Sunat Hai’ah Dan Sunat Ab’adh Dalam Solat

sunat hai'ah dan ab'adh

Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat hai’ah dan sunat ab’adh.

Namun adakah anda tahu dan faham mengenai:

  • Apakah maksud sunat ab’adh?
  • Apakah maksud sunat hai’ah?

Oleh itu artikel ini akan membantu anda memahami dua jenis perkara sunat dalam solat ini.

Pengenalan

Solat yang merupakan pasak agama tidak hanya berdiri di atas tiang-tiang rukun yang utama sahaja.

Sebaliknya, ia juga diperindah dan diperkemas dengan sunat-sunatnya.

la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dalam solat.

Tetapi, kerana besar peranannya dalam solat, sebahagian individu terkeliru antara rukun solat dan sunat ini.

Keadaan ini perlu diperbetulkan, kerana sesiapa sahaja yang tidak dapat membezakan antara perbuatan solat yang rukun dan yang sunat, tidak sah solatnya sekalipun dia melakukannya dengan sempurna.

Justeru, itu tidak ada istilah ikut-ikutan dalam ibadat

Sunat Hai’ah Dalam Solat

Sunat hai’ah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa.

Tidak perlu diulang, dan tidak perlu dilakukan sujud sahwi.

Ia mengandungi 14 perkara:

1. Mengangkat Tangan

  • Ketika takbiratul ihram. Kedua-dua tapak tangan hendaklah mengadap kiblat dan bersempadan dengan kedua-dua bahu. Manakala ibu jarinya sampai dekat bawah cuping telinga.
  • Mengangkat tangan ketika rukuk sebagaimana takbiratul ihram.
  • Mengangkat tangan ketika iktidal sebagaimana takbiratul ihram.
  • Mengangkat tangan ketika bangun pada rakaat ketiga (selepas tahiyat awal) sebagaimana takbiratul ihram.

2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri, dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya serta meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini.


3. Membaca Doa Tawajuh Iftitah (Tawajuh)

Lafaznya ialah:

doa iftitah

Maksudnya:

Allah Yang Paling Besar dengan sebesar-besar kebesaranNya dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, dalam keadaanku yang lurus, berserah diri dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.


4. Membaca A’zubillah (Taawuz)

sunat hai'ah

Maksudnya:

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Syaitan ialah lambang bagi tiap-tiap orang yang degil dan keras kepala


5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah.

Sunat membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan, iaitu pada dua rakaat yang pertama solat maghrib, isyak dan subuh, solat Jumaat, dua hari raya, gerhana bulan, minta hujan, tarawih, witir (di dalam bulan Ramadhan) dan solat untuk mengerjakan tawaf (kalau dikerjakan pada waktu malam dan subuh)

Disunatkan pula membaca al-Fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang disebutkan.


6. Membaca “Amin” selepas al-Fatihah.

Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca “Amin”.

Maksudnya: “perkenankanlah”

Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata, “Ya Allah, ampunkanlah bagi orang yang berkata, Amin.”


7. Membaca Surah Al-Quran.

Disunatkan membaca surah al-Quran walaupun pendek, selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.


8. Membaca Takbir Ketika Rukuk.

Membaca takbir ketika rukuk.

Ketika bangun daripada rukuk (iktidal) membaca:

iktidal

Maksudnya:

Allah mendengar pujian orang yang memujinya”

Dan semasa iktidal sunat membaca:

sunat hai'ah

Rabbanaaa lakal hamdu

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, hanya untuk engkau sahaja segala puji sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara kedua-duanya dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu.”


9. Membaca Tasbih Ketika Rukuk (3 Kali)

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujianNya”


10. Membaca Tasbih Ketika Sujud (3 Kali)

Membaca tasbih ketika sujud iaitu

sunat hai'ah

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya”


11. Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Paha Dengan Melepaskan Kesemua Jari.

Ertinya, digenggam semasa duduk antara dua sujud.

Tetapi semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan dilepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa mengucap perkataan “IllaAllah”


12 Duduk Iftirasy

Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk antara dua sujud dan juga duduk istirahat (semasa hendak bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga)


13 Duduk Tawaruk

Iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapkan ke kiblat).


14 Salam Kedua

Salam yang kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.

Sunat Ab’adh Dalam Solat

tahiyat awal

Selain sunat-sunat hai’ah, sunat ab’adh juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan solat yang sempurna.

Walaupun meninggalkan sunat-sunat ini tidak membatalkan solat, tetapi galakan (sunat) untuk sujud sahwi jika meninggalkannya secara tidak sengaja atau sengaja, adalah gambaran kepentingan dan nilai sunat ab’adh dalam solat.

la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dan melakukan sujud sahwi jika tertinggal.

Takrif Sunat Ab’adh

BAHASA

Ab’adh berasal daripada perkataan ba’ad (بعض) yang bermaksud sebahagian atau setengah.

SYARAK

Sunat ab’adح adalah semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.

Sunat ab’adh mengandungi tujuh perkara iaitu:

  1. Tahiyat awal (pertama)
  2. Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat / tasyahud awal
  4. Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
  5. Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
  6. Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
  7. Berdiri semasa berqunut
  8. Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.
Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

65 thoughts on “Sunat Hai’ah Dan Sunat Ab’adh Dalam Solat”

  1. Assalamualaikum Ustaz. Saya telah jahil dalam melaksanakan solat. Selama ini, saya telah mengangkat tangan untuk takbir di setiap rakaat/berdiri dari sujud. Benarkah ini bermakna solat saya sebelum ini tidak sah kerana telah melakukan pergerakan anggota besar lebih dari tiga kali dalam solat?

    Reply
  2. Assalamualaikum ustaz kalau tahhiyat akhir dkt fill alamina in’naka hamidun majid kita baca xsempurna sah x solat kita??

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Jika bacaan “fil-‘ālamīna innaka ḥamīdun majīd” tidak sempurna atau tertinggal semasa tahiyyat akhir, solat tetap sah, insyaAllah. Ini kerana bahagian tersebut termasuk dalam selawat Ibrahimiyyah yang sunat, bukan rukun solat.

      Apa yang penting untuk kesahan solat ialah puan sudah membaca sekurang-kurangnya: “Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad” dalam tahiyyat akhir. Ini sudah mencukupi sebagai rukun selawat dalam mazhab Syafi‘e.

      Semoga Allah menerima solat puan dan memudahkan segala urusan. Aamiin.

      Reply
  3. Keadaan ini perlu diperbetulkan, kerana sesiapa sahaja yang tidak dapat membezakan antara perbuatan solat yang rukun dan yang sunat, tidak sah solatnya sekalipun dia melakukannya dengan sempurna.

    ini mesto BOLD!!!!

    Reply
  4. Wa ‘alaikum mussalam warahmatullahi wabarakaatuh…!
    Jazakallahu Khoiran Kathiran…!
    Syukur alhamdulillah…!

    Reply
    • Wa ‘alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Jazakallahu khairan kathiran. Syukur alhamdulillah, semoga segala usaha kita dalam mencari ilmu dan memperbaiki amalan diterima oleh Allah SWT. Jika ada sebarang persoalan lain atau memerlukan penjelasan lanjut, jangan segan untuk bertanya. Kami sentiasa di sini untuk membantu.

      Barakallahu fiikum.

      Wallahu a’lam.

      Reply

Leave a Comment