Bagaimana niat mandi wajib dan cara mandi wajib yang betul?
Panduan ini akan membimbing anda menunjukkan cara mandi wajib selepas haid, junub dan nifas yang betul, sempurna dan sah.
Ia juga menerangkan segala perkara yang berkaitan dengannya.
- Apakah rukun mandi wajib
- Doa selepas mandi wajib
Dan paling penting, panduan ini juga menyenaraikan persoalan-persoalan lazim yang sering timbul berkaitan dengan mandi wajib yang boleh anda rujuk.
- Pengertian Mandi Wajib
- Hukum Mandi Wajib
- Sebab Mandi Wajib
- Niat Mandi Wajib Rumi
- Rukun Mandi Wajib
- Syarat Sah Mandi Wajib
- Cara Mandi Wajib Yang Betul
- Perkara Wajib & Sunat Semasa Mandi Wajib
- Cara Menghilangkan Rasa Was-Was Mandi Wajib
- Hukum Mandi Di Kolam dan Sungai
- Adakah Wanita Istihadah Perlu Mandi Wajib?
- Masalah Berkaitan Mandi Wajib
Pengertian Mandi Wajib
Mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air kepada seluruh badan.
Menurut syarak pula ialah mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu.
Mandi wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebaliknya.
Hukum Mandi Wajib
Mandi wajib, dikenali sebagai mandi junub dan disebut juga sebagai mandi hadas besar.
Hukum mandi wajib atau mandi hadas besar ini ialah WAJIB
Jika sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku ke atas diri seseorang, maka wajiblah dia mandi.
Seandainya seseorang itu belum mandi wajib atau mandi junub, maka haramlah dia mengerjakan solat, haram menyentuh dan membawa al-Quran, membacanya, haram mengerjakan tawaf dan lain-lain yang diharamkan ketika dalam keadaan berhadas besar.
Suruhan atau perintah mandi wajib ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah, maksudnya:
Dan jika kamu sedang junub, maka bersuci (mandilah) kamu
(al-Maidah 5: 6)
Ini bererti jika seseorang itu dalam keadaan berhadas besar atau junub, maka wajiblah dia mandi agar dia suci daripada hadas dan kemudian boleh mengerjakan pelbagai macam ibadat.
Sebab Mandi Wajib
Mandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim.
Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah.
Oleh itu penting untuk kita memberi perhatian serius mengenai perkara ini. Terdapat beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib.
Antaranya adalah:
1. Bersetubuh (Berjimak) Sama ada keluar air mani ataupun tidak.
Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan perempuan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang dikhatan) ke dalam faraj.
Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:
Apabila bertemu dua khitan, maka sesungguhnya wajib mandi — Riwayat Ibnu Majah
2. Keluar air mani secara sengaja ataupun tidak
3. Mati selain daripada mati syahid
4. Datangnya Haid bagi perempuan
5. Keluar darah Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin)
6. Wiladah (bersalin)
Niat Mandi Wajib Rumi
Berikut saya sertakan beberapa cara niat mandi wajib secara umum dan secara khusus.
Niat Mandi Hadas Besar
Ini adalah niat umum untuk mengangkat hadas besar untuk junub, haid dan nifas.
Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala.
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
Selain dari niat umum diatas, niat mandi wajib juga boleh dibaca secara khusus untuk Junub, Haid dan Nifas, seperti dibawah:
Niat Mandi Junub
Niat mandi wajib khusus bagi junub adalah seperti berikut:
Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala
Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala
Niat Mandi Wajib Haid
Niat mandi wajib khusus bagi haid adalah seperti berikut:
Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala
Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Niat Mandi Wajib Nifas
Niat mandi wajib bagi nifas pula adalah seperti ini:
Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala
Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Nota:
Bilakah perlu dibaca niat mandi wajib ini?
Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita. Niat boleh dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam hati.
Rukun Mandi Wajib
Rukun mandi wajib ada dua sahaja, iaitu:
- Niat Mandi Wajib
- Membasuh Seluruh Anggota Badan Yang Zahir
Apabila kita telah melakukan dua perkara ini, maka sah lah mandi wajib tersebut.
Syarat Sah Mandi Wajib
Antara syarat sah mandi wajib adalah menghilangkan najis dari badan.
Bila seseorang ingin melakukan mandi wajib, maka disyaratkan untuk terlebih dahulu memastikan TIADA najis yang masih melekat pada mana-mana anggota badannya.
Cara Mandi Wajib Yang Betul
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Disini adalah saya tunjukkan cara langkah demi langkah cara mandi wajib mengikut adab dan sunat-sunatnya, berdasarkan hadis Aisyah r.a.
Langkah PertamaMula-mula kita hadapkan badan kita ke arah kiblat.
Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali.
Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali.
Setelah itu kita beristinjak yakni membasuh kemaluan, membuang najis dan benda-benda yang dapat menghalang sampainya air ke kulit badan kita.
Langkah Kedua
Kemudian, kita berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat.
Tapi niatnya ialah:
Sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi wajib, sunat kerana Allah Taala
Langkah Ketiga
Kemudian, bacalah basmallah (Bismillahir Rahmanir Rahim) dan berniat sambil mencurahkan air ke seluruh badan kita.
Apabila air telah menyentuh kulit tubuh, maka niat untuk mandi wajib.
Niatnya, seperti yang telah disebutkan dalam rukun mandi ialah:
Niatnya, seperti yang telah disebutkan dalam rukun mandi ialah:
Sahaja aku berniat mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
Atau boleh juga:
Sahaja aku mandi wajib kerana kerana Allah Taala
Langkah Keempat
Kemudian sampaikanlah air ke seluruh tubuh, termasuk ke celah-celah jari-jari tangan, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur.
Rambut yang terikat hendaklah diuraikan.
Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.
Langkah Kelima
Kemudian, jika kita mandi di sungai yang mengalir atau kolam yang airnya lebih dari dua kullah, maka dibolehkan menyelam ke dalam air.
Lakukanlah sebanyak tiga kali selaman sambil berniat dan meratakan air ke seluruh tubuh dengan menggosok-gosok tangan ke seluruh badan, termasuk celah-celah yang boleh disampaikan air kepadanya.
Langkah Keenam
Kemudian, selepas semua itu dilakukan, maka berhentilah mandi, lalu baca doa ini:
Doa Mandi Wajib
Asy-hadu alla ilaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa-asy-hadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh.
Maksudnya:
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.
Peringatan:
- Sekiranya terdapat najis di anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu
- Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali.
- Perbezaan antara cara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
- Setelah mandi hadas besar maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan solat dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wuduk semasa mandi.
Perkara Wajib & Sunat Semasa Mandi Wajib
Terdapat beberapa perkara yang wajib dan sunat dilakukan ketika mandi wajib
Perkara Wajib
- Niat
- Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau rambut. Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya.
Perkara Sunat
- Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air
- Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
- Berwuduk
- Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali
- Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri.
- Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
- Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.
- Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk
Cara Menghilangkan Rasa Was-Was Mandi Wajib
Bagaimanakah cara menghilangkan rasa was-was semasa mandi wajib?
Antara kaedah yang diajarkan ulama’ adalah jangan melayan perasaan was-was tersebut.
Kaedah fiqh mengatakan “al-yakin la uzaalu bil-syak” iaitu ‘yakin tidak dibatalkan dengan keraguan’.
Imam Suyuthi menyebutkan bahawa kaedah ini menjadi 3/4 daripada hukum fiqh.
Hukum Mandi Di Kolam dan Sungai
Apakah hukum mandi wajib dalam kolam atau sungai?
Hukumnya sah.
Sama ada dia mandi dalam air yang tenang (seperti kolam air) atau air yang mengalir (seperti sungai).
Tapi jika dalam kolam mandi, mestilah kolam air itu melebihi 2 qullah (228 liter).
Jika tidak sampai 2 qullah, air itu akan menjadi mustakmal apabila dibuat untuk mandi wajib.
Cuma berbalik pada syarat sah cara mandi wajib, iaitu menyampaikan air pada seluruh anggota yg zahir (luaran) seperti keseluruhan rambut, bulu-bulu, bawah kuku, lubang telinga yang zahir (had yang sehinga boleh dimasuki jari), termasuk celah punggung dan zahir dubur (lubang tempat keluar najis yang fleksibel itu), yakni wajib dibukakan sedikit (diteran sedikit) dan dikenakan air padanya.
Manakala pada rambut pula, jika ia disanggul wajib dibuka sanggulnya agar dikenakan air.
Adapun anggota yang batin (dalaman) sahaja tidak wajib dikenakan air, seperti lubang telinga yang batin (yakni had yang tak boleh dimasuki jari) dan lubang hidung.
Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Mu’in berkata:
Terhasil (sah mandi wajib) di dalam air yang tenang (kolam air) dengan (disunatkan pula) menggerak-gerakkan semua anggota badan sebanyak tiga kali.” [Fathul Mu’in]
Syeikh Arsyad al-Banjari di dalam Sabilal Muhtadin berkata:
Dan jikalau mandi (wajib) seorang dengan menyelam ke dalam air yang mengalir (sungai) maka memadai ia (mendapatkan sunat) pada menigai (tiga kali) itu (dengan) lalu (mengalir) atasnya tiga jerih air.”
[Sabilal Muhtadin]
Syeikh Asyad al-Banjari menambah lagi:
Dan jikalau ada air itu tenang (kolam air) maka hasil (dapat pahala sunat) menigai (tiga kali) itu dengan mengangkatkan kepalanya dan memindahkan (menggerakkan) kedua kakinya di dalam air (sebanyak) tiga kali, atau (dapatkan pahala sunat) dengan berpindah (bergerak) ia di dalam air, daripada tempatnya kepada tempat (posisi) yang lain tiga kali.”
[Sabilal Muhtadin]
Adakah Wanita Istihadah Perlu Mandi Wajib?
Wanita yang istihadah tidak wajib mandi hadas.
Sama ada dia masih istihadah atau sudah sembuh dari istihadah, dia tidak perlu mandi wajib.
Ini kerana Istihadah bukanlah darah haid atau nifas.
Menurut pendapat mazhad Syafie, ada disebutkan dalam kitab al-Majmuk seperti ini:
Menurut mazhab kami, bersuci orang istihadah ialah dengan berwuduk. Tidak wajib ke atasnya mandi untuk mengerjakan solat apa pun, kecuali satu kali sahaja, iaitu ketika berhenti darah haidnya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Ummu Habibah binti Jahsyin mengalami istihadah kemudian Rasulullah SAW berkata kepadanya:
Ini bukan haid, tetapi darah penyakit. Maka mandilah kemudian solatlah. (Hadis riwayat an-Nasa’i)
Imam Syafie berkata:
Dalam hadis itu bukanlah bererti Rasulullah SAW menyuruh mandi untuk setiap solat.
Ini juga disebutkan oleh Syeikh Sofyan bin Ainah, Laits bin Sa’ad dan yang lainnya.
Masalah Berkaitan Mandi Wajib
Disini dikumpulkan beberapa soalan lazim mengenai permasalahan cara mandi wajib.
Penutup
Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim.
Ia adalah punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.
Andai seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci atau mandi wajib junub secara tidak sempurna, maka solatnya dikira tidak sah.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.
Tinggalkan Komen Anda..
Aslmm ustazz..nk tny dktt ibu jari kaki saya ada luka lpstu ade mcm kuning sikitt..lpstu saya cuba hilangkan tpi x blh..adakah sah mandi wajib saya?
salam , nak tanya. sah ke kalau mandi wajib tapi takcuci kemaluan guna sabun lepastu cuci tangan kiri guna sabun ??
Wassalam.
Sah, tiada masalah guna sabun semasa mandi wajib.
Saya niat dan cuci kemaluan pakai sabun seperti biasa sabanyak 3 kali dan secara tiba ii saya berasa was was dan saya mengulanginya semula dari awal dan niat semula tetapi saya tidak menggunakan sabun pada kemaluan kerana saya sudah yakin ia sudah bersih . boleh ke macam tu ? sah ?
Boleh, sah tu memang sah.
Cuma buang masa dan membazir air sahaja lah
Sebenarnya tidak perlu layan pun perasaan was-was itu. 😊
assalamualaikum ustaz, sah ke kalau air dah dirata seluruh badan lepas tu baru niat?
Wassalam,
Tidak sah. Mesti dimulakan dengan niat dahulu.
Jika sudah selesai mandi kemudian baru niat, maka tidak sah mandi itu.
assalamualikum ustaz,saya nk betanya waktu air kena pada bahagian badan kita,namun saya tak gosok ,adakah sah mandi wajib saya.Cth waktu saya tinggung untuk cuci dubur,tatapi saya tak gosok pinggul saya ,tapi saya yakin yg air kena padanya.Mohon pencerahan ustaz,terima kasih banyak2.
Wassalam,
Kalau air sudah rata ke seluruh badan, maka sudah sah mandi itu.
Tidak kisah awak gosok atau tidak, selagi awak pasti air sudah sampai ke serata tubuh maka insyaaAllah sah mandi awak.
Wallahuaklam.
Ouh yeker,baik2 igtkn kena gosok2 sbb sblm nih saya igtkn rata air ke seluruh badan kena gosok2,walaupon air dh kena satu badan,terima kasih ustaz atas penjelasan☺️
Sama-sama 😊
Assalamualaikum ustaz..tdi saya dh mandi wajib..slpas dh siap smua tu sye terperasan kat ibu jari kaki saya kat bahagian kuku ade mcm hitam kotor sikit tpi x pasti apedia..slpstu sye dh try hilangkan dan ia hilang..masa mandi x de pulak perasan yg kotor kat bahagian tersebut..lps dh hbis mndi tu sye check² blik ade mcm hitam² kotor tuu…ape pndapat ustaz??saya nak kne mandi blik ke x payah??mohon bls dgn segera ustaz pleasee🙏
Wassalam.
Tak perlu mandi semula, cuma niat sambung mandi wajib. Basuh bahagian kaki itu sahaja. 😊
Mknenye just niat blik dlm hati pastu basuh bahagian yg kaki itu sahaja..
Iya betul. 👍
Baik terima kasih ustaz
Sama-sama