
Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal?
Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.
Sasaran pembaca panduan ini adalah untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.
Apa yang menarik:
Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.
Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..
Pengenalan
Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.
Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.
Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.
Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.
Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.
Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.
Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.
Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)
Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:
- Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
- Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
- Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
- Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
- Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
- Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
- Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.
Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.
Bacaan Tahiyat Awal
Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

Attahiyyatul Mubarakaatush SolaWaaTuth ThayyiBaTu Lillaah,
AssaLaaMu’aLaika AyyuHan Nabiyyu WarahMatulLaahi WabaraKaaTuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
AsyHadu alLaa ilaaHa ilLalLaah,
WaAsyHadu Anna MuhamMadan RasuuLullaah.
AllahHumma Solli ‘Alaa Sayyidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.
Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.
Assalamu’Alayna Wa ’Alaa ‘ibaDilLaHis Solihin.
Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.
Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.
AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.
Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.
Wabarik ‘Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.
Kama BarakTa ‘Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil ‘AlaMin inNaka Hamidum-Majid.
Makna bacaan Tahiyat Akhir
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Syarat Sah Selawat Dalam Tahiyat
Terdapat beberapa syarat semasa mengucapkan selawat dalam bacaan Tahiyat.
- Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar — sekiranya pendengaran dia baik.
- Hendaklah menggunakan lafaz “Muhammad” ataupun “Ar-Rasul” ataupun “An-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
- Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
- Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
- Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
- Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.
Fadhilat & Kelebihan Tahiyat
Apakah kelebihan Tahiyat?
Tahiyat merupakan saat kita mempersembahkan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji.
Terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan dalam tahiyat:
- Penghormatan khusus kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan اَلتَّحِيَّاتُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
- Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
- Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
- Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)
Setelah kita melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan keanggotaan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.
Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.
Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.
Penutup
Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.
Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
Tinggalkan Komen Anda..
Kenapa bacaan ruminya “Muhammadar rasulullah”? Dan bukannya “Muhammadan rasulullah”. Mane yg betul ye?
1) Saya keliru mane satu yg betul pd bahagian “ashadu alla” ke “ashhadu an la”. Saya selalu membaca ashhadu alla. Tetapi bila saya tengok perkataan bahasa arabnya guna “ashhadu an la”.
2) Saya baru tahu selepas melihat bacaan tahiyat akhir, yg saya selama ini membaca “waashhadu anna muhammadU rasulullah”. Sah ke solat saya?
3) Saya tertambah “alihi muhammad” pada bacaan tahiyat akhir, batal ke solat saya?
Jika saya selama ini membaca yg salah, perlu ke saya qadha semua solat saya selama ini?
salam ustaz, saya ingin bertanya. saya ada terbaca di internet yang bacaan tahiyat awal hanya sampai shahadah sahaja, bacaan selawat keatas nabi hanya sunat. betul ke ustaz?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Dalam mazhab Syafi‘i, bacaan tahiyat awal termasuk dalam kategori sunat ab‘adh. Ini bermakna jika seseorang meninggalkannya sama ada dari segi duduknya atau bacaannya, solat tetap sah, tetapi sunat dilakukan sujud sahwi sebelum salam sebagai pelengkap.
Dari sudut bacaan pula, bahagian yang paling minimum dan memadai untuk menunaikan tasyahud awal adalah sehingga dua kalimah syahadah sahaja. Manakala bacaan selawat ke atas Nabi ﷺ selepas itu dikira sunat dan tidak membatalkan solat jika tertinggal.
Namun begitu, bacaan selawat itu tetap sangat dianjurkan kerana:
Sebagai tambahan, terdapat pandangan awal Imam al-Syafi‘i (qaul qadim) yang mewajibkan selawat dalam tasyahud awal, namun pandangan ini bukanlah yang muktamad. Pandangan yang dipegang oleh jumhur ulama Syafi‘iyyah (seperti Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar) menyatakan bahawa ia hanya sunat.
Wallahu a‘lam.
Semoga bermanfaat dan teruskan bertanya jika ada lagi persoalan ya.
terima kasih ustaz di atas jawapannya.
Terima kasih ustaz. Akuislam.com adalah lubuk ilmu agama Islam bagi saya. Saya amat bersyukur terjumpa website ini. Dan saya doakan agar ustaz sihat, diteguhkan lagi iman dan diberikan rezeki yang melimpah ruah dan terus mendidik masyarakat dengan cara ini. Amin.
Alhamdulillah, terima kasih atas doa yang begitu indah dan kata-kata yang sangat menyentuh hati. Doa dan sokongan seperti ini menjadi pendorong untuk terus berkongsi ilmu dan membantu masyarakat.
Semoga Allah juga memberkati kehidupan dan ibadah tuan/puan, melimpahkan rezeki, serta memberikan ketenangan hati. Amin. 😊🌸
Assalamua’alaikum ustaz, adakah tahiyat awal ini perkara yang sunat dalam solat? sebab didalam penulisan ustaz yang lain mengenai 13 rukun solat.. tahiyat awal ini tidak ada. mohon beri penjelasan ustaz.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Mengenai tahiyat awal dalam solat, ia bukanlah termasuk dalam kategori rukun solat, sebaliknya ia merupakan salah satu daripada perkara sunat ab’adh dalam solat.
Dalam solat, terdapat 13 rukun yang mesti dipenuhi untuk menjadikan solat sah. Antaranya termasuk niat, berdiri tegak bagi yang mampu, takbiratul ihram, dan seterusnya hingga kepada salam. Namun, tahiyat awal tidak termasuk dalam rukun-rukun ini, sebab itulah ia tidak disenaraikan dalam penulisan mengenai 13 rukun solat.
Tahiyat awal adalah perbuatan sunat ab’adh, yang bermaksud ia sangat dianjurkan tetapi tidak wajib. Jika seseorang tertinggal tahiyat awal, solatnya masih sah, tetapi disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebagai ganti bagi meninggalkan perkara sunat tersebut. Sujud sahwi ini dilakukan selepas memberi salam untuk menggantikan kekurangan yang berlaku dalam solat.
Jadi, ringkasnya, tahiyat awal adalah perkara yang sunat dan ia bukan rukun solat. Kehadirannya menambah kesempurnaan solat, tetapi ketiadaannya tidak membatalkan solat, selagi kita melakukan sujud sahwi sebagai ganti.
Saya harap penjelasan ini membantu untuk memahami perbezaan antara rukun dan perkara sunat dalam solat. Jika ada lagi sebarang soalan, jangan segan untuk bertanya.
Wallahu a’lam.
Apakah cara pendek untuk membaca tahiyat akhir. Dimana harus saya henti
Sekurang-kurangnya seperti tahiyyat awal iaitu:
At-tahiyyatu lillahi was-salawatu wat-tayyibatu. As-salamu ‘alayka ayyuhan-Nabiyyu wa rahmatullahi wa barakatuh. As-salamu ‘alayna wa ‘ala ‘ibadillahis-salihin. Ash-hadu alla ilaha illallah wa ash-hadu anna Muhammadar-rasulullah. Allahumma solli ‘ala Muhammad.
Tolong nyahkan iklan sebab mengganggu bacaan
Guna adblocker
Saya minta maaf jika mengganggu tuan.
Tetapi saya perlu hasil dari iklan tersebut untuk menampung kos utiliti laman web ini.
Assalamualaikum ustaz,kalau perkara “ibadillahissolihin tu jadi ibadillah Issolihin ubah maksud ke ustaz?
Waalaikumsalam,
Dalam konteks bahasa Arab, perubahan susunan kata atau penambahan spasi dalam frasa dapat mempengaruhi maknanya. Frasa “ibadillahissolihin” (عباد الله الصالحين) dalam bahasa Arab berarti “hamba-hamba Allah yang soleh”. Di sini, “ibadillah” (عباد الله) berarti “hamba-hamba Allah” dan “al-solihin” (الصالحين) berarti “yang soleh”.
Jika frasa itu diubah menjadi “ibadillah Issolihin” dengan penambahan spasi, strukturnya menjadi kurang jelas dalam bahasa Arab. “Issolihin” tidak merupakan kata yang dikenali dalam bahasa Arab dalam konteks ini. Perubahan ini dapat menyebabkan kesalahpahaman mengenai maksud sebenar frasa tersebut.
Dalam penulisan dan pelafalan bahasa Arab, sangat penting untuk memperhatikan susunan kata dan ejaan agar makna yang ingin disampaikan tetap tepat dan jelas.
Innaka hamidum ke Innaka hamidun majid?
Dalam konteks bacaan Tahiyyat (Tashahhud) dalam solat, sebenarnya “Innaka Hamidum Majid” adalah yang betul, bukan “Innaka Hamidun Majid”.
Dalam bahasa Arab, akhiran “um” dalam “Hamidum” adalah bentuk nominatif (marfu’) yang digunakan dalam konteks kalimat ini. Frasa “Innaka Hamidum Majid” bermaksud “Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji, Maha Mulia”.
Kalau sy menggunakan perkataan alihi di tahiyat akhir sah ke solat kita
Dalam tahiyyat (atau dikenali juga sebagai tashahhud) yang dibaca dalam solat, ada beberapa variasi berdasarkan riwayat hadith yang berbeza-beza.
Dalam mazhab Syafi’i, salah satu bacaan yang umum digunakan adalah:
> التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ، وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
Dalam bahagian “السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ”, perkataan “عَلَيْكَ” (alayka) bererti “ke atas engkau (Nabi)”. Jika seseorang menggunakan “عَلَيْهِ” (alayhi) yang bererti “ke atasnya”, ia adalah merujuk kepada ketiga-tiga pihak dalam kalimat tersebut (Allah, Rasul, dan para Nabi).
Secara umumnya, menggantikan “عَلَيْكَ” (alayka) dengan “عَلَيْهِ” (alayhi) tidak mengubah makna asal dengan ketara, tetapi ia menyimpang dari apa yang lazim diamalkan dan dari riwayat hadith yang sahih mengenai bacaan tahiyyat.
Jika perubahan tersebut dilakukan tanpa sengaja, solat anda sah. Namun, adalah lebih baik untuk memastikan bacaan kita mengikut apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.
Wallahu A’lam.