Bagaimana doa qunut rumi?
Ini adalah panduan doa qunut solat subuh secara bersendirian dan secara berjemaah.
Malah panduan untuk qunut nazilah juga turut disediakan.
Apa yang menarik:
Bantuan AUDIO dan ejaan RUMI juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.
Pengenalan
Terdapat tiga jenis qunut dalam solat iaitu qunut dalam solat subuh, qunut dalam solat witir ramadhan dan qunut nazilah.
Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusu’.
Manakala maksud secara istilah, qunut adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas r.a, katanya:
Rasulullah SAW sentiasa membaca dia qunut oada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia.
(Riwayat Ahmad dalam kitab Musnad Ahmad, kitab Musnad Anas bin Malik)
Al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan daripada Anas r.a bahawa:
Dia telah telah ditanya: ‘Adakah Rasulullah membaca qunut ketika Subuh?’
Jawabnya: ‘Ya’.
Mereka bertanya lagi: ‘Adakah Baginda membaca qunut sebelum rukuk?’
Katanya: ‘Sebaik sahaja selepas rukuk’
(Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Jumaat: Bab qunut sebelum dan selepas rukuk)
Doa Qunut Bersendirian
Bagaimana cara membaca doa qunut untuk solat bersendirian?
Pada rakaat kedua solat fardu subuh, sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa (membaca qunut).
Bacaan doa qunut adalah seperti berikut:
Doa Qunut Rumi
Allahhummah dinii fiiman hadait
Wa’aa finii fiiman ‘aafait
Watawallanii fiiman tawal-laiit
Wabaariklii fiimaa a’thait
Waqinii syarramaa qadhait
Fainnaka taqdhii walaa yuqdho ‘alaik
Wainnahu laayadzilu man walait
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Doa Qunut Untuk Imam / Berjemaah
Sekiranya solat fardu subuh tersebut adalah secara berjemaah, bacaan qunutnya adalah sedikit berbeza daripada bacaan solat bersendirian.
Perbezaan ini adalah kerana kata ganti nama diri bahasa arab itu ‘Ku’ (nii) ditukar kepada ‘Kami’ (naa) untuk disesuaikan dengan bilangan jemaah yang ramai (lebih dari satu).
Qunut dimulakan bacaanya oleh imam.
Imam membaca ayat-ayat bertulisan biru sebagaimana di bawah dan selebihnya (tulisan hitam) dibaca sendiri oleh makmum.
Bacaan Qunut Berjemaah Rumi:
Allahhummah dinaa fiiman hadait
Wa’aa finaa fiiman ‘aafait
Watawallanaa fiiman tawal-laiit
Wabaariklanaa fiimaa a’thait
Waqinaa syarramaa qadhait
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
Wainnahu laayadzilu man walait
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Falakalhamdu ‘Alaa Maa Qadhait
Wa Nastaghfiruka Wa Natuubu Ilaik
Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Wa Sohbihi Wasallam.
Maksud Doa Qunut
Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:
“Ni” = aku
“Na” = kami
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik.
Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Hukum Membaca Doa Qunut
Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh.
Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Walau bagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi.
Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.
Doa Qunut Nazilah
Makna Nazilah dari segi Bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.
Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat.
Hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi).
Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.
Kaedah Pelaksanaan Qunut Nazilah
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk untuk iktidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk Iktidal.
Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
- Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
- Membaca Qunut Nazilah sahaja
- Membaca Qunut subuh dan diikuti dengan Qunut Nazilah
Peringatan:
Jika tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Bacaan Qunut Nazilah Rumi
Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah.
Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.
- Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah.
- Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.
Namun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC.
Doa Qunut Nazilah
ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚
Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,
ALLâhumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,
Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚
Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu
Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚
ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚
Yâ Mujriyas-Saĥâb‚
Yâ Hazimal Aĥzâb
Ihzim-Hum. Wan-Şurnâ ‘Alayhim
Tidak Perlu Bertengkar Mengenai Hukum Doa Qunut
Walaupun terdapat pertentangan berkenaan hukum membaca qunut dalam Solat Subuh, tetapi kita harus tahu bahawa Qunut adalah sunnah Nabi saw dan meninggalkannya juga adalah sunnah Baginda.
Orang yang bertengkar serta bermasam muka semata-mata kerana bertelagah tentang hukum bacaan qunut dalam solat Subuh sebenarnya tidak mengikut sunnah Nabi saw.
Ulama silam telah membahaskan secara panjang lebar tentang isu-isu ranting seperti doa qunut.
Hasilnya, para ulama dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa qunut adalah sunat, tetapi pandangan ulama dalam mazhab lain tidak sebegitu.
Mereka berbeza pendapat dalam suasana harmoni.
Hukum solat Subuh tetap sah sekalipun dibaca doa qunut ataupun tidak.
Sikap mengikut sunnah adalah baik dan mulia, namun ia tidaklah sempit sebegitu.
Sunnah Nabi adalah rujukan dan ia terdedah kepada tafsiran.
Maka sikap berlapang dada dan bertoleransi adalah sifat yang paling baik yang perlu kita amalkan.
Tinggalkan Komen Anda..
Terima kasih atas info ustaz..saya mohon copy ustas..terima kasih
Cukup jelas, terima kasih
Sama-sama 😊
Doa qunut bacaan imam ketika solat berjemaah ada kesilapan pada akhir doa. Yang ditulis “As taq fi ruka wa aa tu….”. Sepatutnya “Nas taq fi ruka wa na tu
……”. Beza ‘as’ untuk aku dan ‘nas’ untuk kami.
Ok baik2, saya akan buat pembetulan segera.
Terima kasih.
Assalamualaikum ustaz sy ingin bertanya adakah sah solat subuh sy sekiranya sy tidak mengangkat tangan ketika membaca doa qunut dan adakah sah solat sy sekiranya bacaan doa qunut sy tidak lengkap. Mohon pencerahan terima kasih.
Assalamualaikum. Saya perasan ada kesalahan ejaan. Harap dapat dibetulkan. Terima kasih.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha [‘alait.] (‘alaik)
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wassalam.
Terima kasih, insyaAllah saya akan buat pembetulan segera.