DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN (Rumi)

doa akhir tahun

Doa Akhir Tahun dalam Islam adalah refleksi dan memohon ampun atas dosa tahun yang berlalu, menghargai nikmat dan ujian, serta memperbaharui azam. Doa Awal Tahun pula memohon kekuatan, petunjuk, dan perlindungan untuk tahun baru, harapan untuk keberkatan dalam semua aspek kehidupan.

Panduan ini akan membantu anda membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah secara langkah demi langkah. Panduan ini ditulis secara lengkap dan tersusun.

Transliterasi dalam ejaan RUMI juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad ο·Ί dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah ο·Ί dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan.

Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya Bulan Muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir Dzulhijjah.

Antara tarikh istimewa & amalan yang disunatkan dalam Bulan Zulhijjah adalah:

1. 1–8hb disunatkan untuk berpuasa.

2. 8hb dihidupkan malamnya dengan banyak beribadat.

3. 9hb Hari Wuquf

  • Dihidupkan malamnya dengan banyak beribadah di Arafah
  • Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali.
  • Membaca Doa Hari Wuquf

4. Hari Raya Haji pada 10hb

5. Hari Tasyrik pada 11–13hb

  • Dihidupkan malam dengan banyak beribadah.
  • Takbir selepas setiap waktu solat fardhu.

6. 30hb (akhir Zulhijjah)

  • Membaca doa akhir tahun hijrah selepas waktu asar (yang akan diajarkan dalam panduan ini)

Bilakah waktu untuk membaca doa akhir tahun ini?

Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang diantara waktu selepas Solat Asar sehingga Waktu Maghrib pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Bacaan Doa Akhir Tahun Dengan Transliterasi Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain


Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma NahaiTana ‘Anhu, Falam Natub Minhu Walam TarDhoHu Walam TanSaHu


WahaLumTa ‘AlaiNa Ba’da QudRotika, ‘Ala ‘UQuuBatiNaa, Wada-‘UtaNa Ilat-taubati Minhu Ba’da Jur-AaTina ‘Alaa Ma’-Siyatika


FainNana NasTaghFiruka FaghFirLana, Wamaa ‘Amilna FiiHaa Mimma TarDhoHu Wawa ‘AdTana ‘AlayHis-TsaWab, FanasAlukallaHumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikram


An TataQobBalahu Minna Walaa TaqTogh RajaaAna Minka Ya Karim, RabbaNaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar


Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksud Doa Akhir Tahun

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.

Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.

Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Keluarga dan sahabatnya.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Doa Awal Tahun

doa awal tahun islam

Bilakah doa awal tahun Islam dibacakan?

Doa awal tahun dibaca pada selepas masuk Waktu Solat Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

Ia bermaksud, doa ini dibaca selepas kita selesai membaca doa akhir tahun pada waktu Asar.

Bacaan Doa Awal Tahun Dengan Transliterasi Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain


Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu-Awwal


Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.


Ya Dzaljalaali Wal Ikram, Ya Arhamar-rohimiin, Rabbanaa Aatinaa Fiddunyaa Hasanatan Wafil Akhiroti Hasanatan Waqinaa ‘Azaabannar


Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksud Doa Awal Tahun

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung.

Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.

Dan kami memohon pertolongan  untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan  kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.

Dalam Islam, hukum berkaitan doa akhir tahun dan doa awal tahun tidak secara spesifik dinyatakan dalam Al-Quran atau Hadis. Amalan ini lebih kepada tradisi atau adat dalam beberapa masyarakat Muslim seperti di Asia Tenggara, terutama yang mengikuti kalendar Hijrah, dan hukumnya tidak dianggap wajib.

Oleh itu, hukumnya boleh dianggap seperti berikut:

  1. Mubah (Dibolehkan): Jika doa ini dianggap sebagai cara untuk mengingati Allah, bersyukur, dan memohon petunjuk, maka amalan ini dianggap mubah atau dibolehkan. Dalam Islam, berdoa dan mengingati Allah pada pelbagai kesempatan adalah sesuatu yang disarankan.
  2. Bukan Sunnah Rasulullah: Tidak ada catatan khusus yang menunjukkan Rasulullah SAW melakukan doa khusus di akhir atau awal tahun Hijriyah, jadi praktik ini tidak boleh dianggap sebagai sunnah dari Rasulullah.
  3. Tidak Wajib: Doa akhir tahun dan awal tahun tidak dianggap sebagai ibadah yang wajib. Ia lebih kepada aktiviti tradisi dan adat tempatan.

Doa tersebut sangat baik pengertiannya. Maka siapa yang berdoa dengan doa yang baik maka dia akan mendapat dua ganjaran.

  • Ganjaran pertama ialah berdoa kerana berdoa itu adalah ibadah.
  • Ganjaran yang kedua ialah pahala meminta perkara yang baik maka ia adalah disuruh oleh agama.

Penting untuk diingat bahawa dalam Islam, niat dan cara pelaksanaan ibadah amat penting. Jika seseorang berdoa dengan niat yang ikhlas dan selaras dengan ajaran Islam, maka doa tersebut dianggap baik.

Adakah Hadis Mengenai Doa Akhir Tahun?

Tidak terdapat dalam kitab-kitab hadis kerana ketika Nabi SAW masih hidup belum lagi dimulai kalendar tahun Islam yang hanya bermula ketika zaman Umar Al-Khattab r.a.

Adakah benar doa awal tahun ini dikiaskan dengan perbuatan Nabi SAW berdoa pada awal bulan? Adakah terdapat hadis Nabi SAW berdoa pada awal bulan?

Dari Talhah bin β€˜Ubaid r.a. katanya :

Sungguhnya Nabi saw adalah baginda telah nampak anak bulan lalu berdoa : β€œYa Allah perlihatkan bulan ini pada kami dengan kebahagiaan dan keimanan dan keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhan kamu hanyalah Allah.”

(Hadith Tirmizi)

Berdoa adalah ibadah yang sangat dituntut dan berdoa adalah inti bagi ibadah. Tidak ada sebarang larangan berdoa mengikut tahun atau bulan atau minggu atau hari atau seumpamanya.

Berdoalah setiap masa dan siapa yang lebih kerap berdoa maka lebih kasih Allah kepadanya.

Belum pernah ada seorang pun ulamak muktabar yang ada mengharamkan atau melarang orang berdoa. Tugas ulamak ialah menggalakkan orang berdoa dan beribadah kepada Allah.

Siapa yang melarang orang berdoa dengan alasan Nabi tidak berdoa adalah orang yang rosak akalnya. Tidak ada seorang pun orang yang cerdik akan berdalil seperti itu.

Berkata Mufti Mesir Dr Syauqi Ibrahim β€˜Allam:

Dan sayugianya hendaklah berwaspada dari segala fatwa yang batil yang membuat fitnah segala doa yang sangat elok ini sebagai bidaah dengan dakwaan doa ini tidak datang pada sunnah. Maka ia adalah fatwa ahli bida’ah yang tidak pernah seorang ulamak pun berkata dengannya. β€œ

(Darul Fatwa Mesir)

Kesimpulannya harus membaca doa akhir tahun dan awal tahun dan segala doa yang elok samada doa yang datang dalam hadis atau bukan.

Siapa yang melarang berdoa dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun adalah ahli bidaah yang wajiblah semua umat Islam berwaspada dengannya.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

36 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Alhamdulilah,semoga dpt diteruskan amalan ini
Alhamdulilah,semoga dpt diteruskan amalan ini
3 bulan yang lalu

Zainuddin

Aishah
Aishah
9 bulan yang lalu

Alhamdulillah..,kongsi ilmu besar ganjaran pahala..🀲🏻🀲🏻

Rodzi
Rodzi
9 bulan yang lalu

Alhamdulillah..jazakumullahu khoir atas perkongsian..

amirul
amirul
9 bulan yang lalu

Alhamdulillah, perkongsian terbaik.. mohon kebenaran untuk share ya

Saadiah Abu Hasan
Saadiah Abu Hasan
1 tahun yang lalu

Suka. Terima kasih.

Hjh Maimunah
Hjh Maimunah
1 tahun yang lalu

Penerangan yang jelas mudah diikuti dan dufahami

Hafizan
Hafizan
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbt…sya ingin brtanya yg doa akhir tahun tu baris ke 4….”alaihi Tawab” atau “Tsawab”…huruf Ta atau Tsa

Anonymous
Anonymous
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum, ustaz, kalau uzur, boleh hanya membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun ini ke?

Wan
Wan
2 tahun yang lalu

Allahumma Maa β€˜Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma Nahaitana β€˜Anhu, Falam Natub Minhu Walam Tardohu Walam Nashasu

Maaf saya ingin bertanya betul ke nashasu? Pada ayat kedua doa akhir tahun

Rosli
Rosli
2 tahun yang lalu

Assalam. Saya ingin penjelasan. Dalam dua akhir tahun, yang mana satu yang betul – alaihit tawab atau alaihit tawwab. Tulisan arab dan rumi berbeza dari segi sebutan.

Jailani
Jailani
Reply to  Rosli
1 tahun yang lalu

‘Alaihit Tawab