TAWAF SUNAT: Niat, Syarat & Cara Mengerjakannya

Panduan lengkap tawaf sunat seperti niat, syarat dan cara tawaf tujuh pusingan tanpa ihram, serta waktu terbaik untuk melakukannya.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 25 Oktober 2026

Selepas umrah selesai, masih banyak masa terluang di Makkah. Ramai jemaah ingin memperbanyakkan tawaf sunat, tetapi tidak pasti sama ada perlu berihram, apa niatnya dan bolehkah ia dilakukan untuk arwah ibu bapa.

Panduan tawaf sunat ini menerangkan lafaz niat, cara tujuh pusingan, syarat sah, solat sunat selepasnya, waktu terbaik dan tawaf sunat untuk arwah, mengikut Mazhab Syafi’e. Semoga panduan ini membantu anda, InsyaAllah.

Semakan editorial: 14 Oktober 2026 · Semakan fiqh pakar: dalam proses · Rujukan utama: Nota KAH Tabung Haji 1448H, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Al-Kafi), al-Azkar karya Imam al-Nawawi, Sunan al-Tirmizi dan Sahih Muslim.

Ringkasan

Lafaz niat tawaf sunat: Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafat tatawwu’i, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa. Bacalah ketika berdiri selari dengan Hajarul Aswad, sebelum pusingan pertama. Niat ini wajib bagi tawaf sunat, dan cukup di dalam hati.

Selepas berniat, ikut kad Pusingan 1 hingga 7 di bawah. Caranya sama seperti tawaf umrah, tetapi tanpa ihram, tanpa ramal dan tanpa idtiba’. Selepas pusingan ketujuh, solat sunat tawaf dua rakaat.

Ikut langkah ini

Niat dan Cara Tawaf Sunat: Pusingan 1 hingga 7

Ikut kad di bawah satu demi satu. Setiap pusingan bermula dan berakhir di garisan Hajarul Aswad. Doa dalam kad ialah cadangan. Tiada doa khusus setiap pusingan yang sahih daripada Nabi SAW, jadi bacalah mana yang sempat, dengan suara perlahan. Anda boleh mengulang tawaf sunat ini berkali-kali, setiap kali dengan niat baharu.

Gambaran laluan tawaf

Infografik laluan tawaf: tujuh pusingan lawan arah jam mengelilingi Kaabah, bermula dan berakhir di garisan Hajarul Aswad
Laluan sama bagi semua jenis tawaf. Kaabah sentiasa di sebelah kiri. Klik gambar untuk besarkan.

Sebelum mula

Sebelum ke Masjidil Haram

Berwuduk. Tawaf tidak sah tanpa wuduk.

Pakai pakaian biasa yang menutup aurat. Tawaf sunat tidak memerlukan ihram dan tidak perlu ke miqat.

Lelaki berpakaian biasa lazimnya diarahkan ke tingkat atas atau bumbung. Semak peraturan semasa sebelum pergi.

Masuk Masjidil Haram

Masuk dengan kaki kanan dan baca:

Doa masuk masjidSahih

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Allahummaftah lii abwaaba rahmatik.

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu.

Sahih Muslim, no. 713

Pergi ke garisan permulaan

Ikut papan tanda permulaan tawaf. Di tingkat atas, garisan yang selari dengan Hajarul Aswad ditanda lampu hijau.

Berdiri sedikit sebelum garisan, di sebelah Rukun Yamani, supaya seluruh badan anda belum melepasi garisan Hajarul Aswad.

Tiada ramal dan tiada idtiba’. Semua jemaah berjalan seperti biasa sepanjang tujuh pusingan. Kedua-duanya hanya untuk tawaf yang diikuti saie.

Papan tanda arah ke titik permulaan tawaf di Masjidil Haram
Papan tanda “Bidayah al-Tawaf” menunjukkan arah ke garisan permulaan tawaf.

Cara isyarat ke Hajarul Aswad

Lihat cara ini dahulu. Anda akan mengulanginya pada permulaan setiap pusingan:

Empat langkah isyarat ke Hajarul Aswad: berdiri sebelum garisan, angkat tangan kanan, kucup tapak tangan, Kaabah di sebelah kiri
Klik gambar untuk besarkan.

Di garisan, berniat

Berdiri menghadap Hajarul Aswad dan baca niat ini, sebelum melangkah untuk pusingan pertama:

Niat tawaf sunatLafaz niat

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ التَّطَوُّعِ، فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى

Allahumma innii uriidu tawaafa baitikal haraami sab’ata asywaatin tawaafat tatawwu’i, fayassirhu lii wa taqabbalhu minnii lillaahi ta’aalaa.

Ya Allah, aku hendak tawaf di Baitullah al-Haram tujuh pusingan sebagai tawaf sunat, maka permudahkanlah ia bagiku dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Taala.

Lafaz niat tawaf, Nota Kursus Asas Haji 1448H Tabung Haji. Niat tawaf sunat hukumnya wajib (syarat sah).

Tidak hafal? Cukup berniat dalam hati dengan bahasa sendiri: “Sahaja aku tawaf sunat tujuh pusingan kerana Allah Taala.” Tanpa niat, tawaf sunat tidak sah.

Jika berlaku di tengah tawaf

  • Ragu sudah pusingan ke berapa semasa tawaf? Ambil bilangan yang paling sedikit, kemudian sempurnakan hingga tujuh. Ragu yang timbul selepas tawaf selesai tidak diambil kira.
  • Wuduk terbatal? Keluar dan ambil wuduk, kemudian sambung dari tempat wuduk anda terbatal. Semua yang sudah dibuat sebelum itu tetap dikira, termasuk separuh pusingan.
  • Tersentuh lawan jantina tanpa syahwat kerana sesak? Teruskan tawaf. Anda tidak perlu keluar mengambil wuduk semula (lihat Hukum Memegang Tangan Suami Ketika Tawaf).
  • Iqamah berbunyi? Berhenti dan solat berjemaah, kemudian sambung dari tempat anda berhenti.
  • Penat? Berehat di tepi laluan sebentar, kemudian sambung dari tempat anda berhenti. Tawaf anda tetap sah.

Lompat ke pusingan1234567

1

Pusingan 1 daripada 7

Mula di garisan Hajarul Aswad

Di garisan Hajarul Aswad

Hadap Hajarul Aswad. Angkat tangan kanan ke arahnya, kemudian kucup tapak tangan. Baca:

Athar sahabat

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ إِيمَانًا بِكَ، وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bismillaahi wallaahu akbar. Allahumma iimaanan bika, wa tasdiiqan bikitaabika, wa wafaa’an bi’ahdika, wattibaa’an lisunnati nabiyyika sallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar. Ya Allah, (aku melakukannya) kerana beriman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan mengikut sunnah Nabi-Mu SAW.

Al-Nawawi, al-Azkar (amalan sahabat)

Kemudian pusing badan supaya Kaabah berada di sebelah kiri anda, dan mula berjalan. Pusingan pertama dikira apabila seluruh badan anda melintasi garisan.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 1Susunan ulama

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِيمَانًا بِكَ، وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.

Subhaanallaahi walhamdu lillaahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahil-‘aliyyil-‘azhiim, wassalaatu wassalaamu ‘alaa rasuulillaahi sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma iimaanan bika, wa tasdiiqan bikitaabika, wa wafaa’an bi’ahdika, wattibaa’an lisunnati nabiyyika Muhammadin sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma innii as’alukal-‘afwa wal-‘aafiyata wal-mu’aafaatad-daa’imata fid-diini wad-dunyaa wal-aakhirah, wal-fawza bil-jannati wan-najaata minan-naar.

