Solat Sunat Sebelum Subuh (Panduan Lengkap)

solat sunat sebelum subuh

Bagaimana cara mengerjakan solat sunat sebelum subuh?

Ini adalah panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Panduan ini ditulis secara langkah demi langkah yang ringkas.

Setiap bacaan dipermudahkan dengan trasliterasi rumi untuk membantu anda.

Semoga memberi manfaat.

Pengenalan

Solat ini tergolong dalam solat Nafl.

Dari segi bahasa, solat Nafl ( نَفْل ) bermaksud tambahan.

Ia disebut juga sebagai solat sunat (السنّة), mandub (المندوب) dan mustahabb (المستحب)

Solat ini dinamakan sebagai Nafl kerana ia adalah tambahan kepada solat-solat yang difardukan oleh Allah SWT.

Solat sunat subuh juga dikenali sebagai Solat Qabliyyah Subuh dan Solat Sunat Fajar

Solat sunat sebelum subuh dilakukan sebanyak dua rakaat.

Solat ini memiliki banyak kelebihan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.

Perkara utama yang dihitung ke atas seseorang itu adalah solatnya. Sekiranya dia menyempurnakan solatnya, maka ditulis solat itu didirikan dengan sempurna. Sekiranya tidak sempurna, Allah mengingatkan yang bermaksud, “Perhatikan adakah kamu mendapati hamba-Ku ini melakukan solat-solat sunat. Sempurnakan solatnya dengan solat-solat sunat ini. Kemudian baru dihitung zakat. Selepas itu diambil amalan-amalan berdasarkannya.

— Hadis direkodkan oleh Ahmad

Niat Solat Sunat Sebelum Subuh

Bagaimana lafaz niat solat sunat sebelum subuh?

Sebenarnya tiada lafaz khas untuk solat sunat sebelum subuh. Kita boleh berniat solat sunat subuh dengan pelbagai lafaz.

Anda juga boleh niat solat sunat sama ada dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu.

Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:

niat solat sunat sebelum subuh

 Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Lillahi Taala 

Niat dalam melayu:

Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala

… atau

niat solat  sunat qabliyyah subuh

   Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala   

Niat dalam melayu:

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat Qabliyyah kerana Allah Taala.

… atau

niat solat sunat sebelum subuh

 Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”

👉 Ketahui lanjut mengenai perkara berkaitan niat solat solat pada pautan ini: Cara Niat Solat Yang Betul (Siri Panduan Solat Sempurna)

Cara Solat Sunat Sebelum Subuh

Tempoh melakukan solat sunat ini adalah dalam jangka masa yang sederhana dan tidak terlampau lama.

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada baginda membaca al-Fatihah ataupun tidak.

— Hadis direkodkan oleh Ahmad

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Witir secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat subuh dalam hati.

Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, baca surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

rukuk solat
sujud

Rakaat Kedua

5. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


6. Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


7. Seterusnya membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi


8. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.

Lakukanlah rukuk dan sujud seperti biasa


9. Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua

tahiyat akhir

10. Selesai tahiyat, solat diakhiri dengan memberi salam.

salam

Doa Selepas Solat Sunat Subuh

Antara doa yang elok dibaca selepas solat sunat subuh adalah doa berikut:

Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.

Kelebihan Solat Sunat Sebelum Subuh

Solat sunat ini mempunyai kelebihan yang sangat besar jika dikerjakan.

Antara kelebihan-kelebihan solat sunat sebelum subuh yang disebutkan oleh Nabi SAW adalah:

1. Lebih Baik Daripada Seluruh Dunia

Saidatina Aisyah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW berkata berkenaan solat dua rakaat sebelum solat fardu subuh:

Dua rakaat itu lebih baik bagiku daripada seluruh isi dunia

— Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi

2. Lebih Penting Daripada Nyawa Sendiri

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW berkata:

Janganlah kamu tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kamu dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar oleh musuh)

— Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Tahawi

3. Amalan Sunat Yang Paling Dipelihara Oleh Rasulullah SAW

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan:

Rasulullah tidak menjaga amalan-amalan sunatnya lebih daripada dia menjaga dua rakaat sebelum solat subuh

— Hadis ini direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud

Bagaimana Jika Terlepas Solat Sunat Subuh?

Sekiranya tidak berkesempatan melakukan solat sunat subuh kerana terlewat atau kerana imam mengerjakan solat subuh berjemaah terlalu cepat, dianjurkan menggantikannya (qada solat)

Solat sunat ini dapat digantikan dalam dua waktu:

  1. Sebaik sahaja selepas selesai mengerjakan solat fardu subuh.
  2. Lebih utama dilakukan selepas terbit fajar.

Tidur Mengiring Selepas Solat Sunat Subuh

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah mengatakan:

Apabila seorang dalam kalangan kamu selesai melakukan solat sunat subuh, dia perlu berbaring di atas lambung kanannya.

— Hadis ini direkodkan oleh at-Tirmizi

Berdasarkan hadis ini, dianjurkan kepada sesiapa yang selesai mengerjakan solat sunat subuh supaya berbaring sebentar.

Tatacara yang dianjurkan adalah dengan berbaring pada lambung kanan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Nota

Perkara ini menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’ samada ia adalah sunnah ataupun tidak.

Di sini pendapat berkaitan hal ini berdasarkan kitab ulama’ al-Syafieyyah:

Disunatkan berbaring pada lambung kanan selepas solat sunat al-Fajar dan perlulah menunaikan solat sunat tersebut di awal waktu. Selain itu juga, seboleh-bolehnya tidak ditinggalkan berbaring (selepas daripada solat sunat). Jika tidak, pisahkan (antara solat sunat al-Fajar dan solat al-Fajar) dengan bercakap atau beralih tempat atau seumpama dengannya”. 

Lihat: al-Mu’tamad, 377/1

Akan tetapi, dinasihatkan agar perbuatan ini dilakukan di rumah agar ia tidak menimbulkan gangguan terhadap jemaah yang datang ke masjid.

Caranya adalah dengan melakukan solat sunat yang ringkas lalu berbaring.

Selain itu juga, hal ini digalakkan bagi sesiapa yang menunaikan solat malam dan tidak bagi sesiapa yang tidak menunaikan solat malam.


Rujukan: Irsyad Al-Hadith Siri Ke-152: Sifat Solat Malam Nabi Saw, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Penutup

Solat sunat sebelum subuh adalah solat yang tergolong dalam sunat muakkad, iaitu sangat digalakkan.

Kekurangan dalam solat fardu hanya dapat diperbaiki dengan solat sunat yang kita lakukan.

Dan pastinya kebaikan yang datang bersama solat sunat ini amat besar.

Tidak ada perkara yang Allah izinkan dilakukan oleh para hambaNya yang lebih baik daripada solat dua rakaat. Dan akan ditaburkan kebaikan ke atas kepala seseorang sepanjang dia mengerjakan solat.

— Hadis direkodkan oleh Ahmad, at-Tirmizi dan disahkan oleh as-Suyuti

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.

Tinggalkan Komen Anda..

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments