NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISTISQA’ (Doa Minta Hujan Lengkap)

solat sunat istisqa

Ini adalah panduan lengkap cara melakukan Solat Sunat Istisqa’ (solat minta hujan)

Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah.

Apa yang menarik:

Artikel ini akan menjelaskan bagaimana melakukan solat minta hujan yang sempurna.

Panduan solat sunat Istisqa’ ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Mari kita mulakan..

Dari segi bahasa, Istisqa’ ( استسقاء ) adalah perkataan Arab yang berasal daripada perkataan ( سقي ) yang bermaksud ‘menyiram’ atau ‘memberi minum’. Oleh itu, Istisqa’ bermaksud meminta air atau hujan.

solat sunat istisqa

Dari segi istilah, Istisqa’ membawa maksud meminta diturunkan hujan daripada Allah SWT ketika manusia sangat memerlukannya dengan sifat yang khusus (tertentu), iaitu dengan solat, khutbah, istighfar dan bertahmid.

Solat Sunat Istisqa’ adalah solat khas untuk memohon hujan ketika kemarau. Istilah ‘istisqa’ secara umumnya bermaksud meminta siraman air. Ia diadakan dengan harapan penuh kepada Allah SWT, memohon pengampunan dosa dan penurunan hujan sebagai rahmat. Hukum mengerjakan solat sunat ini adalah sunat muakkad.

Rasulullah SWT pernah mengerjakan solat minta hujan sebagaimana dinyatakan oleh Abu Hurairah r.a:

Nabi SAW keluar pada suatu hari untuk meminta hujan, lalu bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamat. Kemudian Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah SWT, dan menghadap mukanya ke arah kiblat dengan menadah kedua-dua tangannya, kemudian memalingkan kain rida’ (selendang) memindahkan yang di sebelah kanan ke sebelah kiri dan yang di sebelah kiri ke sebelah kanan.

— Riwayat Baihaqi

Niat Solat Sunat Istisqa’

niat solat sunat istisqa bersendirian

Usolli Sunnatal Istisqoo-ie Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Niat Solat Istisqa sendirian dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat kerana Allah Taala

Niat solat sunat istisqa' makmum

Usolli Sunnatal Istisqoo-ie Rak’ataini Makmuman Lillahi Ta’ala

Niat Solat Istisqa sebagai makmum dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

niat solat sunat istisqa imam

Usolli Sunnatal Istisqoo-ie Rak’ataini Imaman Lillahi Ta’ala

Niat Solat Istisqa sebagai imam dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala

Cara Mengerjakan Solat Sunat Istisqa’

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Solat Istisqa’:

Sebelum melakukan solat Istisqa’ ini, imam atau ketua masyarakat sama ada perdana menteri, wakil rakyat atau gabenor, hendaklah menasihatkan orang ramai agar melakukan perkara berikut:

  • BERTAUBAT dengan bersungguh-sungguh dengan meninggalkan segala maksiat yang membawa kepada bencana kemarau ini.
  • BERSEDEKAH kepada fakir miskin atau sesiapa yang memerlukannya, meninggalkan segala bentuk kezaliman dengan mengembalikan semula hak yang dirampas dan mendamaikan orang yang bersengketa.
  • BERPUASA SUNAT selama empat hari berturut-turut (hari keempat keluar untuk solat Istisqa’).

Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Sunat Istisqa’

  • Mulakan dengan Takbiratul Ihram sambil niat dalam hati “Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Baca Doa Iftitah (sunat, boleh ditinggalkan).
  • Lakukan Takbir Tambahan sebanyak 7 kali untuk rakaat pertama dan 5 kali untuk rakaat kedua, diikuti dengan tasbih.
  • Kemudian baca Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah pilihan seperti Al-Kafirun untuk rakaat pertama dan Al-Ikhlas untuk rakaat kedua.
  • Lakukan Rukuk dan Sujud: Pastikan tuma’ninah dalam setiap gerakan.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam: Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.

Solat Sunat Istisqa’ adalah solat khusus untuk memohon hujan, dilakukan dengan niat yang ikhlas dan penuh keinsafan.

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram.

