Al-MATHURAT SUGHRA KUBRA Rumi (Bacaan Pagi & Petang)

Ini adalah panduan al-Mathurat rumi lengkap beserta doa al-Mathurat untuk bacaan pagi dan petang.

Al-Mathurat ini disediakan secara dua versi iaitu al-Mathurat Sughra (ringkas) & Kubra (lengkap). Anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.

Apa yang menarik:

Bantuan transliterasi rumi dan Audio juga turut disertakan dalam bacaan tersebut bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan al-Mathurat ini dapat membantu anda mengamalkan zikir & doa-doa yang ma’thur dalam kehidupan seharian.

Buku al Mathurat

Apakah itu al-Mathurat?

Al-Ma’thurat berasal daripada perkataan Arab iaitu “ma’thur”. Ia adalah himpunan zikir dan doa yang diambil daripada al-Quran yang mulia dan hadis-hadis sahih Nabi Muhammad ﷺ, yang dibaca pada waktu pagi dan petang.

Al-Ma’thurat ialah judul karya ringkas yang disusun oleh Imam Hassan Al Banna (1906-1949), iaitu pengasas gerakan al-Ikhwan, yang berusaha untuk menanamkan ingatan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan.

Al-Mathurat merupakan jawapan kepada keperluan setiap Muslim untuk mendapatkan wirid harian, iaitu zikir dan ingatan kepada Allah, agar hubungan denganNya kekal teguh dan berterusan sepanjang kehidupan seharian.

Bagi seorang Muslim, hubungan ini amat penting. Imam Al-Banna menyedari keperluan untuk wirid harian berdasarkan hadis-hadis sahih.

Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan sunnah Rasulullah SAW yang semestinya diikut.

Firman Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa kamu”…

(Surah Ali ‘Imraan: 31)

Ini adalah amanat daripada Imam Hasan al Banna:

Wazifah ini dikemukakan kepada anggota al-Ikhwan, tetapi ia juga sesuai untuk semua Muslim. Ia sepatutnya dibaca secara individu atau berjemaah pada waktu pagi antara Subuh dan Zuhur, serta pada waktu petang antara Asar dan Isyak.

Kami berdoa kepada Allah agar memberikan petunjuk yang sempurna, dan semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad ﷺ, keluarganya, dan para sahabatnya.

Imam Hasan al-Banna 
Ramadan 1355 H (1936 M)

Bacaan al-Mathurat boleh dibaca 2 kali sehari, iaitu:

  • Pada sebelah pagi (kebiasannnya dibaca selepas Solat Subuh)
  • Sebelah petang (kebiasaannya dibaca selepas Solat Asar).

Al-Mathurat juga terdapat 2 jenis iaitu al-Mathurat al-Kubra (bacaannya panjang. Sesuai dibaca jika ada masa yang lapang) dan al-Mathurat Sughra (bacaannya pendek, sesuai dibaca jika kesuntukan masa).

*Dalam panduan ini, al-Mathurat Sughra ditanda dengan icon ini: 🔰

Panduan mengamalkan al-Mathurat ini adalah seperti berikut:

  1. Jika anda tidak cukup masa untuk membaca keseluruhan al-Mathurat ini, sila ringkaskan dengan membaca ayat-ayat yang bertanda “🔰” sahaja.
  2. Kalimat tulisan coklat yang berada di dalam kurungan ( … ) untuk dibaca di waktu petang sahaja.
1 🔰

Bacaan al-Mathurat dimulakan dengan lafaz Istia’azah  

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

A‘ūzu Billāhi Min ash-Shayṭānir-Rajīm

Maksudnya

Aku berlindung dengan Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk


2 🔰

Seterusnya bacaan al-Mathurat diteruskan dengan ummul kitab al-Fatihah 

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Maksudnya

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

“Mahukah aku beritahu kamu bahagian Al-Quran yang paling mulia dan terbaik?” Kemudian Baginda membaca, “Segala puji dan syukur hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam” (An-Nasai).


3 🔰

Kemudian disambung dengan surah al-Baqarah ayat 1 – 5 

الٓمٓ ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ ٤ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٥

Alif Lām Mīm. Żālikal-Kitābu Lā Raiba Fīh, Hudal Lil-Muttaqīn. Allażīna Yu’minūna Bil-Gaibi Wa Yuqīmūnaṣ-Ṣalāta Wa Mimmā Razaqnāhum Yunfiqūn. Wallażīna Yu’minūna Bimā Unzila Ilaika Wa Mā Unzila Min Qablik, Wa Bil-Ākhirati Hum Yūqinūn. Ulā’ika ‘Alā Hudam Mir Rabbihim Wa Ulā’ika Humul-Mufliḥūn

Maksudnya

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Jangan jadikan rumah kamu seperti kuburan. Syaitan lari daripada rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Riwayat Muslim, 780)


4 🔰

Kemudian disambung Ayatul Kursi

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥

Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm



Maksudnya

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Sesiapa yang membaca Ayat Kursi setiap pagi akan berada dalam perlindungan dan keselamatan Allah sehingga malam.

Nabi ﷺ bersabda, “Dengan membaca Ayat Kursi, seorang malaikat akan dihantar untukmu daripada Allah yang akan melindungimu sepanjang malam, dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sehingga pagi.” [Riwayat Al-Bukhari]


5 🔰

Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 256 

لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ٢٥٦

Lā Ikrāha Fid-Dīn, Qat Tabayyanar-Rusydu Minal-Ghaiyy, Fa May Yakfur Biṭ-Ṭāgūti Wa Yu’mim Billāhi Fa Qadistamsaka Bil-‘Urwatil-Wuṡqā Lanfiṣāma Lahā, Wallāhu Samī‘Un ‘Alīm

Maksudnya

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


6 🔰

Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 257 

ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧

Allāhu Waliyyullażīna Āmanū Yukhrijuhum Minaẓ-Ẓulumāti Ilan-Nūr, Wallażīna Kafarū Auliyā’uhumuṭ-Ṭāgūtu Yukhrijūnahum Minan-Nūri Ilaẓ-Ẓulumāt, Ulā’ika Aṣḥābun-Nār, Hum Fīhā Khālidūn



Maksudnya

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


7 🔰

Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 284 

لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٢٨٤

Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Maksudnya

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


8 🔰

Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 285 

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨٥

Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr

Maksudnya

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.


9 🔰

Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 286 

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٢٨٦

Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn

Maksudnya

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Diriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Ansaari (RA) bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah al-Baqarah pada waktu malam, ia akan mencukupi baginya.” (Riwayat al-Bukhari, 5009 dan Muslim, 2714).

Ibn al-Qayyim berkata dalam al-Waabil al-Sayyib (132): Ia akan mencukupi baginya daripada sebarang keburukan yang mungkin membahayakannya.

Diriwayatkan bahawa ‘Ali (RA) berkata: “Aku tidak menyangka ada orang yang waras boleh tidur tanpa membaca tiga ayat terakhir Surah al-Baqarah.”

Dalam al-Azkaar (220), Imam al-Nawawi menyandarkannya kepada riwayat Abu Bakr ibn Abi Dawud, dan kemudian beliau berkata: Ia adalah sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.


10

Kemudian disambung surah ali-Imran ayat 1 – 2

الٓمٓ ١ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُ ٢

Alif Lām Mīm. Allāhu Lā Ilāha Illā Huwal-Ḥayyul-Qayyūm

Maksudnya

Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.


11

Kemudian disambung surah Taha ayat 111

وَعَنَتِ ٱلۡوُجُوهُ لِلۡحَيِّ ٱلۡقَيُّومِۖ وَقَدۡ خَابَ مَنۡ حَمَلَ ظُلۡمٗا ١١١

Wa ‘Anatil-Wujūhu Lil-Ḥayyil-Qayyūm, Wa Qad Khāba Man Ḥamala Ẓulmā

Maksudnya

Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.


12

Kemudian disambung surah Taha ayat 112

وَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَا يَخَافُ ظُلۡمٗا وَلَا هَضۡمٗا ١١٢

Wa May Ya‘Mal Minaṣ-Ṣāliḥāti Wa Huwa Mu’minun Fa Lā Yakhāfu Ẓulmaw Wa Lā Haḍmā

Maksudnya

Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.


13

Kemudian disambung surah al-Isra ayat 110 — 111

قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَٰنَۖ أَيّٗا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَلَا تَجۡهَرۡ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتۡ بِهَا وَٱبۡتَغِ بَيۡنَ ذَٰلِكَ سَبِيلٗا ١١٠ وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّۖ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرَۢا ١١١

Qulid‘Ullāha Awid‘Ur-Raḥmān, Ayyam Mā Tad‘Ū Fa Lahul-Asmā’ul-Ḥusnā, Wa Lā Tajhar Biṣalātika Wa Lā Tukhāfit Bihā Wabtagi Baina Żālika Sabīlā. Wa Qulil-Ḥamdu Lillāhillażī Lam Yattakhiż Waladaw Wa Lam Yakul Lahū Syarīkun Fil-Mulki Wa Lam Yakul Lahū Waliyyum Minaż-Żulli Wa Kabbirhu Takbīrā

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”


14

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Mukminun ayat 115 – 118

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ١١٦ وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ ١١٧ وَقُل رَّبِّ ٱغۡفِرۡ وَٱرۡحَمۡ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ ١١٨

Afa Ḥasibtum Annamā Khalaqnākum ‘Abaṡaw Wa Annakum Ilainā Lā Turja‘Ūn. Fa Ta‘Ālallāhul-Malikul-Ḥaqq, Lā Ilāha Illā Huw, Rabbul-‘Arsyil-Karīm. Wa May Yad‘U Ma‘Allāhi Ilāhan Ākhara Lā Burhāna Lahū Bihī Fa Innamā Ḥisābuhū ‘Inda Rabbih, Innahū Lā Yufliḥul-Kāfirūn. Wa Qur Rabbigfir Warḥam Wa Anta Khairur-Rāḥimīn

Maksudnya

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”


15

Kemudian disambung surah ar-Rum 17 — 19

فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ حِينَ تُمۡسُونَ وَحِينَ تُصۡبِحُونَ ١٧ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَعَشِيّٗا وَحِينَ تُظۡهِرُونَ ١٨ يُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَيُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّ وَيُحۡيِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَاۚ وَكَذَٰلِكَ تُخۡرَجُونَ ١٩

Fa Subḥānallāhi Ḥīna Tumsūna Wa Ḥīna Tuṣbiḥūn. Wa Lahul-Ḥamdu Fis-Samāwāti Wal-Arḍi Wa ‘Asyiyyaw Wa Ḥīna Tuẓhirūn. Yukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Yukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Yuḥyil-Arḍa Ba‘Da Mautihā, Wa Każālika Tukhrajūn

Maksudnya

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur. Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).


16

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah ar-Rum 20 – 24

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ إِذَآ أَنتُم بَشَرٞ تَنتَشِرُونَ ٢٠ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ ٢١ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ مَنَامُكُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱبۡتِغَآؤُكُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَسۡمَعُونَ ٢٣ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ يُرِيكُمُ ٱلۡبَرۡقَ خَوۡفٗا وَطَمَعٗا وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَيُحۡيِۦ بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ ٢٤

Wa Min Āyātihī An Khalaqakum Min Turābin Ṡumma Iżā Antum Basyarun Tantasyirūn.

Wa Min Āyātihī An Khalaqa Lakum Min Anfusikum Azwājal Litaskunū Ilaihā Wa Ja‘Ala Bainakum Mawaddataw Wa Raḥmah, Inna Fī Żālika La’āyātil Liqaumiy Yatafakkarūn.

Wa Min Āyātihī Manāmukum Bil-Laili Wan-Nahāri Wabtigā’ukum Min Faḍlih, Inna Fī Żālika La’āyātil Liqaumiy Yasma‘Ūn.

Wa Min Āyātihī Yurīkumul-Barqa Khaufaw Wa Ṭama‘Aw Wa Yunazzilu Minas-Samā’i Mā’an Fa Yuḥyī Bihil-Arḍa Ba‘Da Mautihā, Inna Fī Żālika La’āyātil Liqaumiy Ya‘Qilūn

Maksudnya

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.


17

Kemudian disambung surah ar-Rum 25 – 26

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَن تَقُومَ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ بِأَمۡرِهِۦۚ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمۡ دَعۡوَةٗ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ إِذَآ أَنتُمۡ تَخۡرُجُونَ ٢٥ وَلَهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ كُلّٞ لَّهُۥ قَٰنِتُونَ ٢٦

Wa Min Āyātihī An Taqūmas-Samā’u Wal-Arḍu Bi’amrih, Ṡumma Iżā Da‘Ākum Da‘Watam Minal-Arḍi Iżā Antum Takhrujūn. Wa Lahū Man Fis-Samāwāti Wal-Arḍ, Kullul Lahū Qānitūn

Maksudnya

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing). Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.


18

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Ghafir ayat 1 – 3

حمٓ ١ تَنزِيلُ ٱلۡكِتَٰبِ مِنَ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ ٢ غَافِرِ ٱلذَّنۢبِ وَقَابِلِ ٱلتَّوۡبِ شَدِيدِ ٱلۡعِقَابِ ذِي ٱلطَّوۡلِۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ إِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ ٣

Ḥā Mīm. Tanzīlul-Kitābi Minallāhil-‘Azīzil-‘Alīm. Gāfiriż-Żambi Wa Qābilit-Taubi Syadīdil-‘Iqābi Żiṭ-Ṭaūl, Lā Ilāha Illā Huw, Ilaihil-Maṣīr

Maksudnya

Haa, Miim. Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.


19

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Hasyr ayat 22 – 24

هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ ٢٢ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَكَبِّرُۚ سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٢٣ هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٢٤

Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, ‘Ālimul-Gaibi Wasy-Syahādah, Huwar-Raḥmānur-Raḥīm. Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, Al-Malikul-Quddūsus-Salāmul-Mu’minul-Muhaiminul-‘Azīzul-Jabbārul-Mutakabbir, Subḥānallāhi ‘Ammā Yusyrikūn. Huwallāhul-Khāliqul-Bāri’ul-Muṣawwiru Lahul-Asmā’ul-Ḥusnā, Yusabbiḥu Lahū Mā Fis-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm

Maksudnya

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.  Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


20

Kemudian disambung surah al-Zalzalah ayat 1 – 8

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا ١ وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا ٢ وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا ٣ يَوۡمَئِذٖ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا ٤ بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا ٥ يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتٗا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ ٦ فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧ وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨

Iżā Zulzilatil-Arḍu Zilzālahā. Wa Akhrajatil-Arḍu Aṡqālahā. Wa Qālal-Insānu Mā Lahā. Yauma’iżin Tuḥaddiṡu Akhbārahā. Bi’anna Rabbaka Auḥā Lahā. Yauma’iżiy Yaṣdurun-Nāsu Asytātal Liyurau A‘Mālahum. Fa May Ya‘Mal Miṡqāla Żarratin Khairay Yarah. Wa May Ya‘Mal Miṡqāla Żarratin Syarray Yarah

Maksudnya

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


21

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Kafirun

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


22

Kemudian disambung surah al-Nasr

إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ ١ وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا ٢ فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا ٣

Iżā Jā’a Naṣrullāhi Wal-Fatḥ. Wa Ra’aitan-Nāsa Yadkhulūna Fī Dīnillāhi Afwājā. Fa Sabbiḥ Biḥamdi Rabbika Wastagfirh, Innahū Kāna Tawwābā

Maksudnya

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), – Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, – Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


23 🔰

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


24 🔰

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥

Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq. Min Syarri Mā Khalaq. Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab. Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Dalam sebuah hadis yang panjang, Abu Dawud, Tirmidhi, dan Nasa’ie telah merekodkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas dan mu’awwidhatain (iaitu Surah Al-Falaq dan An-Nas) pada waktu pagi dan petang, ia akan mencukupi baginya.”

Dalam riwayat lain, lafaznya adalah: “Ia akan mencukupi baginya daripada segala musibah.” [Riwayat Ibn Kathir]


25 🔰

Kemudian disambung surah an-Nas

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦

Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


26 🔰

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung dengan doa pujian kepada Allah SWT



Tulisan coklat dalam kurungan (……) adalah untuk dibaca pada waktu petang

al Mathurat doa pujian kepada Allah SWT

AsbahNa Wa Asbahal (AmSaiNa Wa Amsal) Mulku Lillahi Walhamdu Lillahi Laa SyariiKa-Lahu Laa iLaaHa illa Huwa Wa ilaiHin-Nusyur (al-Masir) — 3 Kali

Maksudnya

Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari (di petang hari) dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

“Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur.” (Surah Al-Baqarah ayat 152)


27 🔰

Kemudian disambung  doa untuk teguh pendirian dalam Islam



Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan Asbahna (أَصْبَحْنَا) diganti dengan Amsainaa (أَمْسَيْنَا)

al mathurat doa untuk teguh pendirian dalam Islam

AsBahNa (AmsaiNaa) ‘Ala Fitratil-Islami Wa Kalimatil-IkhLaaSi Wa ‘Alaa DiiNi NabiyyiNa Muhammad, Wa ‘Ala Millati AbiiNaa IbraaHima HaniFan WaMaa Kana Minal Musyrikin.

Maksudnya

Kami terjaga di pagi hari (petang hari) dalam fitrah Islam, dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW, dan dalam millah (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan orang musyrik.


28 🔰

Kemudian al-Mathurat disambung dengan doa mensyukuri nikmat



Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan AshbahTu (أَصْبَحْتُ) diganti dengan Amsaytu (أَمْسَيْتُ)

al mathurat doa mensyukuri nikmat

Allahumma Inni AsbahTu (AmSayTu) Minka Fii Ni’matin Wa ‘Afiyatin Wasitrin FaAtimma ‘Alayya Ni’mataka Wa ‘Afiyatika WasitRoka Fid-dunyaa Wal Aakhirati

Maksudnya

Ya Allah, aku terjaga pada pagi dan petang dalam nikmat Mu, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu di atasku, di dunia dan akhirat.


