• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AKU ISLAM

Demi Allah, jangan bersedih!

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
Hide Search
Home » Ibadah » Doa Akhir & Awal Tahun

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Islam (Panduan Lengkap Rumi)

Oleh Muhamad Naim

doa akhir tahun

Ini adalah panduan doa akhir tahun dan awal tahun Islam.

Panduan ini ditulis secara lengkap dan tersusun.

Apa yang penting:

Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Panduan ini mengandungi:
  1. Doa akhir tahun hijrah
  2. Doa awal tahun hijrah

Pengenalan

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan.

Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.

Antara tarikh istimewa & amalan yang disunatkan dalam bulan Zulhijjah adalah:

1. 1–8hb disunatkan untuk berpuasa.

2. 8hb dihidupkan malamnya dengan banyak beribadat.

3. 9hb hari wuquf

  • Dihidupkan malamnya dengan banyak beribadah di Arafah
  • Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali.
4. Hari Raya Haji pada 10hb

  • Solat sunat Aidiladha, membaca takbir, dan melakukan ibadah korban atau sedekah
5. Hari Tasyrik pada 11–13hb

  • Dihidupkan malam dengan banyak beribadah.
  • Takbir selepas setiap waktu solat fardhu.
6. 30hb (akhir Zulhijjah)

  • Membaca doa akhir tahun hijrah selepas waktu asar (yang akan diajarkan dalam panduan ini)

 

Doa Akhir Tahun

Bilakah waktu untuk membaca doa ini?

Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Bacaan doa tersebut adalah:

doa akhir tahun

Bacaan dalam Rumi

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim,

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.

Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu,

Wa lam tansahuu,

Wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa u-quubati,

Wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika,

Fa inni astagfiruka fagfirlii,

Wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa ’attani ‘alaihis-sawawaba,

Fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam an tataqabbalahuu minni

Wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim,

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam

Wahamdulillahi rabbil alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan  di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

 

Doa Awal Tahun

Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

Doa tersebut adalah:

doa awal tahun

Doa dalam Rumi

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii ajmain,

Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal,

Wa ‘ala fadlikal ‘azim,

wajudikal mu awwali.

Wa haza ‘ammun jadidun qad aqbala ‘alaina,

Nas alukal ismata fiihi minna-syaitoni wa auliya ihi wajunu dihi,

Wal auna ala haazihin-nafsil amarati bil su’i,

Wa istirghola bima yuqorribuna ilaika zulfa,

Yaa zal-jalaali wal ikraam,

Ya arhamarrahimin,

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam

Wahamdulillahi rabbil alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

 

» Rujukan


Panduan doa akhir tahun dan awal tahun ini dirujuk daripada Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat, Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Penutup

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Kongsikan ini:

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel berkaitan:

Tag: Doa Ibadah Sunat

Jangan Terlepas Artikel!

Masukkan alamat emel anda untuk mendapatkan notifikasi bila artikel baru diterbitkan.

Join 7,486 other subscribers

Tinggalkan Komen Anda

1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.
1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.

Primary Sidebar

Artikel Popular

  • Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
    Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
  • Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
    Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
  • Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
  • Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
    Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
  • Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
    Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
  • Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
    Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
    Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
  • Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
  • Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
    Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
Panduan Lengkap

  • Panduan Solat Fardu
  • Senarai Solat Sunat
  • Doa-Doa Harian

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Twitter

Blog ini ditulis dengan di Pulau Banggi, Sabah.

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
wpDiscuz