Maksud dan sumber

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Ya Allah, aku bertawaf kerana beriman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, menunaikan janji-Mu dan mengikut sunnah Nabi-Mu Muhammad SAW. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan, kesejahteraan dan perlindungan yang berkekalan dalam urusan agama, dunia dan akhirat, serta kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 1

1Doa taubatSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran, wa laa yaghfirudz-dzunuuba illaa anta, faghfir lii maghfiratan min ‘indika, warhamnii, innaka antal-ghafuurur-rahiim.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri, dan tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sahih al-Bukhari, no. 834; Sahih Muslim, no. 2705

2Doa taubat Nabi YunusAl-Quran

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh-zhaalimiin.

Maksud dan sumber

Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.

Surah al-Anbiya’ 21:87

3Penghulu istighfarSahih

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastata’tu, a’uudzu bika min syarri maa sana’tu, abuu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu’u laka bidzanbii, faghfir lii, fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illaa anta.

Maksud dan sumber

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku ialah hamba-Mu. Aku tetap berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sedaya upayaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.

Sahih al-Bukhari, no. 6306

4Doa istighfarSahih

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu, wa maa asrartu wa maa a’lantu, wa maa asraftu, wa maa anta a’lamu bihi minnii, antal-muqaddimu wa antal-mu’akhkhiru, laa ilaaha illaa anta.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah aku lakukan dahulu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku lakukan secara terang-terangan, yang aku lakukan secara melampaui batas, dan dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Engkaulah Yang Mengakhirkan. Tiada Tuhan melainkan Engkau.

Sahih Muslim, no. 771

5Doa dilindungi daripada segala yang burukBerdasarkan hadis sahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ وَالأَدْوَاءِ

Allahumma innii a’uudzu bika min munkaraatil-akhlaaqi wal-a’maali wal-ahwaa’i wal-adwaa’.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada akhlak yang mungkar, amalan yang mungkar, hawa nafsu yang mungkar dan penyakit-penyakit yang buruk.

Sunan al-Tirmizi, no. 3591 (Darussalam: sahih), tanpa lafaz wal-adwaa’. Lafaz wal-adwaa’ daripada riwayat lain (Sahih al-Jami’, no. 1298).

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan tanpa menciumnya. Hentikan langkah semasa menyentuh, kemudian pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum meneruskan langkah. Cukup isyarat dengan tangan jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram kerana penjuru ini lazimnya diwangikan. Sambil itu baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Sunan Abi Dawud, no. 1892; Surah al-Baqarah 2:201

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 1 selesai. Baki 6 pusingan. Pusingan 2 ↓

2

Pusingan 2 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 2Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتُكَ، وَالْحَرَمَ حَرَمُكَ، وَالْأَمْنَ أَمْنُكَ، وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ، وَهَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ النَّارِ، فَحَرِّمْ لُحُومَنَا وَبَشَرَتَنَا عَلَى النَّارِ. اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ. اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ. اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.

Allahumma inna haadzal-baita baituka, wal-harama haramuka, wal-amna amnuka, wal-‘abda ‘abduka, wa ana ‘abduka wabnu ‘abdika, wa haadzaa maqaamul-‘aa’idzi bika minan-naar, faharrim luhuumanaa wa basyaratanaa ‘alan-naar. Allahumma habbib ilainal-iimaana wa zayyinhu fii quluubinaa, wa karrih ilainal-kufra wal-fusuuqa wal-‘isyaan, waj’alnaa minar-raasyidiin. Allahumma qinii ‘adzaabaka yauma tab’atsu ‘ibaadak. Allahummarzuqnil-jannata bighairi hisaab.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya rumah ini rumah-Mu, tanah haram ini tanah haram-Mu, keamanan ini keamanan daripada-Mu, hamba ini hamba-Mu, dan aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu. Inilah tempat orang yang berlindung dengan-Mu daripada neraka, maka haramkanlah daging dan kulit kami daripada neraka. Ya Allah, jadikanlah kami cinta akan iman dan hiasilah ia dalam hati kami, jadikanlah kami benci akan kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan, dan jadikanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah, peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu. Ya Allah, kurniakanlah aku syurga tanpa hisab.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam. Sebahagian lafaznya daripada Surah al-Hujurat 49:7, dan Allahumma qinii ‘adzaabaka yauma tab’atsu ‘ibaadak ialah doa Nabi SAW (Sahih Muslim, no. 709).

Doa cadangan pusingan 2

1Doa kesejahteraan rumah tanggaAl-Quran

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yun, waj’alnaa lil-muttaqiina imaamaa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan dan zuriat keturunan kami perkara yang menyejukkan mata (hati), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Surah al-Furqan 25:74

2Doa supaya nama harumAl-Quran

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Rabbi hab lii hukman wa alhiqnii bis-saalihiin, waj’al lii lisaana sidqin fil-aakhiriin, waj’alnii min waratsati jannatin-na’iim.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku hikmah (ilmu dan kefahaman) dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. Jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan generasi yang terkemudian. Dan jadikanlah aku daripada golongan yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan.

Surah al-Syu’ara’ 26:83-85

3Doa murah rezekiDaif

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي

Allahummaghfir lii dzanbii, wa wassi’ lii fii daarii, wa baarik lii fii rizqii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku dan berkatilah rezekiku.

Al-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra, no. 9908; Sunan al-Tirmizi, no. 3500 (sanad daif)

4Doa keampunan untuk ibu bapaAl-Quran

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Rabbanaghfir lii wa liwaalidayya wa lil-mu’miniina yauma yaquumul-hisaab.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab (perhitungan amal).

Surah Ibrahim 14:41

5Doa keindahan akhlakLihat sumber

اللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Allahumma kamaa hassanta khalqii fa hassin khuluqii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkanlah akhlakku.

Musnad Ahmad, no. 3823; al-Tabarani, al-Du’a, no. 404

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 2 selesai. Baki 5 pusingan. Pusingan 3 ↓

3

Pusingan 3 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 3Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّكِّ وَالشِّرْكِ وَالشِّقَاقِ وَالنِّفَاقِ وَسُوءِ الْأَخْلَاقِ وَسُوءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ وَالْوَلَدِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Allahumma innii a’uudzu bika minasy-syakki wasy-syirki wasy-syiqaaqi wan-nifaaqi wa suu’il-akhlaaqi wa suu’il-manzhari wal-munqalabi fil-maali wal-ahli wal-walad. Allahumma innii as’aluka ridhaaka wal-jannah, wa a’uudzu bika min sakhatika wan-naar. Allahumma innii a’uudzu bika min fitnatil-qabri, wa a’uudzu bika min fitnatil-mahyaa wal-mamaat.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keraguan, syirik, perpecahan, kemunafikan dan akhlak yang buruk, serta daripada pemandangan yang buruk dan perubahan keadaan yang buruk pada harta, keluarga dan anak-anak. Ya Allah, aku memohon keredaan-Mu dan syurga, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kubur, dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah semasa hidup dan mati.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 3

1Doa bersyukurDaif

يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Yaa rabbi lakal-hamdu kamaa yanbaghii lijalaali wajhika wa li’azhiimi sultaanik.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.

Sunan Ibnu Majah, no. 3801 (sanad daif)

2Doa menolak balaBerdasarkan hadis sahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ

Allahumma innii a’uudzu bika min jahdil-balaa’, wa darakisy-syaqaa’, wa suu’il-qadhaa’, wa syamaatatil-a’daa’.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang berat, daripada ditimpa kecelakaan, daripada takdir yang buruk, dan daripada kegembiraan musuh atas musibah yang menimpaku.

Disusun dalam bentuk doa daripada Sahih al-Bukhari, no. 6347 (Nabi SAW berlindung daripada empat perkara ini). Lihat juga Sahih Muslim, no. 2707.

3Doa agar dilunaskan hutangDaif

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Allahumma innii a’uudzu bika minal-hammi wal-hazan, wa a’uudzu bika minal-‘ajzi wal-kasal, wa a’uudzu bika minal-jubni wal-bukhl, wa a’uudzu bika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan penindasan manusia.

Sunan Abu Dawud, no. 1555 (sanad daif)

4Doa perlindungan daripada ujian hidupSahih

اللَّهُمَّ فَإِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma fa innii a’uudzu bika min fitnatin-naari wa ‘adzaabin-naar, wa fitnatil-qabri wa ‘adzaabil-qabr, wa min syarri fitnatil-ghinaa, wa min syarri fitnatil-faqr, wa a’uudzu bika min syarri fitnatil-masiihid-dajjaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah neraka dan azab neraka, fitnah kubur dan azab kubur, daripada keburukan fitnah kekayaan dan keburukan fitnah kefakiran. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Sahih Muslim, no. 589 (sunnah.com: 589b, Kitab al-Zikr), riwayat Aisyah RA (bahagian awal doa). Makna yang sama dalam Sahih al-Bukhari, no. 6377 dengan lafaz yang berbeza sedikit.

5Doa dihapuskan dukacita dan diberi kegembiraanLihat sumber

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

Allahumma innii ‘abduka, wabnu ‘abdika, ibnu amatika, naasiyatii biyadika, maadhin fiyya hukmuka, ‘adlun fiyya qadhaa’uka, as’aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahu fii kitaabika, au ‘allamtahu ahadan min khalqika, awista’tsarta bihi fii ‘ilmil-ghaibi ‘indaka, an taj’alal-Qur’aana rabii’a qalbii, wa nuura sadrii, wa jalaa’a huznii, wa dzahaaba hammii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu yang lelaki dan anak kepada hamba-Mu yang perempuan. Ubun-ubunku di tangan-Mu, hukum-Mu berlaku ke atasku, adil ketetapan-Mu ke atasku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran penyeri hatiku, cahaya dadaku, penghilang kesedihanku dan pelenyap kerunsinganku.

Musnad Ahmad, no. 3712 dan 4318; Sahih Ibnu Hibban, no. 972

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 3 selesai. Baki 4 pusingan. Pusingan 4 ↓

4

Pusingan 4 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 4Susunan ulama

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا، وَسَعْيًا مَشْكُورًا، وَذَنْبًا مَغْفُورًا، وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُولًا، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُورَ. يَا عَالِمَ مَا فِي الصُّدُورِ، أَخْرِجْنِي يَا اللَّهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ. رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي، وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي مِنْكَ بِخَيْرٍ.

Allahummaj’alhu hajjan mabruuran, wa sa’yan masykuuran, wa dzanban maghfuuran, wa ‘amalan saalihan maqbuulan, wa tijaaratan lan tabuur. Yaa ‘aalima maa fis-suduur, akhrijnii yaa Allaahu minazh-zhulumaati ilan-nuur. Allahumma innii as’aluka muujibaati rahmatika, wa ‘azaa’ima maghfiratika, wassalaamata min kulli itsmin, wal-ghaniimata min kulli birrin, wal-fauza bil-jannati, wan-najaata minan-naar. Rabbi qanni’nii bimaa razaqtanii, wa baarik lii fiimaa a’thaitanii, wakhluf ‘alayya kulla ghaa’ibatin lii minka bikhair.

Maksud dan sumber

Ya Allah, jadikanlah ia haji yang mabrur, usaha yang diterima, dosa yang diampunkan, amal soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak akan rugi. Wahai Tuhan yang mengetahui isi hati, keluarkanlah aku, ya Allah, daripada kegelapan kepada cahaya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan rahmat-Mu dan yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada setiap dosa, habuan daripada setiap kebaikan, kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku reda dengan rezeki yang Engkau kurniakan, berkatilah apa yang Engkau berikan kepadaku, dan gantikanlah bagiku setiap yang hilang daripadaku dengan kebaikan daripada-Mu.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 4

1Doa atas nikmat IslamAl-Quran

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

Al-hamdu lillaahil-ladzii hadaanaa lihaadzaa, wa maa kunnaa linahtadiya lau laa an hadaanallaah.

Maksud dan sumber

Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada kami ke (jalan) ini, dan kami tidak sekali-kali akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak memberi petunjuk kepada kami.

Surah al-A’raf 7:43

2Doa ditetapkan dalam iman dan IslamAl-Quran

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadaitanaa, wa hab lanaa min ladunka rahmah, innaka antal-wahhaab.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

Surah Ali ‘Imran 3:8

3Doa keampunan dan kesejahteraanSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Allahumma innii as’alukal-‘afwa wal-‘aafiyata fid-dunyaa wal-aakhirah.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Sunan Ibnu Majah, no. 3871 (Darussalam: sahih).

4Doa agar dipelihara kesihatanSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Allahumma innii a’uudzu bika min zawaali ni’matika, wa tahawwuli ‘aafiyatika, wa fujaa’ati niqmatika, wa jamii’i sakhatik.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesejahteraan (kesihatan) yang Engkau kurniakan, datangnya azab-Mu secara tiba-tiba, dan daripada segala kemurkaan-Mu.

Sahih Muslim, no. 2739

5Doa yang merangkumi segala doaDaif

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ، وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ، وَعَلَيْكَ الْبَلاَغُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Allahumma innaa nas’aluka min khairi maa sa’alaka minhu nabiyyuka Muhammad, wa na’uudzu bika min syarri masta’aadza bika minhu nabiyyuka Muhammad, wa antal-musta’aan, wa ‘alaikal-balaagh, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan yang dipohon oleh Nabi-Mu Muhammad ﷺ, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang Nabi-Mu Muhammad ﷺ memohon perlindungan daripadanya. Engkaulah tempat memohon pertolongan, dan Engkaulah yang menyampaikan (segala hajat). Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Sunan al-Tirmizi, no. 3521 (al-Tirmizi: hasan gharib; Darussalam: daif).

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 4 selesai. Baki 3 pusingan. Pusingan 5 ↓

5

Pusingan 5 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 5Susunan ulama

اللَّهُمَّ أَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّكَ، وَلَا بَاقِيَ إِلَّا وَجْهُكَ، وَاسْقِنِي مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيئَةً لَا نَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيمَهَا وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ.

Allahumma azhillanii tahta zhilli ‘arsyika yauma laa zhilla illaa zhilluk, wa laa baaqiya illaa wajhuk, wasqinii min haudhi nabiyyika sayyidinaa Muhammadin sallallaahu ‘alaihi wa sallam syarbatan hanii’atan laa nazhma’u ba’dahaa abadaa. Allahumma innii as’aluka min khairi maa sa’alaka minhu nabiyyuka sayyidunaa Muhammadun sallallaahu ‘alaihi wa sallam, wa a’uudzu bika min syarri mas-ta’aadzaka minhu nabiyyuka sayyidunaa Muhammadun sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Allahumma innii as’alukal-jannata wa na’iimahaa wa maa yuqarribunii ilaihaa min qaulin au fi’lin au ‘amal, wa a’uudzu bika minan-naari wa maa yuqarribunii ilaihaa min qaulin au fi’lin au ‘amal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, naungilah aku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tiada naungan selain naungan-Mu, dan tiada yang kekal selain Zat-Mu. Berilah aku minum dari telaga Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, satu minuman yang menyegarkan, yang selepasnya kami tidak akan dahaga selama-lamanya. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang dipohon oleh Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Nabi-Mu, junjungan kami Muhammad SAW, memohon perlindungan daripadanya. Ya Allah, aku memohon syurga dan nikmatnya, serta apa jua perkataan, perbuatan atau amalan yang mendekatkan aku kepadanya. Aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan apa jua perkataan, perbuatan atau amalan yang mendekatkan aku kepadanya.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 5

1Doa agar tidak tergolong bersama kaum yang zalimAl-Quran

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Rabbanaa laa taj’alnaa ma’al-qaumizh-zhaalimiin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama-sama kaum yang zalim.

Surah al-A’raf 7:47

2Doa memohon keputusan terbaik dalam urusanAl-Quran

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Rabbanaftah bainanaa wa baina qauminaa bil-haqqi wa anta khairul-faatihiin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi keputusan.

Surah al-A’raf 7:89

3Doa dipermudahkan segala urusanAl-Quran

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wa hayyi’ lanaa min amrinaa rasyadaa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan sediakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.

Surah al-Kahf 18:10

4Doa dikurniakan kekuatanAl-Quran

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Rabbanaa afrigh ‘alainaa sabran wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal-qaumil-kaafiriin.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah pendirian kami, dan menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

Surah al-Baqarah 2:250

5Doa dijauhkan daripada zinaLihat sumber

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبِي، وَطَهِّرْ قَلْبِي، وَحَصِّنْ فَرْجِي

Allahummaghfir dzanbii, wa tahhir qalbii, wa hassin farjii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku.

Musnad Ahmad, no. 22211 (lafaz disesuaikan untuk diri sendiri)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 5 selesai. Baki 2 pusingan. Pusingan 6 ↓

6

Pusingan 6 daripada 7

Jalan seperti biasa

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 6Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ حُقُوقًا كَثِيرَةً فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكَ، وَحُقُوقًا كَثِيرَةً فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَ خَلْقِكَ. اللَّهُمَّ مَا كَانَ لَكَ فَاغْفِرْهُ لِي، وَمَا كَانَ لِخَلْقِكَ فَتَحَمَّلْهُ عَنِّي، وَأَغْنِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ، يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنَّ بَيْتَكَ عَظِيمٌ، وَوَجْهَكَ كَرِيمٌ، وَأَنْتَ يَا اللَّهُ حَلِيمٌ كَرِيمٌ عَظِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.

Allahumma inna laka ‘alayya huquuqan katsiiratan fiimaa bainii wa bainak, wa huquuqan katsiiratan fiimaa bainii wa baina khalqik. Allahumma maa kaana laka faghfirhu lii, wa maa kaana likhalqika fatahammalhu ‘annii, wa aghninii bihalaalika ‘an haraamik, wa bithaa’atika ‘an ma’shiyatik, wa bifadhlika ‘amman siwaak, yaa waasi’al-maghfirah. Allahumma inna baitaka ‘azhiim, wa wajhaka kariim, wa anta yaa Allaahu haliimun kariimun ‘azhiim, tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘annii.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mempunyai banyak hak ke atasku dalam urusan antara aku dengan-Mu, dan banyak hak dalam urusan antara aku dengan makhluk-Mu. Ya Allah, apa yang menjadi hak-Mu, ampunkanlah untukku, dan apa yang menjadi hak makhluk-Mu, tanggunglah ia bagi pihakku. Cukupkanlah aku dengan yang halal daripada-Mu sehingga tidak memerlukan yang haram, dengan ketaatan kepada-Mu sehingga jauh daripada maksiat, dan dengan kurnia-Mu sehingga tidak bergantung kepada selain-Mu, wahai Tuhan yang luas keampunan-Nya. Ya Allah, sesungguhnya rumah-Mu agung, Wajah-Mu mulia, dan Engkau, ya Allah, Maha Penyantun, Maha Pemurah lagi Maha Agung. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Doa cadangan pusingan 6

1Doa ketika dalam kesusahanSahih

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Laa ilaaha illallaahul-‘azhiimul-haliim, laa ilaaha illallaahu rabbul-‘arsyil-‘azhiim, laa ilaaha illallaahu rabbus-samaawaati wa rabbul-ardhi wa rabbul-‘arsyil-kariim.

Maksud dan sumber

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia.

Sahih al-Bukhari, no. 6346; Sahih Muslim, no. 2730

2Doa memohon kemudahanLihat sumber

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا

Allahumma laa sahla illaa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul-hazna idzaa syi’ta sahlaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan perkara yang sukar itu mudah apabila Engkau kehendaki.

Sahih Ibnu Hibban, no. 974

3Doa memohon berada dalam kebenaranHasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ

Allahumma innii as’aluka fi’lal-khairaat, wa tarkal-munkaraat, wa hubbal-masaakiin, wa an taghfira lii wa tarhamanii, wa idzaa aradta fitnata qaumin fatawaffanii ghaira maftuun.

Maksud dan sumber

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu (taufik) untuk melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang miskin; dan agar Engkau mengampuni dan merahmatiku. Apabila Engkau menghendaki fitnah menimpa sesuatu kaum, maka wafatkanlah aku tanpa terkena fitnah itu.

Sunan al-Tirmizi, no. 3235 (Darussalam: hasan).

4Doa perlindungan daripada keburukan orang terdekatLihat sumber

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنُهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي، إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا

Allahumma innii a’uudzu bika min jaaris-suu’, wa min zaujin tusyayyibunii qablal-masyiib, wa min waladin yakuunu ‘alayya rabban, wa min maalin yakuunu ‘alayya ‘adzaaban, wa min khaliilin maakirin ‘ainuhu taraanii wa qalbuhu yar’aanii, in ra’aa hasanatan dafanahaa, wa idzaa ra’aa sayyi’atan adzaa’ahaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jiran yang jahat, daripada pasangan yang membuatkan aku beruban sebelum tiba masa tuaku, daripada anak yang menjadi tuan ke atasku, daripada harta yang menjadi azab bagiku, dan daripada sahabat yang licik, matanya memerhatikanku dan hatinya mengintaiku; jika dia melihat kebaikan, dia memendamnya, dan jika dia melihat keburukan, dia menyebarkannya.

al-Tabarani, al-Du’a, no. 1339; al-Silsilah al-Sahihah, no. 3137

5Doa mendapat rezeki bergandaAthar sahabat

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيبًا فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ الْغَدَاةَ، وَنُورًا تَهْدِي، وَرَحْمَةً تَنْشُرُهَا، وَرِزْقًا تَبْسُطُهُ، وَضُرًّا تَكْشِفُهُ، وَبَلَاءً تَرْفَعُهُ، وَفِتْنَةً تَصْرِفُهَا

Allahummaj’alnii min a’zhami ‘ibaadika nasiiban fii kulli khairin taqsimuhul-ghadaata, wa nuuran tahdii, wa rahmatan tansyuruhaa, wa rizqan tabsutuhu, wa dhurran taksyifuhu, wa balaa’an tarfa’uhu, wa fitnatan tasrifuhaa.

Maksud dan sumber

Ya Allah, jadikanlah aku antara hamba-Mu yang paling besar bahagiannya dalam setiap kebaikan yang Engkau bahagikan pada pagi ini: cahaya yang Engkau berikan petunjuk dengannya, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau luaskan, kemudaratan yang Engkau hilangkan, bala yang Engkau angkat dan fitnah yang Engkau palingkan.

al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 13079 (athar Ibnu Umar RA)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Pusingan 6 selesai. Baki 1 pusingan. Pusingan 7 ↓

7

Pusingan 7 daripada 7

Pusingan terakhir

Di garisan Hajarul Aswad

Sambil terus berjalan, palingkan muka dan angkat tangan kanan ke arah Hajarul Aswad, kemudian kucup tapak tangan. Dada kekal dengan Kaabah di sebelah kiri. Baca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar.

Sambil berjalan

Berzikir, beristighfar atau berdoa dengan hajat anda, dalam bahasa apa pun. Bacalah dengan suara perlahan.

Doa Tawaf Panduan TH

Doa pusingan ini mengikut buku doa Tabung Haji, yang lazim dibaca mutawwif bersama rombongan. Baca sama ada doa ini atau doa cadangan di bawah. Kedua-duanya sunat.

Doa pusingan 7Susunan ulama

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا كَامِلًا، وَيَقِينًا صَادِقًا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَحَلَالًا طَيِّبًا، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً بَعْدَ الْمَوْتِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، بِرَحْمَتِكَ يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ. رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ.

Allahumma innii as’aluka iimaanan kaamilan, wa yaqiinan saadiqan, wa rizqan waasi’an, wa qalban khaasyi’an, wa lisaanan dzaakiran, wa halaalan thayyiban, wa taubatan qablal-maut, wa maghfiratan wa rahmatan ba’dal-maut, wal-‘afwa ‘indal-hisaab, wal-fauza bil-jannati, wan-najaata minan-naar, birahmatika yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaar. Rabbi zidnii ‘ilman wa alhiqnii bis-saalihiin.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang sempurna, keyakinan yang benar, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir, rezeki halal yang baik, taubat sebelum mati, keampunan dan rahmat selepas mati, kemaafan ketika hisab, kejayaan memperoleh syurga dan keselamatan daripada neraka, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan himpunkanlah aku bersama orang yang soleh.

Doa susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam. Penutupnya daripada Surah Taha 20:114 dan Surah al-Syu’ara’ 26:83.

Doa cadangan pusingan 7

1Doa kesejahteraan ibu bapaAl-Quran

رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Rabbirhamhumaa kamaa rabbayaanii saghiiraa.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik dan memeliharaku semasa kecil.

Surah al-Isra’ 17:24

2Doa memohon kecukupan keperluanAl-Quran

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Hasbiyallaahu laa ilaaha illaa huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘azhiim.

Maksud dan sumber

Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.

Surah al-Taubah 9:129

3Doa menghindari fitnahSahih

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma innii a’uudzu bika min ‘adzaabi jahannam, wa min ‘adzaabil-qabri, wa min fitnatil-mahyaa wal-mamaat, wa min syarri fitnatil-masiihid-dajjaal.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka Jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada keburukan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Sahih Muslim, no. 588

4Doa dikurniakan anak yang solehAl-Quran

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Rabbi hab lii min ladunka dzurriyyatan tayyibah, innaka samii’ud-du’aa’.

Maksud dan sumber

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

Surah Ali ‘Imran 3:38

5Doa memohon kecintaan AllahHasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

Allahumma innii as’aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wal-‘amalalladzii yuballighunii hubbak. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal-maa’il-baarid.

Maksud dan sumber

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku kasihi daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk.

Sunan al-Tirmizi, no. 3490 (hasan gharib)

Di Rukun Yamani

Penjuru Kaabah sebelum Hajarul Aswad. Jika mudah, sentuh dengan tangan kanan sambil berhenti melangkah, dan pastikan Kaabah kembali di sebelah kiri sebelum berjalan. Jika sesak, jika anda wanita dan laluan tidak lengang, atau jika anda masih berihram, cukup isyarat dengan tangan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar.

Dari Rukun Yamani ke Hajarul Aswad

Baca doa ini berulang kali sehingga sampai ke garisan Hajarul Aswad:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Buku doa Tabung Haji menyambungnya dengan:

Sambungan versi THSusunan ulama

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ، يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Wa adkhilnal-jannata ma’al-abraar, yaa ‘Aziizu yaa Ghaffaaru yaa Rabbal-‘aalamiin.

Maksud dan sumber

Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang yang berbakti. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.

Susunan ulama, bukan hadis Nabi SAW. Dibaca selepas Rabbanaa aatinaa. Lafaz Arab mengikut buku Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji (2018). Rumi dan maksud disediakan oleh AkuIslam.

Sudah sampai di garisan Hajarul Aswad? Tawaf sunat anda selesai. Alhamdulillah. Seterusnya ↓

Selepas tawaf

Selepas Tawaf Sunat: Solat Sunat Tawaf

Cari tempat solat

Paling utama di belakang Maqam Ibrahim, jika tidak menyekat laluan tawaf. Jika sesak atau anda di tingkat atas, solat di mana-mana dalam Masjidil Haram. Solatnya tetap sah.

Solat dua rakaat

Berniat dalam hati ketika takbiratul ihram. Jika mahu, lafazkan:

Niat solat sunat tawafLafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الطَّوَافِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usallii sunnatat-tawaafi rak’ataini lillaahi ta’aalaa.

Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.

Lafaz susunan ulama; maksudnya sama dengan lafaz Tabung Haji. Niat dalam hati sudah memadai.

Rakaat pertama: al-Fatihah dan surah al-Kafirun. Rakaat kedua: al-Fatihah dan surah al-Ikhlas (Sahih Muslim, no. 1218).

Berdoa

Selepas salam, berdoalah dengan hajat anda. Tiada doa khusus selepas tawaf yang sabit daripada Nabi SAW. Ingin mendoakan arwah ibu bapa? Lihat cara yang dianjurkan. Doa ringkas yang boleh dibaca:

Al-Quran

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban-naar.

Minum air zamzam

Jika mahu, minum air zamzam. Lihat doa minum air zamzam.

Mahu tawaf lagi?

Kembali ke garisan Hajarul Aswad dan mula semula dengan niat baharu. Tiada had bilangan tawaf sunat sehari.

Panduan penuhSolat Sunat TawafTempat afdal, waktu, jika terlupa dan tawaf berturut-turut

Panduan semasa

Tawaf Sunat Tanpa Ihram: Di Tingkat Mana?

Tawaf sunat tidak memerlukan ihram dan tidak perlu bermula dari miqat. Sesiapa yang berada di Makkah boleh bertawaf dengan pakaian biasa yang menutup aurat. Ihram hanya bagi orang yang berniat haji atau umrah; lihat niat ihram dan pantang larangnya.

Dari segi hukum, tawaf sah di mana-mana tingkat di dalam Masjidil Haram, termasuk bumbung (Al-Kafi #1496). Bezanya hanya jarak: pusingan di tingkat atas jauh lebih panjang. Dari segi peraturan, lokasi anda bergantung pada pakaian dan kesesakan semasa:

Info terkini · Masjidil Haram · Oktober 2026

Peraturan semasa di sekitar Kaabah

  • Dataran mataf untuk jemaah umrah. Tingkat bawah di sekeliling Kaabah dikhaskan untuk jemaah yang sedang mengerjakan umrah. Syarat berihram bagi lelaki dikuatkuasakan semula mulai 14 Jun 2026, selepas dilonggarkan sementara pada musim haji. Lelaki berpakaian biasa diarahkan bertawaf di tingkat atas atau bumbung. Jangan memakai ihram semata-mata untuk masuk ke mataf.
  • Semak kesesakan sebelum memilih tingkat. Tawaf di tingkat atas dibenarkan mengikut kapasiti. Kepadatan mataf dan tempat saie boleh dilihat secara langsung melalui kod QR di masjid atau portal rasmi Masjidil Haram. Di tingkat atas, titik mula tawaf yang selari dengan Hajarul Aswad ditandai lampu hijau.
  • Waktu masuk Hijir Ismail. Sejak Jun 2026, waktu masuk diasingkan: wanita setiap hari pukul 6.00 hingga 9.00 pagi, lelaki pukul 10.00 malam hingga 1.00 pagi (waktu Makkah).
  • Hajarul Aswad: jangan berhenti. Kementerian Haji dan Umrah menasihatkan jemaah supaya tidak berhenti atau berasak di Hajarul Aswad kerana menyentuh atau menciumnya tidak diwajibkan untuk sah tawaf. Cukup beristilam dengan isyarat tangan ke arahnya sambil terus berjalan, tanpa melawan arus.
  • Multazam dan Maqam Ibrahim. Kedua-duanya terletak di dataran mataf, jadi lelaki yang bertawaf tanpa ihram di tingkat atas tidak dapat menghampirinya. Jika sesak, berdoalah dari tempat anda. Jangan solat di laluan tawaf; solat sunat tawaf boleh dilakukan di mana-mana dalam Masjidil Haram.
  • Kerusi roda dan kereta elektrik. Kerusi roda manual percuma disediakan di dataran timur (Bab al-Salam) dan dataran barat (Jambatan Shubaikah). Kereta golf elektrik untuk tawaf dan saie dikhaskan untuk warga emas dan OKU, dan perlu ditempah awal di carts.alharamain.gov.sa atau aplikasi Tanaqol. Sejak Ogos 2026, tempahan boleh dibuat dengan e-mel peribadi. Percuma untuk OKU.

Peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan boleh berubah tanpa notis. Sumber: Kementerian Haji dan Umrah (Mac 2026, Ogos 2025), Pihak Berkuasa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melalui SPA (Jun 2026) dan Ajel (Ogos 2026), PPIH Arab Saudi (Jun 2026).

Syarat sah

Syarat Sah Tawaf Sunat

Walaupun hukumnya sunat, syarat sahnya sama seperti tawaf rukun. Jika satu syarat tidak dipenuhi, pusingan atau tawaf itu tidak dikira.

  1. Niat tawaf. Wajib bagi tawaf sunat, ketika memulakan pusingan pertama. Lihat lafaz niat.
  2. Suci daripada hadas kecil dan besar. Berwuduk. Wanita yang haid atau nifas tidak boleh bertawaf.
  3. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat tawaf.
  4. Menutup aurat. Lelaki antara pusat dan lutut. Wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
  5. Kaabah di sebelah kiri. Berjalan ke hadapan dengan Kaabah di bahu kiri. Jika anda menghadap Kaabah ketika beristilam, kembalikan Kaabah ke kiri sebelum melangkah.
  6. Bermula dari Hajarul Aswad dengan seluruh badan, dan berakhir di situ.
  7. Tujuh pusingan dengan yakin. Jika ragu, ambil bilangan yang lebih sedikit, sama seperti ragu rakaat solat.
  8. Di dalam Masjidil Haram. Tawaf di tingkat atas dan bumbung masjid sah; di luar masjid tidak sah.
  9. Di luar Kaabah. Seluruh badan di luar Hijir Ismail dan syazarwan (binaan tembok kecil di kaki dinding Kaabah). Memegang dinding Kaabah sambil berjalan menyebabkan pusingan itu tidak sah.
  10. Tidak memalingkan tujuan. Berjalan untuk tawaf, bukan semata-mata mencari ahli rombongan.

الطَّوَافُ حَوْلَ الْبَيْتِ مِثْلُ الصَّلاَةِ إِلاَّ أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ، فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلاَ يَتَكَلَّمَنَّ إِلاَّ بِخَيْرٍ

“Tawaf di sekeliling Baitullah itu seperti solat, kecuali kamu boleh bercakap ketika itu. Maka sesiapa yang bercakap, janganlah dia bercakap melainkan perkara yang baik.”

Sunan al-Tirmizi, no. 960, daripada Ibnu Abbas RA. Dinilai hasan; al-Tirmizi menyebut ia juga diriwayatkan sebagai kata-kata Ibnu Abbas RA.

Isu wuduk

Hukum Memegang Tangan Suami Ketika Tawaf

Ramai pasangan berpimpin tangan supaya tidak terpisah. Niatnya baik, tetapi ia menyentuh soal wuduk, dan wuduk ialah syarat sah tawaf.

Isu khilaf

Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan ketika tawaf

Mazhab Syafi’e (muktamad)

Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang boleh berkahwin, tanpa lapik, membatalkan wuduk. Ini termasuk suami dan isteri, sama ada dengan syahwat atau tidak, sengaja atau tidak.

Jika wuduk batal ketika tawaf, pusingan selepas itu tidak sah sehingga anda berwuduk semula.

Kelonggaran Muzakarah Haji

Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-21 (1426H) membenarkan jemaah berpindah kepada pandangan marjuh dalam mazhab Syafi’e: sentuhan tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk dalam keadaan sukar (masyaqqah), seperti kesesakan di tempat tawaf. Ia juga pandangan mazhab Maliki dan Hanbali (Al-Kafi #421).

Kelonggaran ini untuk sentuhan yang sukar dielakkan, bukan galakan untuk berpimpin tangan dengan sengaja.

Amalan praktikal: Jangan berpimpin tangan kulit dengan kulit. Jika takut terpisah, pegang lengan baju, kain ihram atau telekung pasangan supaya berlapik. Jika tersentuh tanpa sengaja dalam kesesakan, teruskan tawaf dan jangan was-was.

Kekerapan & waktu

Berapa Kali Tawaf Sunat Sehari dan Bila Waktu Terbaik?

Tiada had. Anda boleh bertawaf sunat sebanyak mana yang mampu, siang atau malam, asalkan setiap tawaf cukup tujuh pusingan. Asasnya sabda Nabi SAW:

يَا بَنِي عَبْدِ مَنَافٍ، لاَ تَمْنَعُوا أَحَدًا طَافَ بِهَذَا الْبَيْتِ وَصَلَّى أَيَّةَ سَاعَةٍ شَاءَ مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ

“Wahai Bani Abdi Manaf, janganlah kamu menghalang sesiapa pun bertawaf di Baitullah ini dan solat pada bila-bila masa yang dia kehendaki, malam atau siang.”

Sunan al-Tirmizi, no. 868, daripada Jubair bin Mut’im RA. Al-Tirmizi menilainya hasan sahih.

Atas dasar hadis ini, mazhab Syafi’e tidak memakruhkan tawaf dan solat sunat tawaf di Tanah Haram Makkah pada waktu yang biasanya dilarang solat, seperti selepas Subuh dan Asar.

Mana lebih utama, tawaf atau solat sunat? Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, Ata’ dan Mujahid: bagi penduduk Makkah, solat lebih utama; bagi pendatang, tawaf lebih utama (Musannaf Ibn Abi Syaibah). Jemaah dari Malaysia hanya ada beberapa hari di sana, jadi manfaatkan peluang ini.

Tip memilih waktu: elakkan saat menjelang solat fardu kerana saf solat mula memenuhi kawasan tawaf. Jika bertawaf di bumbung, waktu malam atau awal pagi lebih selesa. Jemaah haji pula perlu menjaga tenaga untuk rukun dan wajib haji, terutama menjelang wukuf.

Untuk orang lain

Tawaf Sunat untuk Arwah atau Orang Lain

Ramai jemaah ingin bertawaf untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia atau keluarga yang tidak dapat ke Tanah Suci. Isu ini khilaf dalam kalangan ulama.

Isu khilaf

Bolehkah tawaf sunat diniatkan untuk orang lain?

Mazhab Syafi’e (pendapat masyhur)

Tawaf sunat yang berdiri sendiri tidak dilakukan bagi pihak orang lain seperti badal umrah. Pahala ibadah badaniah seperti solat, bacaan al-Quran dan tawaf tidak sampai kepada si mati dengan sekadar meniatkannya untuk dia.

Yang jelas sampai kepada si mati ialah doa, sedekah, serta haji atau umrah yang dikerjakan bagi pihaknya (badal).

Pandangan lain

Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan pahala semua amal soleh, termasuk tawaf, boleh dihadiahkan kepada si mati.

Sebahagian ulama Syafi’e berpandangan pahala bacaan al-Quran boleh sampai, terutama jika diikuti doa supaya Allah menyampaikan pahala seumpamanya kepada si mati.

Amalan praktikal: Niatkan tawaf untuk diri sendiri. Ketika tawaf dan selepas solat sunat tawaf, doakan arwah dengan menyebut nama mereka, dan mohon Allah menyampaikan pahala seumpamanya kepada mereka. Jika ragu, rujuk ustaz atau pembimbing ibadah.

Dalil & kelebihan

Kelebihan Tawaf Sunat

Abdullah bin Umar RA sentiasa berusaha menyentuh Hajarul Aswad dan Rukun Yamani. Apabila ditanya, beliau menyebut Rasulullah SAW bersabda bahawa menyentuh kedua-duanya menghapuskan dosa. Dalam riwayat yang sama, Baginda bersabda:

Jemaah bertawaf di dataran mataf mengelilingi Kaabah

مَنْ طَافَ بِهَذَا الْبَيْتِ أُسْبُوعًا فَأَحْصَاهُ كَانَ كَعِتْقِ رَقَبَةٍ

“Sesiapa yang bertawaf di Baitullah ini tujuh pusingan dan menyempurnakannya, (pahalanya) seperti memerdekakan seorang hamba.”

Sunan al-Tirmizi, no. 959, daripada Ibnu Umar RA. Al-Tirmizi menilainya hasan.

لاَ يَضَعُ قَدَمًا وَلاَ يَرْفَعُ أُخْرَى إِلاَّ حَطَّ اللَّهُ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً وَكَتَبَ لَهُ بِهَا حَسَنَةً

“Tidaklah dia meletakkan sebelah kaki dan mengangkat sebelah lagi melainkan Allah menghapuskan dengannya satu kesalahan dan menuliskan untuknya satu kebaikan.”

Sunan al-Tirmizi, no. 959 (hadis yang sama).

Riwayat yang hampir sama terdapat dalam Sunan al-Nasa’i (no. 2919) dan Sunan Ibn Majah (no. 2956, dengan tambahan solat dua rakaat). Kelebihan ini umum bagi setiap tawaf yang sempurna, termasuk tawaf sunat. Hadis popular tentang 120 rahmat yang turun setiap hari ke atas Baitullah tidak dimuatkan kerana sanadnya dipertikaikan.

Panduan penuhKelebihan UmrahFadhilat dalam hadis sahih, dengan status setiap riwayat

Soal jawab

Soalan Lazim

Tawaf sunat berapa pusingan?

Tujuh pusingan, sama seperti tawaf lain, bermula dan berakhir sejajar Hajarul Aswad. Tawaf yang kurang daripada tujuh pusingan tidak sah. Jika ragu bilangannya semasa tawaf, ambil bilangan yang lebih sedikit; ragu yang timbul selepas tawaf selesai tidak diambil kira.

Adakah tawaf sunat perlu wuduk?

Ya. Suci daripada hadas ialah syarat sah semua tawaf. Jika wuduk batal di pertengahan, keluar dan ambil wuduk, kemudian sambung baki pusingan.

Perlukah saya membaca semua doa dalam setiap pusingan?

Tidak. Doa dalam kad ialah cadangan. Yang sabit daripada Nabi SAW ialah takbir setiap kali melalui Hajarul Aswad (Sahih al-Bukhari, no. 1613) dan doa Rabbanaa aatinaa antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad. Selebihnya, berzikir, membaca al-Quran atau berdoa dalam bahasa Melayu juga baik.

Kenapa tawaf sunat tiada ramal dan idtiba’?

Ramal (berjalan cepat pada tiga pusingan pertama) dan idtiba’ (membuka bahu kanan) hanya sunat bagi lelaki dalam tawaf yang diikuti saie, seperti tawaf umrah (Nota KAH Tabung Haji 1448H). Tawaf sunat tidak diikuti saie, jadi kedua-duanya tidak dilakukan.

Bolehkah wanita haid melakukan tawaf sunat?

Tidak. Nabi SAW bersabda kepada Aisyah RA yang haid: “Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang berhaji, kecuali janganlah engkau bertawaf di Baitullah sehingga engkau suci” (Sahih al-Bukhari, no. 305).

Bolehkah berhenti di tengah tawaf?

Boleh. Dalam mazhab Syafi’e, muwalat (pusingan berturut-turut) hanya sunat. Jika solat fardu didirikan, berhentilah dan solat berjemaah, kemudian sambung baki pusingan dari tempat anda berhenti. Begitu juga jika perlu berehat atau berwuduk.

Bolehkah tawaf sunat dengan kerusi roda atau skuter?

Boleh, terutama bagi warga emas dan yang uzur. Nabi SAW sendiri pernah bertawaf di atas unta (Sahih al-Bukhari, no. 1613). Bagi yang mampu, berjalan kaki lebih utama.

Untuk panduan ibadah lain di Tanah Suci, dari ihram hingga ziarah Madinah, lihat Panduan Umrah dan Haji. Bagi tawaf yang diikuti saie, rujuk niat dan cara tawaf umrah, tawaf qudum atau tawaf ifadah.

Sumber

Rujukan

  1. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Minggu 3: Rukun Haji (Niat Ihram, Wuquf & Tawaf). e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  2. Lembaga Tabung Haji, Nota Kursus Asas Haji 1448H, Minggu 10: Tawaf Wada’. e-Bimbingan Haji TH (log masuk sebagai pelawat)
  3. Lembaga Tabung Haji, Himpunan Doa-Doa Terpilih di Tanah Suci, edisi kemas kini 2018.
  4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #421: Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ketika Tawaf, Adakah Membatalkan Wuduk? muftiwp.gov.my
  5. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #1496: Hukum Pegang Kaabah Ketika Tawaf Umrah. muftiwp.gov.my
  6. Al-Nawawi, al-Azkar, Kitab Azkar al-Hajj, fasal zikir tawaf (bacaan istilam). kalemtayeb.com
  7. Sunan al-Tirmizi, no. 959, 960 dan 868. sunnah.com
  8. Sunan al-Nasa’i, no. 2919 dan Sunan Ibn Majah, no. 2956. sunnah.com
  9. Sunan Abi Dawud, no. 1892: doa di antara dua rukun. sunnah.com
  10. Sahih al-Bukhari, no. 305 dan 1613. sunnah.com
  11. Sahih Muslim, no. 713 (doa masuk masjid) dan 1218 (hadis Jabir tentang haji Nabi SAW). sunnah.com
  12. Ibn Abi Syaibah, al-Musannaf, Kitab al-Hajj, bab tawaf atau solat bagi pendatang (no. 15719 hingga 15723).
  13. Zakariyya al-Ansari, Asna al-Matalib, jil. 1, hlm. 479: muwalat dalam tawaf hukumnya sunat.
  14. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, panduan tawaf. haj.gov.sa
  15. Doa cadangan setiap pusingan: teks ayat al-Quran daripada quran.com, teks hadis daripada sunnah.com dan dorar.net. Sumber setiap doa dinyatakan di bawah doa itu.
KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

14 Komen

  1. Asslkm ustaz trima kasih diatas ilmu yg dicurahkn ,sya mempunyai satu soalan adakah wajib atau sunnat apabila habis mlkukan tawaf sunat msty melakukn sai

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Tawaf sunat (juga dipanggil tawaf tathawwu‘ atau tahiyyatul-Bait) berdiri sendiri sebagai ibadah. Ia tidak mewajibkan dan juga tidak disunnahkan secara khas untuk diteruskan dengan sa‘ie.

      Sa‘ie hanya menjadi rukun bagi:

      1. Umrah – dilakukan selepas tawaf umrah.
      2. Haji – dilakukan sama ada selepas tawaf qudum (bagi yang berniat iḥrām Ifrad/Qiran dan mahu sa‘ie awal) atau selepas tawaf ifadah.

      Jika puan/tuan masih berhutang sa‘ie haji atau umrah, barulah sa‘ie wajib dilaksanakan selepas tawaf yang sah bagi ibadah tersebut. Namun untuk tawaf sunat semata-mata, cukup sekadar tawaf itu sahaja tanpa sa‘ie dan ibadah puan/tuan sudah sempurna, insya-Allah.

      Semoga membantu dan Allah memberkati ibadah puan/tuan.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  2. Terima kasih amat membantu. Mohon halal kan kebajikan tulisan tuan hanya ALLAH yg membalasnya..

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata yang menyentuh hati.

      InsyaAllah, saya halalkan segala perkongsian ilmu di sini. Semoga Allah menerima amal ini sebagai kebajikan berpanjangan dan mengurniakan tuan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.

      Aamiin.

      Balas
  3. Assalamualaikum ustaz, soalan saya,
    1) apakah perkara yang membatalkan tawaf sunat?
    2) pada zaman kini yang ramai menggunakan gajet, bolehkah bertawaf sambil berbual-bual dengan rakan sebelah? Bolehkah bertawaf sunat sambil ambil gambar dan video kenangan?
    3) Bolehkah bertawaf sunat sambil buat live di media sosial? Sebab buat live ibadah macam tu dapat banyak gift dan followers di dunia ni. Bolehkah bertawaf sunat sambil bacakan doa di live tiktok, fb dan yt?

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      1) Perkara yang membatalkan tawaf sunat:

      Antara perkara yang membatalkan tawaf (sama ada fardu atau sunat) termasuklah:

      • Terbatal wudhu’: Wudhu’ mesti kekal sepanjang tawaf, dan jika batal, tawaf terbatal.
      • Terbuka aurat dengan sengaja: Aurat mesti ditutup sepanjang tawaf, dan jika terbuka dengan sengaja, tawaf terbatal. Namun, jika terbuka secara tidak sengaja, ia tidak membatalkan tawaf asalkan segera ditutup.
      • Menyentuh Kaabah atau Hijir Ismail: Menyentuh binaan Kaabah atau memasuki Hijir Ismail semasa tawaf boleh membatalkan tawaf.
      • Tidak cukup tujuh pusingan: Tawaf mesti disempurnakan dengan tujuh pusingan penuh.

      2) Bertawaf sambil berbual atau mengambil gambar:

      Berbual-bual semasa tawaf adalah dimakruhkan kerana ia mengganggu kekhusyukan dan tumpuan dalam ibadah. Walaupun tidak membatalkan tawaf, ia seharusnya dielakkan untuk menjaga adab tawaf. Mengambil gambar atau video juga tidak membatalkan tawaf, tetapi lebih baik fokus kepada ibadah tanpa gangguan.

      3) Bertawaf sambil buat live di media sosial:

      Bertawaf sambil melakukan live di media sosial untuk menarik pengikut atau mendapatkan “gift” adalah **tidak sesuai** dengan adab dan tujuan ibadah tawaf. Ibadah tawaf seharusnya dilakukan dengan ikhlas dan penuh tumpuan kepada Allah SWT, bukan untuk tujuan duniawi seperti mencari pengikut atau ganjaran material. Bertawaf adalah ibadah yang menuntut khusyuk dan keikhlasan, jadi tindakan ini boleh menjejaskan tujuan sebenar ibadah tawaf. Membaca doa ketika live juga berisiko mencemarkan niat kerana ia mungkin lebih untuk tontonan orang lain berbanding tumpuan kepada Allah.

      Wallahu a’lam.

      Balas
  4. Semoga usaha ustaz menjadi kan blog yg penuh manfaat ni diberikan kebahagiaan dan kemudahan dunia dan akhirat…. Kenangan mengerjakan umrah sy sentiasa merujuk pd blog ustaz… lebih mudah utk difahami dan tidak hilang bilangan semasa melakukan tawaf… bermula dgn doa selepas solat yg menghilangkan anxiety sehingga lah mengerjakan umrah… sy merupakan peminat yg tegar aku islam.. jazakallah ustaz

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih banyak atas kata-kata yang sangat baik ini. Semoga Allah SWT juga memberi kebahagiaan dan kemudahan kepada saudara di dunia dan akhirat. Saya amat berbesar hati mendengar bahawa panduan di blog ini dapat membantu saudara dalam mengerjakan umrah, terutama dalam menenangkan hati dan memudahkan ibadah seperti tawaf.

      Mudah-mudahan usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi, dan semoga saudara terus diberikan kekuatan untuk terus beribadah dengan tenang dan yakin. Terima kasih juga atas sokongan yang berterusan kepada Aku Islam. Jazakallahu khairan.

      Balas
  5. Alhamdullillah. Semuga Allah membalas segala usaha Tuan Haji dan diberkati dunia dan akhirat dan dimurahkan rezeki yang tidak putus putus seperti air dari telaga zam zam. Aamiin

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih banyak atas doa yang ikhlas dan penuh kebaikan ini. Semoga Allah SWT juga memberkati saudara dengan kebaikan yang berpanjangan, mempermudahkan segala urusan saudara di dunia dan di akhirat, serta melimpahkan rezeki yang berkah dan berkat. Amin.

      Doa seperti ini amat bermakna dan menjadi penguat semangat untuk terus berkongsi ilmu yang bermanfaat buat semua. Semoga Allah membalas setiap kebaikan kita semua dengan ganjaran yang besar di sisiNya.

      Balas
  6. Saya melakukan tawaf sunat tidak cukup cuma 3 pusingan saja memandang saya rasa pening Dan terus balik ke hotel.dan tidak sambung balik .adakan ini menjadi satu kesalahan atau dikenakan dam

    Balas
    • Dalam kes melakukan tawaf sunat hanya tiga pusingan dan tidak melengkapkannya, ia dianggap tidak mencukupi mengikut syarat sah tawaf yang memerlukan tujuh pusingan lengkap. Bagi tawaf sunat, tidak ada kewajipan untuk menyambung pusingan yang tertinggal, dan ia tidak dikenakan dam jika pusingan tidak mencukupi kerana tawaf sunat bukanlah rukun yang wajib seperti dalam umrah atau haji.

      Namun, adalah baik jika dapat melengkapkan pusingan tawaf bagi menyempurnakan ibadah tersebut. Tawaf yang tidak sempurna tidak memberikan dosa, tetapi tidak memberi ganjaran penuh seperti tawaf yang sempurna. Dalam kes seperti ini, tidak ada keperluan untuk dam kerana tidak ada pelanggaran rukun utama yang mengakibatkan kewajipan dam.

      Semoga penjelasan ini membantu, dan jika ada lagi soalan lain, sila kemukakan.

      Wallahua’lam.

      Balas

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.