29 🔰

Kemudian disambung  pengakuan segala nikmat dari Allah



Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan Mā Aṣbaḥa (مَا أَصْبَحَ) diganti dengan Mā Amsā (مَا أَمْسَى)

al mathurat  pengakuan segala nikmat dari Allah

Allāhumma Mā Aṣbaḥa (Mā Amsā) Bii Min Niʿmatin Aw Bi Aḥadin Min Khalqika Fa Minka Waḥdaka Lā Sharīka Lak, Fa Lakal-Ḥamdu Wa Laka Sh-Shukru

Maksudnya

Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.

Sesiapa yang membaca ini pada waktu pagi, telah menunaikan kewajipannya untuk bersyukur kepada Allah bagi hari itu; dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang, telah menunaikan kewajipannya untuk malam itu. (Riwayat Abu Dawud 4/318, An-Nasa’i ‘Amalul-Yawm wal-Laylah no. 7, Ibn As-Sunni no. 41, Ibn Hibban no. 2361).

Rantaian sanadnya adalah baik (Hasan), menurut Ibn Baz, halaman 24.


30 🔰

Kemudian disambung dengan pujian bagi Allah

al mathurat pujian bagi Allah

Yā Rabbi Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Li Jalāli Wajhika Wa ʿAZiimi Sulṭhonik

Maksudnya

Ya Allah, bagi-Mu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ

“Dan [ingatlah] ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah nikmat kepadamu.'” (Surah Ibrahim, ayat 7)


31 🔰

Kemudian al-Mathurat disambung dengan bacaan ikrar

al mathurat Raḍhiitu Billahi Rabban, Wa Bil-Islāmi Diinan, Wa Bi Muḥammadin Nabiyyan Wa Rasūlaa (3x)

Raḍhiitu Billahi Rabban, Wa Bil-Islāmi Diinan, Wa Bi Muḥammadin Nabiyyan Wa Rasūlaa (3x)

Maksudnya

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.

“Allah telah menjanjikan bahawa sesiapa yang mengucapkan ini tiga kali setiap pagi atau petang akan berbahagia pada Hari Kebangkitan.” (Riwayat Ahmad 4/337, An-Nasa’ie ‘Amalul-Yawm wal-Laylah, halaman 4, Ibn As-Sunni no. 68, At-Tirmidhi 5/465).

Rantaian sanadnya adalah baik (Hasan), menurut Ibn Baz, halaman 39.


32 🔰

Kemudian disambung dengan bertasbih kepada Allah

al mathurat Subḥānallāhi Wa Bi Ḥamdihi, ʿAdada Khalqihī Wa Riḍhā Nafsihī Wa Zinata ʿArshiHii Wa MidaaDa Kalimatihi

Subḥānallāhi Wa Bi Ḥamdihi, ʿAdada Khalqihī Wa Riḍhā Nafsihī Wa Zinata ʿArshiHii Wa MidaaDa Kalimatihi (3x)

Maksudnya

Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak bilangan kejadian-Nya dan keredhaan-Nya, dan seberat timbangan ‘Arasy-Nya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimah-Nya.


33 🔰

Kemudian disambung dengan bacaan meninggikan Asma’ Allah

al mathurat Bismillāhil-Lazhii Laa Yaḍurru MaʿAsmihii Shayʾun Fil-Arḍi Wa Laa Fis-Samāʾi Wa Huwas-Samiiʿul-ʿAliim (3X)

Bismillāhil-Lazhii Laa Yaḍurru MaʿAsmihii Shayʾun Fil-Arḍi Wa Laa Fis-Samāʾi Wa Huwas-Samiiʿul-ʿAliim (3X)

Maksudnya

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.

“Sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi, tidak akan ditimpa sebarang musibah sebelum petang, dan sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu petang, tidak akan ditimpa sebarang musibah sebelum pagi.” (Riwayat Abu Dawud 4/323, At-Tirmidhi 5/465, Ibn Majah 2/332, Ahmad).

Rantaian sanad Ibn Majah adalah baik (Hasan), menurut Ibn Baz, halaman 39.


34 🔰

Kemudian disambung dengan doa terhindar dari Syirik

al-mathurat  doa terhindar dari Syirik

Allāhumma Innā NaʿUuzuBika Min An NushRika Bika Shayʾan NaʿLamuHuu Wa Nastaghfiruka Li Maa Laa Na’lamuhu (3x)

Maksudnya

Ya Allah, kami berlindung pada–Mu dari menyekutukan- Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

“Dan aku katakan: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia akan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12)


35 🔰

Kemudian al-Mathurat disambung dengan doa berlindung dari kejahatan makhluk

al mathurat doa berlindung dari kejahatan makhluk

AʿUuzu Bi Kalimaatil-laahit-Tāmmāti Min Sharri Maa Kholaq (3x)

Maksudnya

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.

Sesiapa yang membaca doa ini pada waktu petang, tiada apa pun yang akan memudaratkannya sehingga waktu subuh.


36 🔰

Kemudian disambung doa terhindar dari belenggu hutang 

al mathurat  doa terhindar dari belenggu hutang 

Allāhumma Innī AʿUzuBika Minal-Hammi Wal-Ḥazan, Wa AʿUuzuBika Minal-ʿAjzi Wal-Kasal, Wa AʿUuzuBika Minal-Jubni Wal-Bukhl, Wa AʿUuzuBika Min Ghalabatid-Dayni Wa Qahrir-Rijāl

Maksudnya

Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu.” (Surah Ghafir, ayat 60)


37 🔰

Kemudian bacaan al-Mathurat disambung doa dilimpahkan kesihatan

al mathurat Allāhumma ʿAafinī Fii Badanii, Allāhumma ʿAafinii Fii Sam’ie, Allāhumma ʿAafinī Fii Baṣarii

Allāhumma ʿAafinī Fii Badanii, Allāhumma ʿAafinii Fii Sam’ie, Allāhumma ʿAafinī Fii Baṣarii

Maksudnya

Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku.


38 🔰

Kemudian disambung doa terhindar dari kemiskinan 

al-mathurat  doa terhindar dari kemiskinan 

Allāhumma Innii AʿUuzuBika Minal-Kufri Wal-Faqr, Allāhumma Innii AʿUzuBika Min ʿAZaabil-Qubri, Laa Ilāha Illā Anta (3x)

Maksudnya

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada- Mu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau. (3x) [Ibnu Sunni, Hadis Sahih]


39 🔰

Kemudian al-Mathurat disambung doa memohon keampunan (Penghulu Istighfar)

al mathurat doa memohon keampunan (Penghulu Istighfar)

Allāhumma Anta Rabbī Laa Ilāha Illā Anta Khalaqtanī Wa Ana ʿAbduka Wa Ana ʿAlaa ʿAhdika Wa Wa’dika MasTaṭa’tu. A’UzuBika Min Syarri Maa Ṣana’tu. Abuu’U Laka BiNi’matika ʿAlayya Wa Abū’U BizanBii FaghFirLii Fa Innahuu Laa Yaghfiruz-Zunūba Illā Anta

Maksudnya

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdi- Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

Shaddad ibn Aws (RA) meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda bahawa Sayyid al-Istighfar (penghulu istighfar) adalah cara yang paling baik untuk memohon keampunan daripada Allah, dengan mengucapkan doa yang disebutkan di atas.

Nabi ﷺ bersabda: “Jika seseorang membacanya pada siang hari dengan keyakinan yang teguh, dan meninggal dunia pada hari itu sebelum petang, dia akan menjadi daripada kalangan ahli syurga; dan jika seseorang membacanya pada waktu malam dengan keyakinan yang teguh, dan meninggal dunia sebelum pagi, dia akan menjadi daripada kalangan ahli syurga.”


40 🔰

Kemudian, bacaan al-Mathurat diteruskan dengan Istighfar

al mathurat Astaghfirullahal-LaDzi Laa ilaaHa illaa Huwal-Hayyul Qoyyum Wa AtuuBu-ilayh

Astaghfirullahal-LaDzi Laa ilaaHa illaa Huwal-Hayyul Qoyyum Wa AtuuBu-ilayh

Maksudnya

Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat pada-Mu. (Ulang 3 kali)

Ibn ‘Abbas (RA) berkata: Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika seseorang sentiasa memohon keampunan (daripada Allah), Allah akan memberinya jalan keluar daripada setiap kesusahan, kelegaan daripada setiap kegelisahan, dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Dawud)


41

Kemudian disambung selawat ke atas Nabi Muhammad (ﷺ)

al mathurat selawat ke atas Nabi Muhammad (ﷺ)

Allāhumma Ṣalli ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Āli Sayyidinā Muḥammad Kamā Ṣallaita ‘Alā Sayyidinā Ibrāhīm Wa ‘Alā Āli Sayyidinā Ibrāhīm Wa Bārik ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Āli Sayyidinā Muḥammad Kamā Bārakta ‘Alā Sayyidinā Ibrāhīm Wa ‘Alā Āli Sayyidinā Ibrāhīm Innaka Ḥamīdun Majīd.

Maksudnya

Ya Allah, limpahkan selawat (berkat dan rahmat) dan salam atas junjungan kami, Muhammad, dan di atas keluarga junjungan kami, Muhammad, seperti Engkau limpahkan selawat (berkat dan rahmat) atas junjungan kami, dan keluarga junjungan kami, Ibrahim; dan berkatilah junjungan kami, Muhammad, seperti Engkau berkati junjungan kami, Ibrahim, di alam ini sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji dan Mulia.

Diriwayatkan oleh Anas ibn Malik (RA) bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan mencurahkan sepuluh rahmat ke atasnya, menghapuskan sepuluh dosa daripadanya, dan mengangkatnya sepuluh darjat.” (Riwayat An-Nasa’ie; Hadis No. 922 dalam Mishkat al-Masabih)


42

Kemudian, bacaan al-Mathurat disambung tasbih segala pujian bagi Allah

al mathurat SubhaaNallahi Walhamdulillah WaLaa IlaHa illallah Wallahu Akbar

SubhaaNallahi Walhamdulillah WaLaa IlaHa illallah Wallahu Akbar

Maksudnya

Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Mengucapkan (kata-kata di atas) adalah lebih aku sukai daripada seluruh dunia dan segala yang disinari matahari.”


43

Kemudian disambung dengan mengakui keesaan Allah

Al Mathurat Laa IlaHa illallahu Wahdahu Laa SyariKalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir

Laa IlaHa illallahu Wahdahu Laa SyariKalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir

Maksudnya

Tidak ada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, yang memiliki segala kerajaan/ kekuasaan dan segala pujian hanya bagi-Nya, dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu. (Riwayat Muslim)

Allah akan menulis sepuluh hasanah (pahala) bagi sesiapa yang membacanya sepuluh kali pada waktu pagi, mengampuni sepuluh dosanya, memberinya ganjaran seperti membebaskan sepuluh orang hamba, dan melindunginya daripada syaitan. Sesiapa yang membacanya sepuluh kali pada waktu petang akan mendapat ganjaran yang sama. (Riwayat An-Nasa’ie, Amalul-Yawm wal-Laylah no. 24).

Rantaian sanadnya adalah sahih (Sahih).


44 🔰

Kemudian, bacaan al-Mathurat disambung dengan pujian dan memohon taubat

bacaan al mathurat pujian dan memohon taubat

SubhaaNaka Allahumma Wabihamdika Asyhadu Anlaa IlaaHa Illa Anta Astaghfiruka Wa AtuuBu-ilayh

Maksudnya

Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala pujian bagi- Mu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat pada-Mu.

غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ فِي مَجْلِسِهِ

“Apabila dibacakan di akhir suatu majlis, semua yang hadir akan diampunkan.”


45 🔰

Kemudian disambung lagi dengan selawat ke atas Nabi ﷺ

al mathurat Allāhumma Ṣolli ʿAlā Sayyidinā Muḥammadin ʿAbdika Wa Nabiyyika Wa Rasulikan-Nabiyyi Ummiyyi Wa ‘Alaa Alihii Wasohbihi Wasallim Tasliiman ‘Adadamaa AḥaaTho Bihii ‘ilmuka, Wa KhaṭTa Bihii Qalamuka, Wa Aḥṣāhu Kitābuka.

