Adakah doa akhir tahun bidaah?
Apakah hukum membaca doa akhir tahun dan awal tahun yang sebenarnya?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSaya ada terbaca dalam media sosial menyatakan bahawa doa akhir tahun dan awal tahun tidak boleh dibaca kerana ia adalah bidaah yang haram.
Adakah sebenarnya boleh baca atau tidak doa ini?
JAWAPAN
Berdoa adalah ibadah yang sangat dituntut dan berdoa adalah inti bagi ibadah.
Tidak ada sebarang larangan berdoa mengikut tahun atau bulan atau minggu atau hari atau seumpamanya.
Berdoalah setiap masa dan siapa yang lebih kerap berdoa maka lebih kasih Allah kepadanya.
Belum pernah ada seorang pun ulamak muktabar yang ada mengharamkan atau melarang orang berdoa.
Tugas ulamak ialah menggalakkan orang berdoa dan beribadah kepada Allah.
Siapa yang melarang orang berdoa dengan alasan Nabi tidak berdoa adalah orang yang rosak akalnya.
Tidak ada seorang pun orang yang cerdik akan berdalil seperti itu.
Berkata Mufti Mesir Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam:
Dan sayugianya hendaklah berwaspada dari segala fatwa yang batil yang membuat fitnah segala doa yang sangat elok ini sebagai bidaah dengan dakwaan doa ini tidak datang pada sunnah.
Maka ia adalah fatwa ahli bida’ah yang tidak pernah seorang ulamak pun berkata dengannya. “
(Darul Fatwa Mesir)
Kesimpulannya harus membaca doa akhir tahun dan awal tahun dan segala doa yang elok samada doa yang datang dalam hadith atau bukan.
Siapa yang melarang berdoa dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun adalah ahli bidaah yang wajiblah semua umat Islam berwaspada dengannya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Menetapkan sesuatu amalan yg tidak bersandarkan hadith sahih adalah bidaah. Bukan sesiapa menghalang amalan ni jadi bidaah. Salah definisi ni. Always bear in mind, Ustaz Azhar Idrus bukan ulama.