Bagaimana cara solat asar?
Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Asar secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan RUMI dan bantuan audio bagi membantu mereka yang tidak pandai membaca jawi.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakan…
Pengenalan
Solat Asar merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Solat fardu Zohor, Asar dan Isyak adalah sama dari segi bilangan rakaat dan tatacara. Ia cuma dibezakan oleh lafaz niat.
Waktu Masuk Asar
Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.
Manakala tamatnya waktu adalah apabila matahari terbenam di ufuk (Maghrib)
Rakaat Solat Asar
Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat sahaja.
Cara Solat Asar
Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini.
Anda boleh rujuk pada gambar dan audio yang disediakan.
Rakaat Pertama
1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.
Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
Kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab:
Niat
Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.
2. Takbiratul ihram Serentak dengan Niat dalam Hati
Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
3. Membaca doa iftitah
Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.
Kemudian bacalah doa iftitah:
Bacaan Doa Iftitah
Doa iftitah dalam rumi
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardh haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiin.
Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin.
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.
Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Membaca al-Fatihah dan surah lain.
Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah
Al-Fatihah adalah rukun dalam solat.
Oleh itu, al-Fatihah wajib dibacakan semasa solat.
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Contohnya surah al-Kafirun.
5. Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Bacaan Rukuk
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
6. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:
Bacaan Iktidal
Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
7. Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Bacaan Sujud
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
8. Duduk antara Dua Sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa A’fini Wa’fu ‘Anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
9. Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar.
Cara duduknya seperti duduk iftirasy (tahiyat awal)
Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah
1. Kembali berdiri tegak, dan terus membaca al-fatihah
Seterusnya dengan ucapan Allahu akbar, terus kembali berdiri lurus.
Tangan kembali diletakkan di atas pusat di bawah dada dan bacalah al-Fatihah.
Selesai al-Fatihah, seterusnya bacalah surah lain.
Contohnya surah al-Ikhlas.
2. Rukuk
Seperti dalam rakaat pertama:
- Selepas selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
- Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
3. Iktidal (bangun dari rukuk)
Setelah bangun dari rukuk, bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
4. Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
5. Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
6. Sujud kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat awal.
7. Duduk Tahiyat Awal
Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.
Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
- Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan Tahiyat Awal
Bacaan Tahiyat Awal dalam Rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.
Bertakbir dan dan berdiri untuk meneruskan rakaat seterusnya iaitu rakaat ketiga.
Rakaat Ketiga
Pergerakan rakaat ketiga seperti rakaat pertama, tetapi tidak perlu baca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
1. Berdiri tegak, membaca al-Fatihah
2. Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
3. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:
Sami Allahu liman hamidah
rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
4. Sujud pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
5. Duduk antara dua sujud
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
6. Sujud kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat keempat (terakhir)
Rakaat Keempat
Secara asasnya, pergerakan dalam rakaat keempat adalah sama dengan pergerakan dalam rakaat kedua
1. Berdiri tegak, membaca al-Fatihah
Pada rakaat keempat, kita membaca al fatihah sahaja.
2. Rukuk
Setelah selesai membaca al fatihah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
3. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:
Sami Allahu liman hamidah
rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
4. Sujud pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
5. Duduk antara dua sujud
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
6. Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bangun untuk tahiyat akhir.
7. Duduk Tahiyat Akhir
Posisi tahiyat akhir adalah sebagaimana gambar berikut:
Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan Tahiyat Akhir
Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah.
Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
8. Memberi salam dengan ucapan salam.
Seterusnya memberi salam dengan memalingkan muka ke sebelah kanan dan ke kiri dengan ucapan:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu Asar
Doa Selepas Solat
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Antara doa ringkas yang boleh dibacakan adalah:
Doa dalam ejaan rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
- Panduan wirid & doa selepas solat boleh dirujuk pada pautan ini: Doa Selepas Solat
Solat Sunat Sebelum Fardu Asar
Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada sebelum solat Asar.
Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.
Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini: Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap)
Penutup
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Anda juga boleh meninggalkan komen pada ruangan di bawah jika ada apa-apa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum, ustad/ustazah . Saya masih baru belajar solat , nak tanya seandainya bacaan duduk diantara dua sujud & tahiyyat akhir saya , ada bacaan yang terbalik . Sah @ tidak solat saya ?
Wassalam.
Kalau bacaan tahiyat akhir, kena baca betul-betul sebab ia tergolong dalam rukun solat.
Rukun solat ini kita kena baca betul dan lengkap sebab jika tidak sempurna, solat tidak sah.
Ustaz…tdi sy bru habis solat maghrib pastu time tahiyyat akhir tu sy bru teringat tahiyyat awal ..sy tk sure lh time rakaat 2 bila tahiyyat awal tu..sy tk sure sy baca ke tak..pastu bila dh abis solat ..sy pon tk ingt sy ada baca ke tk tahiyyat awal bila rakaat kedua..so nk pendekkan citer..solat sy ni diterima ker ustaz? Enth knp sy rasa sy belom tahiyyat awal..eeee sy tk ingt lh ustaz😭😭😭
Pastu kan ustaz..eee sy tnye sini je lah yer?kalau nk solat tahajjud ..boleh ker kalau tk solat taubat..maksud sy..sy nk solat tahajjud jer ..boleh kan?
Boleh, tiada masalah jika buat solat tahajjud sahaja. 😊
Wassalam.
Begini, selagi mana awak buat mana-mana perbuatan yang ada dalam rukun solat, solat awak akan sah.
Jika tertinggal/syak tertinggal tapi masih dalam solat, kena buat sujud sahwi.
Assalamualaikum ustaz”
ustaz saya ada nak tanya 1 soalan”
solat “zohor”asar”maghrib”isyak”
kecuali subuh 2 Rakaat”
dan maghrib 3 rakaat
soalan saya yang”
kalau zohor 4 rakaat
kalau nak solat”
asar”maghrib”isyak”
sama je ke cara cara nya
dan bacaan nya”
saya perasan macam sama
je”cuma nak kepastian”
”TERIMA KASIH”
Dan bila dah nak selesai solat
bagi salam kiri dan kanan
Assalamualaikum Warahmatullah
selesai bagi salam”kena sapu kan dari atas kepala ke muka ke?
tanpa baca Doa
“mohom pencerah ustaz”
”Terima kasih”
Tidak wajib sapu muka. :-)
Wassalam.
Ya sama sahaja. Yang berbeza adalah dari segi niat sahaja.
ok faham”
“TERIMA KASIH USTAZ”
Sama-sama Athirah
Semoga tak jemu ye belajar solat 😊
Tak ada ke app ney nak downloads ada sape boleh bantu
salam, sy da lama tak solat, sy nak tnye, dari mana sy mulakan,
Mulakan dari mana-mana solat fardu ya