Qunut Nazilah (Panduan Lengkap Rumi)

Qunut Nazilah

Ini adalah panduan lengkap mengenai Qunut Nazilah.

Ejaan rumi dan audio juga turut disertakan dalam doa ini bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini membantu.

Maksud Nazilah

Makna Nazilah dari segi Bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.

Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.

Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat.

Hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi).

Qunut ini dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.

Kaedah Pelaksanaan Qunut Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk untuk iktidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk Iktidal.

Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca Qunut subuh dan diikuti dengan Nazilah

Peringatan:

JikaΒ  tidak menghafal Nazilah, bolehlah membaca qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa ini boleh dibaca selepas solat.

Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Bacaan Qunut Nazilah Rumi

Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Nazilah.

Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.

  • Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah.
  • Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.

Namun begitu, terdapat teks Doa Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC.

Doa Qunut Nazilah

dua qunoot nazilah

ALLΓ’humma β€˜InnΓ’ Naj-β€˜Aluka Fi NuΔ₯uri β€˜Aβ€˜-DΓ’ β€˜InnΓ’β€š

dua qunoot nazilah

Wa Na-β€˜UΕΌu-Bika Min Syuru-Rihim,

dua qunoot nazilah

ALLΓ’humma Baddid Syam-Lahum

dua qunoot nazilah

Wa Farriq Jam-β€˜Ahumβ€š

dua qunoot nazilah

Wa Syattit Kalimata-Hum,

dua qunoot nazilah

Wa Zal-Zil β€˜AqdΓ’-Mahum,

dua qunoot nazilah

Wa SalliΕ£ β€˜Alayhim KalbΓ’n Min KilΓ’bikβ€š

dua qunoot nazilah

YΓ’ QahhΓ’rβ€š Ya JabbΓ’rβ€š YΓ’ Muntaqimu

dua qunoot nazilah

YΓ’ ALLΓ’huβ€š YΓ’ ALLΓ’huβ€š YΓ’ ALLΓ’hβ€š

dua qunoot nazilah

ALLΓ’humma YΓ’ Mun-Zilal-KitΓ’bβ€š

dua qunoot nazilah

YΓ’ Mujriyas-SaΔ₯Γ’bβ€š

dua qunoot nazilah

YΓ’ Hazimal AΔ₯zΓ’b

dua qunoot nazilah

Ihzim-Hum. Wan-ŞurnΓ’ β€˜Alayhim

Untuk audio, sila play video dibawah untuk mendengar cara sebutan yang betul:

YouTube video

Panduan Berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah
Hamba Allah
4 bulan yang lalu

Assalamualaikum saudara

Ketika membaca doa qunut nazilah ini, perlukan menolak tadah tangan? saya dengar kalau menolak tadah tangan ini untuk menolak bala. Adakah afdal untuk amalkan?

Terima kasih

Nur Aidah Ahmad Mansur
Nur Aidah Ahmad Mansur
5 bulan yang lalu

Jazakallah saudara M Naim…sangat membantu. Teruskan usaha yang baik spt ini..semoga Allah memberkatinya…πŸ‘