BACAAN SELAWAT NABI MUHAMMAD (Rumi & Audio)

selawat nabi muhammad

Ini adalah himpunan lengkap bacaan Selawat Nabi Muhammad ﷺ.

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda membaca selawat yang ingin dipelajari.

Semoga panduan ini dapat membantu anda berselawat dengan sempurna..

Maksud Selawat

surah al hasyr

Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات‎, diambil dari perkataan solat (الصلاة‎) yang bererti doa atau pujian. Oleh itu, selawat bermakna doa, rahmat daripada Allah, memberi berkat dan ibadah. Mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.

Selawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firmat Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.

– Surah al-Ahzab ayat 56

Kesimpulannya, berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada Allah (terhadap hambaNya yang beriman) bererti memberi rahmat. Jika daripada malaikat bererti meminta keampunan Allah dan jika daripada orang beriman bererti doa kesejahteraan seperti:

Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW.”

Hukum Berselawat

Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya.

Antaranya:

  1. Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
  2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
  3. Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
  4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

petunjuk jawapan istikharah

Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat.

Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.

Berikut ini diutarakan beberapa jenis selawat yang masyhur dan diamalkan secara meluas sejak zaman-berzaman:

Selawat Ibrahimiah (Selawat Paling Afdal)

Terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi SAW telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA.

Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:

selawat ibrahimiah

Credit bacaan: Bazli UNIC

Allahumma Solli ’Ala Saiyyina Muhammad Wa ’Ala Ali Saiyyina Muhammad. Kama Sollaita ’Ala Saiyyina Ibrahim Wa ’Ala Ali Saiyyina Ibrahim. Wabarik ‘Ala Saiyyina Muhammad Wa ’Ala Ali Saiyyina Muhammad. Kama Barakta ‘Ala Sayyina Ibrahim Wa ’Ala Ali Saiyyina Ibrahim Fil ‘Alamin Innaka Hamidummajid.

Maksudnya:

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawapan kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda.

Selawat Nabi Paling Ringkas

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

selawat nabi muhammad

 Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad 

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Dari hadis An-Nasae’i: 1292, sahih.

Selawat Tafrijiyah

Bacaan Selawat Tafrijiyah adalah seperti berikut:

selawat tafrijiyyah

Credit bacaan: Bazli UNIC

Allahumma Solli Solatan Kamilatan. Wasalim Sallaman Taammaa. A’laa Saidina Muhammadinil Lazi Tanhallubihil U’kadu. Watanfariju Bihil Kurobu. Watukdho Bihil Hawa Iju. Watunaalu Bihirro Gha’ Ib-U. Wahusnu Khawaa Timi. Wayustasqhol Ghomaamu Biwajhihil Karim. Wa Ala Alihi Wasah Bihi Fi Kulli Lamhatim Wanafasim. Bi’ Adadi Kulli Mak’lu Mim Lakh.

Maksud selawat ini:

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia. (Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.

Selawat Munjiyat

Bacaan Selawat Munjiyat adalah seperti berikut:

selawat munjiyat

Credit bacaan: UNIC

Allaahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammadin Solaatan Tunjiinaa Bihaa Min Jamii ‘Il Ahwaali Wal Aafaati Wataqdhi Lanaa Bihaa Jamii ‘Alhaajaati Watu Thohhirunaa Bihaa Min Jamii ‘Issayyi-Aati, Watar Fa ‘Unaa Biha ‘Indaka A’laddarojaati Watuballighunaa Bihaa Aqshol Ghooyaati Minjamii ‘Il Khoirooti Fil Hayaati Waba’dal Mamaat. Wa ‘Ala Aalihi WasohBihi Wassalim

Maksud selawat ini:

Ya Allah rahmati penghulu kami Nabi Muhammad dengan berkatnya menyelamatkan kami dari petaka dan kerugiaan. Ditunaikan segala hajat disucikan daripada segala kejahatan ditinggikan darjat disisiMu Diterima segala amal kebaikan di dunia dan akhirat Dan juga rahmati keluarga Baginda dan para sahabatnya

Selawat Fatih

Bacaan Selawat Fatih adalah seperti berikut:

selawat fatih

Kredit bacaan kepada UNIC

Allahumma Solli ‘ Wa Sallim Ala Sayyidina Muhammadil Nil-Fatihi Lima Ughliqa Wal Khatimi Lima Sabaqa Wan-Naa-Siril-Haqqa Bil-Haqqi Wal-Hadi Ila Sirati-Kal-Mustaqim Wa ‘Ala Alihi Wa-Sohbihi Haqqa Qadrihi Wa-Miq-Da Rihil-‘Azim

Ya Allah rahmati dan berkati penghulu kami Nabi Muhammad, pembuka apa yang tertutup, penamat bagi yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk kejalan yang lurus. Selawat dan salam ke-atas nya juga keluarga dan sahabatnya..sebagaimana yang selayaknya..dengan darjat dan kedudukan yang tinggi dan mulia.”

