Hukum Mengerjakan Solat Sunat Istisqa’ Sedangkan Hujan Telah Turun

Solat istisqa' jika telah hujan

Terdapat arahan dari pihak kerajaan negeri untuk mengerjakan Solat Sunat Istisqa’ selepas Solat Jumaat. Namun begitu, hujan telah turun sebelum solat ini sempat dilaksanakan.

Apakah hukum melakukan solat sunat istisqa’ sedangkan hujan telah turun?

JAWAPAN

1. Sunat melakukan solat minta hujan (istisqa’) untuk meminta tambahan hujan jika hujan yang turun belum mencukupi.

Dalam kitab Fath al-Wahhab ‘ala Syarh al-Manhaj karangan Syaikh Islam Zakaria Al-Ansariy 1/151:

(صَلَاةُ الِاسْتِسْقَاءِ سُنَّةٌ) مُؤَكَّدَةٌ وَلَوْ لِمُسَافِرٍ وَمُنْفَرِدٍ للاتباع رواه الشيخان (لحاجة) مِنْ انْقِطَاعِ الْمَاءِ أَوْ قِلَّتِهِ بِحَيْثُ لَا يكفي أو ملوحته (وللاستزادة) بِهَا نَفْعٌ…

[Solat minta hujan adalah sunat muakkad] walaupun untuk orang yang bermusafir dan seorang diri kerana mengikut Nabi ﷺ yang telah diriwayatkan oleh dua orang Syeikh (al-Bukhari dan Muslim) [kerana keperluan] seperti ketiadaan air atau kekurangannya sekira-kira tidak mencukupi atau masinnya [dan untuk meminta tambahan] yang ada padanya manfaat.”

2. Sunat umat Islam mengerjakan solat istisqa’ jika ada sebahagian orang Islam yang lain ditimpa kemarau.

Dalam kitab al-Iqna’:

وشمل ما ذكر ما لو انقطع عن طائفة من المسلمين واحتاجت إليه فيسن لغيرهم أيضا أن يستسقوا لهم ويسألوا الزيادة النافعة لأنفسهم

Apa yang telah disebutkan itu termasuk juga sekiranya terputus air dari segolongan umat Islam sedangkan mereka memerluka kepada air, maka disunatkan bagi orang lain juga meminta hujan untuk mereka dan meminta pertambahan yang bermanfaat untuk diri mereka sendiri.”

3. Sunat melakukan solat sunat istisqa’ sebagai tanda bersyukur serta meminta penambahan jika hujan telah turun sebelum mereka melakukan solat sunat istisqa’ sedangkan mereka telah bersiap-siap untuk melakukan solat sunat istisqa’ itu.

Dalam kitab al-Iqna’:

فإن سقوا قبلها اجتمعوا لشكر ودعاء وصلوا وخطب لهم الإمام شكراً لله تعالى وطلباً للمزيد قال تعالى ولئن شكرتم لأزيدنكم

Jika mereka diberikan air sebelum solat, hendaklah mereka berkumpul untuk bersyukur dan berdoa, dan hendaklah mereka solat. Imam berkhutbah kerana bersyukur kepada Allah SWT serta meminta penambahan. Firman Allah SWT yang bermaksud, ‘Sekiranya kamu bersyukur Aku akan menambahkan untuk kamu’.”

KESIMPULAN

Dengan penjelasan di atas dapat kita faham bahawa masih sunat melakukan solat sunat istisqa kerana masih ada kawasan yang belum turun hujan atau kerana hendak meminta penambahan hujan bagi kawasan yang telah turun hujan atau bersyukur kepada Allah kerana telah menurunkan hujan sebelum melakukan solat sunat istisqa’ sedangkan mereka telah membuat persiapan untuk solat sunat istisqa’.

Rujukan:

  1. Ust Abu Usamah Mohamad Hanafiah pada halaman facebook beliau
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments