DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN ISLAM (Rumi, Audio & PDF)

doa akhir tahun

Dalam artikel ini saya akan kongsikan panduan lengkap bacaan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah Islam, termasuk teks Arab, transliterasi Rumi, terjemahan, serta audio bacaan sebagai bantuan rujukan.

Jika anda baru pertama kali ingin mengamalkan doa ini, atau masih tertanya-tanya bagaimana cara bacaan yang betul serta apa hukumnya menurut Mazhab Syafie, artikel ini insyaAllah dapat membantu anda.

Dalam tulisan ini, saya akan bantu anda secara langkah demi langkah, tersusun dan akan cuba menerangkan sebanyak mungkin perkara penting yang anda mungkin ingin tahu dan perlu tahu, termasuk isu hukum, waktu bacaan, serta asal-usul amalan ini.

Untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda, saya telah menyediakan pautan lompat (jumplink) pada bahagian isi kandungan. Anda hanya perlu klik pada link tersebut untuk terus ke bahagian yang anda ingin baca dan fahami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan soalan di ruangan komen di bawah. Saya akan cuba jawab sebaik mungkin, insya-Allah.

Baca Sepenuhnya

SUJUD SYUKUR: Cara, Bacaan dan Bila Disunatkan

Lelaki sujud syukur di atas sejadah sebagai tanda syukur kepada Allah

Sujud syukur ialah satu sujud di luar solat yang disunatkan apabila menerima nikmat yang datang tiba-tiba atau terselamat daripada musibah.1 Nabi ﷺ‎ sendiri, apabila menerima berita gembira, terus tersungkur sujud sebagai tanda syukur kepada Allah.2

Ketika keputusan peperiksaan diumumkan, anak selamat dilahirkan, atau orang tersayang sembuh daripada sakit, hati terasa mahu terus sujud. Panduan ini menerangkan caranya langkah demi langkah dengan gambar, bacaannya dalam tulisan Arab, rumi dan maksud, serta bila sujud syukur disunatkan dan syarat-syaratnya menurut mazhab Syafi’e.

Mula dari Mana?

Baca Sepenuhnya

SUJUD SAJADAH (TILAWAH): Bacaan, Cara dan 14 Ayat Sajdah

Lelaki sujud di atas sejadah, sujud tilawah ketika bertemu ayat sajdah

Sujud sajadah, atau sujud tilawah, ialah satu sujud yang disunatkan apabila membaca atau mendengar ayat sajdah dalam al-Quran.1 Ramai mengenalinya daripada solat Subuh hari Jumaat, apabila imam turun sujud selepas membaca Surah al-Sajdah. Namun apabila bertemu ayat sajdah ketika membaca al-Quran sendiri, ramai yang teragak-agak: apa yang dibaca, perlukah wuduk, dan bagaimana caranya di luar solat.

Panduan ini menyediakan bacaan sujud sajadah dalam tulisan Arab, rumi dan maksud, cara sujud tilawah di dalam dan di luar solat dengan gambar, serta senarai 14 ayat sajdah menurut mazhab Syafi’e.

Mula dari Mana?

Baca Sepenuhnya

Solat Sunat Rawatib: Senarai, Niat dan Cara Solat Qabliyah dan Ba‘diyah

Ini adalah panduan lengkap solat sunat rawatib, iaitu solat sunat yang dikerjakan sebelum (qabliyah) dan selepas (ba‘diyah) solat fardu lima waktu.1 Panduan ini menerangkan senarai rawatib bagi setiap waktu, mana yang muakkad dan ghairu muakkad, lafaz niat, cara mengerjakannya, serta hukum qada dan rawatib ketika musafir, mengikut mazhab Syafi‘e. Apa yang penting: Setiap lafaz niat disertakan dengan tulisan Arab, transliterasi …

Baca Sepenuhnya

NIAT & CARA SOLAT TAHAJJUD (Doa Tahajud Lengkap Rumi)

Cara Solat Tahajjud

Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Tahajjud. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Tahajjud dengan betul beserta dengan Doa Tahajjud lengkap.

Apa yang penting:

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam transliterasi rumi dan audio (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Baca Sepenuhnya