Bagaimana cara melakukan solat Zohor?
Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Zohor secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan RUMI dan bantuan audio bagi membantu mereka yang tidak pandai membaca jawi.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakan…
Pengenalan
Solat fardu Zohor merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Solat fardu Zohor, Asar dan Isyak adalah sama dari segi bilangan rakaat dan tatacara. Ia cuma dibezakan oleh lafaz niat.
Waktu Masuk Zohor
Waktu Zohor bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya.
Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.
Bilangan Rakaat Solat Zohor
Seperti solat Asar dan Isyak, solat Zohor terdiri daripada 4 rakaat sahaja.
Cara Solat Zohor
Pada bahagian ini, saya akan menerangkan cara atau kaedah langkah-demi-langkah untuk mendirikan solat Fardu Zohor
Anda boleh rujuk gambar dan audio yang disediakan.
Berikut adalah susunan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini:
Rakaat Pertama
1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.
Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
Kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab:
Niat
Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
3. Membaca Doa Iftitah
Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan diantara pusat dan dada.
Kemudian bacalah doa iftitah:
Bacaan Doa Iftitah
Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi:
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.
Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Membaca al-Fatihah dan surah lain.
Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat. Oleh itu, ia wajib dibaca dalam solat.
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Contohnya surah al-Kafirun.
5. Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Bacaan Rukuk
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
6. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:
Bacaan Iktidal
Sami Allahu liman hamidah
rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
7. Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Bacaan Sujud
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
8. Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
9. Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar.
Cara duduknya seperti duduk iftirasy.
Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
Rakaat kedua tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah
1. Kembali berdiri tegak, dan terus membaca al-fatihah
Seterusnya dengan ucapan Allahu akbar, terus kembali berdiri lurus.
Tangan kembali diletakkan di atas pusat di bawah dada dan bacalah al-Fatihah.
Selesai al-Fatihah, seterusnya bacalah surah lain pula.
Contohnya surah al-Ikhlas.
2. Rukuk
Seperti dalam rakaat pertama:
- Selepas selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
- Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
3. Iktidal (Bangun Dari Rukuk)
Setelah bangun dari rukuk, bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
4. Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
5. Duduk Antara Dua Sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
6. Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat awal.
7. Duduk Tahiyat Awal
Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.
Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
- Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan Tahiyat Awal
Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu an laa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
Wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali
Rakaat Ketiga
Pergerakan rakaat ketiga adalah sama seperti rakaat pertama, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
1. Berdiri Tegak, Membaca al-Fatihah
2. Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
3. Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:
Sami Allahu liman hamidah
Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
4. Sujud pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
5. Duduk Antara Dua Sujud
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
6. Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat keempat (terakhir)
Rakaat Keempat
Secara asasnya, pergerakan dalam rakaat keempat adalah sama dengan pergerakan dalam rakaat kedua.
1. Berdiri Tegak, Membaca al-Fatihah
Pada rakaat keempat, kita membaca al fatihah sahaja.
2. Rukuk
Setelah selesai membaca al fatihah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
3. Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:
Sami Allahu liman hamidah
Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
4. Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
5. Duduk Antara Dua Sujud
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
6. Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bangun untuk tahiyat akhir.
7. Duduk Tahiyat Akhir
Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan Tahiyat Akhir
Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu an laa illaha illallah.
Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.[/su_highlight]
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
8. Memberi Salam Dengan Ucapan Salam.
Seterusnya memberi salam dengan memalingkan muka ke sebelah kanan dan ke kiri dengan ucapan:
Assalamualaikum warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu Zohor
Doa Selepas Solat
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Antara doa ringkas yang boleh dibacakan adalah:
Doa dalam ejaan rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
- Panduan wirid & doa selepas solat boleh dirujuk pada pautan ini: Doa Selepas Solat
Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardu Zohor
Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada sebelum dan selepas solat Zohor.
Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.
Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini: Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap)
Penutup
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Jika anda memerlukan lagi panduan asas seperti ini, pertimbangkan untuk menyertai telegram channel di bawah.
Anda akan menerima notifikasi melalui telegram setiap kali panduan baru diterbitkan.
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Tinggalkan Komen Anda..
Sy nak tnye rakaat kedua terus tahiyat pertama ke ? Bukankah rakaat ketiga baru tahiyata pertama ? Kenapa panduan di atas tulis tahiyat awal di rakaat kedua ?
Ya, tahiyat pertama (tahiyat awal) pada rakaat kedua.
Bukan pada rakaat ketiga.
Assalamualaikum ustaz, sya nk tnya soalan selain dari solat boleh ke sbbnya sya btl2 nk tahu , jadi soalan sya boleh ke kita membaca yassin selain dari buku yasin maksud sya baca yasin dalam rumi mengunakan henfon sbbnya sya tak berapa nk lancar jika membaca yasin dlm buku jika ianya jawi .
Wassalam.
Boleh. Tapi pada masa yang sama kita kena berusaha juga untuk membaca dalam tulisan arab, sebab sebutan & makhraj dalam rumi tidak tepat seperti tulisan arab.
Terima kasih
Sama-sama.
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya tentang bacaan semasa memberikan salam kanan dan kiri. Harap ustaz dapat membantu saya.
Wassalam.
Maaf baru terbaca komen awak.
Begini bacaannya:
1) Untuk bacaan salam pertama (muka ke kanan), bacaannya:
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ.
“Allahumma Inna Nas Aluka Ridhooka Wal Jannah”
2) Untuk bacaan salam kedua (muka ke kiri), bacaannya:
وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ.
“Wa na’Uuzubika Min Sakho-thika Wan-narr”
Assalamualaikum ustaz.
1.Saya nak tanya apabila mengucap kalimah syahadah sewaktu takhiyah akhir dan awal. Mana satu yang betul disebut “asyhadu an laa” ke atau “asyhadu allaa”.
2. Ini juga tentang kalimah syahadah. Apabila mengucap kalimah syahadah, mana satu yang betul “Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah” atau “Wa’asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”.
3. Bolehkah saya membaca Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad sewaktu takhiyat awal dan akhir. Ini kerana saya melihat takhiyat awal dan akhir di atas berbeza sedikit.
Wassalam,
Terima kasih ustaz
Assalamuailaikum, sya ada soalan .Kalau bekerja sebagai cashier tapi dekat kedai yng sya berkerja ada jual arak . Tapi sya pkai gloove ustaz/ustazah . Jadi soalan sya, batal tak wuduk solat kalau kita pegang arak tapi berlapik kn gloove. Sya betul2 memerlukan jawapan sbb sya was was
Wassalam,
Wuduk tidak batal, tetapi kerja juru jual (cashier) di kedai yang menjual arak tidak dibenarkan untuk orang Islam.
Ini kerana hadis Nabi SAW yang maksudnya:
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (1295).
Boleh rujuk pautan ini: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2081-al-kafi-509-hukum-bekerja-di-kedai-serbaneka-yang-menjual-arak
Terima kasihh. Alhamdulillah sekarang saya faham 🥰