CARA & BACAAN SUJUD SAJADAH / TILAWAH (Lengkap)

Bagaimana cara dan bacaan sujud sajadah atau tilawah?

Sujud sajadah ini biasanya dilakukan pada Solat Subuh berjemaah pada Hari Jumaat.

Oleh itu, artikel ini akan memberi panduan secara lengkap dan mudah tentang bagaimana kaedah untuk melaksanakan sujud sajdah ini.

Mari kita mulakan..

Pengenalan

Apakah maksud sujud sajadah?

Sujud sajadah ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca dan mendengar ayat-ayat sajadah dalam al-Quran.

Nama lain bagi Sujud sajdah adalah sujud tilawah.

Perkataan “tilawah” disini bermaksud bacaan.

Sujud tilawah bermaksud sujud yang dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran.

Sujud sajadah terbahagi kepada kepada dua iaitu:

  1. Sujud sajadah di dalam solat
  2. Sujud sajadah di luar solat

Hukum Melakukan Sujud Sajadah

Hukum melakukan sujud sajadah adalah sunat.

Di dalam solat, sekiranya sujud tilawah dilakukan sebelum atau bukan pada ayat sujud sajadah, maka perbuatan ini akan membatalkan solat tersebut.

Di dalam solat jemaah, sekiranya imam melakukan sujud tilawah, maka makmum wajib untuk turut melakukan sujud tilawah

Batal solat makmum sekiranya tidak turut melakukan sujud tilawah bersama imam.

Namun jika dalam solat jemaah, imam tidak melakukannya, maka makmum tidak perlu sujud tilawah kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam –iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

Ayat Sujud Sajadah

keberkatan istikharah

Ayat-ayat al-Quran yang disunatkan sujud tilawah (sajadah) padanya ada 14 tempat.

Di dalam al-Quran, ayat-ayat ini diberikan tanda kubah masjid atau ditulis perkataan sajadah.

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah al-A’raf, ayat 206

Maksudnya:

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.


2. Surah Ar-R’ad, ayat 15

Maksudnya:

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.


3. Surah an-Nahl, ayat 50

Maksudnya:

Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.


4. Surah Isra’, ayat 109

Maksudnya:

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.


5. Surah Maryam, ayat 58

Maksudnya:

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.


6. Surah al-Hajj 18

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.


7. Surah al-Hajj, ayat 77

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).


8. Surah al-Furqan, ayat 60

Maksudnya:

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): “Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!” Mereka bertanya: “Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?” Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.


9. Surah an-Naml, ayat 26

Maksudnya:

“Allah! – Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar “.


10. Surah As-Sajdah, ayat 15

Maksudnya:

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.


11. Surah Fussilat, ayat 38

Maksudnya:

Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.


12. Surah an-Najm, ayat 62

Maksudnya:

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).


13. Surah al-Insyiqaq, ayat 21

Maksudnya:

Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?


14. Surah al-‘Alaq, ayat 19

Maksudnya:

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Surah Yang Dikecualikan Dari Sujud Sajadah

Imam al-Syafi’e meletakkan sujud tilawah pada empat belas tempat sahaja dalam al-Quran dengan menolak ayat dalam surah Sad sebagai ayat sajadah, sebaliknya menganggapnya sebagai sujud syukur yang sunat dilakukan pada luar solat.

Ia haram dilakukan dalam solat dan boleh membatalkannya.

Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i daripada Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah sujud ketika membaca surah Sad, dan katanya yang bermaksud:

Nabi Daud pernah sujud untuk bertaubat, dan kita juga sujud sebagai tanda kesyukuran (kerana taubat Nabi Daud telah diterima Allah)

(Riwayat al-Nasa’i dalam Sunan al-Nasa’i, kitab Iftitah: Bab sujud al-Quran, sujud pada surah Sad)

Bacaan Sujud Sajadah

Bacaan sujud sajadah adalah seperti berikut:

Bacaan sujud sajadah

Bacaan sujud sajadah dalam rumi:

Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-β€˜a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .

Maksudnya:

Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.

Cara Sujud Sajadah

Sujud Sajadah Dalam Solat

Kebiasaan di Malaysia dan kawasan nusantara ini khasnya, umat Islam hanya mengadakan sujud tilawah ataupun dipanggil juga sebagai sujud sajdah iaitu pada solat subuh pagi Jumaat.

Cara-cara melakukan sujud tilawah didalam solat adalah apabila selesai membaca ayat al-Quran yang disunatkan sujud sajdah padanya, maka disunatkan terus sujud dan membaca tasbih sujud sajadah.

Surah yang lazim dibaca ialah Alif Lam Mim Sajdah; dibacakan pada rakaat pertama.

Apabila sampai kepada:

… maka teruslah sujud

Bacaan tasbih ketika sujud sajadah ialah:

tasbih sujud sajadah
Bacaan sujud sajadah

Bacaan dalam rumi:

Sajada Wajhiya Lilladzi Khalaqahu Wa Sawwarahu Wa Shaqqa Sam’ahu Wa Basarahu Bi-Hawlihi Wa Quwwatih, Fatabarakal-Allahu Ahsanul Khaaliqin

Maksudnya:

Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.

Seterusnya kembali semula berdiri tanpa perlu mengangkat tangan dan meneruskan bacaan sambungan ayat al-Quran tadi.

pergerakan sujud tilawah

Sujud Sajadah Diluar Solat

Cara melakukan sujud tilawah di luar solat pula adalah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca tasbih sujud tilawah (seperti di atas ↑).

Kemudian kembali duduk dan memberi salam.

Sujud Tilawah Dalam Solat Berjemaah

1. Jika imam sujud tilawah kerana bacaannya sendiri, maka wajiblah makmum sujud bersamanya.

Jika tidak dilakukan, batallah solat makmum tersebut.

Jika imam tidak sujud, maka makmum tidak boleh sujud.

Jika makmum sujud juga, maka batallah solatnya.


2. Sekiranya imam sujud sedangkan makmum tidak tahu (tidak sedar) sehingga imam mengangkat kepalanya daripada sujud, maka dia dimaafkan kerana tertinggal dan dia tidak boleh lagi sujud.

Sekiranya dia mengetahui sedang imam dalam keadaan sujud, maka wajiblah dia sujud.


3. Jika imam turun sujud dalam solat sirriyyah (tidak baca lantang), maka hendaklah makmum mengikutinya kerana dianggap imam itu telah membaca ayat sajadah.


4. Sekiranya makmum turun untuk sujud, kemudian imam mengangkat kepalanya ketika makmum itu sedang bergerak untuk sujud, maka dia mesti berdiri semula bersama imam dan tidak boleh sujud.

Demikian juga keadaan orang lemah yang turun sujud bersama imam.

Apabila imam bangun daripada sujud sebelum orang yang lemah itu sampai di tempat sujud (lantaran cepatnya imam dan lambatnya makmum yang lemah itu), maka hendaklah dia kembali bersamanya dan tidak boleh meneruskan sujud.

Catatan

Masalah ini tidak sama dengan masalah mendahului imam dengan satu rukun, bahkan masalah ini ialah pertambahan rukun dalam solat.

Oleh itu masalah ini sama dengan masalah makmum membaca ayat as-Sajdah, lalu dia sujud Tilawah di belakang imam kerana bacaanya.

Fatwa ini tersebut dalam Ar-Raudhah.

Perbezaan antara masalah ini dengan masalah jika makmum turun di belakang imam untuk sujud biasa, tiba-tiba imam mengangkat kepalanya, maka makmum wajib sujud dan mendapatkan imam dalam qiam.

Ini kerana sujud biasa itu daripada rukun solat, sedangkan sujud tilawah bukand daripada rukun solat.


5. Jika seseorang yang solat sebagai makmum, maka dia tidak boleh sujud kerana bacaannya sendiri ataupun kerana bacaan selain imam.

Jika dia sujud, maka batallah solatnya.

Nota

Makruh makmum membaca ayat sajadah di belakang imam atau mendengar pada bacaan lain selain imamnya.

Penutup

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Jika anda ada sebarang pandangan atau pertanyaan berkenaan dengan topik ini, sila tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

InsyaaAllah saya akan cuba membantu anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

91 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nor Zakiah
Nor Zakiah
27 hari yang lalu

Alhamdullilah ..Pahala berjajaran utk ustas ..

Abg Mat
Abg Mat
4 bulan yang lalu

Didoakan semoga penulis mendapat pahala berterusan dari Allah SWT apabila tulisanΒ² dan panduanΒ² yang diterbitkan dibaca dan diamalkan oleh ramai pihak. Jariah ini sangat baik.

Saiful
Saiful
6 bulan yang lalu

Berkenaan solat sunat terawih berjemaah… sekiranya imam terlebih rukun solat adakah wajib makmum ikut ataupun tunggu ? bagaimana dengan solat sunat tu adakah di kira sah

Saiful
Saiful
6 bulan yang lalu

Salam wbt admin…nk tanya seandainya x dpat nk hafal bacaan sujud sejadah ada ker bacaan lain yang mudah untuk di ingat

mohd asre
mohd asre
9 bulan yang lalu

terbaik

Ros
Ros
10 bulan yang lalu

Boleh ke melakukan sujud sejadah dalam solat sendirian pada waktu subuh hari jumaat

Zalehasu
Zalehasu
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz..maafbertanya..sy membaca al Qu’ran..jumpa ayat as Sajadah..apakah sy perlu memakai telekung sembahyang penuh utk lakukan sujud ini..kerana masaitu sy hanya mengaji Dan pakai kain tudung sahaja..

Zalehasu
Zalehasu
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Terimakasih Ustaz dgn penerangan diberi..

Azali b Abdul Malik
Azali b Abdul Malik
1 tahun yang lalu
  1. Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin membaca sujud sajadah dlm solat subuh berjemaah pd pagi jumaat, saya baca surah tersebut berpandukan pd kitab yg saya letakkan didepan saya diwaktu solat.

Soalannya : bolehkah saya baca sehingga separuh surah saja sbb surah yg berikut saya terpaksa buka dimuka surat sebelah lg. ? Saya takut pergerakan saya dlm solat akan membatalkan solat saya.

Atau bolihkah saya membaca surah yg lain utk rakaat yg kedua iaitu surah Al-A’la atau lain2 surah.?

Saya mohon pencerahan dr Ustaz .
TERIMA KASIH ustaz . Assalamualaikum
 

Azali B Abdul Malik
Azali B Abdul Malik
1 tahun yang lalu
  1. Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin membaca sujud sajadah dlm solat subuh berjemaah pd pagi jumaat, saya baca surah tersebut berpandukan pd kitab yg saya letakkan didepan saya diwaktu solat.

Soalannya : bolehkah saya baca sehingga separuh surah saja sbb surah yg berikut saya terpaksa buka dimuka surat sebelah lg. ? Saya takut pergerakan saya dlm solat akan membatalkan solat saya.

Atau bolihkah saya membaca surah yg lain utk rakaat yg kedua iaitu surah Al-A’la atau lain2 surah.?

Saya mohon pencerahan dr Ustaz .
TERIMA KASIH ustaz

. Assalamualaikum
 

Azali b Abdul Malik
Azali b Abdul Malik
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

Terima kasih ustaz atas penjelasan. Moga ustaz terus diberkati. Aamiin

Ahmad Syazwan
Ahmad Syazwan
1 tahun yang lalu

salam
( Perlu diingat adalah batal atau tidak sah solat seseorang itu apabila membaca surah yang lain umpamanya membaca surah al-β€˜Alaq dan berniat untuk sujud.
Tetapi, kalau kebetulan membaca surah berkenaan lalu sujud, maka tidaklah batal solatnya.) surah al-β€˜alaq bukankah salah satu surah sajdah? Adakah Batal sekiranya berniat untuk sujud? Mohon pencerahan, sedikit keliru