
Apakah maksud Najis Mughallazah?
Bagaimanakah cara samak atau kaedah menyucikan Najis Mughallazah?
Panduan ini akan menerangkan secara langkah demi langkah cara menyucikan najis mughallazah secara lengkap.
Semoga memberi manfaat..
Maksud Najis Mughallazah
Apakah yang dimaksudkan dengan najis mughallazah?
Dalam bahasa Arab, Mughallazah bermaksud najis yang berat untuk disucikan.
Najis ini tidak memadai membasuhnya dengan air seperti najis-najis lain. Ia perlu dibersihkan dengan cara samak1.
Samak ialah kaedah basuhan menggunakan enam kali basuhan air mutlak dan satu kali basuhan air tanah.
Samak Atau Sertu?
Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu.
Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.
1 Samak pula mempunyai beberapa makna.
Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.
Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.
Boleh rujuk penerangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan: AL-KAFI #1316: BEZA SERTU DENGAN SAMAK
Tajuk panduan ini saya menggunakan perkataan “samak” kerana memudahkan carian pengguna berkaitan tajuk penyucian ini.
Ini disebabkan kata kunci “samak” digunakan secara meluas dalam enjin carian.
Oleh itu, diharapkan sisipan nota ini diharapkan akan memperbetulkan kefahaman yang silap sebelum ini

Jenis & Contoh Najis Mughallazah
Apakah jenis dan contoh Najis Mughallazah?
Najis mughallazah atau najis berat ini terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Anjing
Anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.
Jika bekas, pakaian atau anggota badan terkena najis ini, ia hendaklah dibersihkan sebanyak tujuh kali dan salah satunya hendaklah menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah.
Hukum ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Bekas air sesiapa diantara kamu yang dijilat anjing boleh dibersihkan dengan membasuhnya tujuh kali dan pertamanya dengan tanah.
(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Taharah, Bab Hukum jilatan anjing)
Boleh difahami disini, jika mulut anjing yang lebih bersih adalah najis, bahagian-bahagian lain sudah tentu lebih najis.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah dijemput ke rumah satu keluarga Ansar dan dia menerimanya.
Kemudian, dia sekali lagi dijemput ke sebuah rumah lain, tetapi dia tidak pergi.
Apabila mereka bertanya, Baginda menjawab:
“Kerana di rumah kamu ada anjing.” Mereka membalas. “Tapi di rumah mereka ada kucing”. Baginda menjawab: “Kucing adalah haiwan pemangsa”
(Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)
2. Babi
Babi dan keturunannya sama ada disembelih mengikut syarak atau tidak, haiwan ini adalah najis berat.
Oleh itu, air liur darah, darah, najis, daging, bulu, tulang atau kulit sama ada yang telah disamak atau tidak, adalah najis.
Ini adalah berdasarkan firmah Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor.
— Surah al-An’am 6: 145)
Cara Samak (Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah)
Bagaimana cara menyucikan Najis Mughallazah?
Najis ini apabila terkena pada pakaian, badan atau tempat, hendaklah dibersihkan dengan tujuh basuhan.
Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah menggunakan air bercampur tanah.
(1 air tanah + 6 kali air mutlak = 7 basuhan)
Cara samak (sertu) ini terpakai tidak kira sama ada najis itu nampak zahir najisnya (aini) atau tidak meninggalkan kesan (hukmi)
Kaedah penyuciannya adalah seperti berikut:
Time needed: 10 minutes
Berikut dinyatakan kaedah menyucikan Najis Mughallazah secara langkah demi langkah.
- Kenalpasti Jenis Dan Kedudukan Najis Mughallazah Tersebut
Contohnya najis anjing yang terkena karpet atau tikar. Najis biasanya mempunyai warna, bentuk dan bau.
- Singkirkan Najis Sehingga Hilang Ainnya
Gunakan alat yang sesuai untuk mengalihkan najis tersebut seperti penyapu dan surat khabar.
- Siram Air Ditempat Bekas Najis Tersebut
Siram dengan air mutlak ke atas tapak najis tadi sehingga hilang warna dan baunya.
- Basuh Dan Siram Dengan Air Tanah
Dalam salah satu basuhan air, gunakan air bercampur tanah. Air tanah boleh disiram pada awal, ditengah atau pada akhir basuhan.
- Seterusnya Dibasuh Dengan Enam Basuhan Air Mutlak
Basuh tapak najis tadi dengan enam basuhan air mutlak sehingga bersih
Penutup
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita sebagai seorang Muslim di dalam hal-hal agama.
Marilah kita membiasakan diri untuk membuat perkara yang betul dan memperbetulkan perkara yang biasa kita lakukan.
Semoga panduan ini membantu saudara saudari sekalian.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum. Saya mengahdiri majlis di rumah rakan non muslim.Dia telah memelihara seekor anjing.Anjing itu berkeliaran di dalam rumah. Saya telah terpijak lantai yg telah dilalui oleh anjing berkenaan.Adakah saya kena samak? Mohon penjelasan.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Mengikut pandangan mazhab Syafi’e, air liur anjing dianggap najis mughallazah (najis yang berat). Jadi, jika anda yakin bahawa tapak kaki anda telah terkena air liur anjing atau sesuatu yang basah yang telah terkena air liur anjing tersebut, maka anda perlu menjalani proses pencucian (samak).
Proses samak mengikut mazhab Syafi’i adalah dengan membasuh bagian yang najis dengan air dan tanah. Prosesnya ialah:
1. Basuh dengan air sekali.
2. Gosok dengan tanah.
3. Basuh lagi dengan air sebanyak enam kali.
Namun, jika anda hanya terpijak di lantai yang kering dan tidak ada bukti atau rasa bahawa ada kelembapan yang mungkin berasal dari air liur anjing, maka anda tidak perlu melakukan samak. Anda hanya perlu membasuh tapak kaki anda dengan air biasa.
Wallahu a’lam.
adakah air liur anjing sahaja yang najis ustaz sebab ada pendapat bulu anjing suci ialah pendapat paling rajih walaupun dalam mazhab syafie ianya najis , maksudnya hanya air liur dan najis anjing yang najis berat , manakala bulu dan sebagainya suci adakah betul ustaz?
Dalam mazhab Syafi’i, anjing dan segala yang bersentuhan dengan air liurnya dianggap najis berat (najis mughallazah). Ini bermakna, jika seseorang atau sesuatu bersentuhan dengan air liur anjing, ia perlu dicuci tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.
Namun, memang benar bahawa terdapat pendapat lain di kalangan ulama’ yang mengatakan bahawa hanya air liur anjing sahaja yang najis, manakala bahagian lain seperti bulu dan badannya adalah suci. Pendapat ini adalah salah satu pendapat yang dianut oleh sebahagian ulama’ mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali.
Dalam mazhab Hanafi, contohnya, hanya air liur anjing yang dianggap najis, manakala bagian lain seperti bulu dianggap suci.
dan lagi satu , saya ni was was sama ada saya pernah terpegang anjing tak masa kecil , dan juga was was dimana tahun lepas macam ada anjing lalu tapi tak pasti sama ada orang atau anjing yang langgar kaki saya tapi saya tak rasa anjing sebab rasa macam kaki orang yang langgar tapi saya masih was was dan tak ingat sama ada kaki saya basah ke tak masa tu atau masa tu hujan ke tak sebab masa tu lepas kerja dan saya masuk kedai non muslim untuk beli barang hobby , dia ada bela anjing dalam kedai , saya sampai check layout kedai untuk memastikan kawasan anjing lalu tu memang tak kena saya , sebab masa tu owner anjing dan anjing tu masuk kedai dan lalu di belakang saya , dan saya rasa waktu tu malam tapi tak tahu hujan ke tak , saya juga tak ingat sama ada anjing tu basah ke tak , boleh juga jadi beg yang saya pakai langgar kaki saya sebab saya ada macam sangkut air dekat bag tu atau tali beg langgar kaki saya , tapi kesimpulannya saya tak pasti sangat dengan situasi tu , apa nak buat ustaz kalau banyak sangat kemungkinan ini dan saya tak dapat pastikan sebab dah berlalu lama , apa yang saya ingat , saya ignore sahaja was was dan terus balik masa keluar dari kedai tu tahun lepas , benda ni dah jadi lama dalam tahun lepas tapi harini pula tiba tiba was was tu naik balik , macam mana ustaz?
Waalaikumsalam,
Was-was adalah ujian bagi setiap Muslim dan boleh menjadi sesuatu yang sangat mencabar, khususnya apabila ia melibatkan isu-isu kesucian yang mempengaruhi solat dan ibadah lain.
Dalam situasi yang awak ceritakan:
1. Prinsip Asal: Anda harus ingat prinsip asal dalam Islam bahawa semua benda adalah suci melainkan jika anda yakin ia telah tercemar oleh najis. Jika anda ragu-ragu sama ada sesuatu itu najis atau tidak, maka anda kembali kepada kepastian yang mana iaitu ia suci.
2. Yakin dan Ragu: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu ragu-ragu, jangan kamu tinggalkan apa yang kamu yakin padanya.” (Riwayat al-Tirmidzi). Ini bermakna jika anda ragu sama ada kaki atau bag anda terkena najis atau tidak, anda kembali kepada kepastian yang anda tahu iaitu kaki atau bag anda suci.
3. Elakkan Was-was: Dalam Islam, kita diajar untuk mengelakkan was-was. Was-was boleh datang dari syaitan untuk mengganggu ibadah kita. Jangan biarkan keraguan yang tidak berasas mengganggu kehidupan anda.
4. Doa: Salah satu cara untuk mengatasi was-was adalah dengan banyak berdoa kepada Allah SWT. Salah satu doa yang boleh diamalkan ialah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat Abu Hurairah: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari godaan syaitan yang terkutuk.”
5. Berdasarkan Maklumat: Jika anda benar-benar yakin bahawa sesuatu itu tercemar najis, maka bersihkanlah mengikut cara yang diajar dalam Islam. Namun, jika hanya berdasarkan was-was atau keraguan, maka abaikan dan anggap suci.
6. Mendapatkan Bantuan: Jika was-was ini berterusan dan mengganggu kehidupan sehari-hari awak, adalah baik untuk mendapatkan bantuan dari seorang ustaz atau pakar kaunseling yang berpengalaman dalam isu ini dikawasan awak untuk mendapatkan bimbingan lebih lanjut.
Semoga Allah melindungi kita dari was-was dan memudahkan urusan kita.
Terima kasih tuan.
Assalamualaikum ustaz. waktu hari perayaan hantu haritu, mereka ada makan-makan dalam bilik meeting di office saya. saya telah duduk di situ setelah beberapa hari. jadi apa hukumnya?
Waalaikumussalam.
Dalam Islam, adalah penting untuk mengelakkan penglibatan dalam perayaan yang berasal dari kepercayaan atau amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti perayaan yang berkaitan dengan hantu atau roh jahat.
Namun, dari situasi yang awak nyatakan, awak tidak terlibat dalam perayaan tersebut, tetapi hanya duduk di bilik meeting yang sama beberapa hari selepas perayaan tersebut berlangsung.
Dalam hal ini, tidak ada masalah dari segi hukum Islam untuk menggunakan bilik tersebut, kecuali jika ada kepastian bahawa terdapat najis (seperti alkohol atau makanan yang tidak halal) yang tertumpah di meja atau kerusi, maka ia perlu dibersihkan sebelum digunakan.
Penting untuk selalu menjaga kebersihan dan kehalalan makanan dan minuman yang kita makan, dan juga tempat-tempat yang kita gunakan untuk kegiatan sehari-hari.
Assalammualikum saya buat grab, lepasty terkena najis babi,saya balik rumah lepastu saya pegang kerusi dan barang2, saya kene samak ke semua barang dekat rumah saya
Waalaikumussalam.
Jika anda pasti bahawa najis babi telah terkena pada badan atau pakaian anda dan anda telah menyentuh barang-barang di rumah anda dengan bagian yang terkena najis, maka anda perlu membersihkan (sertu) barang-barang tersebut.
Proses sertu ini dilakukan dengan mencuci barang tersebut sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah. Akan tetapi, jika anda tidak pasti sama ada najis babi itu telah terkena barang-barang tersebut atau tidak, maka anda tidak perlu melakukannya.
Adalah penting untuk memastikan kebersihan sebelum solat. Oleh itu, jika anda berada dalam keraguan, lebih baik untuk membersihkan barang-barang tersebut untuk memastikan mereka bersih.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu A’lam.
Assalamualaikum ustaz,saya ingin brtnya soalan,ada seekor anjing tlh masuk k dlm kedai saya dn ada kesan air liur, mcm mna cara saya hndk bersihkan untk pengetahuan ustaz dlm kedai ada karpet yg tlh d lekatkan dn sukar hndk d buka, mcm mna cara saya hndk membersihkannya
Waalaikumsalam.
Berikut adalah cara yang disyorkan untuk membersihkan najis tersebut:
1. Pertama, lap atau serap sebahagian besar air liur anjing dengan kain atau tisu. Pastikan anda membuang kain atau tisu yang digunakan dengan cara yang betul.
2. Kemudian, tuangkan air ke tempat yang terkena air liur anjing sambil menggosok atau menyental dengan tangan atau berus. Buang air ini.
3. Ulangi proses tersebut sebanyak tujuh kali, dan pada penggunaan air kali ketujuh, tambahkan tanah ke dalam air tersebut.
Mengenai karpet yang dilekatkan dan sukar untuk dibuka, langkah yang sama boleh diikuti, cuma mungkin memerlukan lebih banyak usaha kerana karpet menyerap air. Anda boleh menggunakan vakum untuk membantu menarik air dan kotoran keluar dari karpet.
Semoga ini membantu
Ustaz najis saya terkena pada pakaian perlukah saya sertu pakaian tersebut?adakah sertu wajib?
Adakah terkena bulu Babi yang kering perlu sertu?
Assalamualaikum,
1. Najis pada pakaian: Jika najis terkena pada pakaian, cukup dengan mencuci bahagian yang terkena najis tersebut hingga hilang najisnya. Ianya tidak perlu disertu, hanya dicuci bersih sahaja. Jika najis tersebut tidak hilang selepas dicuci tiga kali, ia dianggap suci.
2. Bulu babi yang kering: Menurut mazhab Syafi’e, babi dan segala yang berasal daripadanya dianggap sebagai najis mughallazah, termasuklah bulunya. Jika bulu babi kering terkena pada pakaian atau tubuh, cukuplah dengan membersihkan bahagian yang terkena itu hingga tiada lagi sisa bulu babi. Sertu tidak diperlukan dalam hal ini.
Adapun, sertu biasanya digunakan dalam konteks tertentu seperti alat atau bekas yang terkena najis anjing atau babi yang masih basah.
Saya harap penjelasan ini membantu. Jika ada sebarang pertanyaan lain, jangan segan-segan untuk bertanya.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum, kucing saya pernah dijilat anjing lepastu saya pula terbelai kucing saya tu, tapi masa saya belai tu badan dia kering lah. perlu ka saya sertu kucing saya dan tangan saya?
selain itu, baju saya banyak yang pernah terkena anjing. ada tak cara untuk menyamak semua kain saya tu dengan cara yang lagi mudah?
Waalaikumsalam.
1) Mengenai isu kucing yang dijilat anjing, menurut mazhab Syafie, air liur anjing adalah najis mughallazah, yang memerlukan proses samak (sertu adalah terma yang betul) untuk membersihkannya. Namun, jika kucing tersebut sudah kering dan tidak ada bekas air liur anjing yang kelihatan atau terasa, maka tidak perlu disamak.
2) Mengenai soalan kedua, jika baju awak terkena anjing, ia perlu disertu jika terkena air liur atau darah anjing.
Menurut mazhab Syafie, proses sertu ini melibatkan membasuh barang tersebut sebanyak 7 kali, di mana salah satu pembasuhan itu harus menggunakan tanah.
Caranya, awak boleh merendam pakaian yang terkena najis dalam air tanah satu kali, dan enam kali lagi direndam/bilas mengggunakan air mutlak.
Terima kasih banyak2
Sama-sama
6 basuhan air mutlak tu..nk dikira berapa byk..? Berapa liter? Bekas besar mane?
Dalam mazhab Syafie, tidak ada ukuran khusus yang ditetapkan untuk “air mutlak” yang digunakan dalam proses sertu.
Yang penting adalah pakaian atau objek yang perlu disertu harus dibasuh sepenuhnya dalam setiap basuhan. Jadi, kuantiti air yang digunakan akan bergantung pada saiz pakaian atau objek tersebut.
Sebagai contoh, jika awak hendak sertu sehelai baju, maka awak perlu menggunakan cukup air untuk memastikan baju tersebut basah sepenuhnya pada setiap basuhan. Ini boleh melibatkan merendam baju dalam sebaldi air, atau mencurahkan air ke atas baju sampai basah sepenuhnya.
Salam ustaz, kucing saya kena gigit anjing. Ketika saya rawat & angkat dia tak pakai glove. Adakah saya perlu samak? Terima kasih
Waalaikumsalam,
Menurut mazhab Syafie, air liur anjing adalah najis mughallazah dan jika terkena, ia memerlukan proses samak (sertu).
Jika kucing anda digigit anjing dan anda yakin air liur anjing telah terkena tangan anda, maka ya, anda perlu melakukan proses samak pada tangan anda.
Maaf tapi nak tanya boleh? Najis kucing tu kena samak atau dimaafkan ye
Najis kucing tidak perlu disertu. Cukup sekadar membasuh dengan air mutlak.
Assalamualaikum ustaz,saya nak Tanya,perkara ni dah lama,sewaktu saya main hola saya terpijak najis anjing tapi najis TU kering Dan saya take ingat kaki saya ketika itu basah again tidak,jadi perlukah saya samak,Dan kalau saya samak apakah ibadah saya sebelum ini perlu diganti
Sertu*
Bukan samak
Waalaikumsalam,
Menurut mazhab Syafie, najis anjing memerlukan proses samak (sertu) jika terkena. Namun, jika najis tersebut sudah kering dan tangan atau kaki awak kering pada masa itu, kemungkinan besar najis tidak akan berpindah. Oleh itu, dalam hal ini, awak tidak perlu melakukan proses samak.
Namun, jika awak ragu-ragu, melakukan proses samak adalah langkah yang baik untuk menenangkan hati. Untuk melakukan samak, basuh kaki awak dengan air dan tanah sebanyak satu kali, dan kemudian basuh lagi kaki awak dengan air bersih sebanyak enam kali. Pastikan setiap basuhan merangkumi seluruh permukaan kaki yang mungkin telah terkena najis.
Berkenaan dengan ibadah awak sebelum ini, jika awak telah melakukan solat tanpa menyedari adanya najis, solat awak dianggap sah dan tidak perlu diganti. Ini kerana dalam Islam, prinsip asasnya adalah suci kecuali ada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
Assalamu’alaikum Ustaz,
Beranda rumah kampung saya dinaiki anjing dan anjing tidur di situ. Saya mengetahui perkara ini daripada orang cakap pada saya. Sebelum itu mohon maaf atas soalan saya. Saya tak pasti, dia ada berak atau kencing atau ada air liurnya di situ. Saya tengok tiada sebarang ‘aini najis. Cuma ada bekas tanah dan pasir sahaja.
Semasa saya ingin sertu, sebelum saya menjirus air tanah, saya sembur lantai beranda dengan air paip, kemudian ada percikan air yang saya sembur di lantai masuk ke dalam baldi yang ada air tanah.
Macam mana dengan air tanah saya ustaz, boleh digunakan untuk sertu atau tidak ?
Terima kasih Ustazβ€
Waalaikumsalam,
Menurut mazhab Syafie, air yang digunakan dalam proses samak (sertu) perlu bersih dan tidak tercampur dengan najis. Dalam kes ini, jika awak yakin percikan air yang masuk ke dalam baldi tidak mengandungi najis anjing, maka air tersebut masih boleh digunakan untuk proses samak.
Walau bagaimanapun, jika awak ragu-ragu, adalah lebih baik untuk membuang air tersebut dan menggunakan air baru untuk memastikan proses samak dilakukan dengan betul.
Jika tidak terdapat ‘ain najis (bahan najis yang boleh dilihat, dirasa atau dibau), maka proses samak mungkin tidak perlu.
Namun, jika awak masih ragu-ragu, melakukan proses samak adalah langkah yang baik untuk menenangkan hati.