TAWAF UMRAH & HAJI: Niat, Cara dan Doa Setiap Pusingan

Panduan lengkap mengerjakan tawaf umrah & haji seperti niat, cara tawaf dan bacaan doa setiap pusingan. Bimbingan penuh langkah demi langkah.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 25 Oktober 2026

Terus ke: Niat Tawaf Umrah Cara Mengerjakan Tawaf Panduan Solat Sunat Tawaf Haid Ketika Tawaf

Berdiri di hadapan Kaabah buat pertama kali, ramai jemaah tertanya-tanya bagaimana niat tawaf umrah yang betul dan apa yang perlu dibaca pada setiap pusingan. Di tengah ribuan manusia yang bergerak serentak, mudah sekali terlupa doa atau tersilap kira pusingan.

Panduan ini menerangkan niat tawaf umrah dan haji, cara tujuh pusingan dengan bacaan Arab, rumi dan maksud, serta syarat sah tawaf mengikut Mazhab Syafi’e.

Semoga panduan ini membantu anda, InsyaAllah.

Semakan editorial: 14 Oktober 2026 · Semakan fiqh pakar: dalam proses · Rujukan utama: Nota Kursus Asas Haji 1448H Tabung Haji, al-Azkar dan al-Majmu’ karya Imam al-Nawawi, al-Quran, Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Ringkasan

Tawaf ialah perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, bermula dan berakhir di Hajarul Aswad, dengan Kaabah berada di sebelah kiri. Tawaf umrah ialah rukun umrah, dan sahnya memerlukan suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.

Lafaz niat tawaf umrah: Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafal ‘umrati, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa. Bacalah ketika berdiri selari dengan Hajarul Aswad, sebelum pusingan pertama.

Selepas berniat, ikut kad Pusingan 1 hingga 7 di bawah. Setiap kad menunjukkan apa yang perlu dibuat dan dibaca, dari Hajarul Aswad hingga kembali ke Hajarul Aswad. Anda hanya perlu ingat pusingan ke berapa.

Ikut langkah ini

Niat dan Cara Tawaf: Pusingan 1 hingga 7

Ikut kad di bawah satu demi satu. Setiap pusingan bermula dan berakhir di garisan Hajarul Aswad. Doa dalam kad ialah cadangan. Bacalah mana yang sempat, dengan suara perlahan.

Gambaran laluan tawaf

Infografik laluan tawaf: tujuh pusingan lawan arah jam mengelilingi Kaabah, bermula dan berakhir di garisan Hajarul Aswad
Kaabah sentiasa di sebelah kiri. Klik gambar untuk besarkan.

Sebelum mula

Masuk Masjidil Haram

Berwuduk dahulu. Masuk dengan kaki kanan dan baca:

Doa masuk masjidSahih

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Allahummaftah lii abwaaba rahmatik.

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu.

Sahih Muslim, no. 713

Ketika pertama kali melihat Kaabah

Angkat tangan dan baca doa ini, kemudian berdoalah dengan hajat anda:

Doa melihat KaabahDaif

اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْبَيْتَ تَشْرِيفًا وَتَعْظِيمًا وَتَكْرِيمًا وَمَهَابَةً، وَزِدْ مَنْ شَرَّفَهُ وَكَرَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ أَوِ اعْتَمَرَهُ تَشْرِيفًا وَتَكْرِيمًا وَتَعْظِيمًا وَبِرًّا

Allahumma zid haadzal-baita tasyriifan wa ta’ziiman wa takriiman wa mahaabatan, wa zid man syarrafahu wa karramahu mimman hajjahu awi’tamarahu tasyriifan wa takriiman wa ta’ziiman wa birraa.

Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, keagungan, kehormatan dan kehebatan bagi Rumah ini (Kaabah). Dan tambahkanlah bagi orang yang memuliakan dan menghormatinya, daripada kalangan yang mengerjakan haji atau umrah, kemuliaan, kehormatan, keagungan dan kebaikan.

Riwayat al-Syafi’e dan al-Baihaqi; dianjurkan ulama mazhab Syafi’e (sanad daif)

Doa lain ketika melihat Kaabah ada dalam panduan Doa Depan Kaabah.

Bersedia untuk tawaf

Lelaki: buka bahu kanan (idtiba’). Letakkan bahagian tengah kain ihram atas di bawah ketiak kanan, dan kedua-dua hujungnya di atas bahu kiri.

Berhenti bertalbiah. Bagi umrah, talbiah tamat apabila anda memulakan tawaf.

Lelaki: ramal pada pusingan 1 hingga 3. Jalan cepat dengan langkah pendek jika tidak sesak. Wanita jalan biasa sepanjang tawaf.

Pergi ke garisan permulaan. Ikut papan tanda permulaan tawaf. Di tingkat atas, garisan yang selari dengan Hajarul Aswad ditanda lampu hijau.

Berdiri sedikit sebelum garisan, di sebelah Rukun Yamani, supaya seluruh badan anda belum melepasi garisan Hajarul Aswad.

Papan tanda arah ke titik permulaan tawaf di Masjidil Haram
Papan tanda “Bidayah al-Tawaf” menunjukkan arah ke garisan permulaan tawaf.

Cara isyarat ke Hajarul Aswad

Lihat cara ini dahulu. Anda akan mengulanginya pada permulaan setiap pusingan:

Empat langkah isyarat ke Hajarul Aswad: berdiri sebelum garisan, angkat tangan kanan, kucup tapak tangan, Kaabah di sebelah kiri
Klik gambar untuk besarkan.

Di garisan, berniat

Berdiri menghadap Hajarul Aswad dan baca niat ini, sebelum melangkah untuk pusingan pertama:

Niat tawaf umrahLafaz niat

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْعُمْرَةِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafal ‘umrati, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf umrah, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Lafaz niat tawaf, Nota Kursus Asas Haji 1448H Tabung Haji, Modul 3. Berniat bagi tawaf umrah hukumnya sunat.

Tidak hafal? Cukup berniat dalam hati dengan bahasa sendiri: “Sahaja aku tawaf umrah tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

Jika berlaku di tengah tawaf

  • Ragu sudah pusingan ke berapa semasa tawaf? Ambil bilangan yang paling sedikit, kemudian sempurnakan hingga tujuh. Ragu yang timbul selepas tawaf selesai tidak diambil kira.
  • Wuduk terbatal? Keluar dan ambil wuduk, kemudian sambung dari tempat wuduk anda terbatal. Semua yang sudah dibuat sebelum itu tetap dikira, termasuk separuh pusingan.
  • Tersentuh lawan jantina tanpa syahwat kerana sesak? Teruskan tawaf. Anda tidak perlu keluar mengambil wuduk semula (lihat Bersentuhan Lelaki dan Wanita Ketika Tawaf).
  • Iqamah berbunyi? Berhenti dan solat berjemaah, kemudian sambung dari tempat anda berhenti.
  • Penat? Berehat di tepi laluan sebentar, kemudian sambung dari tempat anda berhenti. Tawaf anda tetap sah.

Lompat ke pusingan1234567

1

Pusingan 1 daripada 7

Lelaki: ramal (jalan cepat)

Di garisan Hajarul Aswad

Hadap Hajarul Aswad. Angkat tangan kanan ke arahnya, kemudian kucup tapak tangan. Baca:

Athar sahabat

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ إِيمَانًا بِكَ، وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bismillaahi wallaahu akbar. Allahumma iimaanan bika, wa tasdiiqan bikitaabika, wa wafaa’an bi’ahdika, wattibaa’an lisunnati nabiyyika sallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar. Ya Allah, (aku melakukannya) kerana beriman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan mengikut sunnah Nabi-Mu SAW.

Al-Nawawi, al-Azkar (amalan sahabat)

Kemudian pusing badan supaya Kaabah berada di sebelah kiri anda, dan mula berjalan. Pusingan pertama dikira apabila seluruh badan anda melintasi garisan.

Sambil berjalan

Baca doa di bawah, mana yang sempat. Tidak perlu habiskan semuanya. Klik Maksud untuk melihat maksud doa.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 1Susunan ulama

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِيمَانًا بِكَ، وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.

Subhaanallaahi walhamdu lillaahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahil-‘aliyyil-‘azhiim, wassalaatu wassalaamu ‘alaa rasuulillaahi sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma iimaanan bika, wa tasdiiqan bikitaabika, wa wafaa’an bi’ahdika, wattibaa’an lisunnati nabiyyika Muhammadin sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma innii as’alukal-‘afwa wal-‘aafiyata wal-mu’aafaatad-daa’imata fid-diini wad-dunyaa wal-aakhirah, wal-fawza bil-jannati wan-najaata minan-naar.

Maksud dan sumber

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Ya Allah, aku bertawaf kerana beriman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan mengikut sunnah Nabi-Mu Muhammad SAW. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan, kesejahteraan dan perlindungan yang berkekalan dalam urusan agama, dunia dan akhirat, serta kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

1Doa taubatSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran, wa laa yaghfirudz-dzunuuba illaa anta, faghfir lii maghfiratan min ‘indika, warhamnii, innaka antal-ghafuurur-rahiim.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri, dan tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sahih al-Bukhari, no. 834; Sahih Muslim, no. 2705

2Doa taubat Nabi YunusAl-Quran

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh-zhaalimiin.

Maksud dan sumber

Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.

Surah al-Anbiya’ 21:87

3Penghulu istighfarSahih

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastata’tu, a’uudzu bika min syarri maa sana’tu, abuu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu’u laka bidzanbii, faghfir lii, fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illaa anta.

Maksud dan sumber

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku ialah hamba-Mu. Aku tetap berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sedaya upayaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.

Sahih al-Bukhari, no. 6306

4Doa istighfarSahih

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu, wa maa asrartu wa maa a’lantu, wa maa asraftu, wa maa anta a’lamu bihi minnii, antal-muqaddimu wa antal-mu’akhkhiru, laa ilaaha illaa anta.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah aku lakukan dahulu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku lakukan secara terang-terangan, yang aku lakukan secara melampaui batas, dan dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Engkaulah Yang Mengakhirkan. Tiada Tuhan melainkan Engkau.

Sahih Muslim, no. 771

5Doa dilindungi daripada segala yang burukBerdasarkan hadis sahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ وَالأَدْوَاءِ

Allahumma innii a’uudzu bika min munkaraatil-akhlaaqi wal-a’maali wal-ahwaa’i wal-adwaa’.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada akhlak yang mungkar, amalan yang mungkar, hawa nafsu yang mungkar dan penyakit-penyakit yang buruk.

Sunan al-Tirmizi, no. 3591 (Darussalam: sahih), tanpa lafaz wal-adwaa’. Lafaz wal-adwaa’ daripada riwayat lain (Sahih al-Jami’, no. 1298).

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan tanpa menciumnya. Hentikan langkah semasa menyentuh, kemudian pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum meneruskan langkah. Cukup isyarat dengan tangan jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram kerana penjuru ini lazimnya diwangikan. Sambil itu baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Sunan Abi Dawud, no. 1892; Surah al-Baqarah 2:201

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 1 selesai. Baki 6 pusingan. Pusingan 2 ↓

2

Pusingan 2 daripada 7

Lelaki: ramal (jalan cepat)

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Baca doa di bawah, mana yang sempat. Tidak perlu habiskan semuanya. Klik Maksud untuk melihat maksud doa.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 2Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتُكَ، وَالْحَرَمَ حَرَمُكَ، وَالْأَمْنَ أَمْنُكَ، وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ، وَهَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ النَّارِ، فَحَرِّمْ لُحُومَنَا وَبَشَرَتَنَا عَلَى النَّارِ. اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ. اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ. اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.

Allahumma inna haadzal-baita baituka, wal-harama haramuka, wal-amna amnuka, wal-‘abda ‘abduka, wa ana ‘abduka wabnu ‘abdika, wa haadzaa maqaamul-‘aa’idzi bika minan-naar, faharrim luhuumanaa wa basyaratanaa ‘alan-naar. Allahumma habbib ilainal-iimaana wa zayyinhu fii quluubinaa, wa karrih ilainal-kufra wal-fusuuqa wal-‘isyaan, waj’alnaa minar-raasyidiin. Allahumma qinii ‘adzaabaka yauma tab’atsu ‘ibaadak. Allahummarzuqnil-jannata bighairi hisaab.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya rumah ini rumah-Mu, tanah haram ini tanah haram-Mu, keamanan ini keamanan daripada-Mu, hamba ini hamba-Mu, dan aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu. Inilah tempat orang yang berlindung dengan-Mu daripada neraka, maka haramkanlah daging dan kulit kami daripada neraka. Ya Allah, jadikanlah kami cinta akan iman dan hiasilah ia dalam hati kami, jadikanlah kami benci akan kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan, dan jadikanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah, peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu. Ya Allah, kurniakanlah aku syurga tanpa hisab.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam. Sebahagian lafaznya daripada Surah al-Hujurat 49:7, dan Allahumma qinii ‘adzaabaka yauma tab’atsu ‘ibaadak ialah doa Nabi SAW (Sahih Muslim, no. 709).

1Doa kesejahteraan rumah tanggaAl-Quran

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yun, waj’alnaa lil-muttaqiina imaamaa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan dan zuriat keturunan kami perkara yang menyejukkan mata (hati), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Surah al-Furqan 25:74

2Doa supaya nama harumAl-Quran

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Rabbi hab lii hukman wa alhiqnii bis-saalihiin, waj’al lii lisaana sidqin fil-aakhiriin, waj’alnii min waratsati jannatin-na’iim.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku hikmah (ilmu dan kefahaman) dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. Jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan generasi yang terkemudian. Dan jadikanlah aku daripada golongan yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan.

Surah al-Syu’ara’ 26:83-85

3Doa murah rezekiDaif

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي

Allahummaghfir lii dzanbii, wa wassi’ lii fii daarii, wa baarik lii fii rizqii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku dan berkatilah rezekiku.

Al-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra, no. 9908; Sunan al-Tirmizi, no. 3500 (sanad daif)

4Doa keampunan untuk ibu bapaAl-Quran

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Rabbanaghfir lii wa liwaalidayya wa lil-mu’miniina yauma yaquumul-hisaab.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab (perhitungan amal).

Surah Ibrahim 14:41

5Doa keindahan akhlakLihat sumber

اللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Allahumma kamaa hassanta khalqii fa hassin khuluqii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkanlah akhlakku.

Musnad Ahmad, no. 3823; al-Tabarani, al-Du’a, no. 404

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 2 selesai. Baki 5 pusingan. Pusingan 3 ↓

3

Pusingan 3 daripada 7

Lelaki: ramal, kali terakhir

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Baca doa di bawah, mana yang sempat. Tidak perlu habiskan semuanya. Klik Maksud untuk melihat maksud doa.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 3Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّكِّ وَالشِّرْكِ وَالشِّقَاقِ وَالنِّفَاقِ وَسُوءِ الْأَخْلَاقِ وَسُوءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ وَالْوَلَدِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Allahumma innii a’uudzu bika minasy-syakki wasy-syirki wasy-syiqaaqi wan-nifaaqi wa suu’il-akhlaaqi wa suu’il-manzhari wal-munqalabi fil-maali wal-ahli wal-walad. Allahumma innii as’aluka ridhaaka wal-jannah, wa a’uudzu bika min sakhatika wan-naar. Allahumma innii a’uudzu bika min fitnatil-qabri, wa a’uudzu bika min fitnatil-mahyaa wal-mamaat.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keraguan, syirik, perpecahan, kemunafikan dan akhlak yang buruk, serta daripada pemandangan yang buruk dan perubahan keadaan yang buruk pada harta, keluarga dan anak-anak. Ya Allah, aku memohon keredaan-Mu dan syurga, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kubur, dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah semasa hidup dan mati.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

1Doa bersyukurDaif

يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Yaa rabbi lakal-hamdu kamaa yanbaghii lijalaali wajhika wa li’azhiimi sultaanik.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.

Sunan Ibnu Majah, no. 3801 (sanad daif)

2Doa menolak balaBerdasarkan hadis sahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ

Allahumma innii a’uudzu bika min jahdil-balaa’, wa darakisy-syaqaa’, wa suu’il-qadhaa’, wa syamaatatil-a’daa’.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang berat, daripada ditimpa kecelakaan, daripada takdir yang buruk, dan daripada kegembiraan musuh atas musibah yang menimpaku.

Disusun dalam bentuk doa daripada Sahih al-Bukhari, no. 6347 (Nabi SAW berlindung daripada empat perkara ini). Lihat juga Sahih Muslim, no. 2707.

3Doa agar dilunaskan hutangDaif

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Allahumma innii a’uudzu bika minal-hammi wal-hazan, wa a’uudzu bika minal-‘ajzi wal-kasal, wa a’uudzu bika minal-jubni wal-bukhl, wa a’uudzu bika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan penindasan manusia.

Sunan Abu Dawud, no. 1555 (sanad daif)

4Doa perlindungan daripada ujian hidupSahih

اللَّهُمَّ فَإِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma fa innii a’uudzu bika min fitnatin-naari wa ‘adzaabin-naar, wa fitnatil-qabri wa ‘adzaabil-qabr, wa min syarri fitnatil-ghinaa, wa min syarri fitnatil-faqr, wa a’uudzu bika min syarri fitnatil-masiihid-dajjaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah neraka dan azab neraka, fitnah kubur dan azab kubur, daripada keburukan fitnah kekayaan dan keburukan fitnah kefakiran. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Sahih Muslim, no. 589 (sunnah.com: 589b, Kitab al-Zikr), riwayat Aisyah RA (bahagian awal doa). Makna yang sama dalam Sahih al-Bukhari, no. 6377 dengan lafaz yang berbeza sedikit.

5Doa dihapuskan dukacita dan diberi kegembiraanLihat sumber

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

Allahumma innii ‘abduka, wabnu ‘abdika, ibnu amatika, naasiyatii biyadika, maadhin fiyya hukmuka, ‘adlun fiyya qadhaa’uka, as’aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahu fii kitaabika, au ‘allamtahu ahadan min khalqika, awista’tsarta bihi fii ‘ilmil-ghaibi ‘indaka, an taj’alal-Qur’aana rabii’a qalbii, wa nuura sadrii, wa jalaa’a huznii, wa dzahaaba hammii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu yang lelaki dan anak kepada hamba-Mu yang perempuan. Ubun-ubunku di tangan-Mu, hukum-Mu berlaku ke atasku, adil ketetapan-Mu ke atasku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran penyeri hatiku, cahaya dadaku, penghilang kesedihanku dan pelenyap kerunsinganku.

Musnad Ahmad, no. 3712 dan 4318; Sahih Ibnu Hibban, no. 972

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 3 selesai. Baki 4 pusingan. Pusingan 4 ↓

4

Pusingan 4 daripada 7

Semua jemaah: jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Baca doa di bawah, mana yang sempat. Tidak perlu habiskan semuanya. Klik Maksud untuk melihat maksud doa.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 4Susunan ulama

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا، وَسَعْيًا مَشْكُورًا، وَذَنْبًا مَغْفُورًا، وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُولًا، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُورَ. يَا عَالِمَ مَا فِي الصُّدُورِ، أَخْرِجْنِي يَا اللَّهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ. رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي، وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي مِنْكَ بِخَيْرٍ.

Allahummaj’alhu hajjan mabruuran, wa sa’yan masykuuran, wa dzanban maghfuuran, wa ‘amalan saalihan maqbuulan, wa tijaaratan lan tabuur. Yaa ‘aalima maa fis-suduur, akhrijnii yaa Allaahu minazh-zhulumaati ilan-nuur. Allahumma innii as’aluka muujibaati rahmatika, wa ‘azaa’ima maghfiratika, wassalaamata min kulli itsmin, wal-ghaniimata min kulli birrin, wal-fauza bil-jannati, wan-najaata minan-naar. Rabbi qanni’nii bimaa razaqtanii, wa baarik lii fiimaa a’thaitanii, wakhluf ‘alayya kulla ghaa’ibatin lii minka bikhair.

Maksud dan sumber

Ya Allah, jadikanlah ia haji yang mabrur, usaha yang diterima, dosa yang diampunkan, amal soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak akan rugi. Wahai Tuhan yang mengetahui isi hati, keluarkanlah aku, ya Allah, daripada kegelapan kepada cahaya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan rahmat-Mu dan yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada setiap dosa, habuan daripada setiap kebaikan, kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku reda dengan rezeki yang Engkau kurniakan, berkatilah apa yang Engkau berikan kepadaku, dan gantikanlah bagiku setiap yang hilang daripadaku dengan kebaikan daripada-Mu.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

1Doa atas nikmat IslamAl-Quran

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

Al-hamdu lillaahil-ladzii hadaanaa lihaadzaa, wa maa kunnaa linahtadiya lau laa an hadaanallaah.

Maksud dan sumber

Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada kami ke (jalan) ini, dan kami tidak sekali-kali akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak memberi petunjuk kepada kami.

Surah al-A’raf 7:43

2Doa ditetapkan dalam iman dan IslamAl-Quran

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadaitanaa, wa hab lanaa min ladunka rahmah, innaka antal-wahhaab.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

Surah Ali ‘Imran 3:8

3Doa keampunan dan kesejahteraanSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Allahumma innii as’alukal-‘afwa wal-‘aafiyata fid-dunyaa wal-aakhirah.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Sunan Ibnu Majah, no. 3871 (Darussalam: sahih).

4Doa agar dipelihara kesihatanSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Allahumma innii a’uudzu bika min zawaali ni’matika, wa tahawwuli ‘aafiyatika, wa fujaa’ati niqmatika, wa jamii’i sakhatik.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesejahteraan (kesihatan) yang Engkau kurniakan, datangnya azab-Mu secara tiba-tiba, dan daripada segala kemurkaan-Mu.

Sahih Muslim, no. 2739

5Doa yang merangkumi segala doaDaif

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ، وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ، وَعَلَيْكَ الْبَلاَغُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Allahumma innaa nas’aluka min khairi maa sa’alaka minhu nabiyyuka Muhammad, wa na’uudzu bika min syarri masta’aadza bika minhu nabiyyuka Muhammad, wa antal-musta’aan, wa ‘alaikal-balaagh, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan yang dipohon oleh Nabi-Mu Muhammad ﷺ, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang Nabi-Mu Muhammad ﷺ memohon perlindungan daripadanya. Engkaulah tempat memohon pertolongan, dan Engkaulah yang menyampaikan (segala hajat). Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Sunan al-Tirmizi, no. 3521 (al-Tirmizi: hasan gharib; Darussalam: daif).

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 4 selesai. Baki 3 pusingan. Pusingan 5 ↓

5

Pusingan 5 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Baca doa di bawah, mana yang sempat. Tidak perlu habiskan semuanya. Klik Maksud untuk melihat maksud doa.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 5Susunan ulama

اللَّهُمَّ أَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّكَ، وَلَا بَاقِيَ إِلَّا وَجْهُكَ، وَاسْقِنِي مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيئَةً لَا نَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيمَهَا وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ.

Allahumma azhillanii tahta zhilli ‘arsyika yauma laa zhilla illaa zhilluk, wa laa baaqiya illaa wajhuk, wasqinii min haudhi nabiyyika sayyidinaa Muhammadin sallallaahu ‘alaihi wa sallam syarbatan hanii’atan laa nazhma’u ba’dahaa abadaa. Allahumma innii as’aluka min khairi maa sa’alaka minhu nabiyyuka sayyidunaa Muhammadun sallallaahu ‘alaihi wa sallam, wa a’uudzu bika min syarri mas-ta’aadzaka minhu nabiyyuka sayyidunaa Muhammadun sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma innii as’alukal-jannata wa na’iimahaa wa maa yuqarribunii ilaihaa min qaulin au fi’lin au ‘amal, wa a’uudzu bika minan-naari wa maa yuqarribunii ilaihaa min qaulin au fi’lin au ‘amal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, naungilah aku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tiada naungan selain naungan-Mu, dan tiada yang kekal selain Zat-Mu. Berilah aku minum dari telaga Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, satu minuman yang menyegarkan, yang selepasnya kami tidak akan dahaga selama-lamanya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang dipohon oleh Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, memohon perlindungan daripadanya. Ya Allah, aku memohon syurga dan nikmatnya, serta apa jua perkataan, perbuatan atau amalan yang mendekatkan aku kepadanya. Aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan apa jua perkataan, perbuatan atau amalan yang mendekatkan aku kepadanya.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

1Doa agar tidak tergolong bersama kaum yang zalimAl-Quran

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Rabbanaa laa taj’alnaa ma’al-qaumizh-zhaalimiin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama-sama kaum yang zalim.

Surah al-A’raf 7:47

2Doa memohon keputusan terbaik dalam urusanAl-Quran

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Rabbanaftah bainanaa wa baina qauminaa bil-haqqi wa anta khairul-faatihiin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi keputusan.

Surah al-A’raf 7:89

3Doa dipermudahkan segala urusanAl-Quran

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wa hayyi’ lanaa min amrinaa rasyadaa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan sediakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.

Surah al-Kahf 18:10

4Doa dikurniakan kekuatanAl-Quran

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Rabbanaa afrigh ‘alainaa sabran wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal-qaumil-kaafiriin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah pendirian kami, dan menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

Surah al-Baqarah 2:250

5Doa dijauhkan daripada zinaLihat sumber

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبِي، وَطَهِّرْ قَلْبِي، وَحَصِّنْ فَرْجِي

Allahummaghfir dzanbii, wa tahhir qalbii, wa hassin farjii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku.

Musnad Ahmad, no. 22211 (lafaz disesuaikan untuk diri sendiri)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 5 selesai. Baki 2 pusingan. Pusingan 6 ↓

6

Pusingan 6 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Baca doa di bawah, mana yang sempat. Tidak perlu habiskan semuanya. Klik Maksud untuk melihat maksud doa.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 6Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ حُقُوقًا كَثِيرَةً فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكَ، وَحُقُوقًا كَثِيرَةً فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَ خَلْقِكَ. اللَّهُمَّ مَا كَانَ لَكَ فَاغْفِرْهُ لِي، وَمَا كَانَ لِخَلْقِكَ فَتَحَمَّلْهُ عَنِّي، وَأَغْنِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ، يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنَّ بَيْتَكَ عَظِيمٌ، وَوَجْهَكَ كَرِيمٌ، وَأَنْتَ يَا اللَّهُ حَلِيمٌ كَرِيمٌ عَظِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.

Allahumma inna laka ‘alayya huquuqan katsiiratan fiimaa bainii wa bainak, wa huquuqan katsiiratan fiimaa bainii wa baina khalqik. Allahumma maa kaana laka faghfirhu lii, wa maa kaana likhalqika fatahammalhu ‘annii, wa aghninii bihalaalika ‘an haraamik, wa bithaa’atika ‘an ma’shiyatik, wa bifadhlika ‘amman siwaak, yaa waasi’al-maghfirah. Allahumma inna baitaka ‘azhiim, wa wajhaka kariim, wa anta yaa Allaahu haliimun kariimun ‘azhiim, tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘annii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mempunyai banyak hak ke atasku dalam urusan antara aku dengan-Mu, dan banyak hak dalam urusan antara aku dengan makhluk-Mu. Ya Allah, apa yang menjadi hak-Mu, ampunkanlah untukku, dan apa yang menjadi hak makhluk-Mu, tanggunglah ia bagi pihakku. Cukupkanlah aku dengan yang halal daripada-Mu sehingga tidak memerlukan yang haram, dengan ketaatan kepada-Mu sehingga jauh daripada maksiat, dan dengan kurnia-Mu sehingga tidak bergantung kepada selain-Mu, wahai Tuhan yang luas keampunan-Nya. Ya Allah, sesungguhnya rumah-Mu agung, Wajah-Mu mulia, dan Engkau, ya Allah, Maha Penyantun, Maha Pemurah lagi Maha Agung. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

1Doa ketika dalam kesusahanSahih

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Laa ilaaha illallaahul-‘azhiimul-haliim, laa ilaaha illallaahu rabbul-‘arsyil-‘azhiim, laa ilaaha illallaahu rabbus-samaawaati wa rabbul-ardhi wa rabbul-‘arsyil-kariim.

Maksud dan sumber

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia.

Sahih al-Bukhari, no. 6346; Sahih Muslim, no. 2730

2Doa memohon kemudahanLihat sumber

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا

Allahumma laa sahla illaa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul-hazna idzaa syi’ta sahlaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan perkara yang sukar itu mudah apabila Engkau kehendaki.

Sahih Ibnu Hibban, no. 974

3Doa memohon berada dalam kebenaranHasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ

Allahumma innii as’aluka fi’lal-khairaat, wa tarkal-munkaraat, wa hubbal-masaakiin, wa an taghfira lii wa tarhamanii, wa idzaa aradta fitnata qaumin fatawaffanii ghaira maftuun.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu (taufik) untuk melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang miskin; dan agar Engkau mengampuni dan merahmatiku. Apabila Engkau menghendaki fitnah menimpa sesuatu kaum, maka wafatkanlah aku tanpa terkena fitnah itu.

Sunan al-Tirmizi, no. 3235 (Darussalam: hasan).

4Doa perlindungan daripada keburukan orang terdekatLihat sumber

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنُهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي، إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا

Allahumma innii a’uudzu bika min jaaris-suu’, wa min zaujin tusyayyibunii qablal-masyiib, wa min waladin yakuunu ‘alayya rabban, wa min maalin yakuunu ‘alayya ‘adzaaban, wa min khaliilin maakirin ‘ainuhu taraanii wa qalbuhu yar’aanii, in ra’aa hasanatan dafanahaa, wa idzaa ra’aa sayyi’atan adzaa’ahaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jiran yang jahat, daripada pasangan yang membuatkan aku beruban sebelum tiba masa tuaku, daripada anak yang menjadi tuan ke atasku, daripada harta yang menjadi azab bagiku, dan daripada sahabat yang licik, matanya memerhatikanku dan hatinya mengintaiku; jika dia melihat kebaikan, dia memendamnya, dan jika dia melihat keburukan, dia menyebarkannya.

al-Tabarani, al-Du’a, no. 1339; al-Silsilah al-Sahihah, no. 3137

5Doa mendapat rezeki bergandaAthar sahabat

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيبًا فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ الْغَدَاةَ، وَنُورًا تَهْدِي، وَرَحْمَةً تَنْشُرُهَا، وَرِزْقًا تَبْسُطُهُ، وَضُرًّا تَكْشِفُهُ، وَبَلَاءً تَرْفَعُهُ، وَفِتْنَةً تَصْرِفُهَا

Allahummaj’alnii min a’zhami ‘ibaadika nasiiban fii kulli khairin taqsimuhul-ghadaata, wa nuuran tahdii, wa rahmatan tansyuruhaa, wa rizqan tabsutuhu, wa dhurran taksyifuhu, wa balaa’an tarfa’uhu, wa fitnatan tasrifuhaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, jadikanlah aku antara hamba-Mu yang paling besar bahagiannya dalam setiap kebaikan yang Engkau bahagikan pada pagi ini: cahaya yang Engkau berikan petunjuk dengannya, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau luaskan, kemudaratan yang Engkau hilangkan, bala yang Engkau angkat dan fitnah yang Engkau palingkan.

al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 13079 (athar Ibnu Umar RA)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 6 selesai. Baki 1 pusingan. Pusingan 7 ↓

7

Pusingan 7 daripada 7

Pusingan terakhir

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Baca doa di bawah, mana yang sempat. Tidak perlu habiskan semuanya. Klik Maksud untuk melihat maksud doa.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 7Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا كَامِلًا، وَيَقِينًا صَادِقًا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَحَلَالًا طَيِّبًا، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً بَعْدَ الْمَوْتِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، بِرَحْمَتِكَ يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ. رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ.

Allahumma innii as’aluka iimaanan kaamilan, wa yaqiinan saadiqan, wa rizqan waasi’an, wa qalban khaasyi’an, wa lisaanan dzaakiran, wa halaalan thayyiban, wa taubatan qablal-maut, wa maghfiratan wa rahmatan ba’dal-maut, wal-‘afwa ‘indal-hisaab, wal-fauza bil-jannati, wan-najaata minan-naar, birahmatika yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaar. Rabbi zidnii ‘ilman wa alhiqnii bis-saalihiin.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang sempurna, keyakinan yang benar, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir, rezeki halal yang baik, taubat sebelum mati, keampunan dan rahmat selepas mati, kemaafan ketika hisab, kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan himpunkanlah aku bersama orang yang soleh.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam. Penutupnya daripada Surah Taha 20:114 dan Surah al-Syu’ara’ 26:83.

1Doa kesejahteraan ibu bapaAl-Quran

رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Rabbirhamhumaa kamaa rabbayaanii saghiiraa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik dan memeliharaku semasa kecil.

Surah al-Isra’ 17:24

2Doa memohon kecukupan keperluanAl-Quran

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Hasbiyallaahu laa ilaaha illaa huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘azhiim.

Maksud dan sumber

Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.

Surah al-Taubah 9:129

3Doa menghindari fitnahSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma innii a’uudzu bika min ‘adzaabi jahannam, wa min ‘adzaabil-qabri, wa min fitnatil-mahyaa wal-mamaat, wa min syarri fitnatil-masiihid-dajjaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka Jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada keburukan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Sahih Muslim, no. 588

4Doa dikurniakan anak yang solehAl-Quran

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Rabbi hab lii min ladunka dzurriyyatan tayyibah, innaka samii’ud-du’aa’.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

Surah Ali ‘Imran 3:38

5Doa memohon kecintaan AllahHasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

Allahumma innii as’aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wal-‘amalalladzii yuballighunii hubbak. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal-maa’il-baarid.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku kasihi daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk.

Sunan al-Tirmizi, no. 3490 (hasan gharib)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Tawaf anda selesai. Alhamdulillah. Seterusnya ↓

Selepas tawaf

Selepas Tawaf: Solat Sunat Tawaf

  1. Lelaki: tutup semula bahu kanan untuk solat. Bahu tidak dibiarkan terbuka ketika solat.
  2. Cari tempat solat. Paling utama di belakang Maqam Ibrahim, jika tidak menyekat laluan tawaf. Jika sesak, solat di mana-mana dalam Masjidil Haram. Solatnya tetap sah.
  3. Solat dua rakaat. Berniat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.” Rakaat pertama: al-Fatihah dan surah al-Kafirun. Rakaat kedua: al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
  4. Berdoa. Selepas salam, berdoalah dengan hajat anda. Jika tidak sesak, anda juga boleh berdoa di Multazam, sama ada sebelum atau selepas solat ini. Doa di Maqam Ibrahim dan Multazam ada dalam panduan Doa Depan Kaabah.
  5. Minum air zamzam. Lihat doa minum air zamzam.
  6. Teruskan ke saie. Lelaki: buka semula bahu kanan (idtiba’). Ikut panduan saie pusingan demi pusingan.

Niat solat sunat tawaf

أُصَلِّي سُنَّةَ الطَّوَافِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usallii sunnatat-tawaafi rak’ataini lillaahi ta’aalaa.

Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.

Sumber: Lafaz lazim dalam panduan manasik mazhab Syafi’e. Niat dalam hati ketika takbiratul ihram sudah memadai.

Solat ini boleh didirikan pada bila-bila masa, termasuk waktu yang biasanya makruh untuk solat sunat (Jami’ al-Tirmizi, no. 868). Nabi SAW bersolat di belakang Maqam Ibrahim selepas tawaf (Sahih al-Bukhari, no. 395), mengamalkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, 2:125.

Panduan penuhSolat Sunat TawafTempat afdal, waktu, jika terlupa dan tawaf berturut-turut

Syarat sah

Syarat Sah Tawaf

Syarat tawaf hampir sama dengan syarat solat. Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ حَوْلَ الْبَيْتِ مِثْلُ الصَّلاَةِ إِلاَّ أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلاَ يَتَكَلَّمَنَّ إِلاَّ بِخَيْرٍ

“Tawaf di sekeliling Kaabah itu seperti solat, kecuali kamu boleh bercakap ketika melakukannya. Sesiapa yang bercakap ketika tawaf, janganlah dia bercakap melainkan perkara yang baik.”

Jami’ al-Tirmizi, no. 960

Berikut syarat sah tawaf menurut mazhab Syafi’e, berdasarkan senarai Tabung Haji (Nota KAH 1448H, Modul 3). Jika satu syarat tidak dipenuhi, tawaf atau pusingan berkenaan tidak sah.

  1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Berwuduk sebelum tawaf, seperti yang dilakukan Nabi SAW (Sahih al-Bukhari, no. 1614). Wanita yang haid atau nifas tidak boleh bertawaf.
  2. Suci daripada najis. Badan, pakaian dan tempat yang dipijak mesti bersih daripada najis. Ini termasuk barang yang dibawa, seperti selipar yang terkena najis di dalam beg.
  3. Menutup aurat. Aurat lelaki antara pusat dan lutut. Aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan. Wanita perlu berhati-hati dengan bahagian bawah dagu, pergelangan tangan, anak rambut dan kaki.
  4. Kaabah di sebelah kiri dan bergerak ke hadapan. Berjalan lawan arah jam. Jika anda bergerak sambil menghadap atau membelakangi Kaabah, bahagian itu tidak dikira.
  5. Bermula dari Hajarul Aswad. Seluruh badan mesti melepasi Hajarul Aswad pada permulaan tawaf. Jika anda mula di tempat lain, perjalanan sebelum sampai ke Hajarul Aswad tidak dikira.
  6. Tujuh pusingan dengan yakin. Setiap pusingan bermula dan berakhir di Hajarul Aswad. Jika ragu semasa tawaf, ambil bilangan yang paling sedikit; ragu selepas tawaf selesai tidak diambil kira.
  7. Di dalam Masjidil Haram. Tawaf sah di dataran mataf, di tingkat atas atau di bumbung, selagi masih di dalam masjid.
  8. Di luar Kaabah. Hijir Ismail dan syazarwan (binaan rendah di kaki dinding Kaabah) termasuk dalam Kaabah. Jangan berjalan di dalam Hijir Ismail, memijak syazarwan atau memegang dinding Kaabah sambil bergerak. Pusingan itu terbatal dan perlu diulang (Al-Kafi #1496).
  9. Niat, bagi tawaf yang berdiri sendiri. Tawaf wada, tawaf sunat, tawaf nazar dan tawaf tahiyat al-Bait tidak sah tanpa niat.
  10. Mengekalkan niat tawaf. Jangan memalingkan perjalanan kepada tujuan lain, seperti berjalan semata-mata untuk mencari ahli keluarga.

Isu khilaf

Adakah tawaf umrah sah tanpa niat tawaf?

Mazhab Syafi’e

Pendapat yang lebih sahih: tawaf dalam ibadah haji atau umrah sah tanpa niat tawaf kerana niat ihram sudah merangkuminya, dengan syarat tawaf itu tidak dipalingkan kepada tujuan lain (al-Nawawi, al-Majmu’, 8/16).

Berniat tetap sunat. Inilah pendirian Tabung Haji dalam bimbingan jemaah Malaysia.

Pandangan lain

Jumhur ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mensyaratkan niat tawaf bagi setiap tawaf, termasuk tawaf umrah dan tawaf haji.

Amalan praktikal: Berniatlah setiap kali memulakan tawaf, sama ada dalam hati atau dengan lafaz. Ia sunat menurut mazhab Syafi’e dan memenuhi syarat menurut pandangan jumhur.

Kesilapan lazim ketika tawaf

  1. Memulakan tawaf di tempat lain. Contohnya bermula dari arah Maqam Ibrahim. Bahagian sebelum sampai ke Hajarul Aswad tidak dikira. Jika anda berhenti di tempat yang sama selepas tujuh kali, tawaf anda kurang satu pusingan.
  2. Bersesak dan menyakiti orang untuk mencium Hajarul Aswad. Mencium Hajarul Aswad sunat, manakala menyakiti orang lain dilarang. Isyarat dari jauh sudah memadai. Umar RA mencium Hajarul Aswad semata-mata kerana mengikut Nabi SAW, bukan kerana batu itu memberi manfaat atau mudarat (Sahih al-Bukhari, no. 1597).
  3. Bersesak untuk solat tepat di belakang Maqam Ibrahim. Solat di laluan tawaf menyusahkan jemaah lain. Solat sunat tawaf sah di mana-mana dalam masjid.
  4. Membaca doa beramai-ramai dengan suara kuat. Bacalah dengan suara perlahan supaya tidak mengganggu kekhusyukan orang lain.

Untuk yang ingin tahu

Tentang Doa, Ramal dan Idtiba’

Tiada doa khusus bagi setiap pusingan yang sahih daripada Nabi SAW. Yang sabit daripada Baginda ialah takbir setiap kali melalui Hajarul Aswad, dan doa Rabbanaa aatinaa antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad. Bagi jemaah yang mengikut buku doa Tabung Haji, doa setiap pusingan daripada buku itu disediakan dalam butang Doa Tawaf Panduan TH pada setiap kad pusingan. Ia juga doa susunan ulama.

Jemaah berihram bertawaf mengelilingi Kaabah
Jemaah bertawaf mengelilingi Kaabah. Berdoalah dengan tenang dan suara perlahan.

طَافَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِالْبَيْتِ عَلَى بَعِيرٍ، كُلَّمَا أَتَى الرُّكْنَ أَشَارَ إِلَيْهِ بِشَىْءٍ كَانَ عِنْدَهُ وَكَبَّرَ

“Nabi SAW bertawaf di Kaabah di atas unta. Setiap kali Baginda sampai ke rukun (Hajarul Aswad), Baginda memberi isyarat kepadanya dengan sesuatu yang ada di tangannya dan bertakbir.”

Sahih al-Bukhari, no. 1613

Doa cadangan dalam kad pusingan dipilih daripada ayat al-Quran dan hadis supaya jemaah tidak perlu memikirkan apa yang hendak dibaca. Sumber setiap doa dinyatakan di bawahnya. Beberapa riwayat bersanad daif dan ditanda begitu; maknanya baik dan boleh dibaca sebagai doa umum. Anda juga boleh berzikir, membaca al-Quran atau berdoa dengan hajat sendiri dalam bahasa Melayu.

Imam al-Nawawi dalam al-Azkar turut menukilkan doa ringkas ketika ramal: Allahummaj’alhu hajjan mabruuran, wa dzanban maghfuuran, wa sa’yan masykuuran, dan pada empat pusingan selebihnya: Allahummaghfir warham, wa’fu ‘ammaa ta’lam, wa antal-a’azzul-akram. Kedua-duanya susunan ulama.

Ramal dan idtiba’: siapa dan bila?

Ramal dan idtiba’ hanya sunat bagi lelaki, dan hanya dalam tawaf yang diikuti saie. Idtiba’ juga sunat sepanjang saie, tetapi bahu ditutup ketika solat sunat tawaf (Minhaj al-Talibin).

Ramal dan idtiba’ dilakukan dalam tawaf umrah, dan juga dalam tawaf qudum atau tawaf ifadah jika saie haji dilakukan selepasnya. Ia tidak khusus untuk tawaf qudum seperti yang disebut dalam sesetengah panduan (Nota KAH 1448H, Modul 3).

Ramal hanya pada tiga pusingan pertama (Sahih al-Bukhari, no. 1603), manakala idtiba’ sepanjang tujuh pusingan (Sunan Abi Dawud, no. 1883). Wanita tidak melakukan kedua-duanya. Tawaf sunat dan tawaf wada juga tiada ramal dan idtiba’. Jika terlalu sesak untuk ramal, berjalanlah seperti biasa. Tawaf anda tetap sah.

Isu wuduk

Bersentuhan Lelaki dan Wanita Ketika Tawaf

Ketika mataf sesak, sentuhan kulit antara lelaki dan wanita sukar dielakkan. Isunya ialah wuduk, kerana tawaf tidak sah tanpa wuduk.

Isu khilaf

Adakah tersentuh kulit lelaki atau wanita membatalkan wuduk ketika tawaf?

Mazhab Syafi’e

Pendapat muktamad: sentuhan kulit tanpa lapik antara lelaki dan wanita yang bukan mahram membatalkan wuduk, sama ada sengaja atau tidak. Suami dan isteri juga termasuk dalam hukum ini.

Muzakarah Haji ke-21 (1426H), diikuti resolusi ke-22, membenarkan jemaah Malaysia beralih kepada pendapat marjuh dalam mazhab Syafi’e: wuduk tidak batal jika sentuhan berlaku tanpa syahwat dalam keadaan masyaqqah, seperti kesesakan di tempat tawaf (Al-Kafi #421; Nota KAH 1448H, Modul 3).

Pandangan lain

Mazhab Hanafi berpandangan sentuhan tidak membatalkan wuduk. Pendapat masyhur mazhab Maliki dan Hanbali: tidak batal jika tanpa syahwat.

Amalan praktikal: Elakkan sentuhan sedaya mungkin. Jika suami perlu memimpin isteri, peganglah berlapik, contohnya pada lengan baju atau telekung. Jika tersentuh tanpa sengaja ketika sesak, teruskan tawaf. Anda tidak perlu keluar untuk mengambil wuduk semula.

Panduan wanita

Wanita Haid dan Tawaf

Wanita yang haid atau nifas tidak boleh bertawaf, tetapi boleh melakukan amalan lain. Nabi SAW bersabda kepada Aisyah RA yang didatangi haid ketika dalam perjalanan haji:

فَافْعَلِي مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِي

“Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji, kecuali jangan bertawaf di Kaabah sehingga kamu suci.”

Sahih al-Bukhari, no. 305

  1. Tawaf umrah. Tunggu sehingga suci dan mandi wajib, kemudian lakukan tawaf dan saie. Sementara itu anda masih dalam ihram, jadi semua larangan ihram terpakai.
  2. Suci di tengah tempoh haid (naqa’). Tawaf ketika naqa’ adalah sah, sama ada suci itu berlaku secara semula jadi atau dengan ubat, dengan syarat anda yakin suci sepanjang tujuh pusingan (Muzakarah Haji ke-40, 1445H).
  3. Ubat penahan haid. Tabung Haji tidak menggalakkannya, tetapi ia dibolehkan jika tiada pilihan, dengan nasihat doktor pakar dan tidak memudaratkan (Muzakarah Haji ke-30, 1435H). Biasakan diri dengan ubat itu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum berangkat.
  4. Terpaksa pulang sebelum suci. Jika anda berniat ihram dengan niat bersyarat, anda boleh bertahallul mengikut syarat itu. Jika tidak, segera rujuk pembimbing ibadah. Bagi tawaf ifadah, Tabung Haji menyenaraikan beberapa pilihan, termasuk memohon penundaan penerbangan dan bertaklid kepada mazhab Hanafi dengan dam seekor unta. Lihat Tawaf Ifadah.
  5. Tawaf wada. Wanita haid dan nifas dikecualikan tanpa dam (Sahih al-Bukhari, no. 1755; Al-Kafi #502). Namun jika anda suci sebelum meninggalkan Makkah, tawaf wada wajib dilakukan.

Jemaah uzur

Tawaf Berkerusi Roda atau Buggy

Jemaah warga emas, sakit atau kurang upaya boleh bertawaf dengan kerusi roda atau kenderaan elektrik (buggy). Nabi SAW sendiri pernah bertawaf di atas unta (Sahih al-Bukhari, no. 1607), dan Baginda menyuruh Ummu Salamah RA yang sakit bertawaf dengan menunggang di belakang orang ramai (Sahih al-Bukhari, no. 1619).

Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ bahawa tawaf secara menunggang sah, sama ada kerana uzur atau tidak, dan tidak dikenakan dam. Namun berjalan kaki lebih utama dengan ijmak ulama, seperti yang dinukilkan oleh al-Mawardi. Jadi, gunakan kerusi roda atau buggy apabila benar-benar perlu.

Semua syarat tawaf tetap terpakai kepada orang yang ditolak: suci daripada hadas, menutup aurat dan Kaabah di sebelah kiri. Orang yang menolak kerusi roda boleh meniatkan tawaf untuk dirinya sendiri, dan tawaf kedua-duanya sah.

Info terkini · Masjidil Haram · Oktober 2026

Peraturan semasa di sekitar Kaabah

  • Dataran mataf untuk jemaah umrah. Tingkat bawah di sekeliling Kaabah dikhaskan untuk jemaah yang sedang mengerjakan umrah. Syarat berihram bagi lelaki dikuatkuasakan semula mulai 14 Jun 2026, selepas dilonggarkan sementara pada musim haji. Lelaki berpakaian biasa diarahkan bertawaf di tingkat atas atau bumbung. Jangan memakai ihram semata-mata untuk masuk ke mataf.
  • Semak kesesakan sebelum memilih tingkat. Tawaf di tingkat atas dibenarkan mengikut kapasiti. Kepadatan mataf dan tempat saie boleh dilihat secara langsung melalui kod QR di masjid atau portal rasmi Masjidil Haram. Di tingkat atas, titik mula tawaf yang selari dengan Hajarul Aswad ditandai lampu hijau.
  • Waktu masuk Hijir Ismail. Sejak Jun 2026, waktu masuk diasingkan: wanita setiap hari pukul 6.00 hingga 9.00 pagi, lelaki pukul 10.00 malam hingga 1.00 pagi (waktu Makkah).
  • Hajarul Aswad: jangan berhenti. Kementerian Haji dan Umrah menasihatkan jemaah supaya tidak berhenti atau berasak di Hajarul Aswad kerana menyentuh atau menciumnya tidak diwajibkan untuk sah tawaf. Cukup beristilam dengan isyarat tangan ke arahnya sambil terus berjalan, tanpa melawan arus.
  • Multazam dan Maqam Ibrahim. Kedua-duanya terletak di dataran mataf, jadi lelaki yang bertawaf tanpa ihram di tingkat atas tidak dapat menghampirinya. Jika sesak, berdoalah dari tempat anda. Jangan solat di laluan tawaf; solat sunat tawaf boleh dilakukan di mana-mana dalam Masjidil Haram.
  • Kerusi roda dan kereta elektrik. Kerusi roda manual percuma disediakan di dataran timur (Bab al-Salam) dan dataran barat (Jambatan Shubaikah). Kereta golf elektrik untuk tawaf dan saie dikhaskan untuk warga emas dan OKU, dan perlu ditempah awal di carts.alharamain.gov.sa atau aplikasi Tanaqol. Sejak Ogos 2026, tempahan boleh dibuat dengan e-mel peribadi. Percuma untuk OKU.

Peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan boleh berubah tanpa notis. Sumber: Kementerian Haji dan Umrah (Mac 2026, Ogos 2025), Pihak Berkuasa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melalui SPA (Jun 2026) dan Ajel (Ogos 2026), PPIH Arab Saudi (Jun 2026).

Jadual niat

Niat Semua Jenis Tawaf

Lafaz niat bagi setiap jenis tawaf menggunakan susunan yang sama dengan niat tawaf umrah. Yang berubah hanyalah nama tawaf. Ikut pautan pada setiap kad untuk panduan penuh tawaf itu.

Niat tawaf qudum · Haji ifrad & qiran

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْقُدُومِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafal quduumi, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf qudum, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Hukum tawaf: Sunat bagi jemaah haji ifrad dan qiran yang tiba di Makkah sebelum wukuf. Status niat: Sunat. Bagi orang yang masuk tanpa ihram, tawaf ketika tiba dinamakan tawaf tahiyat al-Bait dan niatnya wajib. Panduan: Tawaf Qudum.

Niat tawaf ifadah · Rukun haji

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْإِفَاضَةِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafal ifaadhati, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf ifadah, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Hukum tawaf: Rukun haji. Ia tidak boleh ditinggalkan atau diganti dengan dam. Status niat: Sunat, kerana sudah termasuk dalam niat ihram haji. Panduan: Tawaf Ifadah.

Niat tawaf wada · Sebelum meninggalkan Makkah

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْوَدَاعِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafal wadaa’i, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf wada, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Hukum tawaf: Wajib bagi jemaah yang hendak meninggalkan Makkah menurut pendapat muktamad mazhab Syafi’e. Dam dikenakan jika ditinggalkan tanpa uzur. Status niat: Wajib (syarat sah). Panduan: Tawaf Wada.

Niat tawaf sunat

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ التَّطَوُّعِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafat tatawwu’i, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf sunat, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Hukum tawaf: Sunat, boleh dilakukan bila-bila masa tanpa ihram. Status niat: Wajib (syarat sah). Panduan: Tawaf Sunat.

Niat tawaf nazar

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ النَّذْرِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafan nazri, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf nazar, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Hukum tawaf: Wajib kerana telah dinazarkan. Status niat: Wajib (syarat sah). Tetapkan dalam hati bahawa tawaf ini untuk menunaikan nazar anda.

Semua lafaz di atas ialah susunan ulama berdasarkan lafaz niat Tabung Haji. Anda boleh menggantinya dengan niat ringkas dalam hati, contohnya “Sahaja aku tawaf wada tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

Soal jawab

Soalan Lazim

Perlukah saya membaca semua doa dalam setiap pusingan?

Tidak. Doa dalam kad ialah cadangan. Bacalah mana yang sempat, dan ulang doa yang anda suka. Tawaf tetap sah walaupun anda hanya berzikir atau berdoa dalam bahasa Melayu, selagi syarat sahnya dipenuhi.

Bagaimana jika ragu-ragu tentang bilangan pusingan?

Ambil bilangan yang paling sedikit kerana itulah yang yakin, kemudian sempurnakan baki pusingan. Contohnya, jika ragu sama ada sudah lima atau enam pusingan, kira lima. Kaedah ini hanya jika ragu timbul semasa tawaf. Jika ragu timbul selepas tawaf selesai, abaikan; tawaf anda dikira sempurna.

Bagaimana jika wuduk terbatal di tengah tawaf?

Keluar dan ambil wuduk, kemudian sambung dari tempat anda berhenti. Pusingan yang sudah sempurna tetap dikira, kerana berturut-turut (muwalat) antara pusingan hukumnya sunat sahaja (Nota KAH 1448H, Modul 3). Hukum yang sama terpakai jika anda berhenti untuk solat fardu berjemaah.

Sahkah tawaf di tingkat atas atau bumbung Masjidil Haram?

Sah, selagi anda masih di dalam kawasan masjid dan semua syarat tawaf dipenuhi, walaupun kedudukan anda lebih tinggi daripada Kaabah. Pusingan di tingkat atas lebih jauh, jadi sediakan masa dan tenaga yang lebih.

Bolehkah bercakap atau menggunakan telefon ketika tawaf?

Bercakap tidak membatalkan tawaf, tetapi Nabi SAW berpesan supaya hanya bercakap perkara yang baik (Jami’ al-Tirmizi, no. 960). Elakkan panggilan telefon dan mengambil gambar kerana ia menjejaskan khusyuk dan menyekat laluan. Pastikan anda tidak berjalan semata-mata untuk tujuan lain.

Wajibkah saie dilakukan terus selepas tawaf?

Tidak wajib, tetapi lebih utama disegerakan. Anda boleh berehat dahulu, dengan syarat terus menjaga larangan ihram. Yang penting, saie mesti dilakukan selepas tawaf yang sah.

Sumber

Rujukan

  1. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 3: hukum niat tawaf, syarat sah dan amalan sunat tawaf. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  2. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 9: haid, naqa’ dan ubat penahan haid. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  3. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 10: umrah dan tawaf wada. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #421: Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ketika Tawaf, Adakah Membatalkan Wudhu? muftiwp.gov.my
  5. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #1496: Hukum Pegang Kaabah Ketika Tawaf Umrah. muftiwp.gov.my
  6. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #502: Hukum Wanita Haid Meninggalkan Tawaf Wada. muftiwp.gov.my
  7. Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab, 8/16 (niat tawaf dalam ibadah haji dan umrah) dan bab tawaf secara menunggang.
  8. Al-Nawawi, al-Azkar, Kitab Azkar al-Hajj, fasal zikir tawaf.
  9. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Dorar al-Saniyyah: syarat niat tawaf menurut mazhab-mazhab. dorar.net
  10. Sahih al-Bukhari, no. 305, 395, 1597, 1603, 1607, 1613, 1614, 1619 dan 1755. sunnah.com
  11. Sahih Muslim, no. 713 dan 1218 (hadis Jabir RA tentang haji Nabi SAW). sunnah.com
  12. Sunan Abi Dawud, no. 1883 (idtiba’) dan 1892 (doa antara dua rukun). sunnah.com
  13. Jami’ al-Tirmizi, no. 868 dan 960. sunnah.com
  14. Doa cadangan setiap pusingan: teks ayat al-Quran daripada quran.com, teks hadis daripada sunnah.com dan dorar.net. Sumber setiap doa dinyatakan di bawah doa itu.
KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

27 Komen

  1. Assalamualaikum Ustaz,

    Mohon pencerahan. Dalam nota, Ustaz ada menyatakan:

    “Di Rukun Yamani

    Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan tanpa menciumnya. Jika sesak, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:…”

    Saya ada kekeliruan sedikit. Bolehkah kita menyentuh Kaabah ketika bertawaf?

    Jazakallahu khairal jaza’

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah tuan,

      Terima kasih atas soalan yang baik ini. Boleh. Menyentuh Rukun Yamani ketika tawaf hukumnya sunat dalam mazhab Syafi’e, jika keadaan tidak sesak.

      Yang perlu dijaga ialah caranya. Ketika menyentuh, hentikan langkah. Selepas tangan dilepaskan dan badan tegak semula, barulah teruskan berjalan. Ini kerana Syazarwan (binaan rendah di kaki dinding Kaabah) termasuk dalam Kaabah. Jika tangan memegang dinding Kaabah sambil kaki terus melangkah, sebahagian badan dikira berada di dalam Kaabah, dan bahagian pusingan itu tidak dikira. Inilah maksud larangan “memegang dinding Kaabah sambil bergerak” dalam bahagian syarat sah tawaf.

      Ringkasnya, sentuhan sebentar sambil berhenti adalah sunat. Memegang dinding sambil terus berjalan perlu dielakkan. Jika sesak, cukup sekadar isyarat dengan tangan dari jauh, tanpa perlu mendekati Kaabah.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih Tuan Badrul. Semoga bacaan doa dalam panduan tawaf ini memberi manfaat dan membantu tuan berdoa dengan lebih memahami maksudnya. Semoga Allah menerima ibadah dan doa tuan. Amin.

      Balas
    • Silakan puan, saya izinkan.

      Semoga nota ini bermanfaat dan membantu puan memahami panduan tawaf dengan lebih mudah. Moga Allah permudahkan segala urusan ibadah puan dan menerima amalan kita semua.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  2. Maaf kerana memberikan soalan lagi mengenai tawaf,

    setelah memakai ihram, miqat, tawaf, sai dan tahalul. ertinya selesai mengerjakan umrah.

    Soalan saya di sini mengenai tawaf qudum, ifadah, wada dan sunat adakah harus berniat sekali lagi dan di sertakan dgn sai dan tahalul.

    Atau pun dapat terus mengerjakan keluarnya dari hotel?

    Sekian terima kasih.

    Balas
    • Wa‘alaikumussalam.

      Selepas tuan menyempurnakan umrah (ihram → tawaf → sa‘i → tahallul), ibadah umrah sudah tamat. Rukun umrah ada lima, iaitu niat ihram, tawaf, sa‘i, bercukur atau bergunting, dan tertib (dilakukan mengikut susunan). Selepas tahallul, tiada lagi rukun umrah yang berbaki.

      Dalam mazhab Syafie, Tawaf Qudum ialah tawaf ketibaan untuk Haji (khasnya Ifrad/Qiran) dan hukumnya sunat, bukan sebahagian daripada umrah.

      Tawaf Ifadah pula ialah rukun Haji selepas wukuf, bukan rukun umrah. Maka selepas selesai umrah tidak perlu melakukan tawaf qudum atau ifadah, dan tiada sa‘i atau tahallul baharu.

      Mengenai isu Tawaf Wada’ (tawaf selamat tinggal), pandangan muktamad Syafie mewajibkannya apabila hendak meninggalkan Makkah pada jarak musafir (melebihi jarak qasar/±2 marhalah). Wanita haid dikecualikan.

      Tawaf Wada’ dibuat sebagai amalan terakhir sebelum berangkat. Ia tidak disertai sa‘ie atau tahallul kerana berdiri sendiri sebagai tawaf perpisahan.

      Menjawab soalan jika “keluar dari hotel” tetapi masih berada di dalam Makkah (belum bermusafir), tiada kewajipan Tawaf Wada’.

      Jika tuan akan meninggalkan Makkah (contoh ke Jeddah/Madinah atau pulang ke tanah air), lakukan Tawaf Wada’ sejurus sebelum bertolak.

      Wallahu a‘lam.

      (Jawapan ini dikemas kini pada 17 Oktober 2026 untuk pembetulan.)

      Balas
  3. Panduan yg sangat ringkas dan sangat mudah di baca semasa melaksanakan umrah nanti.

    Ada soalan yg hendak saya ajukan.

    Bulan disember ini saya akan melaksanakan umrah bersama isteri saya dan anak berusia 3tahun yg masih memakai pampers.

    1. Adakah dibolehkan memakai ihram sebelum checkin dalam pesawat di dalam lapangan terbang.
    2. Adakah Wajib menjaga air wudhu semasa dalam perjalanan menuju ke jeddah terus ke mekkah. (disebabkan kentut or kencing maupun menukar pampers anak)

    Sekian terima kasih.

    Balas
    • Waalaikumussalam tuan,

      1) Memakai ihram sebelum check-in (di lapangan terbang)

      Dibenarkan. Tuan boleh pakai kain ihram lebih awal (di rumah/airport). Namun ihram “bermula” hanya selepas berniat di miqat (atau sejurus sebelum melintasinya dalam pesawat). Larangan ihram terpakai selepas niat, bukan ketika sekadar memakai kain ihram. Bila dengar pengumuman kru tentang miqat; niat dan mula talbiyah ketika itu.

      2) Perlu kekalkan wuduk sepanjang perjalanan?

      Tidak wajib. Wuduk bukan syarat sah ihram; yang wajib berwuduk ialah solat dan tawaf. Jika batal wuduk kerana kentut/ke tandas/menukar pampers anak, tiada masalah. Boleh ambil wuduk semula sebelum tawaf/solat. Mengurus najis anak ketika ihram adalah harus; cuma pastikan pakaian bersih sebelum masuk Masjidil Haram.

      Moga Allah memudahkan perjalanan umrah tuan sekeluarga dan menerima ibadah sebagai umrah mabrur.

      Aamiin.

      Balas
  4. Alhamdulillah. Terima kasih. Sgt berguna utk sya yg pertama kali hdk umrah. Izinkan sya menggunakan doa² yg ada dan mengkongsikannya dgn ahli keluarga sbgi panduan. Hya Allah yg dpt membalas segala kebaikan Tuan yg menulis.

    Balas
    • Waalaikumussalam,

      Alhamdulillah, gembira mendengar panduan ini bermanfaat, lebih-lebih lagi untuk pertama kali menunaikan umrah. Dipersilakan guna dan kongsikan doa-doa tersebut kepada ahli keluarga; saya halalkan untuk dimanfaatkan sebagai amal jariah.

      Moga Allah memudahkan perjalanan umrah tuan/puan, mengurniakan kesihatan, ketenangan hati, dan menerima ibadah sebagai umrah mabrur. Aamiin.

      Balas
  5. Alhamdulillah..banyak membantu saya dalam menyemak kembali dan menambahkan ilmu dalam ibadah umrah. Saya mohon halalkan ilmu dan nota yang saya copy untuk ditammbahkan didlm buku nota saya.

    Balas
    • Alhamdulillah, syukur bermanfaat.

      Diizinkan dan saya halalkan untuk salin ke buku nota peribadi.

      Moga Allah SWT memberkati ilmu dan memudahkan urusan ibadah umrah puan/tuan. Amin.

      Balas
  6. Alhamdulillah memberi ilmu kpd org yg inginkan panduan uwrah dan haji.

    Balas
    • Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengizinkan ilmu ini sampai kepada yang memerlukan.

      Terima kasih atas doa dan kata-kata yang baik. Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi cahaya dalam perjalanan puan menunaikan ibadah umrah dan haji.

      Moga Allah menerima segala amal, melimpahkan keberkatan, dan memudahkan setiap langkah menuju Baitullah.

      Aamiin.

      Balas
  7. Terima kasih,
    Hanya ALLAAH SWT yg akan membalas usaha Tuan memudahkan pemahaman ini.
    Aamiin.

    Balas
    • Amin, ya Rabb.

      Terima kasih kembali atas doa dan kata-kata yang sangat menyentuh hati.

      Semoga Allah SWT juga membalas kebaikan puan/tuan dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.

      Amiin.

      Balas
  8. Alhamdulillah..
    Perkongsian yang baik..Mohon dihalalkan ilmunya ya.

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata yang baik. Ilmu yang dikongsikan dihalalkan, semoga ia bermanfaat dan menjadi amal jariah untuk kita semua.

      Jika ada persoalan atau maklum balas, jangan segan untuk kongsikan. 😊

      Balas
  9. As Salam Ustaz. Panduan yang sangat senang difahami dan diikuti. Adakah artikel diatas dibukukan dan ada dijual? Tkasih.

    Balas
    • Walaikumsalam.

      Alhamdulillah, terima kasih atas maklumbalas puan. Buat masa sekarang saya masih dalam proses menambahbaik panduan ini agar lebih lengkap dan mudah difahami sebagai rujukan jemaah umrah & haji.

      InsyaAllah, jika diberi kesempatan pihak kami memang bercadang untuk menerbitkan buku pada masa hadapan. Mohon doa dari puan ya.

      Balas

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.