Selawat Syifa

Bacaan Selawat Fatih adalah seperti berikut:

selawat syifa

Kredit bacaan: Naufal Azrin

Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin. Tibbil Qulubi wa Dawaaâ iha. Wa `Aafiyatil Abdaani Wa Shifaaâ iha. Wa Nuril absari wa diyaâ iha. Wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim.

Ya Allah rahmati dan berkati penghulu kami Nabi Muhammad, pembuka apa yang tertutup, penamat bagi yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk kejalan yang lurus. Selawat dan salam ke-atas nya juga keluarga dan sahabatnya..sebagaimana yang selayaknya..dengan darjat dan kedudukan yang tinggi dan mulia.”

Selawat Nur

Lafaz bacaan selawat Nur

selawat nur

Kredit bacaan: Ustaz Abdullah Fahmi

Allahumma Solli Wassalim A’la Nuril Anwar Wasirril Asrar Watirya Qi Aghyar Wamifta Hiba Bilyasar Sayyidina Wamawa LaaNa Muhamadil-mukhtar WaAlihi Athohar Wa Asha Bihi Akhyar A’dada Ni A’millahi Wa Ifdholih.

Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, penawar bagi segala perkara yang lain, kunci bagi pintu kesenangan, (iaitu) penghulu kami, Nabi Muhammad yang terpilih, ahli keluarga Baginda yang suci, para sahabatnya yang baik, dengan sebanyak nikmat-nikmat Allah dan kelebihanNya.”

Selawat Badariyyah

selawat badariyyah
selawat badariah
selawat badariyyah

Kredit bacaan: Official PSSCM

Solaatullaah Salaamullaah ‘Alaa Thaaha Rasuulillaah

Solaatullaah Salaamullaah ‘Alaa Yaa Siin Habiibillaah

Tawassalnaa Bibismillaah Wabil Haadi Rasuulillaah
Wakulli Mujaahidin Lillaah Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

llaahi Sallimil Ummah Minal Aafaati Wanniqmah
Wamin Hammin Wamin Ghummah Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Ilaahi Najjinaa Waksyif Jamii’a Adziyyatin Wahrif
Makaa idal ‘idaa wal thuf Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

llaahi Naffisil Kurbaa Minal’Ashiina Wal’Athbaa
Wakulli Baliyyatin Wawabaa Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Fakam Min Rahmatin Washalat Wakam Min Dzillatin Fashalat
Wakam Min Ni’matin Washalat Bi Ahlil Bailri Yaa Allaah

Wakam Aghnaita Dzal ‘Umri Wakam Autaita D’Zal Faqri Wakam’Aafaita Dzal Wizri Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Laqad Dlaaqat’Alal Oalbi Jamii’ul Ardli Ma’ Rahbi
Fa Anji Minal Balaas Sha’bi Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Atainaa Thaalibir Rifdi Wajullil Khairi Was Sa’di
Fawassi’ Minhatal Aidii Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Falaa Tardud Ma’al Khaibah Balij’Alnaa’Alath Thaibah
Ayaa Dzal ‘lzzi Wal Haibah Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Wain Tardud Faman Ya-Tii Binaili Jamii’i Haajaati
Ayaa jalail mulimmaati Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

llaahighfir Wa Akrimnaa Binaili Mathaalibin Minnaa
Wadaf i Masaa-Atin ‘Annaa Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

llaahii Anta Dzuu Luthfin Wadzuu Fadl-Lin Wadzuu ‘Athfin
Wakam Min Kurbatin Tanfii Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Washalli ‘Alan Nabil Barri Bilaa ‘Addin Walaa Hashri
Wa Aali Saadatin Ghurri Bi Ahlil Badri Yaa Allaah

Rahmat dan keselamatan Allah, semoga tetap untuk Nabi utusan Allah.
Rahmat dan keselamatan Allah, semoga tetap untuk Nabi Yasin kekasih Allah.

Kami berwasilah dengan berkat bismillah, dan dengan Nabi yang menunaikan lagi utusan Allah. Dan seluruh orang yang berjuang kerana Allah, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.


Ya Allah, semoga Engkau menyelamatkan ummat, dari bencana dan seksa.
Dan dari susah dan kesulitan, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.


Ya AIlah semoga Engkau selamatkan kami dari segala yang menyakitkan, dan semoga Engkau menjauhkan dari berbagai tipu daya musuh-musuh.
Dan semoga Engkau mengasihi kami, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Ya Allah semoga Engkau menjauhkan beberapa kesusahan, dari orang-orang yang bermaksiat dan membuat kerusakan.
Dan semoga Engkau menghilangkan semua bencana dan wabah penyakit, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Maka sudah banyak rahmat yang telah sampai, dan sudah banyak kenistaan yang dihilangkan.
Dan sudah banyak dari nikmat yang telah sampai, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Sudah berapa kali Engkau memberi harta orang yang makmur, dan berapa kali Engkau memberi nikmat kepada orang yang fakir.
Dan berapa kali Engkau mengampuni orang yang berdosa, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Sungguh hati manusia yang merasa sempit di atas tanah yang luas ini, karena banyaknya marabahaya yang menakutkan dan malapetaka yang menghancurkan.
Semoga Allah menyelamatkan kami dari bencana yang menakutkan, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Kami datang dengan memohon pertolongan, dan memohon kebaikan dan keberkahan.
Semoga Allah meluaskan anugerah yang melimpah-limpah, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Maka janganlah Engkau menolak kami dari kerugian, bahkan jadikanlah diri kami dapat beramal baik dan selalu berbahagia.
Wahai Dzat yang punya kebesaran dan keagungan, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Jika Engkau menolak hamba, maka kepada siapakah kami akan datang mohon semua hajat.
Wahai Dzat yang menghilangkan bencana dunia dan akhirat, hilangkan bencana-bencana hamba lantaran berkatnya ahli Badar ya Allah.

Ya Allah semoga Engkau mengampuni segala kesalahan kami dan memuliakan kami dengan beberapa permohonan.
Dan menolak kesalahan-kesalahan kami, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai belas kasihan dan punya anugrah dan kasih sayang.
Sudah banyak kesusahan yang sirna dari sebab berkatnya sahabat ahli Badar ya Allah.

Dan semoga Engkau melimpahkan rahmat kepada Nabi yang senantiasa berbakti kepada-Mu dengan limpahan rahmat dan kesejahteraan yang tak terbilang dan tak terhitung.

Dan semoga tetap atas para keluarga Nabi dan para Sayyid yang bersinar cahayanya, kerana berkatnya ahli badar ya Allah.

Selawat Maulidur Rasul (Maulid Nabi)

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW.

Menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Selawat nabi yang biasa dibaca pada Maulid Nabi adalah seperti berikut:

Pembukaan
Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

selawat maulid nabi

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi

Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi


Kedua
Selawat Maulidur Rasul

 Ya Nabi Salamun ‘Alaika 

َWahai Nabi salam atasmu

selawat maulid nabi

 Ya Rasul Salamun ‘Alaika 

َWahai Rasul, salam atasmu

selawat maulid nabi

 Ya Habibu Salamun ‘Alaika 

َWahai kekasih, salam atasmu

selawat maulid nabi

 Solawatullah ‘Alaika 

َSelawat Allah ke atasmu


Ketiga
selawat maulid nabi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

َSelawat salam dipohon lagi

selawat maulid nabi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi


Keempat
selawat maulid nabi

 Ashraqol badru ‘alaina 

Bulan purnama menyinari kita

selawat maulid nabi

 Fakhtafat minhul buduuru 

ُHilang segala cahaya

Selawat Maulidur Rasul

 Misla husnika maa roainaa 

Indah menawan tak pernah dilihat

selawat maulid nabi

 Qotthu ya wajhas-sururi 

Wajah gembira sepanjang hayat


Kelima
selawat maulid nabi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

َSelawat salam dipohon lagi

selawat maulid nabi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

selawat maulid nabi

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi


Keenam
Selawat Maulidur Rasul

 Anta syamsun anta badru 

ٌKaulah matahari, kaulah bulan

 Anta nuurun fauqa nuuri 

Kaulah cahaya mengatasi cahaya

Selawat Maulidur Rasul

 Anta iksiirun wargholii 

Kaulah rahsia hidup mulia

 Anta misbaahus-suduuri 

Kaulah menyuluhi jiwa


Ketujuh
Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

َSelawat salam dipohon lagi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi


Kelapan

 Ya Habibi Ya Muhammad 

Wahai kekasihku, ya Muhammad

Selawat Maulidur Rasul

 Ya ‘Arusal khofi qoini 

Wahai pendamping indah sejagat

 Ya Muayyadu ya mumajjad 

Wahai Nabi dijulang dipuja

 Ya imamal Qiblataini 

Wahai imam 2 kiblat


Kesembilan

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

َSelawat salam dipohon lagi

Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi


Kesepuluh

 Man ra’A wajhaka yas’ad 

Bahagialah orang memandang wajahmu

 Ya Karimal walidaini 

ِWahai penghulu keturunan mulia

Selawat Maulidur Rasul

 Haudukas-sofil mubarrad 

Kolam airmu sejuk jernih

Selawat Maulidur Rasul

 Wirdunaa yauman-nusyurii 

Kunjungi kami pada hari akhirat


Kesebelas
Selawat Maulidur Rasul

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 َSollallahu ‘alahi wasallam َ

Selawat salam dipohon lagi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 َSollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi


Dua Belas
Selawat Maulidur Rasul

 ‘Alimussirri wa ahfaa 

Allah mengetahui rahsia sulit

Selawat Maulidur Rasul

 Mustajibud-da ‘awati 

Dialah menyahut semua seruan

Selawat Maulidur Rasul

 Robbi irhamna jamii’a 

Wahai Tuhan Rahmatilah kami

Selawat Maulidur Rasul

 Bijami’is-solihati 

Dengan segala amalan soleh


Tiga Belas

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

َSelawat salam dipohon lagi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 Sollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi


Empat Belas

 Wasolatullah ‘ala ahmad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 ‘Adda tahriris-suthuri 

Sebanyak baris kertas ditulis

 Ahmadul hadii Muhammad 

Ahmad Muhammad petunjuk jalan

 Sohibul wajhil muniri 

Empunya wajah berseri menawan


Lima Belas

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 َSollallahu ‘alahi wasallam 

Selawat salam dipohon lagi

 Sollallahu ‘ala Muhammad 

Selawat Allah ke atas Muhammad

 Sollallahu ‘alahi wasallam َ

Selawat salam dipohon lagi


Penutup

 Allahumma solli wasallim wabarik ‘alaih 

Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Kelebihan Membaca Selawat

YouTube video

Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak.

Terdapat beberapa kelebihan selawat, antaranya:

  1. Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
  2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
  3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW.
  4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
  5. Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
  6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
  7. Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
  8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
  9. Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
  10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

Hadis Kelebihan Selawat

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang kelebihan berselawat. Antaranya:

1. Daripada Abdullah bin al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali 

– Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)

2. Daripada Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sebaik-baik manusia di sisiku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku 

– Hadis riwayat at-Tirmizi (482)

3. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Tidaklah sesuatu kaum duduk dalam satu majlis tanpa mereka berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas nabi mereka melainkan penyesalan akan menimpa mereka. Jika Allah SWT kehendaki, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia kehendaki, Dia mengampunkan mereka. 

– Hadis riwayat at-Tirmizi (3604)

Masa Untuk Berselawat

solat sunat zuhur

Umat Islam digalakkan memperbanyak selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut:

  • Sesudah laungan azan
  • Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
  • Dalam solat jenazah
  • Dalam takbir-takbir hari raya
  • Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat
  • Pada awal dan akhir bacaan doa, sesuai dengan hadis mauquf daripada Sayidina Umar riwayat at-Tirmizi yang bermaksud:

Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit sehingga kamu membacakan selawat ke atas nabimu, Nabi SAW

  • Pada malam dan siang hari Jumaat.
  • Dalam Khutbah dan semasa bacaan Doa Qunut
  • Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW
  • Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit, dan lain-lain.

Soalan Lazim Berkaitan Selawat Nabi

Berikut beberapa soalan berkaitan selawat Nabi SAW yang sering ditanyakan:

Apakah Hukum Selawat Nabi Muhamad SAW?

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu bentuk ibadat sebagaimana berzikir, tahmid dan tasbih.

Kenapa Disunatkan Selawat Kepada Nabi Ibrahim?

Kerana Nabi Muhammad akan lahir daripada salasilah atau keturunan Nabi Ibrahim sendiri dan nama Nabi Ibrahim akan meniti di bibir-bibir umat Nabi Muhammad SAW.

Ini bermaksud nama Nabi Ibrahim AS akan selalu disebut-sebut oleh Rasulullah SAW. Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim AS dalam solat lima waktu, iaitu semasa bacaan tahiyat akhir.

Penutup

Selawat adalah sebuah amal yang diperintahkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah ﷺ.

Keagungan selawat ini jelas terzahir apabila amalan tersebut bukan hanya diperintahkan kepada manusia untuk melaksanakannya namun Allah SWT menyatakan bahawa ia adalah perkara yang turut dilakukan oleh Allah SWT sendiri dan para malaikat-Nya yang suci, dengan firman-Nya:

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi (Muhammad), wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu berselawat ke atasnya dan mengucapkan salam (kepadanya).

(Al-Ahzab ayat 56)

Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada kekasih-Nya, Rasulullah ﷺ

Selawat juga terkandung di dalamnya makna “cinta”.

Semakin mendalam cinta dan kasih seseorang terhadap Rasulullah maka semakin kerap dia menyebut mengenai Baginda. Sabda Rasulullah ﷺ:

Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.

(Riwayat at-Tirmizi)

Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca yang ingin mencari rujukan mengenai selawat.


Rujukan

  1. Keajaiban 40 Selawat Pilihan, Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
  2. Modul Fardu Ain, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus.
  3. Artikel mengenai selawat Tuan Guru Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman bin Sulaiman
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

54 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
NH
NH
2 bulan yang lalu

Assalamu’alaikum… saya mohon izin dan kebenaran utk copy/print untuk diri sendiri and untuk di share ya. Terima kasih😁

Salahuddin Saleh
Salahuddin Saleh
3 bulan yang lalu

Assalamualikum

terdapat sedikit kesalahan dalam terjemahan Selawat Ibrahimiah

sepatutnya tiada ayat “Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia” di tengah-tengah selawat.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

maaf jika saya tersilap

terima kasih

Maman Boy
Maman Boy
1 tahun yang lalu

Assalammualaikum. Terbaik perkongsiannya. Mohon izin untuk share ya.

Baharin
Baharin
1 tahun yang lalu

Assalamu’alaikum.. saya mohon izin dan kebenaran utk copy serta mempelajari dan mengamalkan doa-doa mahupun setiap pengajaran yang disampaikan.. Insya Allah🙏

Abdul Habib
Abdul Habib
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum tuan atas perkongsian yang diberikan. Boleh saya mohon pertolongan dan bantuan dari tuan mengenai selawat yang pernah saya dengar ini dari mp3 sahabat saya dahulu tetapi tidak tahu nama selawatnya. Saya hafal bait-bait selawatnya tetapi saya takut ada kesilapan sebutan atau maknanya. Dibawah adalah bait-bait yang saya tulis semula berdasarkan pada ingatan saya untuk rujukan tuan:

صَلُّ عَلَى الهَدِيلْ بَشِيرْ، اَلهَدِيلْ بَشِيرِ مُحَمَّد مُحَمَّدٍ، نَرجُ مِنَ اللهِ الرَّحمَنِ، ٱلشَّفَاعَةَ فِي الجِلاَنِى، x3
 
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ في الأَوَلِينْ ، وَالآخِرِين ، وَفِي المَلَأِ الأَعلَى إِلَى يَومِ الدِّين ، 

Saya memohon jasa baik tuan kalau tidak keberatan ya. Terima kasih.

Rosinah
Rosinah
Reply to  Abdul Habib
2 tahun yang lalu

Assalam akhi, kalau x silap selawat yg kedua tu nama selawat nya SELAWAT AWWALIN WAL AKHIRIN atau nama lainnya SELAWAT QUTBUL AQTAB. Yang pertama tu ana kurang pasti nama selawat nya.. Maaf

Rina
Rina
2 tahun yang lalu

Harap boleh dibuang ads tak senonoh dalam page ni. Tak manis pula

Shaful Sulaiman
Shaful Sulaiman
2 tahun yang lalu

allahumasoliwasalim wabarik ala saidina muhammadin nuri zati wasirasiri fi asmai washifati wallah alihi wasobihi wasalim

*kalau boleh letak audio sekali utk selawat maulidur rasul, terima kasih


Alif
Alif
2 tahun yang lalu

allahumasoliwasalim wabarik ala saidina muhammadin nuri zati wasirasiri fi asmai washifati wallah alihi wasobihi wasalim

Iqbal Haikal
Iqbal Haikal
3 tahun yang lalu

Agak2 ada lagi tak selawat yang kita terlepas pandang? Saya sekarang ni pun tengah memburu semua Selawat Nabi yang ada.

Rosinah
Rosinah
Reply to  Iqbal Haikal
2 tahun yang lalu

Assalam, dalam buku kitab ‘keajaiban 40 selawat pilihan’ sangat banyak selawat2 yang sangat bagus untuk diamalkan, contoh nya Selawat Sultan, Selawat Kubro dll lagi. Kalau dapat disertakan dengan audio bacaan yg boleh diamik dr Youtube anda convert ke Mp3, in syaa Allah sangat bermanfaat semua nya.

Izah
Izah
3 tahun yang lalu

Minta izin share