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir Solat
Tangan diangkat sehingga separas telinga semasa takbiratul ihram

Kemudian ucapkan lafaz takbir, “Allahuakbar!”

Suara mestilah jelas – sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.

Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat (sebagai imam / makmum) kerana Allah Taala

Nota

Anda boleh rujuk niat Solat Sunat Istisqa yang telah dinyatakan pada bahagian niat di atas. Jika anda mengalami kesukaran untuk berniat semasa takbiratul ihram, anda boleh juga berniat dahulu sebelum mengangkat takbir.


2. Kemudian, Bacalah Doa Iftitah

Hukum membaca Doa Iftitah dalah sunat hai’ah. Tidak mengapa jika bacaan doa ini ditinggalkan.

doa iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraw Walhamdu Lillaahi Katsiiraw, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw Wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3. Lakukan Takbir Tambahan Sebanyak 7 Kali Untuk Rakaat Pertama

Selesai bacaan Iftitah, kita akan bertakbir sebanyak tujuh kali dan diikuti dengan bacaan tasbih.

takbiratul ihram

Seperti Takbiratul Ihram, setiap kali takbir dilafazkan “Allahukbar!”

Kemudian, letakkan tangan di atas perut.

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir 7 kali

Kemudian bacalah tasbih seperti berikut:

bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih
Bacaan Tasbih

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir 7 kali bacaan tasbih pula sebanyak 6 kali. Sila rujuk gambar di bawah ini:


4. Selesai Takbir Sebanyak Tujuh Kali, Seterusnya Kita Akan Membaca Surah al-Fatihah.

Jika solat berjemaah, surah al-Fatihah dibacakan sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


5. Baca surah selepas al-Fatihah

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-Kafirun (atau surah ringkas yang lain).

cara solat sunat aidilfitri -- bacaan surah

 Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin. 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

* Pemilihan surah adalah bebas. Anda boleh membaca mana-mana surah yang disukai.


6. Solat Diteruskan Dengan Rukuk Dan Sujud Sehingga Selesai Rakaat Pertama.

cara solat sunat aidilfitri -- rukuk
Rukuk
sujud
Sujud

Selesai sujud kali kedua, maka bangunlah berdiri kembali untuk rakaat kedua.

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.

Rakaat Kedua

7. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

cara solat sunat aidilfitri -- takbir intiqalat
Kaedah melakukan takbir intiqalat adalah sama dengan takbiratul ihram

8. Pada Rakaat Kedua Juga Dilakukan Takbir Tambahan.

Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.

bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih

 Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 


9. Membaca al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.

(Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat, oleh itu ia wajib dilakukan)

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


10. Membaca Surah Selepas al-Fatihah

Bacalah surah daripada surah al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas (atau apa-apa surah yang lain).

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”


11. Solat Diteruskan Dengan Rukuk, Sujud dan Tahiyyat Akhir.

rukuk solat
Rukuk
cara solat sunat aidilfitri -- sujud
Posisi Sujud Dalam Solat
tahiyat awal
Tahiyyat Akhir

12. Memberi Salam.

Setelah memberi salam, maka selesailah Solat Sunat Istisqa tersebut.

salam

Nota Berkaitan Kaedah Melakukan Istisqa’ 📔

Istisqa’ dilakukan dengan tiga cara, iaitu:

  • Sekurang-kurangnya dengan berdoa sahaja pada bila-bila masa yang dikehendaki. In pernah dilakukan oleh ramai tokoh ulama dan pemerintah sejak zaman salaf al-Soleh lagi.
  • Cara yang sederhana adalah berdoa selepas rukuk pada rakaat akhir solat fardhu dan selepas bersolat. Ini juga, amat popular yang dilakukan oleh ulama Islam.

Cara yang paling sempurna adalah melakukannya seperti berikut:

  • Imam atau penolongnya memulakan perkara berikut dan meminta orang ramai bersama-sama melakukannya.
  • Bertaubat dengan sebenar-benarnya. Atau dikenali sebagai taubat Nasuha.
  • Bersedekah kepada fakir miskin, meninggalkan kezaliman dan mendamaikan persengketaan.
  • Berpuasa selama empat hari berturut turut. Temasuk hari untuk mengadakan solat Istisqa’, biasanya imam memerintahkan rakyat jelata atau orang ramai mula berpuasa pada hari Sabtu hingga ke hari Isnin. Pada waktu pagi tersebut melakukan solat Istisga’ dalam keadaan mereka berpuasa.

