Bagaimana cara solat jamak qasar bagi Zohor dan Asar?
Panduan ini akan menerangkan secara langkah demi langkah kaedah melaksanakan solat jamak qasar bagi waktu zohor dan asar.
Jika anda memerlukan panduan solat ini, mari kita mulakan..
Nota
Panduan solat jamak qasar Zohor dan Asar ini adalah sebahagian daripada panduan utama, iaitu PANDUAN LENGKAP SOLAT JAMAK QASAR.
Jika anda memerlukan rujukan lengkap mengenai Solat Jamak & Qasar, maka anda dialu-alukan untuk merujuk pautan di atas.
Pengenalan

Apakah maksud solat jamak dan qasar?
Maksud jamak adalah menghimpunkan, manakala maksud qasar adalah memendekkan.
Oleh itu, solat jamak dan qasar boleh difahami sebagai menghimpunkan solat dan memendekkan pula solat tersebut kepada 2 rakaat sahaja.
Contohnya:
Salam panduan ini, solat zohor dan asar akan dipendekkan (qasar) kepada 2 rakaat sahaja, kemudian solat itu akan dihimpunkan (jamak) sama ada dalam waktu zohor (jamak taqdim) atau dalam waktu asar (jamak takhir)
Syarat Solat Jamak
Sebelum melakukan solat jamak qasar, ada beberapa syarat yang perlu kita patuhi.
Antara syarat-syarat untuk melakukan solat jamak qasar adalah:
- Mesti dalam keadaan sedang musafir melebihi 2 marhalah (90 km). Ertinya, solat jamak ini tidak boleh dilakukan oleh orang yang berada dalam kawasan dia bermastautin.
- Muwalat atau berturut-turut. Antara dua solat yang dijamak, tidak boleh melakukan perkara lain (kecuali iqamat).
- Tidak boleh mengikut imam yang mengerjakan solat yang sempurna.
Cara Solat Jamak Qasar Takdim
Solat jamak takdim bermaksud solat ini dilakukan dalam waktu Zohor. Oleh itu, solat akan dimulakan dengan solat zohor terlebih dahulu
SOLAT ZOHOR
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Jamak Taqdim Zohor
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat jamak taqdim Zuhur dalam hati:

Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a TaqDiiMin Lillahi Taala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
2. Membaca Doa Iftitah

Selepas mengangkat takbir, tangan diletakkan diatas perut.
Kemudian, bacalah doa iftitah:
Bacaan Doa Iftitah

Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi:
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
3. Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
4. Kemudian, Baca Surah al-Quran
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula apa-apa surah daripada surah al-Quran.
Contohnya, antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-kafirun:

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
5. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
6. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua
11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

12. Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

15. Kemudian Bangun Iktidal

16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Nota
Setelah memberi salam, SEGERA bangun untuk melakukan solat jamak takdim Asar dua rakaat lagi.
Ini kerana antara syarat solat jamak adalah “Muwalat” iaitu mesti berturut-turut tanpa diselangi perkara lain.
SOLAT ASAR
21. Solat Asar Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Jamak Taqdim Asar
Untuk Solat Asar bacakan niat solat jamak taqdim Asar pula:

Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
22. Lakukan Solat Asar Sehingga Selesai
Solat diteruskan sama seperti 2 Rakaat Solat Zohor sebelumnya dari segi bacaan dan pergerakan.
Setelah selesai memberi salam, maka selesailah solat jamak qasar taqdim Zohor dan Asar tersebut.
Seterusnya, anda boleh membaca Wirid dan Doa Selepas Solat
Cara Solat Jamak Qasar Takhir
Solat jamak takhir bermaksud solat ini dilakukan dalam waktu akhir iaitu Waktu Asar.
Oleh itu, solat akan dimulakan dengan solat Asar terlebih dahulu
Antara syarat jamak takhir adalah anda mesti meniatkan untuk melakukan solat zohor dalam waktu asar (ketika telah masuk waktu zohor)
Solat Asar
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Jamak Takhir Asar
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat jamak asar:

Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
2. Membaca Doa Iftitah

Selepas mengangkat takbir, tangan diletakkan diatas perut.
Kemudian, bacalah doa iftitah:
Bacaan Doa Iftitah

Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi:
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
3. Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
4. Kemudian, Baca Surah al-Quran
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula apa-apa surah daripada surah al-Quran.
Contohnya, antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-kafirun:

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
5. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
6. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua
11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

12. Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Nota
Setelah memberi salam, SEGERA bangun untuk melakukan solat jamak takhir Zohor dua rakaat lagi.
Ini kerana antara syarat solat jamak adalah “Muwalat” iaitu mesti berturut-turut tanpa diselangi perkara lain.
Solat Zohor
Niat Solat Jamak Takhir Zohor
Untuk Solat Zohor, bacakan niat solat jamak takhir Zohor pula:

Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
22. Lakukan Solat Zohor Sehingga Selesai
Solat diteruskan sama seperti 2 Rakaat Solat Asar yang sebelumnya dari segi bacaan dan pergerakan.
Setelah selesai memberi salam, maka selesailah solat jamak qasar taqdim Asar dan Zohor tersebut.
Seterusnya, anda boleh membaca Wirid dan Doa Selepas Solat
Soalan Lazim Solat Jamak Zohor & Asar

Berikut disenaraikan beberapa soalan lazim berkaitan solat jamak qasar zohor dan asar:
Boleh. Tiada masalah untuk berniat dalam bahasa melayu atau apa-apa sahaja bahasa yang difahami.
Disunatkan untuk mendahulukan solat pada waktu semasa (ada’an). Contohnya jika solat jamak qasar ini dilaksanakan secara takhir (dalam waktu asar), maka lakukanlah Solat Asar terlebih dahulu.
Sekiranya seseorang tidak berniat jamak takhir disebabkan terlupa, menurut Imam al-Ghazali dia tidak berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran yang dimaafkan oleh syarak.
Orang yang lupa tidak dihukum atas kelupaan itu. Dia tetap boleh menunaikan solat secara jamak takhir.
Rasulullah SAW tidak melakukan solat sunat rawatib dalam musafir kecuali dua rakaat sebelum fajar dan solat sunat witir.
Jika dia teringat yang dia telah tertambah rakaat ketiga, dia hendaklah segera turun dan duduk semula ke rakaat kedua dan sujud sahwi pada akhir solat sebelum memberi salam kerana terlupa.
Lebih afdal melakukan Solat Jumaat memandangkan pahala dan ganjaran serta kelebihan yang ada padanya.
Antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat)
Boleh. Harus hukumnya melakukan solat jamak sahaja tanpa qasar dalam musafir.
Selain itu Solat jamak selain dilakukan ketika musafir, ia juga boleh dilakukan ketika ada halangan atau keuzuran. Contohnya disebabkan sakit, hujan dan kesibukan yang melampau.
Tinggalkan Komen Anda..