Allāhumma Ṣolli ʿAlā Sayyidinā Muḥammadin ʿAbdika Wa Nabiyyika Wa Rasulikan-Nabiyyi Ummiyyi Wa ‘Alaa Alihii Wasohbihi Wasallim Tasliiman ‘Adadamaa AḥaaTho Bihii ‘ilmuka, Wa KhaṭTa Bihii Qalamuka, Wa Aḥṣāhu Kitābuka.

Maksudnya

Ya Allah restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad sebagai hamba, nabi dan rasulMu yang ummi. Berkatkan keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya sebanyak-banyak bilangan dalam ilmu dan sebanyak-banyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Mu dan sebanyak-banyak yang dirangkum oleh kitabMu.

Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang berselawat ke atasku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang, akan mendapat syafaatku pada Hari Kebangkitan.” (Riwayat At-Tabrani)


46

Kemudian diteruskan lagi memohon keredhaan Allah ke atas para sahabat, tabi’in, dan orang-orang soleh

Bacaan al mathurat

Warḍollāhumma ‘An Saadaatinaa Abī Bakrin Wa ʿUmara Wa ʿUthsmāna Wa ʿAliyyin, Wa ʿAnis-saḥābati Ajma’in, Wa ‘Anit-Tābiʿīna Wa Tābiʿihim Bi IḥsaaNin Ilaa Yawmid-Diin. Subḥāna Rabbil-ʿIzzati ʿAmmā Yaṣifūn Wa Salāmun ʿAlal-Mursalīn Wal-Ḥamdu Lillaahi Rabbil-ʿAalamīn

Maksudnya

Terimalah dan relakanlah pemimpin terutama kami; Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, para tabi’in, dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha Suci Tuhan (Mu) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari sifat tercela. Salam sejahtera untuk para Rasul utusan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


47 🔰

Kemudian baca doa selepas al-Mathurat 

Doa selepas mathurat adalah seperti berikut:

Doa al-Mathurat
Doa al-Mathurat

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm

Allāhumma Innā Nas’aluka Lisānan Raṭban Bidhikrika Wa Qalban Muf‘Aman Bishukrika Wa Badanā Hayyinan Layyinan Biṭā‘Atika

Allāhumma Innā Nas’aluka Īmānan Kāmilan Wa Nas’aluka Qalban Khāshi‘An Wa Nas’aluka ‘Ilman Nāfi‘An Wa Nas’aluka Yaqīnan Ṣādiqan Wa Nas’aluka Dīnan Qayyiman Wa Nas’aluka Al-‘Āfiyata Min Kulli Balīyah Wa Nas’aluka Tamāmal Ghina ‘Anin-Nās Wa Hāblanā Ḥaqīqata Al-Īmān Bika Ḥattā Lā Nakhāfu Wa Lā Narjū Ghayraka Wa Lā Na‘Budu Shay’an Siwāka Wa’jal Yadaka Mabsūṭatan ‘Alaynā Wa ‘Alā Ahlinā Wa Awlādina Wa Man Ma‘Anā Bi Raḥmatika Wa Lā Takilnā Ilā Anfusinā Ṭarfata ‘Aynin Wa Lā Aqalla Min Dhālik Yā Ni‘Ma Al-Mujīb

Wa Ṣollallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin An-Nabiyyil-Karīm Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Ajma‘Īn

Maksudnya

Ya Allah kurniakanlah kami lisan (lidah) yang lembut membasahi mengingati dan menyebut (nama-Mu), hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat-Mu), serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah-Mu). Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, dinn (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon kepada-Mu Ya Allah kecukupan yang tidak perlu kami terpaksa meminta kepada orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak menyekutukan-Mu.

Berikanlah rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun hanya dalam sekelip mata atau lebih pendek dari masa itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan.

Selawat (berkat dan rahmat) dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.


48

Kemudian, bacalah pengakuan terhadap kekuasaan Allah [Surah Al-Imran 26 — 27]

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ٢٦ تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ ٢٧

Qulillāhumma Mālikal-mulki Tu’til-mulka Man Tasyā’u Wa Tanzi‘ul-mulka Mim Man Tasyā’u Wa Tu‘izzu Man Tasyā’u Wa Tużillu Man Tasyā’, Biyadikal-khaīr, Innaka ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Tūlijul-Laila Fin-Nahāri Wa Tūlijun-Nahāra Fil-Laili Wa Tukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Tukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Tarzuqu Man Tasyā’u Bigairi Ḥisāb



Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  [Al-Imran 26]

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”. [Al Imran 27]


49

Akhir sekali, bacaan al-Mathurat ini ditutup dengan Doa Rabitah

Doa Rabitah اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَائِكَ فَاغْفِرْلِي.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَىٰ مَحَبَّتِكَ وَالتَقَتْ عَلَىٰ طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَىٰ  دُعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَىٰ نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَأَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَأْهَا بِنُورِكَ الَّذِي لَا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الإِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَأَمِتْهَا عَلَىٰ الشَّهَادَةِ فِي سَبِيلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ اللَّهُمَّ آمِينَ.

وَصَلَّى اللَّهُمَّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيمًا كَثِيرًا.

Allahumma Inna HaZaa Iqbaalu Lailika WaIdbaru NahaaRika WaAsWaaTu Dua’ Faghfirli

Allāhumma Innaka Ta‘Lamu Anna HādzihiL-Qulūb Qadij Tama‘At ‘Alā Maḥabbatik WalTaqat ‘Alā Ṭā‘Atik Wa Tawwaḥḥadat ‘Alā Da‘Watik Wa Ta‘Āhadat ‘Alā Naṣrati Sharī‘Atik Fa Wath Thiqallāhumma Rābiṭatahā Wa Adim Wuddahā WahDihā Subulahā Wa Amlakhā Binūrikalladzī Lā Yakhbū Wasy-Syraḥ Ṣudūrahā Bifaīḍil-Īmāni Bik Wa Jamīlit-Tawakkuli ‘Alayka Wa Aḥyihā Bima‘Rifatik Wa Amithhā ‘Alā Sh-Shahādati Fī Sabīlik Innaka Ni‘Mal-Mawlā Wa Ni‘Man-Naṣīr Allāhumma Āmīn.