Perkara-perkara tersebut sunat dilakukan kerana ia memberi kesan kepada termakbulnya do sebagaimana yang thabit dalam beberapa hadis sahih.

Pada puasa hari keempat imam bersama-sama orang ramai keluar ke kawasan lapang, berpakaian biasa, merendah diri dan bersopan santun. Kemudian mereka bersolat sunat sebanyak dua rakaat sama seperti solat sunat hari raya.

Hal ini berdasarkan hadis:

“Rasulullah SAW keluar dengan tawadhu’, berpakaian biasa, khusyu’, berlemah lembut dan merendah diri. Kemudian Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana Baginda bersolat pada hari raya”.

(Riwayat Ibn Majah dan yang lain-lain)

Apabila selesai bersolat imam berkhutbah sebagaimana dua khutbah hari raya, akan tetapi dia bermula dengan beristighfar sebanyak sembilan kali pada khutbah yang pertama dan sebanyak tujuh kali pada khutbah yang kedua sebagai ganti takbir pada solat hari raya.

Hal ini berdasarkan firman Allah:

Sehingga Aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.

(Surah Nuh: 10-11)

Setelah berlalu sepertiga khutbah yang kedua, Khatib hendaklah berpaling menghadap kiblat dan membelakangi para jemaah.

Seterusnya dia mengubahkan kedudukan selendangnya yang bahagian atas ke bawah dan yang bawah ke atas, diikuti bahagian kanan diubahkan ke kiri dan bahagian kiri diubahkan ke kanan.

Semua ini dilakukan untuk menzahirkan rasa rendah diri yang teramat sangat kepada Allah SWT.

Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah katanya:

“Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar untuk melakukan solat Istisqa’. Kemudian Baginda bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tapa azan dan iqamah. Seterusnya Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah sambil memalingkan mukanya ke kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangannya. Kemudian Baginda membalikkan selendangnya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan”.

Orang ramai juga sunat membalikkan selendang mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi.

Dalam hal ini sunat bagi khatib membanyakkan istighfar, berdoa, bertaubat, merendah diri dan bertawassul dengan orang yang soleh dan yang bertaqwa.

Hal ini berdasarkan hadis Daripada Anas RA, apabila berlaku kemarau, Umar bin al-Khattab RA memohon hujan dengan perantaraan Abbas bin Abdul Muttalib dengan berkata:

“Ya Allah! Dahulu kami bertawassul kepada-Mu dengan Nabi kami maka Engkau menurunkan hujan ke atas kami. Dan sekarang kami bertawassul pula kepada-Mu dengan bapa saudara Nabi kami, maka turunkanlah hujan ke atas kami. Anas berkata: Mereka pun diturunkan hujan”.

Riwayat al-Bukhari (964)

Sunat dibawa bersama-sama ke kawasan bersolat it kanak-kanak, orang tua dan binatang ternakan.

Ini adalah kerana bencana yang menimpa turut mengenai kesemua mereka. Begitu juga ahli zimmah tidak wajar dihalang untuk turut hadir bersama.

Doa Minta Hujan

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan doa, zikir, memohon ampun dengan merendah diri dan menghinakan diri ketika melaksanakan solat istisqa’. Doa mengenainya memang sudah masyhur.

Doa Pertama

Allāhumma aghithnā, Allāhumma aghithnā, Allāhumma aghithnā

Maksudnya:

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami

Riwayat al-Bukhari (1014), Muslim (897), al-Nasaie (1517) dan al-Baihaqi (546)

Doa Kedua

doa istisqa' 2 minta hujan

Allāhumma isqinā ghaythan mughīthan, marī’an marī’an, nāfi’an ghayra dhārrin, ‘ājilan ghayra ājilin.

