
Panduan solat Tarawih ini menerangkan cara mengerjakannya di rumah secara langkah demi langkah, bermula daripada niat dan bilangan rakaat hingga doa selepas Tarawih (Doa Kamilin) dan Witir. Panduan untuk yang solat di masjid turut disediakan.
Setiap bacaan disertakan teks Arab, transliterasi rumi, maksud dan audio. Hukum-hakam dijelaskan menurut Mazhab Syafi’e yang lazim diamalkan di Malaysia, termasuk panduan khas untuk wanita dan untuk yang mengimamkan keluarga.
Jika anda baru belajar, 8 rakaat sudah memadai sebagai permulaan. Yang penting, setiap dua rakaat diakhiri dengan salam dan dikerjakan dengan tenang.
Ringkasan
Tarawih boleh dikerjakan di rumah, seorang diri atau bersama keluarga. Caranya dua rakaat, satu salam, diulang sehingga cukup 8 atau 20 rakaat, kemudian ditutup dengan Witir.
- Waktu: Selepas solat fardu Isyak hingga sebelum masuk Subuh. Di rumah, anda boleh memilih masa yang sesuai, termasuk lewat malam.
- Niat: Dalam hati ketika takbiratul ihram, pada setiap dua rakaat: Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā.
- Setiap dua rakaat: Sama seperti solat sunat biasa. Bacaan al-Fatihah dan surah sunat dinyaringkan.
- Selepas setiap empat rakaat: Berehat seketika dan isi dengan zikir, selawat atau doa.
- Penutup: Doa Kamilin, kemudian Witir. Lazimnya 3 rakaat: dua rakaat satu salam, kemudian satu rakaat satu salam.
Penting: Empat rakaat dengan satu salam tidak sah sebagai Tarawih dalam mazhab Syafi’e. Pastikan setiap dua rakaat diakhiri dengan salam.
Mahu salinan untuk dibawa ke masjid? Dapatkan PDF panduan ini secara percuma melalui emel.
Isi Kandungan
- Niat Solat Sunat Tarawih
- Cara Solat Tarawih di Rumah (Langkah demi Langkah)
- Bacaan Solat Tarawih Setiap 2 Rakaat (Arab, Rumi & Audio)
- Doa Tarawih: Doa Antara Rakaat & Doa Kamilin
- Solat Witir Selepas Tarawih (Cara, Qunut & Doa Penutup)
- Solat Tarawih Berjemaah di Rumah Bersama Keluarga
- Solat Tarawih untuk Wanita
- Solat Tarawih di Masjid
- Bacaan Bilal dan Selawat Tarawih
- Solat Tarawih 8 atau 20 Rakaat?
- Maksud Solat Tarawih
- Hukum Mengerjakan Solat Tarawih
- Waktu Solat Tarawih
- Fadhilat Solat Tarawih
- Soalan Lazim Solat Tarawih (FAQ)
- Muat Turun Panduan Solat Tarawih (PDF)
- Semoga Ramadan Ini Menjadi Bulan Terbaik Kepada Kita Untuk Beribadah
Niat Solat Sunat Tarawih
Lafaz niat berfungsi untuk membantu kita menghadirkan niat dalam hati (salah satu rukun solat) ketika Takbiratul Ihram.
Lafaznya berbeza sedikit mengikut keadaan anda: bersendirian, makmum atau imam. Niat dibuat pada setiap dua rakaat, kerana setiap dua rakaat Tarawih ialah satu solat yang lengkap.
Pilih niat andaBersendirianImamMakmum
Niat Solat Sunat Tarawih Bersendirian
Gunakan lafaz ini jika anda solat seorang diri, sama ada di rumah atau di masjid. Hadirkan niat ini ketika takbiratul ihram pada setiap dua rakaat.
Bersendirian
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat Solat Sunat Tarawih Secara Berjemaah
Jika anda mengimamkan keluarga di rumah, gunakan niat imam. Jika anda menjadi makmum, sama ada di rumah atau di masjid, gunakan niat makmum. Makmum bertakbir selepas imam bertakbir.
Niat Solat Tarawih Sebagai Imam
Bagi ketua keluarga, atau sesiapa yang mengimamkan solat di rumah:
Imam
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini imāman lillāhi ta‘ālā
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.
Niat Solat Tarawih Sebagai Makmum
Bagi yang mengikut imam, di rumah atau di masjid:
Makmum
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى
Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini ma’mūman lillāhi ta‘ālā
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Nota Niat
Niat sebenar ialah dalam hati, dan mesti hadir ketika takbiratul ihram. Lafaz di atas sekadar membantu. Jika anda berniat dalam bahasa Melayu di dalam hati, seperti “Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”, niat itu sah.
Cara Solat Tarawih di Rumah (Langkah demi Langkah)
Bayangkan Tarawih sebagai beberapa solat sunat dua rakaat yang disusun berturut-turut. Setiap empat rakaat menjadi satu pusingan yang dipanggil tarwīḥah, diikuti rehat seketika. Aliran di bawah menunjukkan susunan penuh dari awal hingga akhir.
Satu pusingan (tarwīḥah) = 4 rakaat
- 2 rakaatNiat, solat, salam
- 2 rakaatNiat, solat, salam
- Rehat seketikaSelawat dan doa antara Tarawih
8 rakaat ulang 2 pusingan20 rakaat ulang 5 pusingan
Penutup malam
- Doa KamilinSelepas salam terakhir Tarawih
- Witir 3 rakaat2 rakaat salam, kemudian 1 rakaat salam. Qunut mulai malam ke-16
- Wirid dan doa penutupSelesai untuk malam itu
Susunan Solat Tarawih dari Awal hingga Akhir
- Selesaikan solat fardu Isyak. Tarawih tidak sah sebelum Isyak. Isyak boleh dikerjakan berjemaah bersama keluarga.
- Sediakan tempat dan diri. Berwuduk, tutup aurat dan menghadap kiblat. Jika mahu membaca dari mushaf atau telefon, letakkan di tempat yang mudah dilihat.
- Berniat Tarawih dua rakaat. Lafaz niat untuk bersendirian, imam dan makmum ada di bahagian Niat.
- Kerjakan dua rakaat seperti solat sunat biasa, kemudian beri salam. Bacaan al-Fatihah dan surah sunat dinyaringkan. Bacaan bagi setiap pergerakan ada di bahagian Bacaan Lengkap Setiap 2 Rakaat.
- Kerjakan dua rakaat seterusnya dengan niat yang sama. Ini melengkapkan satu pusingan empat rakaat.
- Berehat seketika. Isilah dengan zikir, istighfar, selawat atau doa antara Tarawih.
- Ulang pusingan sehingga cukup 8 rakaat (2 pusingan) atau 20 rakaat (5 pusingan).
- Baca Doa Kamilin selepas salam terakhir Tarawih.
- Solat Witir, kemudian baca wirid dan doa penutup. Jika anda mahu bangun bertahajjud, Witir boleh ditangguhkan ke akhir malam.
Perhatian
Jangan gabungkan empat rakaat dengan satu salam. Dalam mazhab Syafi’e, Tarawih mesti dikerjakan dua rakaat satu salam. Jika empat rakaat dibuat dengan satu salam, ia tidak sah sebagai Tarawih.1
Rukun Tarawih sama seperti rukun solat sunat yang lain. Selawat, zikir dan doa di antara rakaat bukan rukun atau syarat. Ia sekadar mengisi waktu rehat dengan ibadah.
Tip untuk yang Baru Belajar
- Kira pusingan selepas setiap salam, contohnya dengan jari atau tasbih, supaya tidak terlupa sudah berapa rakaat.
- Ragu dalam solat sama ada di rakaat pertama atau kedua? Ambil bilangan yang lebih sedikit kerana itulah yang yakin, sempurnakan, kemudian sujud sahwi sebelum salam.2
- Belum hafal banyak surah? Baca surah pendek yang anda hafal. Anda juga boleh membaca dari mushaf atau telefon yang diletakkan di hadapan.3
- Penat selepas Isyak? Tarawih boleh dikerjakan lewat malam, termasuk selepas tidur, asalkan sebelum masuk Subuh.
Bacaan Solat Tarawih Setiap 2 Rakaat (Arab, Rumi & Audio)
Bahagian ini menunjukkan setiap pergerakan dan bacaan bagi dua rakaat Tarawih, lengkap dengan tulisan Arab, rumi, maksud dan audio. Ulang langkah yang sama bagi setiap dua rakaat berikutnya.
Rukun Tarawih sama seperti rukun solat sunat yang lain. Bacaan tambahan di antara rakaat bukan rukun atau syarat. Ia sekadar peluang memperbanyakkan zikir, selawat dan doa pada bulan Ramadan.
Sudah tahu cara solat? Lompat keRujukan PantasDoa Antara RakaatDoa KamilinWitirWirid
Rakaat Pertama
Solat Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram dan Niat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tarawih dalam hati seperti berikut:
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Uṣollī Sunnatat-Tarawihi Rak‘ataini Lillāhi Ta‘ālā
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu:
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”
Nota
- Lafaz niat untuk bersendirian, makmum dan imam ada di bahagian Niat. Pilih yang sesuai dengan keadaan anda.
- Lafaz niat boleh dibaca sebelum takbir untuk membantu, tetapi niat dalam hati mesti hadir ketika takbiratul ihram.
Kemudian, Bacalah Doa Iftitah

Selesai takbiratul ihram, letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, di bawah dada dan di atas pusat.
Solat sunat boleh terus membaca al Fatihah tanpa terlebih dahulu membaca Doa Iftitah. Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (mendapat pahala membacanya)
Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:
اللّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Allāhu Akbaru Kabīrāw Wal-Ḥamdu Lillāhi Kathīrāw Wa Subḥānal-Lāhi Bukrataw Wa Aṣīlā. Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faṭaras-Samāwāti Wal-Arḍa Ḥanīfan Muslimāw Wa Mā Anā Minal-Mushrikīn. Inna Ṣalātī Wa Nusukī Wa Maḥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Lā Sharīka Lahū Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal-Muslimīn.
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Membaca Surah al-Fatihah.
Baca ta‘awwuz secara perlahan: A‘ūżu billāhi minasy-syaiṭānir-rajīm, maksudnya “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.”4 Kemudian baca al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah seperti berikut:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Selesai membaca al-Fatihah, sebut “Āmīn”. Hukumnya sunat.5
Kemudian, Bacalah Surah Lazim Selepas al-Fatihah
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran. Secara umumnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Anda bebas membaca mana-mana sahaja surah selepas al-Fatihah.
Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:
Surah Al-Kafirun
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Cadangan Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.
Namun sebagai cadangan, surah-surah berikut biasanya dibacakan dalam Solat Tarawih 8 rakaat:
- Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
- Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
- Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
- Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Angkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram, dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk. Letakkan tapak tangan di atas lutut dengan jari direnggangkan. Ratakan belakang dan tengkuk, dan halakan pandangan ke tempat sujud.6
Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram, dan baca Sami‘allāhu liman ḥamidah.7 Apabila sudah berdiri tegak (iktidal), baca Rabbanā lakal-ḥamd.
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Sami‘allāhu liman ḥamidah. Rabbanā lakal-ḥamd
Audio ini hanya memperdengarkan Sami‘allāhu liman ḥamidah. Setelah berdiri tegak, sambung dengan Rabbanā lakal-ḥamd.
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Turun untuk sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, tanpa mengangkat tangan. Letakkan lutut dahulu, kemudian tapak tangan, kemudian dahi dan hidung.8
Wajib meletakkan tujuh anggota pada tempat sujud: dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sebahagian dahi mesti terdedah menyentuh tempat sujud, seperti sejadah, dan tidak terhalang oleh kopiah, telekung atau tudung yang dipakai. Punggung pula mesti lebih tinggi daripada kepala.
Semasa sujud, bacakan bacaan sujud seperti ini:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Bangkit dari sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, kemudian duduk iftirasy, iaitu duduk di atas kaki kiri dengan kaki kanan ditegakkan, dan letakkan tangan di atas paha berhampiran lutut. Duduk dengan tenang (tomakninah).9
Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai doa antara dua sujud, turun sujud sekali lagi sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Lakukan seperti sujud pertama, dengan tujuh anggota menyentuh tempat sujud, kemudian baca bacaan dalam sujud.8
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Selepas sujud kedua, sunat duduk sebentar sebelum bangun ke rakaat kedua. Duduk ini dinamakan duduk istirahah.
Tiada bacaan khusus ketika duduk istirahah.
Rakaat pertama selesai
Rakaat Kedua
Bangun ke Rakaat Kedua Sambil Bertakbir
Bangun ke rakaat kedua sambil bertakbir. Takbir ini dimulakan ketika mengangkat kepala dari sujud dan dipanjangkan sehingga anda berdiri.
(Takbir ini dinamakan takbir intiqal, iaitu takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain.)
Tangan tidak diangkat ketika bangun dari sujud ke rakaat kedua.10
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, baca ta‘awwuz secara perlahan, kemudian baca al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian sebut “Āmīn” seperti rakaat pertama.
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.
Surah Al-Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Angkat kedua-dua tangan dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk, seperti rakaat pertama. Ratakan belakang dan letakkan tapak tangan di atas lutut.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat tangan dan membaca Sami‘allāhu liman ḥamidah, seperti rakaat pertama. Apabila sudah berdiri tegak (iktidal), baca Rabbanā lakal-ḥamd.
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Sami‘allāhu liman ḥamidah. Rabbanā lakal-ḥamd
Audio ini hanya memperdengarkan Sami‘allāhu liman ḥamidah. Setelah berdiri tegak, sambung dengan Rabbanā lakal-ḥamd.
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Turun sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, seperti rakaat pertama. Pastikan tujuh anggota menyentuh tempat sujud. Semasa sujud, bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Angkat kepala sambil bertakbir dan duduk iftirasy, seperti rakaat pertama. Kemudian baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Turun sujud kali kedua sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Semasa sujud, bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyyat Akhir

Selepas sujud kedua, angkat kepala sambil bertakbir dan duduk tawarruk, iaitu punggung kiri di atas lantai dan kaki kiri dikeluarkan ke bawah kaki kanan yang ditegakkan.11 Letakkan kedua-dua tangan di atas paha. Genggam jari tangan kanan kecuali jari telunjuk, dan angkat telunjuk ketika menyebut illallāh.12 Kemudian baca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi ﷺ:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.
Maksud Bacaan
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad ﷺ ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia
Sebelum salam, sunat berdoa.13
Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam
Akhiri solat dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksud Bacaan
Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.
Ulang Dua Rakaat demi Dua Rakaat
Selesai dua rakaat dengan memberi salam, lakukan lagi dua rakaat. Begitulah dilakukan Solat Tarawih 2 rakaat demi 2 rakaat sehingga mencukupi bilangan 8 atau 20 rakaat.
Untuk rakaat 3-4, 5-6 dan seterusnya hingga cukup 8 atau 20 rakaat, caranya sama seperti langkah 1 hingga 20 di atas. Yang berbeza hanyalah surah yang dibaca, jika anda mahu menukarnya. Jadual rujukan pantas di bawah meringkaskan bacaan setiap pergerakan.
Selepas setiap empat rakaat, kebanyakan masjid mengisi rehat dengan selawat dan Doa Antara Tarawih. Amalan ini harus sebagai zikir ketika berehat, tetapi bukan rukun atau syarat Tarawih.
Bagi 8 rakaat, ia dibaca sekali selepas rakaat keempat. Bagi 20 rakaat, ia dibaca selepas setiap empat rakaat.
Rujukan Pantas: Bacaan Setiap Pergerakan
| Pergerakan | Bacaan |
|---|---|
| Takbiratul ihram | Allāhu akbar, dengan niat dalam hati |
| Doa iftitah (sunat) | Allāhu akbar kabīrā… |
| Ta‘awwuz (sunat, setiap rakaat) | A‘ūżu billāhi minasy-syaiṭānir-rajīm |
| Berdiri | Al-Fatihah (wajib), kemudian surah (sunat) |
| Rukuk | Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x) |
| Iktidal | Sami‘allāhu liman ḥamidah. Rabbanā lakal-ḥamd |
| Sujud | Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x) |
| Duduk antara dua sujud | Rabbighfirlī warḥamnī wajburnī… |
| Sujud kedua | Sama seperti sujud pertama |
| Rakaat kedua | Ulang dari al-Fatihah hingga sujud kedua |
| Tahiyat akhir | At-taḥiyyātu… dan selawat ke atas Nabi ﷺ |
| Salam | Assalāmu‘alaikum wa raḥmatullāh, ke kanan dan ke kiri |
Gunakan jadual ini untuk setiap dua rakaat seterusnya. Tulisan Arab, rumi, maksud dan audio bagi setiap bacaan ada dalam langkah 1 hingga 20 di atas.
SeterusnyaDoa Antara RakaatDoa KamilinWitir
Doa Tarawih: Doa Antara Rakaat & Doa Kamilin
Dua doa Tarawih yang lazim dibaca: Doa Antara Tarawih selepas setiap empat rakaat, dan Doa Kamilin sebagai doa selepas Tarawih, iaitu selepas salam terakhir.
Doa Antara Tarawih (Selepas Setiap 4 Rakaat)
Doa ini lazim dibaca selepas setiap empat rakaat, iaitu selepas dua kali salam, sama ada di rumah atau di masjid. Di rumah, imam boleh membacanya dengan kuat dan keluarga mengaminkan, atau masing-masing membacanya sendiri. Ia harus dibaca sebagai doa ketika berehat, dan bukan sebahagian daripada Tarawih.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِينَا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm, allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūdzu bika min sakhaṭika wan-nār, allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun, tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā, wa ‘an wālidiynā, wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, birahmatika yā arḥamar-rāḥimīn, wa ṣollallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammad, wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi wa bāraka wa sallam.
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat Baginda.
Doa Kamilin (Doa Selepas Solat Tarawih)
Selepas salam pada rakaat Tarawih yang terakhir, bacalah doa ini. Doa ini dikenali sebagai Doa Kamilin.14
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا بِالْإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنَ وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ.
وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ وَبِالْـهُـدٰى مُتَمَسِّكِيْنَ وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ وَفِى الْاٰخِرَةِ رَاغِبِيْنَ وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ.
وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ وَعَلَى الْبَلَايَا صَابِرِيْنَ. وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ وَاِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ وَعَلَى سَرِيْرِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ وَبِحُوْرٍ عِيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ اٰكِلِيْنَ وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبِيْنَ. بِأَكْوَابٍ وَاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا فِى هٰذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ وَلاَ تَجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنَ الْاَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِيْنَ إِلٰـهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرِ اللّٰهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِإِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهْلِ بَيْتِنَا.
وَلِأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَائِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِينَ وَالْمُقِيمِينَ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ يَا مُـجِيبَ السَّائِلِينَ وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِـخَـيْرِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn, waṣ-ṣalātu was-salāmu ‘alā asyrafil-anbiyā’i wal-mursalīn, sayyidinā Muḥammadin wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī ajma‘īn.
Allāhummaj‘alnā bil-īmāni kāmilīn, wa li farā’iḍika mu’addīn, wa liṣ-ṣalāti ḥāfiẓīn, wa liz-zakāti fā‘ilīn, wa limā ‘indaka ṭālibīn, wa li ‘afwika rājīn, wa bil-hudā mutamassikīn, wa ‘anil-laghwi mu‘riḍīn, wa fid-dunyā zāhidīn, wa fil-ākhirati rāghibīn, wa bil-qaḍā’i rāḍīn, wa bin-nu‘amā’i syākirīn, wa ‘alal-balāyā ṣābirīn.
Wa taḥta liwā’i sayyidinā Muḥammadin ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama yaumal-qiyāmati sā’irīn, wa ilal-ḥauḍi wāridīn, wa fil-jannati dākhilīn, wa ‘alā sarīril-karāmati qā‘idīn, wa bi ḥūrin ‘īnin mutazawwijīn, wa min sundusin wa istabraqin wa dībājin mutalabbisīn, wa min ṭa‘āmil-jannati ākilīn, wa min labanin wa ‘asalin muṣaffaini syāribīn, bi akwābin wa abārīqa wa ka’sin min ma‘īn, ma‘al-ladzīna an‘amta ‘alaihim minan-nabiyyīna waṣ-ṣiddīqīna wasy-syuhadā’i waṣ-ṣāliḥīn.
Allāhummaj‘alnā fī hādzihil-lailatisy-syahrisy-syarīfatil-mubārakati minas-su‘adā’il-maqbūlīn, wa lā taj‘alnallāhumma minal-asyqiyā’il-mardūdīn. Ilāhanā ‘āfinā wa‘fu ‘annā, waghfirillāhumma lanā wa li wālidīnā wa li ummahātinā wa li ikhwāninā wa li akhawātinā wa li azwājinā wa li ahli baitinā wa li ajdādinā wa li jaddātinā wa li masyā’ikhinā wa li mu‘allimīnā wa li jamī‘il-muslimīna wal-muslimāti wal-mu’minīna wal-mu’mināt, al-aḥyā’i minhum wal-amwāt.
Waktubillāhummas-salāmata wal-‘āfiyata ‘alainā wa ‘alā ‘abīdikal-ḥujjāji wal-ghuzāti waz-zuwwāri wal-musāfirīna wal-muqīmīna fil-barri wal-baḥri minal-muslimīn. Wa qinā syarraẓ-ẓālimīn, wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn, yā mujības-sā’ilīn. Wakhtim lanā yā rabbanā minka bi khairin yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā khairi khalqihī Muḥammadin wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn.
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi dan rasul yang paling mulia, junjungan kami Nabi Muhammad, serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sempurna imannya, yang menunaikan kewajipan-kewajipan-Mu, yang memelihara solat, yang menunaikan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan kemaafan-Mu, yang berpegang teguh dengan petunjuk, yang berpaling daripada perkara sia-sia, yang zuhud terhadap dunia, yang cinta kepada akhirat, yang reda dengan ketentuan-Mu, yang bersyukur atas nikmat-Mu dan yang sabar menghadapi ujian.
Jadikanlah kami pada hari kiamat berjalan di bawah panji junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, sampai ke telaga Baginda, masuk ke dalam syurga, duduk di atas takhta kemuliaan, dikahwinkan dengan bidadari, berpakaian sutera halus, sutera tebal dan sutera bersulam, makan makanan syurga, serta minum susu dan madu yang jernih dengan gelas, cerek dan piala dari mata air yang mengalir, bersama orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat dari kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikanlah kami pada malam bulan yang mulia lagi diberkati ini dalam golongan yang berbahagia dan diterima amalannya, dan janganlah Engkau jadikan kami dalam golongan yang celaka dan ditolak amalannya. Wahai Tuhan kami, sejahterakanlah kami dan maafkanlah kami. Ampunilah kami, ya Allah, juga ibu bapa kami, ibu-ibu kami, saudara lelaki dan perempuan kami, pasangan kami, ahli keluarga kami, datuk dan nenek kami, para guru dan pengajar kami, serta seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
Tetapkanlah, ya Allah, keselamatan dan kesejahteraan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba-Mu yang menunaikan haji, yang berjuang di jalan-Mu, yang berziarah, yang bermusafir dan yang bermukim, di darat dan di laut, dari kalangan orang Islam. Peliharalah kami daripada kejahatan orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi kaum yang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan permohonan. Akhirilah hidup kami dengan kebaikan daripada-Mu, wahai Tuhan kami, wahai Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang.
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Mengenai Doa Kamilin
Doa Kamilin bukan doa yang diriwayatkan daripada Nabi ﷺ. Penyusunnya tidak diketahui secara pasti, tetapi ia masyhur diamalkan di Nusantara selepas Tarawih, dan dinamakan “Kamilin” sempena permulaannya yang memohon agar kita dijadikan orang yang sempurna iman.
Isinya ialah permohonan kebaikan yang umum. Berdoa selepas solat memang dianjurkan, maka Doa Kamilin baik dibaca selepas Tarawih, sama ada berjemaah atau bersendirian, selagi ia tidak dianggap sebagai kewajipan.
Solat Witir Selepas Tarawih (Cara, Qunut & Doa Penutup)
Witir menutup solat malam. Di Malaysia lazimnya 3 rakaat: dua rakaat satu salam, kemudian satu rakaat satu salam, dengan qunut mulai malam ke-16 Ramadan.
Solat Sunat Witir merupakan penutup kepada rangkaian solat malam di Bulan Ramadan, termasuk Solat Tarawih. Ia dianggap sebagai amalan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ dan menjadi ibadah yang memperlengkapkan solat malam seseorang.
Dalam bahasa Arab, “witir” bermaksud ganjil, dan solat ini dinamakan sedemikian kerana ia dilaksanakan dalam bilangan rakaat yang ganjil. Solat Witir adalah salah satu sunnah muakkad (sunnah yang sangat dianjurkan) dan dilakukan sebagai tanda penutup bagi amalan solat sunat malam, menjadikannya ibadah yang istimewa di sisi Allah SWT.
Baginda bersabda dalam hadis riwayat Saidina Ali RA:
“Sesungguhnya Allah itu Witir (Maha Esa) dan Dia menyukai yang witir (ganjil). Maka berwitirlah, wahai ahli al-Quran.” (Riwayat Abu Daud, no. 1416 dan al-Tirmizi, no. 453)
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya keutamaan solat witir di sisi Allah SWT.