Wasollallah-Humma ‘Aka Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wasallama Tasliman KatsiRaa

Maksudnya

Ya Allah, menjelanglah malam (ciptaan-Mu), beredarlah waktu siang kepada-Mu, inilah keluhan suara yang berdoa kepada-Mu, oleh itu ampunkanlah dosaku.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong.

Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya, Ya Allah perkenankanlah doa ini (Amin) dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

doa khatam quran

Zikir kepada Allah SWT adalah amalan ibadah yang banyak kelebihannya. Seperti mana firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 28:

الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمِئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمِئِنُّ الْقُلُوْبُ

Maksudnya:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah (zikir). Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”

Banyak lagi ayat al-Quran yang menerangkan tentang kelebihan berzikir dan mereka yang melakukannya. Allah berfirman:

“Sesungguhnya bagi lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan yang beriman, lelaki dan perempuan yang tetap taat, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang merendah diri, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan mereka, lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat: 35)

Antara fadhilat mengamalkan Al-Mathurat adalah:

  1. Memohon hidayah dan bimbingan Allah Taala ke jalan hidup yang benar dan diredhaiNya serta dijauhi dari gangguan syaitan
  2. Dengan zikir-zikir amalan Rasulullah SAW ini, dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, bertaqwa dan memperteguh jiwa dengan aqidah yang kukuh.
  3. Membaca al-Fatihah dan 10 ayat dalam surah al-Baqarah di dalam al-Mathurat ini, mendapat pahala yang besar dan terlindung dari syaitan serta terhindar dari kemalangan — menurut hadis Rasulullah SAW riwayat ad-Darami dan Baihaqi.
  4. Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Mathurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (HR Muslim)
  5. Membaca ayat Kursi juga akan menghindarkan diri dari gangguan syaitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi” (HR Bukhari)

Setiap manusia mempunyai matlamat hidup yang paling asas. Matlamat ini mencerminkan cita-cita, pemikiran dan usaha seseorang. Semakin tinggi dan mulia matlamat itu, semakin luhur tindakan dan pemikiran yang lahir daripadanya.

Pesanan utama Islam adalah untuk meninggikan jiwa, menyucikannya, dan mengangkatnya ke tahap yang paling tinggi. Ini tidak dapat dicapai melainkan jika Allah menjadi tujuan utama dan fokus kehidupan kita. Seperti firman Allah dalam al-Quran:

“Maka larilah kepada Allah; sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi amaran yang nyata daripadaNya.” (Surah al-Dhariyat ayat 50)

Tidak hairanlah bahawa Rasulullah ﷺ sentiasa berzikir pada setiap masa. Mengikuti contoh Baginda, zikir sepatutnya menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Firman Allah:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada contoh teladan yang baik bagi kamu yang mengharapkan Allah dan hari kiamat, dan yang banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab ayat: 21)

Zikir bukan sekadar ucapan; bertaubat adalah zikir, merenung adalah zikir, mencari ilmu adalah zikir, dan apa-apa tindakan yang sah dengan niat yang betul juga adalah zikir.

Untuk zikir memberi kesan, beberapa adab perlu dipatuhi:

  1. Rendah hati dan fokus pada makna zikir dan doa.
  2. Merendahkan suara agar tidak mengganggu orang lain, namun tetap dalam keadaan berjaga.
  3. Menjaga kebersihan diri dan tempat ketika berzikir.
  4. Menjaga tingkah laku selepas berzikir dengan tidak melakukan perkara yang sia-sia.

Dengan mengikuti adab ini, seseorang akan merasakan kebahagiaan dalam hati, cahaya dalam jiwa, dan keberkatan daripada Allah. InsyaAllah.

Imam Hasan Al Banna penulis al-mathurat

Imam Syahid Hasan Al-Banna adalah seorang tokoh kebangkitan Islam pada abad ke-20 dan pengasas al-Ikhwan (Ikhwanul Muslimin) serta Madrasah Wasatiyah Da’wah, iaitu gerakan Islam terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah terkini.

Al-Ikhwan ditubuhkan di Mesir pada tahun 1928 sebagai gerakan akar umbi yang bertujuan untuk menghidupkan kembali masyarakat Islam dan membawa pembaharuan sosial serta kembali kepada petunjuk ilahi.

Imam Al-Banna dibunuh pada tahun 1949 dan dianggap oleh ramai ulama sebagai seorang mujaddid (pembangkit) abad sebelumnya.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya, Allah ﷻ akan mengutuskan kepada umat ini pada setiap seratus tahun seorang yang akan membangkitkan agama mereka.” (Abu Dawud, Hadis Sahih)

Di bawah pimpinan Imam Al-Banna, gerakan ini menghasilkan banyak karya ilmiah kontemporari dan pengalaman berharga yang telah membangkitkan dan terus menginspirasi gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia.

Imam Al-Banna pernah berkata, “Setiap kali kamu bertemu dengan seorang Muslim yang beriman, di situ kamu akan menemui semua kunci kejayaan.”

Bekerja untuk Islam di siang hari, Ahli ibadah yang tawadduk pada malam hari

“Umar, adakah kamu sedang tidur?” dia bertanya dengan suara berbisik.

“Tidak.” Saya menjawab. Hari itu panjang dan meletihkan. Sudah begitu lewat. Saya sedang bersiap untuk tidur, menyedari bahawa hari esok tidak akan kurang melelahkan. Dua puluh atau tiga puluh minit berlalu dalam keheningan.

“Umar, adakah kamu sedang tidur?”

“Tidak!” Saya menjawab untuk kali kedua. Sekali lagi keadaan menjadi sunyi. Saya tidak memahami kesungguhan dalam suaranya tetapi tetap diam. Setengah jam lagi berlalu.

“Umar, adakah kamu sedang tidur?”

Kali ini saya tidak menjawab sama sekali. Saya berpura-pura tidur agar dia tidak bertanya lagi.

Menunggu jawapan tetapi tidak mendengar apa-apa, dia menyangka saya telah tertidur. Dia bangun di tengah malam yang sunyi, tanpa mengeluarkan suara, sendirian, di samping rakannya yang disangka sudah lena, dan mula melakukan solat malam. Hanya kerana Allah, tanpa mempedulikan pandangan saya yang penuh perhatian, tersembunyi dari pandangan sesiapa pun.”

Cerita ini dikongsikan oleh Ustaz Umar Al-Tilmisani (1904-1986), seorang murid lama dan teman perjuangan Imam Hasan Al-Banna  (Murshid, Penasihat Umum al-Ikhwan 1972-1986)

Sikap gurunya itu cukup untuk mengalirkan air mata. Ia menggambarkan peribadi Imam Hasan Al-Banna: keimanan yang bercahaya, ketaatan yang mendalam, disiplin peribadi, lembut dan penyayang dengan sesama manusia. Ustaz Umar Al-Tilmisani menulis dan sering menceritakan kisah ini.

Rahsia Imam Hasan Al-Banna adalah kualiti keimanannya dan rapat hubungannya dengan Allah ﷻ. Sesiapa yang pernah berinteraksi dengannya pasti dapat merasakan dan mengalami hal ini. Beliau hidup sebagaimana para Sahabat pertama – mengikuti jalan Rasulullah ﷺ.

Dipetik daripada Dr. Tariq Ramadan, Penerbitan Awakening “Al-Mathurat” (2001).

Bacaan Zikir Pagi Dan Petang

Selain dari bacaan Al Mathurat, kita juga boleh membaca zikir pada waktu pagi dan petang.

Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita sentiasa mengingati Allah.

  • Zikir waktu pagi dibaca saat masuk waktu Subuh hingga matahari terbit, dan juga boleh dibaca sampai matahari akan condong ke barat (menghampiri waktu Zuhur).
  • Zikir di waktu petang pula dimulai dari tenggelamnya matahari dan berakhir hingga waktu terakhir solat Isyak, iaitu pertengahan malam.

👉 Rujukan mengenai bacaan zikir waktu pagi dan petang boleh dilihat pada pautan ini: BACAAN ZIKIR PAGI & PETANG RUMI (Panduan Lengkap)

Penutup

Bagi seorang mukmin, masanya tidak boleh berlalu sia-sia dengan begitu sahaja.

Di waktu pagi dan petang, dia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT.

Firman Allah:

‘Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya’

— Surah Qaaf ayat 39

InsyaAllah, wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Semoga panduan al-Mathurat ini memudahkan urusan anda melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

170 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Emizarina
Emizarina
1 bulan yang lalu

Salam Ustaz, terima kasih atas web ini. Memang jadi rujukan bacaan selepas Subuh jika saya travel. Cuma mohon check Doa Rabithah pada baris ke enam. Sepatutnya دعوتك.

Sebelum ni betul, tetapi selepas update jadi lain pula.

Munirah Bahaman
Munirah Bahaman
2 bulan yang lalu

Salam ustaz, di mana saya boleh dapatkan almathurat lengkap dalam bentuk fizikal/buku. Terima kasih.

Nurul
Nurul
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Cuma saya lebih suka ayat al-quran yang sebelum ni. Ayat sekarang mcm susah sikit @ keliru nak baca.

Nurul
Nurul
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Bentuk huruf dan tanda baris tuan. Mungkin sebab saya lebih selesa dengan bentuk huruf yang sebelum ni. Saya memang guna panduan al mathurat dari penulisan tuan.

Nurul
Nurul
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Baik… terima kasih tuan

Hamba Allah
Hamba Allah
2 bulan yang lalu

Alhamdulillah.. terima kasih atas usaha ustaz menyebarkan ilmu dan menyediakan platform bagi mereka yang ingin mengamalkan…
Ia membantu saya bila saya terlupa membawa buku doa Al-mathurat fizikal bila bermusafir.
Semoga Allah merahmati ustaz dan mendapat ganjaran terbaik di dunia dan akhirat.. Aamiinn

Hamba Allah
Hamba Allah
2 bulan yang lalu

Syukran ustaz,doakan saya dapat sambung pelajaran di Mesir

Nor Salimah Abu Mansor
Nor Salimah Abu Mansor
3 bulan yang lalu

Assalamualaykum

Mohon disemak ejaan dan baris pada teks in arabic sama ada ayat atau hadis krn terdpt beberapa kesilapan.

mudah2an Allah swt berkati usaha murni tuan.🌹

Amirul Ashraf
Amirul Ashraf
3 bulan yang lalu

Salam tuan, terima kasih atas panduan al-Mathurat ni, dah lama saya usaha nak amalkan semula setiap sebagai rutin harian alhamdulillah. Hanya berkongsi, saya perasan ada beberapa ayat dalam bahasa arab ejaannya berbeza sedikit dengan transliterasi rumi.

Point 27 = Ayat “FaAtimmim” dalam bahasa arab dan “FaAtimma” dalam rumi

Point 40 = Ayat “Muhammadin Kama Barakta’ala”, barisnya Ba itu di bawah, akan dibaca “Bi”.

Point 47 = Ayat “Nushrati” dalam bahasa arab dan “Nashrati” dalam bahasa rumi.

Sekadar perkongsian dan jika ada penerangan boleh disertakan sekali. Terima kasih atas usaha tuan, semoga diberkati Allah

Risyad
Risyad
3 bulan yang lalu

Alhamdulillah saya pin web ni dh nak 2 tahun saya cuba amalkan al mathurat ikut panduan ini.. syukur mudah untuk fahami.. banyak perubhan di web ini..

Safwan
Safwan
5 bulan yang lalu

Merujuk Doa Ma’thurat
…wanas aluka qalbin khasyia…
[qalbin atau qalban]. Yg mana satu yg betul. Mohon pencerahan. Jzk

Hjh Hajar Hj Mokhtar
Hjh Hajar Hj Mokhtar
7 bulan yang lalu

Alhamdulillah, Jazakallahukhairan. Moga Allah SWT berikan ganjaran yg terbaik buat Ustaz atas perkongsian ini dan pahala yang berpanjangan hingga ke syurga. Doakan saya juga ya Ustaz Aamiin 🤲