Maksudnya:

Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manfaat tidak memberi mudharat, segera tidak berlambat-lambat

― Riwayat Abu Daud (1169), al-Tabarani (2197), al-Hakim (1/327), al-Baihaqi (3/355), al-Albani mengatakan hadis ini sahih.

Doa Ketiga

doa istisqa' 3 doa minta hujan

Allāhummasqi ‘ibādaka wa bahā’imaka wanshur rahmatika wa aḥyi baladaka al-mayyita.

Maksudnya:

Ya Allah siramilah hamba-Mu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati.

― Riwayat Abu Daud (1176), Malik (610), al-Baihaqi (6441) dan Abdul Razzaq (4912)

Doa Keempat

doa minta hujan
doa minta hujan

Allāhumma Ij’alhā Suqiyā Rahmatin Walā Suqiyā ‘Adhābin Walā Taḥqi Walā Balā’i Walā Hadamin Walā Gharqin. Allāhumma ‘Alā Aẓ-Ẓurābi Wa Manābiti Ash-Shajari. Allāhumma Ḥawālaynā Walā ‘Alaynā. Allāhumma Isqināghaythan Mughīthan, Hanī’an Marī’an Marī’an, Ghadqan Mujallalan ‘Āman, Dā’iman Ilā Yawmi Ad-Dīn. Allāhumma Isqinā Al-Ghayth Walā Taj’alnā Min Al-Qānītīn. Allāhumma Innā Bial’ibādi Walbilādi Walbahā’imi Walkhalqi Min Aljuhdi Walju’i Waḍ-Ḍanki Mā Lā Nashku Illā Ilayk. Allāhumma Anbit Lanā Az-Zar’a Wa Adirr Lanā Aḍ-Ḍar’a Wasqinā Min Barakātis Samā’i Wa Anbit Lanā Min Barakāt Al-Ard. Allāhumma Wakshif ‘Annā Min Al-Balā’i Mā Lā Yakshifuhu Ghayruk. Allāhumma Innā Nastaghfiruka Innaka Kuntu Ghaffāran Fa’arsilis Samā’a ‘Alaynā Midrārā.

Maksudnya:

“Ya Allah! Jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan bukan bala bukan kehancuran bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami, bukan di atas kami.

Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, huian yang turn lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari Kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa.

Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu.

Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan dari langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanam-tanaman yang berkat

Hindarkanlah bala bencana daripada kami yangtiada siapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami”.

― Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Syafie dan yang lainnya

Khutbah Solat Istisqa’

Disunatkan imam membaca khutbah atau peringatan, memuji-muji kebesaran Allah SWT yang menjadikan matahari dan bulan yang merupakan tanda kebesaranNya, memberi nasihat memperbanyakkan amal baik, menjauhi dosa dan maksiat.

Hukum Solat Istisqa’

Ulama telah berselish pendapat berkenaan dengan solat Istisqa’. Antaranya:

  • Mazhab al-Syafie, Hanbali dan Muhammad Ibn al-Hasan dari kalangan Hanafi berpendapat, hukum Istisqa’ adalah sunat muakkad sama ada dengan cara doa dan solat atau dengan doa sahaja kerana ianya dilakukan oleh Rasulullah ﷺ, sahabatnya dan orang Islam selepas mereka.
  • Abu Hanifah berpendapat sunat doa sahaja dan harus melakukan dengan cara yang lain.
  • Mazhab Maliki mempunyai tiga pendapat:
    • Sunat muakkad jika kemarau panjang dan keperluan terhadap air minuman untuk manusia dan haiwan.
    • Sunat. laitu dalam keadaan negeri subur kecuali pada tempat kemarau sahaja untuk menolong saudara yang susah.
    • Harus. laitu dalam keadaan biasa dan bukanlah keperluan mendesak.

Dalil Pensyariatan Solat Istisqa

Sabit dengan nas dan ijma’ berkenaan dengan pensyariatan Istisqa’. Antaranya:

Pertama: Firman Allah SWT

Maksudnya: Sehingga Aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu, dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

(Surah Nuh: 10-12)

Ayat ini dengan jelas menunjukkan kelebihan beristighfar sehingga diturunkan hujan yang bole menjadi sumber kehidupan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.

