal
kedudukan jari semasa tahiyat
Sewaktu mengucapkan Syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.

Bacaan Tahiyat Awal

tahiyat awal

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa β€˜ibaadillaahish shoolihiin.

Asyhadu allaa ilaaha illallaah,

Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.

Allahhumma sholli β€˜alaa Saidina Muhammad

wa β€˜ala aalihi Saidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Cara Naik Ke Rakaat Ketiga

Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.

Bertakbir dan dan berdirilah untuk meneruskan rakaat ketiga.

Seperti bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian terus naik berdiri dengan kedua-dua tangan.

Rakaat Ketiga

Rakaat ketiga adalah sama seperti rakaat pertama, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

21. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat


22. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


23. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


24. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa β€˜AaFini Wa’fu Anni 


27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Cara Naik Berdiri Ke Rakaat Keempat

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.

Rakaat keempat

Rakaat keempat (rakaat terakhir) adalah sama seperti rakaat kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

29. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat


30. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


31. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


32. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


33. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


34. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa β€˜AaFini Wa’fu Anni 


35. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


36. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

tahiyat akhir
telunjuk jari ketika tahiyat
Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat.

Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir

tahiyat
Bacaan Tahiyat Akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.

Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.


37. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 


Alhamdulillah, Anda Telah Selesai Mengerjakan Solat Fardhu Asar.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?

Sebagai contoh, jika saya terlupa melakukan rakaat ketiga solat zohor atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?

Adakah saya perlu ulang solat kembali?

Jawapan

Mula-mula kita kena pastikan dahulu perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.

Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah perkara rukun, maka anda KENA ulangi kembali perkara rukun itu dan ditambah Sujud Sahwi pada akhir solat.

Contoh:

  • Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda kena bangun kembali selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi kemudian diikuti oleh Sujud Sahwi.

Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu ulang perbuatan yang tertinggal itu. Cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.

Contoh:

  • Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka hanya perlu buat sujud sahwi sahaja.

Nota: Jika perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu ulang mahupun sujud sahwi. Cuma teruskan solat seperti biasa.

Doa Selepas Solat Asar

doa

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.

Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.

Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.

Antara salah satu Doa Solat Asar yang boleh dibacakan adalah:

doa selepas solat 4

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil β€˜Alamin, Wassolatu Wassalaamu β€˜Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro,

Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim β€˜Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab.

Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa β€˜Azaabannar, Wasollallahu β€˜Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil β€˜Alamiin.


Maksud doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Untuk bacaan doa-doa yang lain, anda boleh rujuk pada pautan ini: Wirid & Doa Selepas Solat

Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Asar

solat sunat zuhur

Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan.

Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.

Ia dilakukan pada sebelum dan juga sesudah selesai mengerjakan Solat Fardu Isyak.

Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.

Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini:

Qada Solat Asar

Jika anda tertinggal solat fardu Asar, maka anda harus melakukan qada solat.

Qada ( Ω‚ΨΆΨ§Ψ‘ ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya.

Qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal tersebut. Ianya adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dikira hutang dengan Allah.

Untuk qada solat fardu Asar, bacaan dan pergerakannya adalah sama dengan solat fardu Asar yang dilakukan secara tunai.

Apa yang membezakan solat fardu dan solat qada adalah dari segi NIAT.

Niat untuk qada Solat Asar adalah seperti berikut:

niat qada solat asar

  Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Tambahan

Rujukan lanjut dan lengkap mengenai Qada Solat boleh diikuti pada pautan ini: NIAT & CARA QADA SOLAT FARDU

Penutup

Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.

Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.

Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:

  1. Panduan Solat Subuh
  2. Panduan Solat Zohor
  3. Panduan Solat Maghrib
  4. Panduan Solat Isyak
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

79 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
atul
atul
2 bulan yang lalu

aslm ustaz nk tnya

kalau dh amik wudhu tapi lupa baca doa selepas wudhu,wudhu tu tetap sah ke?Takpa ke kalau waktu asar nak solat fardhu je dulu walaupun solat qadha asar yang lma tertinggal masih ada?dan kalau nak qadha asar waktu maghrib boleh je kan?Dan sya nk tnya psl solat tahajjud,solat tahajjud ni syarat dia memang kena tido je dlu kan?berarti kalau sya tido jam 10 mlm dn bgn jam 11 mlm boleh trs solat tahajjud ke ustaz? Maaf ye ustaz kalau saya banyak tanyadan sya nk tnya betul ke kalau tk bljr fardhu ain kalau kita solat,solat kita tk diterimaπŸ₯²

Last edited 2 bulan yang lalu by atul
atul
atul
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz
Nk tnya kllu dh solat zohor sya nk qadha zohor tpi dh nk dkt masuk waktu asar kalau saya nk qadha pun mesti nanti da bunyi azan utk asar,saya nak tanya macam nak qadha zohor diwaktu asar?solat fardhu asar dlu lepastu solat qadha zohor?ataupun solat qadha zohor dlu baru solat fardhu asar?tolong jawab yaa ustaz terima kasih:)

atul
atul
Reply to  atul
3 bulan yang lalu

dan saya masih ada solat qadha asar adakah saya perlu solat fardhu asar dulu lepastu solat qadha zohor baru qadha asar?ke selepas solat fardhu zohor tu saya kena solat qadha asar dlu baru qadha zohor?

Atul
Atul
Reply to  Muhamad Naim
3 bulan yang lalu

ohh jadi saya salahπŸ₯²sebab slps solat asar saya qadha zohor baru qadha asar tpi tetap sah ke ustaz walaupun salah urutan?,tapi kalau selalu saya mmg buat urutan contoh slps solat fardhu isyak saya buat qadha isyak sebab nak ganti solatΒ² yang lma tertinggal,tapi masa tu sya sempat solat zohor je dan x sempat utk qadha zohor dan masa tu pun memang tak lma lgi masuk waktu asar😭sebab tu saya terbuat urutan solat fardhu asar slps tu qadha zohor bru qadha asarπŸ˜”

daus
daus
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz saya ada 2 soalan

  • 1 ) kenapa pada rakaat ke 3 dan 4 kita tak perlu baca surah lazim..kalau sebelum ni saya ada baca setiap rakaat surah lazim selepas al fatihah adakah solat saya salah
  • 2 ) saya ada dengar org cakap kalau solat zuhur asar kita tak boleh baca kuat dan kalau magrib dan isyak kita boleh baca kuat tapi hanya 2 rakaat awal sahaja..rakaat ke 3 dan 4 tidak boleh baca kuat adakah betul ?
nor azizah
nor azizah
1 tahun yang lalu

Maafkan saya, ada kesilapan pada awal artikel berkenaan : cara2 solat asar kerana rakaat pertama niat yg tertulis ialah niat utk ZUHUR bukan ASAR. mohon tukar kan. terima kasih.

norman
norman
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

sebenarnya ini utk fardhu apa ?

Irfan
Irfan
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya ada soalan untuk niat solat boleh baca dengan bahasa melayu tak

zarifiskandar
zarifiskandar
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,saya ada soalan,sekiranya kita ganti solat asar adakah amalan yang terhapus akan di kembalikan balik

Lee
Lee
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz.
Semasa sya sembahyang sya tesalah baca.sya tsedar.terus baca ayat yg betul..contoh nya.
Semasa iktidal sya tersalah baca allahuakbar.apabila sya tsedar terus sya baca sami allahu aliman hamidah.. Sah tk sembahyang sya.
Terima kasih.

Arix
Arix
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz .

Bacaan ketika rukuk boleh ke baca “Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih” & Bacaan Ketika sujud “Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Baca 1x Sahaja . Boleh ke ustaz

Pn Liza
Pn Liza
2 tahun yang lalu

Assalam Ustad..

Kalau tersalah baca rabbirgfirli masa tahiyat awal lepas tu tersedar dan baca blek bacaan tahiyat awal sah x solat saya?

Terima kasih

Faradila Akin
Faradila Akin
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz, sy seorg saudara baru. Sy Ade tersilap pandang Dan keliru tentang takbir utk ke rakaat seterus Nye. Contoh yg ini (Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah – 1.Kembali berdiri tegak, dan terus membaca al-fatihah)maksud nya kita bangun dan sebut Allahu Akbar, Dan tangan terus diletakkan di atas pusat? Boleh bg penjelasan tak Ustaz? Klau sy tak angkat tangan utk takbir, apa hukum solat sy?adakah solat sy sah atau tidak. ?