Bagaimanakah niat dan bacaan dalam solat?
Artikel ini menghimpunkan bacaan-bacaan dalam solat yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.
Panduan ini ditulis untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.
Apa yang menarik:
Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.
Setiap bacaan disusun mengikut urutan dalam rukun solat.
Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..
Nota Transliterasi
Dalam panduan ini, setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan rumi.
Tujuan penggunaan ejaan rumi adalah untuk membantu dan memudahkan para pembaca tidak mahir membaca tulisan Arab.
Walau bagaimanapun, tulisan rumi tidak dapat mengeja sebutan tajwid dan makhraj Arab dengan tepat.
Oleh itu, gunakan audio bacaan untuk mengatasi kelemahan ini.
Maklumat Tambahan
Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk pada pautan berikut: Nota Tulisan Arab Kepada Ejaan Rumi
Niat Solat Fardu Lima Waktu
Bahagian ini akan menyenaraikan niat solat-solat fardu dalam arab dan rumi.
Niat Solat Subuh
Lafaz niat solat fardu subuh adalah seperti berikut:
Usolli fardos-Subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Ta’ala
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Zohor
Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Asar
Usolli fardol Asri arba’a raka’atin ada’an lillahi taala.
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Maghrib
Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Isyak
Usolli Fardol Isya’e Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat dalam bahasa melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Bacaan Doa Iftitah
Bacaan doa iftitah adalah seperti berikut:
Bacaan Doa Iftitah Rumi
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Iftitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Bacaan Dalam Rukuk
Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Bacaan Iktidal (Bangun Dari Rukuk)
Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Bacaan Dalam Sujud
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bacaan Duduk Diantara Dua Sujud
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Bacaan Doa Qunut
Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:
Doa Qunut dalam Rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Nota
Panduan khas mengenai doa qunut subuh dan doa qunut nazilah boleh dibaca pada pautan ini
Bacaan Tahiyat Awal
Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah.
Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Perhatian
Panduan Khusus Solat Fardu
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Penutup
Semoga panduan bacaan dalam solat ini dapat membantu memudahkan anda mengerjakan ibadah solat.
Solat itu tiang agama.
Dan ibadah solatlah amalan pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Oleh itu, bersolatlah semoga mudah-mudahan kita semua beroleh Syurga.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan solat dan agama, anda boleh tinggalkan soalan tersebut pada ruangan di bawah.
Saya akan cuba membantu anda menjawab persoalan tersebut dengan sebaik yang mungkin.
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum ustaz , nak tanya . adakah wajib untuk baca doa iftitah ? ataupun boleh terus membaca alfatihah pada rakaat pertama ?
Wassalam,
Iftitah hukumnya sunat sahaja. Jika tidak baca iftitah dan terus baca al-Fatihah, solat tetap sah.
Assalamualaikum, Ustaz. Sy mahu tnya bolehkah baca Ayat Kursi dlm solat? Sy sudah lama tk solat dari darjah 2 sy tk pndai dlm bacaan. Sekian, terima kasih.
Harap balas:)…
Wassalam.
Boleh, tiada masalah.
Sebab ayat kursi pun adalah sebahagian daripada Surah al-Baqarah.
Assalamualaikum terimakasi ini sangat membantu kuh . :’)
Sama-sama 😊
salam ustaz.. sy ada tlihat satu video.. bacaan rukuk nya sehingga Subhaa na rabbiyal a’zimi. adakah betol bacaan begitu
Wassalam.
Ya betul juga bacaan tersebut.
niat sebelum takbiratul ihram atau semasa takbiratul ihram?
Semasa takbiratul ihram.