Kedua: Hadis Rasulullah SAW

Antara hadis yang mashur seperti riwayat Anas. Di mana manusia berada dalam keadaan kemarau pada zaman Rasulullah SAW dan mask seorang lelaki yang berkata ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah: “Hai Rasulullah! Telah binasalah binatang ternakan dan kami bimbang kami juga akan binasa. Tolong doalah kepada Allah untuk diberi minum kepada kami. Lantas Rasulullah SAW segera mengangkat kedua tangannya seraya berdoa:

Selepas itu, turunlah hujan selama seminggu. Hadis ini jelas menunjukkan pensyariatan Istisqa’.

Ketiga: Amalan Para Sahabat

  • Saidina Umar pernah meminta kepada Abbas Bin Abdul Mutallib memohon hujan lantaran hubungan yang begitu akrab dengan Baginda SAW sebagai bapa saudara dan juga kesolehan yang ada padanya.
  • Muawiyyah bin Abi Suffian pernah memohon daripada Yazid bin al-Aswad supaya berdoa meminta hujan. Lantas turunnya hujan.

Ini  juga dilakukan oleh ramai pemimpin umat Islam melalui tokoh-tokoh yang berwibawa di sepanjang zaman.

Hikmah Solat Istisqa

Sesungguhnya manusia sentiasa diuji sebagai satu Sunnatulah sebagamana firman Allah SWT:

Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka it ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.

(Surah al-Baqarah: 155-156)

Kadang-kadang ujian yang menyebabkan manusia tidak dapat menghadapinya dan berikhtiar kecuali memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa untuk melepaskan segala mehnah dan tribulasi tersebut.

Antaranya seperti kemarau yang panjang sehingga mengakibatkan kesukaran manusia dalam melaksanakan kehidupan dengan sempurna.

Justeru, hanya memohon kepada-Nya sahaja dapat menurunkan hujan seterusnya melangsungkan kehidupan manusia.

Soalan Lazim Berkaitan Solat Sunat Istisqa’

Apakah hukum melakukan solat sunat istisqa’ sedangkan hujan telah turun?

Sunat melakukan solat minta hujan (istisqa’) untuk meminta tambahan hujan jika hujan yang turun belum mencukupi, atau jika ada sebahagian orang Islam yang lain ditimpa kemarau dan sebagai tanda syukur.

Bagaimana dengan amalan melilit serban berlawanan arah ketika khutbah dilaksanakan oleh imam?

Daripada Abdullah bin Zaid bin ‘Ashim al-Mazini R.A katanya: Rasulullah ﷺ keluar untuk meminta hujan. Baginda ﷺ menghadap kiblat solat serta berdoa dan memalingkan rida’nya kemudian mengerjakan solat dua raka’at dan menyaringkan bacaan dalam kedua raka’at itu. (HR Bukhari Muslim)

Boleh tak buat solat sunat istisqa waktu malam selepas Isyak?

Solat sunat istisqa’ (minta hujan) menurut pandangan muktamad (yang dipegang) mazhab Syafi’i boleh dilakukan pada mana-mana waktu, sama ada pada siang hari ataupun pada malam hari.

Penutup

Allah adalah Maha Pemberi Rahmat.

Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya, maka dituntut untuk menunaikan solat istisqa agar diturunkan hujan.

Ini kerana solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba.

Melalui solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.

Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zaitonisa
Zaitonisa
5 bulan yang lalu

Lengkap sekali ini, terbaik… Allahu yujziiik

Ariffin bin Abdullah.
Ariffin bin Abdullah.
5 bulan yang lalu

Sangat2 bermanafaat kepada orang yg Ingin melakukan sembahayang ini, kerana penerangan nya amat jelas..
Terima kasih..

Anas
Anas
1 tahun yang lalu

Bukan sama macam solat hari raya ke?

Sahabatmu
Sahabatmu
Reply to  Anas
5 bulan yang lalu

Ya, sama

Hatim
Hatim
5 tahun yang lalu

Terima kasih atas panduan yang bermanfaat ini!