Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatulqadar

Apakah amalan paling minima bagi seseorang yang dikira telah mendapat kelebihan malam lailatul qadar?

JAWAPAN

Ulamak berbeza pendapat tentang batas paling minima bagi seseorang untuk mendapatkan kelebihan lailatul qadar maka berkata sebahagian ulamak yang paling minima hendaklah seorang itu menghidupkan seluruh malam atau sebahagian besar daripada malam dengan amal ibadah.

Dan sebahagian ulamak pula tidak mensyaratkan beramal seluruh malam bahkan sebahagian sahaja daripada malam yang berlaku padanya lailatul qadar maka dia dikira telah mendapat kelebihannya.

Berkata Said bin Al-Musayyib :

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ-يعني في جماعة-  فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْهَا  

Ertinya : “Barangsiapa menunaikan solat fardu isyak daripada malam lailatulqadar secara berjemaah maka sungguhnya telah telah mendapat bahagiannya daripada lailatulqadar.” (Riwayat Imam Malik pada kitab Al-Muwattha’)

Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ :

من صلى العشاء الآخرة جماعة في رمضان فقد ادرك ليلة القدر

Ertinya : “Barangsiapa solat ia akan fardu isyak berjemaah pada bulan Ramadhan maka sungguhnya dia telah mendapat lailatulqadar.”

Dan diriwayatkan daripada Abu Ja’far Muhammad bin Ali adalah Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَنْ أَتَى عَلَيْهِ رَمَضَان صَحِيحًا مُسْلِمًا، صَامَ نَهَارَهُ، وَصَلَّى وِرْدًا مِنْ لَيْلِهِ، وَغَضَّ بَصَرَهُ، وَحَفِظَ فَرْجَهُ وَلِسَانَهُ وَيَدَهُ، وَحَافَظَ عَلَى صَلَاتِهِ مَجْمُوعَةً، وَبَكَّرَ إِلَى جُمَعِهِ، فَقَدْ صَامَ الشَّهْرَ، وَاسْتَكْمَلَ الْأَجْرَ، وَأَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَفَازَ بِجَائِزَةِ الرَّبِّ 

Ertinya : “Barangsiapa sempat ia dengan Ramadhan dalam keadaan sihat sebagai seorang Islam dan dia berpuasa pada siangnya dan solat pada malamnya sebagai rutinnya dan menutup pandangannya dan memelihara kemaluannya dan lisannya dan tangannya dan memelihara olehnya atas solatnya berjemaah dan bersegera kepada jumaatnya maka sungguhnya dia telah puasa sebulan penuh dan telah sempurna pahalanya dan mendapat akan lailatulqadar dan memenangi olehnya dengan pemberian dari Tuhannya.” (Hadith dhaif riwayat Ibnu Abi Dunya)

Dan Syeikh Ramli menyebut pada kitab An-Nihayah :

وقد نقل في زوائد الروضة عن نصه في القديم -يعني نص الشافعي رحمه الله- أن من شهد العشاء والصبح في جماعة فقد أخذ بحظه منها -أي من ليلة القدر

Ertinya : “Dan sungguh telah dinaqal pada kitab Zawaid Ar-Raudhah daripada nas Imam Syafie pada qaul qadim bahawasanya barangsiapa menunaikan solat isyak berjemaah dan subuh berjemaah maka sungguh dia telah mengambil akan bahagiannya daripada malam lailatulqadar.”

Kesimpulannya jika kita mampu maka penuhkanlah masa pada malam-malam Ramadhan sebanyak mungkin dengan ibadah solat dan membaca Quran dan selawat dan berzikir dan berdoa dalam keadaan hati sentiasa dan sangat mengharap mendapat kelebihannya sebagai kurnia daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments