TAWAF IFADAH: Niat, Waktu & Cara (Rukun Haji)

Panduan lengkap tawaf ifadah seperti niat, waktu dan cara tawaf tujuh pusingan, serta kaitannya dengan tahallul. Bimbingan penuh langkah demi langkah.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 25 Oktober 2026

Selepas wukuf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah, tawaf ifadah menanti sebagai salah satu rukun haji. Namun kesesakan pada 10 Zulhijjah sangat luar biasa, dan ramai jemaah risau tidak sempat, terlalu letih atau didatangi haid sebelum sempat bertawaf.

Panduan ini menerangkan lafaz niat tawaf ifadah, cara tujuh pusingan, waktunya, kaitannya dengan saie dan tahallul serta hukum bagi wanita haid, mengikut Mazhab Syafi’e, Nota Kursus Asas Haji dan Soal Jawab Haji TH-JAKIM. Semoga panduan ini membantu anda, InsyaAllah.

Tawaf ifadah ialah satu daripada tiga amalan Hari Nahar. Turutan penuh ibadah haji hari demi hari ada dalam Panduan Haji Lengkap.

Semakan editorial: 24 Oktober 2026 · Semakan fiqh pakar: dalam proses · Rujukan utama: Nota Kursus Asas Haji 1448H (Lembaga Tabung Haji), Soal Jawab Haji, Umrah dan Ziarah TH-JAKIM (2018), al-Quran, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, serta al-Majmu’ karya Imam al-Nawawi.

Ringkasan

Tawaf ifadah, juga dipanggil tawaf haji, tawaf rukun atau tawaf ziarah, ialah rukun haji: tujuh pusingan mengelilingi Kaabah selepas wukuf di Arafah. Waktunya bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah dan tiada had akhir, tetapi afdal pada 10 Zulhijjah. Ia tidak boleh diganti dengan dam dan tidak boleh diwakilkan.

Lafaz niat: Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafal ifaadhati, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa. Selepasnya, saie haji jika belum. Apabila melontar Jamrah Kubra, bercukur dan tawaf ifadah (berserta saie) selesai, anda mencapai tahallul thani.

Ikut langkah ini

Niat dan Cara Tawaf Ifadah: Langkah demi Langkah

Caranya sama seperti tawaf umrah; yang berbeza ialah niat, pakaian anda dan sama ada saie selepasnya. Semak tiga perkara dalam kad “Sebelum mula”, kemudian ikut kad pusingan satu demi satu.

Gambaran laluan tawaf

Infografik laluan tawaf: tujuh pusingan lawan arah jam mengelilingi Kaabah, bermula dan berakhir di garisan Hajarul Aswad
Laluan sama bagi semua jenis tawaf. Kaabah sentiasa di sebelah kiri. Klik gambar untuk besarkan.

Info terkini · Masjidil Haram · Oktober 2026

Peraturan semasa di sekitar Kaabah

  • Dataran mataf untuk jemaah umrah. Tingkat bawah di sekeliling Kaabah dikhaskan untuk jemaah yang sedang mengerjakan umrah. Syarat berihram bagi lelaki dikuatkuasakan semula mulai 14 Jun 2026, selepas dilonggarkan sementara pada musim haji. Lelaki berpakaian biasa diarahkan bertawaf di tingkat atas atau bumbung. Jangan memakai ihram semata-mata untuk masuk ke mataf.
  • Semak kesesakan sebelum memilih tingkat. Tawaf di tingkat atas dibenarkan mengikut kapasiti. Kepadatan mataf dan tempat saie boleh dilihat secara langsung melalui kod QR di masjid atau portal rasmi Masjidil Haram. Di tingkat atas, titik mula tawaf yang selari dengan Hajarul Aswad ditandai lampu hijau.
  • Waktu masuk Hijir Ismail. Sejak Jun 2026, waktu masuk diasingkan: wanita setiap hari pukul 6.00 hingga 9.00 pagi, lelaki pukul 10.00 malam hingga 1.00 pagi (waktu Makkah).
  • Hajarul Aswad: jangan berhenti. Kementerian Haji dan Umrah menasihatkan jemaah supaya tidak berhenti atau berasak di Hajarul Aswad kerana menyentuh atau menciumnya tidak diwajibkan untuk sah tawaf. Cukup beristilam dengan isyarat tangan ke arahnya sambil terus berjalan, tanpa melawan arus.
  • Multazam dan Maqam Ibrahim. Kedua-duanya terletak di dataran mataf, jadi lelaki yang bertawaf tanpa ihram di tingkat atas tidak dapat menghampirinya. Jika sesak, berdoalah dari tempat anda. Jangan solat di laluan tawaf; solat sunat tawaf boleh dilakukan di mana-mana dalam Masjidil Haram.
  • Kerusi roda dan kereta elektrik. Kerusi roda manual percuma disediakan di dataran timur (Bab al-Salam) dan dataran barat (Jambatan Shubaikah). Kereta golf elektrik untuk tawaf dan saie dikhaskan untuk warga emas dan OKU, dan perlu ditempah awal di carts.alharamain.gov.sa atau aplikasi Tanaqol. Sejak Ogos 2026, tempahan boleh dibuat dengan e-mel peribadi. Percuma untuk OKU.

Peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan boleh berubah tanpa notis. Sumber: Kementerian Haji dan Umrah (Mac 2026, Ogos 2025), Pihak Berkuasa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melalui SPA (Jun 2026) dan Ajel (Ogos 2026), PPIH Arab Saudi (Jun 2026).

Sebelum mula

1. Pastikan sudah masuk waktu

Tawaf ifadah sah hanya selepas wukuf dan selepas separuh malam 10 Zulhijjah. Sebelum itu ia tidak sah (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 25.15).

Lazimnya ia dilakukan selepas melontar Jamrah Kubra dan bercukur pada 10 Zulhijjah, atau selepas pulang dari Mina. Ikut jadual maktab atau agensi anda.

2. Pakaian anda

Sudah tahallul awal (contohnya sudah melontar Jamrah Kubra dan bercukur)? Pakai pakaian biasa yang menutup aurat. Anda tidak perlu berkain ihram (Nota KAH TH 1448H, Modul 6).

Belum tahallul awal? Anda masih berihram. Kekal berkain ihram dan jaga semua larangan ihram.

Talbiah: jika anda belum melontar, berhenti bertalbiah apabila memulakan tawaf ini (I’anah al-Talibin, 2/351).

3. Saie selepas ini?

Haji Tamattu’: ya. Saie haji ialah rukun haji; ia dibuat selepas tawaf ifadah dan tidak boleh diganti dengan dam.

Haji Ifrad atau Qiran yang sudah saie selepas tawaf qudum: tidak. Saie haji hanya sekali.

Jika saie selepas ini: lelaki ramal pada pusingan 1 hingga 3 jika tidak sesak. Lelaki yang masih berkain ihram juga membuka bahu kanan (idtiba’). Jika tidak saie, jalan biasa sepanjang tawaf.

Masuk Masjidil Haram

Berwuduk dahulu. Masuk dengan kaki kanan dan baca:

Doa masuk masjidSahih

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Allahummaftah lii abwaaba rahmatik.

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu.

Sahih Muslim, no. 713

Cara isyarat ke Hajarul Aswad

Lihat cara ini dahulu. Anda akan mengulanginya pada permulaan setiap pusingan:

Empat langkah isyarat ke Hajarul Aswad: berdiri sebelum garisan, angkat tangan kanan, kucup tapak tangan, Kaabah di sebelah kiri
Klik gambar untuk besarkan.

Di garisan, berniat

Ikut papan tanda permulaan tawaf. Berdiri sedikit sebelum garisan Hajarul Aswad, di sebelah Rukun Yamani.

Hadap Hajarul Aswad dan baca niat ini, sebelum melangkah untuk pusingan pertama:

Niat tawaf ifadahLafaz niat

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْإِفَاضَةِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafal ifaadhati, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf ifadah, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Lafaz niat tawaf, Nota Kursus Asas Haji 1448H Tabung Haji (Modul 3). Berniat tawaf haji hukumnya sunat, kerana ia sudah termasuk dalam niat ihram haji.

Tidak hafal? Cukup berniat dalam hati: “Sahaja aku tawaf ifadah tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

Jika berlaku

  • Haid sebelum sempat tawaf ifadah? Jangan bertawaf. Tunggu hingga suci. Jika tarikh pulang hampir, segera jumpa pembimbing ibadah atau pejabat TH Makkah (pilihan anda).
  • Ragu sudah pusingan ke berapa semasa tawaf? Ambil bilangan yang paling sedikit, kemudian sempurnakan hingga tujuh. Ragu yang timbul selepas tawaf selesai tidak diambil kira.
  • Wuduk terbatal atau iqamah berbunyi? Berhenti. Ambil wuduk atau solat berjemaah, kemudian sambung dari tempat anda berhenti.
  • Diarahkan ke tingkat atas atau bumbung? Tawaf di situ sah, walaupun lebih tinggi daripada Kaabah (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 25.6).
  • Sudah tawaf dan saie, tetapi belum bergunting? Tawaf anda sah. Bergunting kemudian; tahallul thani berlaku apabila ketiga-tiga amalan selesai (semak).

Lompat ke pusingan1234567

1

Pusingan 1 daripada 7

Ramal jika saie selepas ini

Di garisan Hajarul Aswad

Hadap Hajarul Aswad. Angkat tangan kanan ke arahnya, kemudian kucup tapak tangan. Baca:

Athar sahabat

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ إِيمَانًا بِكَ، وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bismillaahi wallaahu akbar. Allahumma iimaanan bika, wa tasdiiqan bikitaabika, wa wafaa’an bi’ahdika, wattibaa’an lisunnati nabiyyika sallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar. Ya Allah, (aku melakukannya) kerana beriman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan mengikut sunnah Nabi-Mu SAW.

Al-Nawawi, al-Azkar (amalan sahabat)

Kemudian pusing badan supaya Kaabah berada di sebelah kiri anda, dan mula berjalan. Pusingan pertama dikira apabila seluruh badan anda melintasi garisan.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 1Susunan ulama

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِيمَانًا بِكَ، وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.

Subhaanallaahi walhamdu lillaahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahil-‘aliyyil-‘azhiim, wassalaatu wassalaamu ‘alaa rasuulillaahi sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma iimaanan bika, wa tasdiiqan bikitaabika, wa wafaa’an bi’ahdika, wattibaa’an lisunnati nabiyyika Muhammadin sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma innii as’alukal-‘afwa wal-‘aafiyata wal-mu’aafaatad-daa’imata fid-diini wad-dunyaa wal-aakhirah, wal-fawza bil-jannati wan-najaata minan-naar.

Maksud dan sumber

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Ya Allah, aku bertawaf kerana beriman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan mengikut sunnah Nabi-Mu Muhammad SAW. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan, kesejahteraan dan perlindungan yang berkekalan dalam urusan agama, dunia dan akhirat, serta kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 1

1Doa taubatSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran, wa laa yaghfirudz-dzunuuba illaa anta, faghfir lii maghfiratan min ‘indika, warhamnii, innaka antal-ghafuurur-rahiim.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri, dan tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sahih al-Bukhari, no. 834; Sahih Muslim, no. 2705

2Doa taubat Nabi YunusAl-Quran

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh-zhaalimiin.

Maksud dan sumber

Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.

Surah al-Anbiya’ 21:87

3Penghulu istighfarSahih

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastata’tu, a’uudzu bika min syarri maa sana’tu, abuu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu’u laka bidzanbii, faghfir lii, fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illaa anta.

Maksud dan sumber

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku ialah hamba-Mu. Aku tetap berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sedaya upayaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.

Sahih al-Bukhari, no. 6306

4Doa istighfarSahih

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu, wa maa asrartu wa maa a’lantu, wa maa asraftu, wa maa anta a’lamu bihi minnii, antal-muqaddimu wa antal-mu’akhkhiru, laa ilaaha illaa anta.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah aku lakukan dahulu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku lakukan secara terang-terangan, yang aku lakukan secara melampaui batas, dan dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Engkaulah Yang Mengakhirkan. Tiada Tuhan melainkan Engkau.

Sahih Muslim, no. 771

5Doa dilindungi daripada segala yang burukBerdasarkan hadis sahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ وَالأَدْوَاءِ

Allahumma innii a’uudzu bika min munkaraatil-akhlaaqi wal-a’maali wal-ahwaa’i wal-adwaa’.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada akhlak yang mungkar, amalan yang mungkar, hawa nafsu yang mungkar dan penyakit-penyakit yang buruk.

Sunan al-Tirmizi, no. 3591 (Darussalam: sahih), tanpa lafaz wal-adwaa’. Lafaz wal-adwaa’ daripada riwayat lain (Sahih al-Jami’, no. 1298).

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan tanpa menciumnya. Hentikan langkah semasa menyentuh, kemudian pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum meneruskan langkah. Cukup isyarat dengan tangan jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram kerana penjuru ini lazimnya diwangikan. Sambil itu baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Sunan Abi Dawud, no. 1892; Surah al-Baqarah 2:201

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 1 selesai. Baki 6 pusingan. Pusingan 2 ↓

2

Pusingan 2 daripada 7

Ramal jika saie selepas ini

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 2Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتُكَ، وَالْحَرَمَ حَرَمُكَ، وَالْأَمْنَ أَمْنُكَ، وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ، وَهَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ النَّارِ، فَحَرِّمْ لُحُومَنَا وَبَشَرَتَنَا عَلَى النَّارِ. اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ. اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ. اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.

Allahumma inna haadzal-baita baituka, wal-harama haramuka, wal-amna amnuka, wal-‘abda ‘abduka, wa ana ‘abduka wabnu ‘abdika, wa haadzaa maqaamul-‘aa’idzi bika minan-naar, faharrim luhuumanaa wa basyaratanaa ‘alan-naar. Allahumma habbib ilainal-iimaana wa zayyinhu fii quluubinaa, wa karrih ilainal-kufra wal-fusuuqa wal-‘isyaan, waj’alnaa minar-raasyidiin. Allahumma qinii ‘adzaabaka yauma tab’atsu ‘ibaadak. Allahummarzuqnil-jannata bighairi hisaab.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya rumah ini rumah-Mu, tanah haram ini tanah haram-Mu, keamanan ini keamanan daripada-Mu, hamba ini hamba-Mu, dan aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu. Inilah tempat orang yang berlindung dengan-Mu daripada neraka, maka haramkanlah daging dan kulit kami daripada neraka. Ya Allah, jadikanlah kami cinta akan iman dan hiasilah ia dalam hati kami, jadikanlah kami benci akan kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan, dan jadikanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah, peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu. Ya Allah, kurniakanlah aku syurga tanpa hisab.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam. Sebahagian lafaznya daripada Surah al-Hujurat 49:7, dan Allahumma qinii ‘adzaabaka yauma tab’atsu ‘ibaadak ialah doa Nabi SAW (Sahih Muslim, no. 709).

Doa cadangan pusingan 2

1Doa kesejahteraan rumah tanggaAl-Quran

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yun, waj’alnaa lil-muttaqiina imaamaa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan dan zuriat keturunan kami perkara yang menyejukkan mata (hati), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Surah al-Furqan 25:74

2Doa supaya nama harumAl-Quran

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Rabbi hab lii hukman wa alhiqnii bis-saalihiin, waj’al lii lisaana sidqin fil-aakhiriin, waj’alnii min waratsati jannatin-na’iim.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku hikmah (ilmu dan kefahaman) dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. Jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan generasi yang terkemudian. Dan jadikanlah aku daripada golongan yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan.

Surah al-Syu’ara’ 26:83-85

3Doa murah rezekiDaif

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي

Allahummaghfir lii dzanbii, wa wassi’ lii fii daarii, wa baarik lii fii rizqii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku dan berkatilah rezekiku.

Al-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra, no. 9908; Sunan al-Tirmizi, no. 3500 (sanad daif)

4Doa keampunan untuk ibu bapaAl-Quran

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Rabbanaghfir lii wa liwaalidayya wa lil-mu’miniina yauma yaquumul-hisaab.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab (perhitungan amal).

Surah Ibrahim 14:41

5Doa keindahan akhlakLihat sumber

اللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Allahumma kamaa hassanta khalqii fa hassin khuluqii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkanlah akhlakku.

Musnad Ahmad, no. 3823; al-Tabarani, al-Du’a, no. 404

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 2 selesai. Baki 5 pusingan. Pusingan 3 ↓

3

Pusingan 3 daripada 7

Ramal, kali terakhir

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 3Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّكِّ وَالشِّرْكِ وَالشِّقَاقِ وَالنِّفَاقِ وَسُوءِ الْأَخْلَاقِ وَسُوءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ وَالْوَلَدِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Allahumma innii a’uudzu bika minasy-syakki wasy-syirki wasy-syiqaaqi wan-nifaaqi wa suu’il-akhlaaqi wa suu’il-manzhari wal-munqalabi fil-maali wal-ahli wal-walad. Allahumma innii as’aluka ridhaaka wal-jannah, wa a’uudzu bika min sakhatika wan-naar. Allahumma innii a’uudzu bika min fitnatil-qabri, wa a’uudzu bika min fitnatil-mahyaa wal-mamaat.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keraguan, syirik, perpecahan, kemunafikan dan akhlak yang buruk, serta daripada pemandangan yang buruk dan perubahan keadaan yang buruk pada harta, keluarga dan anak-anak. Ya Allah, aku memohon keredaan-Mu dan syurga, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kubur, dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah semasa hidup dan mati.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 3

1Doa bersyukurDaif

يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Yaa rabbi lakal-hamdu kamaa yanbaghii lijalaali wajhika wa li’azhiimi sultaanik.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.

Sunan Ibnu Majah, no. 3801 (sanad daif)

2Doa menolak balaBerdasarkan hadis sahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ

Allahumma innii a’uudzu bika min jahdil-balaa’, wa darakisy-syaqaa’, wa suu’il-qadhaa’, wa syamaatatil-a’daa’.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang berat, daripada ditimpa kecelakaan, daripada takdir yang buruk, dan daripada kegembiraan musuh atas musibah yang menimpaku.

Disusun dalam bentuk doa daripada Sahih al-Bukhari, no. 6347 (Nabi SAW berlindung daripada empat perkara ini). Lihat juga Sahih Muslim, no. 2707.

3Doa agar dilunaskan hutangDaif

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Allahumma innii a’uudzu bika minal-hammi wal-hazan, wa a’uudzu bika minal-‘ajzi wal-kasal, wa a’uudzu bika minal-jubni wal-bukhl, wa a’uudzu bika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan penindasan manusia.

Sunan Abu Dawud, no. 1555 (sanad daif)

4Doa perlindungan daripada ujian hidupSahih

اللَّهُمَّ فَإِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma fa innii a’uudzu bika min fitnatin-naari wa ‘adzaabin-naar, wa fitnatil-qabri wa ‘adzaabil-qabr, wa min syarri fitnatil-ghinaa, wa min syarri fitnatil-faqr, wa a’uudzu bika min syarri fitnatil-masiihid-dajjaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah neraka dan azab neraka, fitnah kubur dan azab kubur, daripada keburukan fitnah kekayaan dan keburukan fitnah kefakiran. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Sahih Muslim, no. 589 (sunnah.com: 589b, Kitab al-Zikr), riwayat Aisyah RA (bahagian awal doa). Makna yang sama dalam Sahih al-Bukhari, no. 6377 dengan lafaz yang berbeza sedikit.

5Doa dihapuskan dukacita dan diberi kegembiraanLihat sumber

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

Allahumma innii ‘abduka, wabnu ‘abdika, ibnu amatika, naasiyatii biyadika, maadhin fiyya hukmuka, ‘adlun fiyya qadhaa’uka, as’aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahu fii kitaabika, au ‘allamtahu ahadan min khalqika, awista’tsarta bihi fii ‘ilmil-ghaibi ‘indaka, an taj’alal-Qur’aana rabii’a qalbii, wa nuura sadrii, wa jalaa’a huznii, wa dzahaaba hammii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu yang lelaki dan anak kepada hamba-Mu yang perempuan. Ubun-ubunku di tangan-Mu, hukum-Mu berlaku ke atasku, adil ketetapan-Mu ke atasku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran penyeri hatiku, cahaya dadaku, penghilang kesedihanku dan pelenyap kerunsinganku.

Musnad Ahmad, no. 3712 dan 4318; Sahih Ibnu Hibban, no. 972

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 3 selesai. Baki 4 pusingan. Pusingan 4 ↓

4

Pusingan 4 daripada 7

Semua jemaah: jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 4Susunan ulama

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا، وَسَعْيًا مَشْكُورًا، وَذَنْبًا مَغْفُورًا، وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُولًا، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُورَ. يَا عَالِمَ مَا فِي الصُّدُورِ، أَخْرِجْنِي يَا اللَّهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ. رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي، وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي مِنْكَ بِخَيْرٍ.

Allahummaj’alhu hajjan mabruuran, wa sa’yan masykuuran, wa dzanban maghfuuran, wa ‘amalan saalihan maqbuulan, wa tijaaratan lan tabuur. Yaa ‘aalima maa fis-suduur, akhrijnii yaa Allaahu minazh-zhulumaati ilan-nuur. Allahumma innii as’aluka muujibaati rahmatika, wa ‘azaa’ima maghfiratika, wassalaamata min kulli itsmin, wal-ghaniimata min kulli birrin, wal-fauza bil-jannati, wan-najaata minan-naar. Rabbi qanni’nii bimaa razaqtanii, wa baarik lii fiimaa a’thaitanii, wakhluf ‘alayya kulla ghaa’ibatin lii minka bikhair.

Maksud dan sumber

Ya Allah, jadikanlah ia haji yang mabrur, usaha yang diterima, dosa yang diampunkan, amal soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak akan rugi. Wahai Tuhan yang mengetahui isi hati, keluarkanlah aku, ya Allah, daripada kegelapan kepada cahaya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan rahmat-Mu dan yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada setiap dosa, habuan daripada setiap kebaikan, kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku reda dengan rezeki yang Engkau kurniakan, berkatilah apa yang Engkau berikan kepadaku, dan gantikanlah bagiku setiap yang hilang daripadaku dengan kebaikan daripada-Mu.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 4

1Doa atas nikmat IslamAl-Quran

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

Al-hamdu lillaahil-ladzii hadaanaa lihaadzaa, wa maa kunnaa linahtadiya lau laa an hadaanallaah.

Maksud dan sumber

Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada kami ke (jalan) ini, dan kami tidak sekali-kali akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak memberi petunjuk kepada kami.

Surah al-A’raf 7:43

2Doa ditetapkan dalam iman dan IslamAl-Quran

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadaitanaa, wa hab lanaa min ladunka rahmah, innaka antal-wahhaab.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

Surah Ali ‘Imran 3:8

3Doa keampunan dan kesejahteraanSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Allahumma innii as’alukal-‘afwa wal-‘aafiyata fid-dunyaa wal-aakhirah.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Sunan Ibnu Majah, no. 3871 (Darussalam: sahih).

4Doa agar dipelihara kesihatanSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Allahumma innii a’uudzu bika min zawaali ni’matika, wa tahawwuli ‘aafiyatika, wa fujaa’ati niqmatika, wa jamii’i sakhatik.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesejahteraan (kesihatan) yang Engkau kurniakan, datangnya azab-Mu secara tiba-tiba, dan daripada segala kemurkaan-Mu.

Sahih Muslim, no. 2739

5Doa yang merangkumi segala doaDaif

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ، وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ، وَعَلَيْكَ الْبَلاَغُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Allahumma innaa nas’aluka min khairi maa sa’alaka minhu nabiyyuka Muhammad, wa na’uudzu bika min syarri masta’aadza bika minhu nabiyyuka Muhammad, wa antal-musta’aan, wa ‘alaikal-balaagh, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan yang dipohon oleh Nabi-Mu Muhammad ﷺ, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang Nabi-Mu Muhammad ﷺ memohon perlindungan daripadanya. Engkaulah tempat memohon pertolongan, dan Engkaulah yang menyampaikan (segala hajat). Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Sunan al-Tirmizi, no. 3521 (al-Tirmizi: hasan gharib; Darussalam: daif).

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 4 selesai. Baki 3 pusingan. Pusingan 5 ↓

5

Pusingan 5 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 5Susunan ulama

اللَّهُمَّ أَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّكَ، وَلَا بَاقِيَ إِلَّا وَجْهُكَ، وَاسْقِنِي مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيئَةً لَا نَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيمَهَا وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ.

Allahumma azhillanii tahta zhilli ‘arsyika yauma laa zhilla illaa zhilluk, wa laa baaqiya illaa wajhuk, wasqinii min haudhi nabiyyika sayyidinaa Muhammadin sallallaahu ‘alaihi wa sallam syarbatan hanii’atan laa nazhma’u ba’dahaa abadaa. Allahumma innii as’aluka min khairi maa sa’alaka minhu nabiyyuka sayyidunaa Muhammadun sallallaahu ‘alaihi wa sallam, wa a’uudzu bika min syarri mas-ta’aadzaka minhu nabiyyuka sayyidunaa Muhammadun sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma innii as’alukal-jannata wa na’iimahaa wa maa yuqarribunii ilaihaa min qaulin au fi’lin au ‘amal, wa a’uudzu bika minan-naari wa maa yuqarribunii ilaihaa min qaulin au fi’lin au ‘amal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, naungilah aku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tiada naungan selain naungan-Mu, dan tiada yang kekal selain Zat-Mu. Berilah aku minum dari telaga Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, satu minuman yang menyegarkan, yang selepasnya kami tidak akan dahaga selama-lamanya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang dipohon oleh Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, memohon perlindungan daripadanya. Ya Allah, aku memohon syurga dan nikmatnya, serta apa jua perkataan, perbuatan atau amalan yang mendekatkan aku kepadanya. Aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan apa jua perkataan, perbuatan atau amalan yang mendekatkan aku kepadanya.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 5

1Doa agar tidak tergolong bersama kaum yang zalimAl-Quran

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Rabbanaa laa taj’alnaa ma’al-qaumizh-zhaalimiin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama-sama kaum yang zalim.

Surah al-A’raf 7:47

2Doa memohon keputusan terbaik dalam urusanAl-Quran

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Rabbanaftah bainanaa wa baina qauminaa bil-haqqi wa anta khairul-faatihiin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi keputusan.

Surah al-A’raf 7:89

3Doa dipermudahkan segala urusanAl-Quran

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wa hayyi’ lanaa min amrinaa rasyadaa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan sediakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.

Surah al-Kahf 18:10

4Doa dikurniakan kekuatanAl-Quran

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Rabbanaa afrigh ‘alainaa sabran wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal-qaumil-kaafiriin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah pendirian kami, dan menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

Surah al-Baqarah 2:250

5Doa dijauhkan daripada zinaLihat sumber

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبِي، وَطَهِّرْ قَلْبِي، وَحَصِّنْ فَرْجِي

Allahummaghfir dzanbii, wa tahhir qalbii, wa hassin farjii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku.

Musnad Ahmad, no. 22211 (lafaz disesuaikan untuk diri sendiri)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 5 selesai. Baki 2 pusingan. Pusingan 6 ↓

6

Pusingan 6 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 6Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ حُقُوقًا كَثِيرَةً فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكَ، وَحُقُوقًا كَثِيرَةً فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَ خَلْقِكَ. اللَّهُمَّ مَا كَانَ لَكَ فَاغْفِرْهُ لِي، وَمَا كَانَ لِخَلْقِكَ فَتَحَمَّلْهُ عَنِّي، وَأَغْنِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ، يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنَّ بَيْتَكَ عَظِيمٌ، وَوَجْهَكَ كَرِيمٌ، وَأَنْتَ يَا اللَّهُ حَلِيمٌ كَرِيمٌ عَظِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.

Allahumma inna laka ‘alayya huquuqan katsiiratan fiimaa bainii wa bainak, wa huquuqan katsiiratan fiimaa bainii wa baina khalqik. Allahumma maa kaana laka faghfirhu lii, wa maa kaana likhalqika fatahammalhu ‘annii, wa aghninii bihalaalika ‘an haraamik, wa bithaa’atika ‘an ma’shiyatik, wa bifadhlika ‘amman siwaak, yaa waasi’al-maghfirah. Allahumma inna baitaka ‘azhiim, wa wajhaka kariim, wa anta yaa Allaahu haliimun kariimun ‘azhiim, tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘annii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mempunyai banyak hak ke atasku dalam urusan antara aku dengan-Mu, dan banyak hak dalam urusan antara aku dengan makhluk-Mu. Ya Allah, apa yang menjadi hak-Mu, ampunkanlah untukku, dan apa yang menjadi hak makhluk-Mu, tanggunglah ia bagi pihakku. Cukupkanlah aku dengan yang halal daripada-Mu sehingga tidak memerlukan yang haram, dengan ketaatan kepada-Mu sehingga jauh daripada maksiat, dan dengan kurnia-Mu sehingga tidak bergantung kepada selain-Mu, wahai Tuhan yang luas keampunan-Nya. Ya Allah, sesungguhnya rumah-Mu agung, Wajah-Mu mulia, dan Engkau, ya Allah, Maha Penyantun, Maha Pemurah lagi Maha Agung. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 6

1Doa ketika dalam kesusahanSahih

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Laa ilaaha illallaahul-‘azhiimul-haliim, laa ilaaha illallaahu rabbul-‘arsyil-‘azhiim, laa ilaaha illallaahu rabbus-samaawaati wa rabbul-ardhi wa rabbul-‘arsyil-kariim.

Maksud dan sumber

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia.

Sahih al-Bukhari, no. 6346; Sahih Muslim, no. 2730

2Doa memohon kemudahanLihat sumber

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا

Allahumma laa sahla illaa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul-hazna idzaa syi’ta sahlaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan perkara yang sukar itu mudah apabila Engkau kehendaki.

Sahih Ibnu Hibban, no. 974

3Doa memohon berada dalam kebenaranHasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ

Allahumma innii as’aluka fi’lal-khairaat, wa tarkal-munkaraat, wa hubbal-masaakiin, wa an taghfira lii wa tarhamanii, wa idzaa aradta fitnata qaumin fatawaffanii ghaira maftuun.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu (taufik) untuk melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang miskin; dan agar Engkau mengampuni dan merahmatiku. Apabila Engkau menghendaki fitnah menimpa sesuatu kaum, maka wafatkanlah aku tanpa terkena fitnah itu.

Sunan al-Tirmizi, no. 3235 (Darussalam: hasan).

4Doa perlindungan daripada keburukan orang terdekatLihat sumber

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنُهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي، إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا

Allahumma innii a’uudzu bika min jaaris-suu’, wa min zaujin tusyayyibunii qablal-masyiib, wa min waladin yakuunu ‘alayya rabban, wa min maalin yakuunu ‘alayya ‘adzaaban, wa min khaliilin maakirin ‘ainuhu taraanii wa qalbuhu yar’aanii, in ra’aa hasanatan dafanahaa, wa idzaa ra’aa sayyi’atan adzaa’ahaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jiran yang jahat, daripada pasangan yang membuatkan aku beruban sebelum tiba masa tuaku, daripada anak yang menjadi tuan ke atasku, daripada harta yang menjadi azab bagiku, dan daripada sahabat yang licik, matanya memerhatikanku dan hatinya mengintaiku; jika dia melihat kebaikan, dia memendamnya, dan jika dia melihat keburukan, dia menyebarkannya.

al-Tabarani, al-Du’a, no. 1339; al-Silsilah al-Sahihah, no. 3137

5Doa mendapat rezeki bergandaAthar sahabat

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيبًا فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ الْغَدَاةَ، وَنُورًا تَهْدِي، وَرَحْمَةً تَنْشُرُهَا، وَرِزْقًا تَبْسُطُهُ، وَضُرًّا تَكْشِفُهُ، وَبَلَاءً تَرْفَعُهُ، وَفِتْنَةً تَصْرِفُهَا

Allahummaj’alnii min a’zhami ‘ibaadika nasiiban fii kulli khairin taqsimuhul-ghadaata, wa nuuran tahdii, wa rahmatan tansyuruhaa, wa rizqan tabsutuhu, wa dhurran taksyifuhu, wa balaa’an tarfa’uhu, wa fitnatan tasrifuhaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, jadikanlah aku antara hamba-Mu yang paling besar bahagiannya dalam setiap kebaikan yang Engkau bahagikan pada pagi ini: cahaya yang Engkau berikan petunjuk dengannya, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau luaskan, kemudaratan yang Engkau hilangkan, bala yang Engkau angkat dan fitnah yang Engkau palingkan.

al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 13079 (athar Ibnu Umar RA)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 6 selesai. Baki 1 pusingan. Pusingan 7 ↓

7

Pusingan 7 daripada 7

Pusingan terakhir

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 7Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا كَامِلًا، وَيَقِينًا صَادِقًا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَحَلَالًا طَيِّبًا، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً بَعْدَ الْمَوْتِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، بِرَحْمَتِكَ يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ. رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ.

Allahumma innii as’aluka iimaanan kaamilan, wa yaqiinan saadiqan, wa rizqan waasi’an, wa qalban khaasyi’an, wa lisaanan dzaakiran, wa halaalan thayyiban, wa taubatan qablal-maut, wa maghfiratan wa rahmatan ba’dal-maut, wal-‘afwa ‘indal-hisaab, wal-fauza bil-jannati, wan-najaata minan-naar, birahmatika yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaar. Rabbi zidnii ‘ilman wa alhiqnii bis-saalihiin.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang sempurna, keyakinan yang benar, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir, rezeki halal yang baik, taubat sebelum mati, keampunan dan rahmat selepas mati, kemaafan ketika hisab, kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan himpunkanlah aku bersama orang yang soleh.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam. Penutupnya daripada Surah Taha 20:114 dan Surah al-Syu’ara’ 26:83.

Doa cadangan pusingan 7

1Doa kesejahteraan ibu bapaAl-Quran

رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Rabbirhamhumaa kamaa rabbayaanii saghiiraa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik dan memeliharaku semasa kecil.

Surah al-Isra’ 17:24

2Doa memohon kecukupan keperluanAl-Quran

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Hasbiyallaahu laa ilaaha illaa huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘azhiim.

Maksud dan sumber

Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.

Surah al-Taubah 9:129

3Doa menghindari fitnahSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma innii a’uudzu bika min ‘adzaabi jahannam, wa min ‘adzaabil-qabri, wa min fitnatil-mahyaa wal-mamaat, wa min syarri fitnatil-masiihid-dajjaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka Jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada keburukan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Sahih Muslim, no. 588

4Doa dikurniakan anak yang solehAl-Quran

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Rabbi hab lii min ladunka dzurriyyatan tayyibah, innaka samii’ud-du’aa’.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

Surah Ali ‘Imran 3:38

5Doa memohon kecintaan AllahHasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

Allahumma innii as’aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wal-‘amalalladzii yuballighunii hubbak. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal-maa’il-baarid.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku kasihi daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk.

Sunan al-Tirmizi, no. 3490 (hasan gharib)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Tawaf ifadah anda selesai. Alhamdulillah. Seterusnya ↓

Selepas tawaf

Selepas Tawaf Ifadah: Saie, Tahallul Thani dan Pulang ke Mina

Solat sunat tawaf dua rakaat

Lelaki yang berkain ihram: tutup semula bahu kanan.

Solat di mana-mana dalam Masjidil Haram, asalkan tidak di laluan tawaf. Berniat dalam hati. Jika mahu, lafazkan:

Niat solat sunat tawafLafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الطَّوَافِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usallii sunnatat-tawaafi rak’ataini lillaahi ta’aalaa.

Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.

Lafaz susunan ulama; maksudnya sama dengan lafaz Tabung Haji. Niat dalam hati sudah memadai.

Rakaat pertama: al-Fatihah dan surah al-Kafirun. Rakaat kedua: al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

Berdoa dan minum zamzam

Berdoalah dengan hajat anda, menghadap Kaabah. Jika tidak sesak, anda boleh berdoa di Multazam.

Jika mahu, minum air zamzam (doa minum air zamzam).

Panduan penuhDoa di Multazam dan Maqam IbrahimLafaz doa selepas tawaf, Arab dan Rumi, dengan status setiap doa

Saie haji, jika belum

Tamattu’: pergi ke Safa untuk saie haji. Ifrad dan Qiran yang sudah saie selepas tawaf qudum: langkau titik ini.

Niat saie haji: gunakan lafaz niat saie dengan lil-hajji (bagi haji). Lelaki berkain ihram buka semula bahu kanan.

Panduan penuhNiat dan Cara SaieTujuh perjalanan Safa ke Marwah, dengan bacaan setiap perjalanan

Semak tahallul anda

Tandakan amalan yang sudah selesai:

Tiga amalan tahallul haji

Dua amalan selesai: tahallul awal. Ketiga-tiganya selesai: tahallul thani, semua larangan ihram terangkat (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 33.1).

  • Melontar Jamrah Kubra (Aqabah) pada 10 Zulhijjah atau selepasnya
  • Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut, selepas separuh malam 10 Zulhijjah
  • Tawaf ifadah dan saie haji saie hanya jika belum dibuat selepas tawaf qudum

Belum cukup? Lihat apa yang masih dilarang.

Pulang ke Mina

Haji anda belum habis. Mabit di Mina dan melontar tiga jamrah pada hari Tasyrik masih wajib.

Pastikan anda berada di Mina lebih separuh malam pada malam-malam Tasyrik. Anda boleh tiba di Mina bila-bila masa, asalkan tempoh itu dipenuhi (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, bab 34).

Panduan seterusnya: mabit di Mina dan cara melontar jamrah.

Sebelum meninggalkan Makkah untuk pulang atau ke Madinah, lakukan tawaf wada.

Langkah seterusnyaMelontar Tiga JamrahHari Tasyrik di Mina, kemudian nafar awal atau nafar thani

Waktu

Waktu Tawaf Ifadah

Waktu
MulaSelepas separuh malam 10 Zulhijjah, dan selepas wukuf. Sebelum itu tidak sah. (al-Majmu’, 8/220; Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 25.15)
Afdal10 Zulhijjah (Hari Nahar), selepas melontar Jamrah Kubra dan bercukur. (Sahih Muslim, no. 1308; Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 33.9)
DibolehkanHari Tasyrik, atau selepas pulang dari Mina. Tiada dam kerana lewat. (al-Majmu’, 8/282; Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 38.1)
AkhirTiada had akhir, tetapi jangan melewatkannya tanpa uzur. SJH menyebut sengaja melewatkannya hingga masuk Muharram hukumnya makruh. (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 25.24)

Nabi SAW melakukan tawaf ifadah pada Hari Nahar, kemudian kembali dan solat Zuhur di Mina (Sahih Muslim, no. 1308). Bagi musim 1448H, Hari Arafah dijangka sekitar 15 Mei 2027 dan 10 Zulhijjah sekitar 16 Mei 2027, tertakluk kepada pengumuman rasmi. Jadual tawaf ifadah jemaah Malaysia ikut ketetapan TH musim 1448H.

Cari situasi anda

Tahallul Awal dan Tahallul Thani

Tahallul haji ada dua peringkat, ditentukan oleh tiga amalan: melontar Jamrah Kubra, bercukur atau bergunting, dan tawaf ifadah berserta saie (jika belum saie). Dua daripada tiga menghasilkan tahallul awal; ketiga-tiganya tahallul thani (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 33.1; Nota KAH TH 1448H, Modul 6). Bercukur itu sendiri ialah rukun haji, bukan sekadar tanda selesai.

Pencari tahallul

Apa yang sudah anda buat?

lontar, bercukur, saie, setubuh

Belum tahallul awal

anda baru melontar Jamrah Kubra Belum tahallul

Anda masih dalam ihram dan semua larangan ihram terpakai. Bercukur atau bergunting, atau tawaf ifadah dan saie, untuk mencapai tahallul awal. Yang afdal, bercukur selepas melontar.

anda sudah bercukur dan tawaf ifadah, tetapi belum saie haji Belum tahallul

Bagi jemaah yang belum saie, tawaf dikira sebagai satu amalan tahallul hanya bersama saie. Sempurnakan saie haji, atau melontar Jamrah Kubra, untuk mencapai tahallul awal.

Cara saie

Tahallul awal (dua daripada tiga)

anda sudah melontar Jamrah Kubra dan bercukur Tahallul awal

Semua larangan ihram terangkat kecuali tiga: akad nikah (termasuk menjadi wali atau wakil), mukadimah persetubuhan, dan persetubuhan (Nota KAH TH 1448H, Modul 6). Anda boleh memakai pakaian biasa dan wangian.

Baki: tawaf ifadah, dan saie haji jika belum.

anda sudah melontar, tawaf ifadah dan saie, tetapi belum bercukur Tahallul awal

Tiga larangan di atas masih kekal. Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut untuk mencapai tahallul thani.

Cara bercukur dan bergunting

anda sudah bercukur, tawaf ifadah dan saie, tetapi belum melontar Tahallul awal

Lontar Jamrah Kubra secepat mungkin, sebelum matahari terbenam pada 13 Zulhijjah. Jika terlepas waktu itu, rujuk pembimbing ibadah tentang dam dan kedudukan tahallul anda.

Cara melontar jamrah

anda bersetubuh selepas tahallul awal, sebelum tahallul thani Dam

Haji tidak rosak. Sempurnakan baki haji. Dam dikenakan; lihat kadar dan jenisnya.

Pencari dam

Tahallul thani (ketiga-tiganya)

anda sudah melontar Jamrah Kubra, bercukur, dan tawaf ifadah berserta saie Tahallul thani

Semua larangan ihram terangkat, termasuk hubungan suami isteri.

Mabit di Mina dan melontar pada hari Tasyrik masih wajib. Umrah sunat hanya sah selepas semua kerja haji selesai (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 33.7).

Kes khas

anda jemaah Ifrad atau Qiran yang sudah saie selepas tawaf qudum Tawaf sahaja

Bagi anda, tawaf ifadah sahaja sudah dikira sebagai satu amalan tahallul. Saie tidak diulang.

Situasi anda tiada di sini? Tanya pembimbing ibadah rombongan. Lihat juga tahallul umrah dan haji.

Panduan penuhTahallul HajiTahallul awal, tahallul thani dan larangan selepasnya

Hukum

Hukum Tawaf Ifadah: Rukun yang Tidak Boleh Diganti

Ifadah berasal daripada perkataan Arab afadha, iaitu bertolak beramai-ramai. Tawaf ini dilakukan selepas jemaah bertolak dari Arafah dan Mina ke Makkah. Tawaf ini ialah rukun ketiga haji (Nota KAH TH 1448H, Modul 3). Dalilnya firman Allah SWT:

ثُمَّ لۡيَقۡضُواْ تَفَثَهُمۡ وَلۡيُوفُواْ نُذُورَهُمۡ وَلۡيَطَّوَّفُواْ بِٱلۡبَيۡتِ ٱلۡعَتِيقِ

“Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri, menyempurnakan nazar-nazar mereka, dan bertawaf di Baitullah yang tua itu.”

Surah al-Hajj, ayat 29

  • Tidak boleh diganti dengan dam. Haji tidak sempurna tanpanya. Ini berbeza dengan perkara wajib haji, seperti mabit dan melontar, yang ditampung dengan dam jika ditinggalkan.
  • Tidak boleh diwakilkan atau diupah. Dalam kerja haji, hanya melontar boleh diwakilkan bagi yang uzur syarie (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 25.26, 25.28 dan 25.29). Jemaah uzur bertawaf sendiri dengan kerusi roda; orang yang menolak boleh diupah (tawaf berkerusi roda).
  • Tidak sah sebelum wukuf. Tawaf ifadah yang dibuat sebelum wukuf perlu diulang selepasnya (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 25.15).
  • Tiada dam kerana lewat. Waktunya tiada had akhir: “Akhir waktunya ialah akhir umur seseorang, walaupun dia hidup lima puluh tahun lagi, dan tiada dam kerana melewatkannya” (al-Nawawi, al-Majmu’, 8/282). Namun, segerakanlah.

Jika sudah pulang tanpa tawaf ifadah

Haji anda tidak batal, tetapi tergantung. Walaupun sudah tahallul awal, anda masih dilarang daripada tiga perkara: akad nikah, bercumbu dan bersetubuh, sehingga tawaf ifadah dan saie disempurnakan (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 38.1). Anda wajib kembali ke Makkah untuk menyempurnakannya.

Jika sudah tahallul awal, anda tidak perlu berniat ihram baharu atau memakai pakaian ihram; terus lakukan tawaf ifadah dan saie (jika belum) sebaik tiba (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 21.33). Bagi kes belum tahallul awal, atau keadaan yang menghalang anda kembali, rujuk mufti atau pembimbing ibadah.

Panduan wanita

Wanita Haid dan Tawaf Ifadah

Wanita yang haid atau nifas tidak boleh bertawaf, dan tawaf ifadah tidak gugur kerana haid. Ketika Safiyyah RA didatangi haid, Nabi SAW menyangka rombongan perlu menunggunya, sehingga Baginda diberitahu bahawa dia sudah melakukan tawaf ifadah:

أَنَّ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَاضَتْ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَحَابِسَتُنَا هِيَ؟ قَالُوا: إِنَّهَا قَدْ أَفَاضَتْ. قَالَ: فَلَا إِذًا

“Safiyyah binti Huyay, isteri Nabi SAW, didatangi haid. Aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda bertanya: Adakah dia akan menahan (perjalanan) kita? Mereka menjawab: Dia sudah melakukan tawaf ifadah. Baginda bersabda: Jika begitu, tidak.” (Aisyah RA)

Sahih al-Bukhari, no. 1757

Jika haid datang sebelum tawaf ifadah, ikut urutan ini (Nota KAH TH 1448H, Modul 9; Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 26.4 dan 26.5):

  1. Masa pulang masih panjang: tunggu suci. Mandi wajib, kemudian lakukan tawaf ifadah dan saie haji (jika belum). Sementara itu, larangan nikah, bercumbu dan bersetubuh masih kekal.
  2. Tidak sempat suci: mohon tangguh penerbangan. Jumpa pegawai di pejabat TH Makkah untuk menukar tarikh penerbangan pulang. Ini pilihan pertama TH.
  3. Tidak dapat ditangguhkan: dam ihsar. Anda kekal dalam ihram. Selepas keluar dari Makkah sekurang-kurangnya dua marhalah (81 km), bertahallul ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting dengan niat tahallul. Haji tetap belum sempurna: anda wajib kembali menyempurnakan tawaf ifadah apabila mampu (Nota KAH TH 1448H, Modul 5; cara dam ihsar).
  4. Bertaklid kepada mazhab Hanafi. TH menyenaraikan pilihan bertawaf ifadah dalam keadaan haid mengikut mazhab Hanafi, dengan dam seekor unta, serta memohon ampun kerana masuk masjid dalam keadaan berhadas besar. Hajinya selesai. Buat keputusan ini bersama pembimbing ibadah TH, dan maklumkan kaunter dam jika jenis dam berubah.
  • Suci di tengah tempoh haid (naqa’). Tawaf ketika naqa’ sah, sama ada suci berlaku secara semula jadi atau dengan ubat, dengan syarat anda yakin suci sepanjang tujuh pusingan (Muzakarah Haji ke-40, 1445H; Nota KAH TH 1448H, Modul 9).
  • Cecair kuning atau keruh selepas hari kebiasaan haid: jika anda akan meninggalkan Makkah dalam masa terdekat dan tiada pilihan lain, harus berpegang kepada pendapat bahawa cecair kekuningan dan keruh yang keluar selepas hari kebiasaan haid, setelah diselangi suci, tidak dikira haid. Anda boleh mandi dan bertawaf (Resolusi Muzakarah Haji ke-22, 1427H; Nota KAH TH 1448H, Modul 9). Jumhur ulama Syafi’e mengiranya haid, jadi pilihan ini hanya untuk keadaan terdesak.
  • Ubat penahan haid. Dibolehkan jika tiada pilihan, dengan nasihat doktor pakar dan tidak memudaratkan (Muzakarah Haji ke-30, 1435H). Sediakan pelan kontingensi kerana ubat mungkin tidak berkesan.
  • Haid selepas tawaf ifadah. Teruskan saie haji kerana saie tidak mensyaratkan suci. Tawaf wada pula gugur tanpa dam (wanita haid dan tawaf wada).

Panduan penuhPanduan Haji WanitaHaid, nifas dan istihadah sepanjang haji, mengikut fasa perjalanan

Tawaf wada

Tawaf Ifadah dan Tawaf Wada

Dua tawaf ini berbeza. Tawaf ifadah ialah rukun haji. Tawaf wada pula wajib bagi sesiapa yang hendak meninggalkan Makkah, dan hanya dilakukan selepas tawaf rukun selesai (panduan tawaf wada). Pada asalnya, kedua-duanya dibuat berasingan.

Menurut Soal Jawab Haji TH-JAKIM (soalan 38.2), tawaf ifadah dikira juga sebagai tawaf wada (“dua dalam satu”) hanya bagi jemaah yang kesuntukan masa, contohnya wanita yang baru suci sedangkan penerbangannya sudah ditetapkan. Ia tetap terhasil walaupun dia bersaie haji selepas tawaf itu, kemudian terus bertolak.

Jemaah yang masih ada masa tidak termasuk dalam kelonggaran ini, dan perlu bertawaf wada sebelum meninggalkan Makkah. Keputusan ini menggantikan perbincangan Muzakarah Haji ke-25 (2009).

Soal jawab

Soalan Lazim

Bolehkah tawaf ifadah memakai pakaian biasa?

Boleh, jika anda sudah tahallul awal, contohnya sudah melontar Jamrah Kubra dan bercukur. Selepas tahallul awal, larangan memakai pakaian berjahit sudah terangkat. Pastikan aurat ditutup. Jika belum tahallul awal, anda masih berihram dan perlu berkain ihram.

Bila waktu tawaf ifadah bermula dan berakhir?

Bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah, dengan syarat sudah wukuf. Afdalnya pada 10 Zulhijjah. Tiada had akhir dan tiada dam kerana lewat, tetapi jangan melewatkannya tanpa sebab.

Bagaimana jika haid dan tarikh pulang sudah dekat?

Jangan pulang tanpa berbincang dengan pembimbing ibadah TH. Pilihan yang disenaraikan TH: menangguhkan penerbangan, tahallul dengan dam ihsar (haji masih perlu disempurnakan kemudian), atau bertaklid kepada mazhab Hanafi dengan dam seekor unta.

Bolehkah tawaf ifadah diwakilkan kepada orang lain?

Tidak. Tawaf dan saie tidak sah diupah kepada orang lain; yang boleh diwakilkan hanya melontar (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 25.28 dan 25.29). Jemaah uzur boleh bertawaf dengan kerusi roda.

Bolehkah tawaf ifadah digabung dengan tawaf wada?

Hanya bagi jemaah yang kesuntukan masa (Soal Jawab Haji TH-JAKIM, soalan 38.2). Jemaah yang masih ada masa perlu melakukan tawaf wada secara berasingan sebelum meninggalkan Makkah.

Wajibkah saie selepas tawaf ifadah?

Ya, kerana saie ialah rukun haji. Bagi jemaah Tamattu’, dan jemaah Ifrad atau Qiran yang belum saie selepas tawaf qudum, saie dibuat selepas tawaf ifadah. Saie haji hanya sekali; jika sudah, jangan diulang.

Sumber

Rujukan

  1. Al-Quran, Surah al-Hajj, ayat 29. quran.com
  2. Sahih Muslim, no. 1308: Nabi SAW bertawaf ifadah pada Hari Nahar, kemudian solat Zuhur di Mina. sunnah.com
  3. Sahih al-Bukhari, no. 1757: hadis Safiyyah RA. sunnah.com
  4. Sunan Abi Dawud, no. 1892 (doa antara dua rukun); Sahih Muslim, no. 713 (doa masuk masjid). sunnah.com
  5. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 3: rukun haji, hukum niat tawaf, ramal dan idtiba’. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  6. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 4: waktu bercukur dan tertib; Modul 6: tahallul awal dan thani, larangan selepas tahallul awal. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  7. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 5: jemaah terhalang dan dam ihsar. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  8. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Modul 9: pilihan wanita haid sebelum tawaf rukun, naqa’ dan ubat penahan haid. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  9. Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (TH-JAKIM), Soal Jawab Haji, Umrah dan Ziarah, edisi 2018: soalan 21.33, 25.6, 25.15, 25.24, 25.26, 25.28, 25.29, 26.4, 26.5, 33.1, 33.7, 33.9, 38.1 dan 38.2, serta bab 34 (mabit di Mina).
  10. Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab, 8/220 (mula waktu) dan 8/282 (tiada had akhir, tiada dam kerana lewat), dinukil dalam Dar al-Ifta’ Mesir. dar-alifta.org
  11. Al-Bakri al-Dimyati, I’anah al-Talibin, 2/351: talbiah berakhir dengan permulaan melontar Jamrah Aqabah atau amalan tahallul yang lain. shamela.ws
  12. Al-Nawawi, al-Azkar, Kitab Azkar al-Hajj: zikir istilam ketika memulakan tawaf.
KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

4 Komen

  1. Tahallul awwal setelah selesai melontar Jamrah qubro kemudian bergunting/bercukur. Jadi 10 larangan ihram sudah terangkat, termasuk memakai pakaian ihram.

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah tuan,

      Untuk makluman, dalam mazhab Syafi‘e, tahallul awwal (pertama) berlaku apabila telah melakukan dua daripada tiga perkara berikut:

      1. Melontar Jamrah al-‘Aqabah
      2. Bercukur atau bergunting
      3. Tawaf Ifadah

      Jadi jika tuan telah melontar Jamrah al-‘Aqabah dan bergunting atau bercukur, maka tahallul pertama telah sempurna. Dalam keadaan ini, sebahagian besar larangan ihram telah terangkat, termasuk memakai pakaian berjahit, menggunakan wangi-wangian, dan seumpamanya.

      Namun begitu, hubungan suami isteri dan perkara yang berkaitan dengannya masih belum dibenarkan, kerana ia hanya halal selepas tahallul kedua (iaitu selepas selesai tawaf ifadah dan sa‘ie).

      ✅ Maka, ya pakaian ihram boleh ditanggalkan selepas tahallul pertama.

      ❌ Tetapi hubungan suami isteri masih belum dibenarkan sehingga selesai tahallul kedua.

      Semoga Allah menerima ibadah haji tuan.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  2. Tawaf Ifadah juga boleh dilakukan tanpa berihram. Ini berlaku kepada mereka yang telah bertahallul awwal.

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah tuan,

      Benar, kenyataan tuan adalah tepat dan selari dengan pandangan mazhab Syafi‘e.

      Setelah seseorang bertahallul awwal (iaitu dengan menyempurnakan dua daripada tiga amalan: melontar Jamrah al-‘Aqabah, bercukur/bergunting, dan Tawaf Ifadah berserta sa‘ie jika belum), maka dia boleh menanggalkan pakaian ihram dan sebahagian besar larangan ihram telah terangkat, lalu Tawaf Ifadah boleh dilakukan dengan pakaian biasa. Namun dia belum bebas sepenuhnya daripada ihram: persetubuhan, perbuatan yang membawa kepada persetubuhan (seperti bersentuhan dengan syahwat) dan akad nikah masih haram sehingga tahallul thani, iaitu selepas ketiga-tiga amalan (melontar Jamrah al-‘Aqabah, bercukur atau bergunting, serta Tawaf Ifadah berserta sa‘ie jika belum) disempurnakan.

      Oleh itu, Tawaf Ifadah boleh dilakukan dalam pakaian biasa, dan tidak disyaratkan berihram semula selepas tahallul pertama.

      Semoga Allah memudahkan dan menerima ibadah haji tuan.

      Wallahu a‘lam.

      (Jawapan ini dikemas kini pada 18 Oktober 2026 untuk pembetulan.)

      Balas

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.