Di kebanyakan masjid di Malaysia, Witir selepas Tarawih dikerjakan tiga rakaat: dua rakaat satu salam, kemudian satu rakaat satu salam.
Cara Solat Witir Selepas Tarawih
Di Malaysia, Witir selepas Tarawih lazimnya tiga rakaat dengan dua salam: dua rakaat dan salam, kemudian satu rakaat dan salam. Qunut dibaca pada rakaat terakhir mulai malam ke-16 Ramadan. Ikut langkah di bawah.
Witir: Rakaat Pertama
Solat Witir Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram dan Niat
Untuk kaedah 2 + 1, kita memulakan dua rakaat pertama dan satu rakaat terakhir dengan niat serta takbiratul ihram masing-masing. Hadirkan niat Witir dua rakaat ketika bertakbir. Lafaz berikut boleh membantu anda berniat:
أُصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Uṣallī sunnatal-witri rak‘ataini lillāhi ta‘ālā
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja: “Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.”
Nota Niat
Niat ialah kehendak hati, bukan bacaan yang mesti dilafazkan. Hadirkan niat ketika takbiratul ihram. Jangan sengaja menangguhkannya sehingga takbir selesai. Anda tidak perlu menyusun ayat Arab dalam hati. Bagi orang awam, memadai niat hadir pada permulaan, pertengahan atau pengakhiran takbir.15

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allāhu akbar
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar!
Baca Doa Iftitah (Sunat)
Selepas takbiratul ihram, baca doa iftitah secara perlahan. Ia sunat dan dibaca pada rakaat pertama sahaja. Jika tidak membacanya, solat tetap sah.16 Huraian lanjut ada dalam artikel doa iftitah.
اَللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّٰهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ. إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ.
Allāhu akbaru kabīrā, wal-ḥamdu lillāhi kaṡīrā, wa subḥānallāhi bukrataw wa aṣīlā. Wajjahtu wajhiya lillażī faṭaras-samāwāti wal-arḍa ḥanīfam muslimaw wa mā ana minal-musyrikīn. Inna ṣalātī wa nusukī wa maḥyāya wa mamātī lillāhi rabbil-‘ālamīn. Lā syarīka lahū wa biżālika umirtu wa ana minal-muslimīn.
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri, dan aku bukanlah daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada golongan orang Islam.
Bacalah Surah al-Fatihah
Selepas doa iftitah, baca ta‘awwuz secara perlahan: A‘ūżu billāhi minasy-syaiṭānir-rajīm, maksudnya “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.”4 Kemudian baca al-Fatihah. Jika anda sudah mula membaca al-Fatihah sebelum sempat membaca iftitah, teruskan bacaan tanpa kembali kepada iftitah.17
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Selesai membaca al-Fatihah, sebut “Āmīn”. Hukumnya sunat.5
Kemudian, Bacalah Surah Lazim
Selepas Al-Fatihah, disunatkan membaca surah atau ayat al-Quran. Jika belum hafal Al-A‘la, anda boleh membaca surah yang dihafal, seperti Al-Ikhlas. Tidak perlu menangguhkan Witir sehingga hafal semua surah dalam panduan ini.18
Dalam Witir tiga rakaat, disunatkan membaca surah-surah berikut selepas Al-Fatihah:
- Rakaat Pertama: Surah Al-A‘la
- Rakaat Kedua: Surah Al-Kafirun
- Rakaat Ketiga: Surah Al-Ikhlas
Ubay bin Ka‘ab RA meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ membaca ketiga-tiga surah ini dalam Witir (Sunan Abu Dawud, no. 1423).19
Dalam mazhab Syafi’e, disunatkan juga membaca Al-Falaq dan An-Nas selepas Al-Ikhlas pada rakaat terakhir.20
Namun, perlu diingat bahawa membaca surah-surah ini adalah sunat dan bukan wajib. Jika seseorang tidak menghafal surah-surah tersebut atau memilih untuk membaca surah lain, solat witirnya tetap sah.
Surah Al-A‘la
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى ١ ٱلَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ ٢ وَٱلَّذِي قَدَّرَ فَهَدَىٰ ٣ وَٱلَّذِيٓ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ ٤ فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحۡوَىٰ ٥ سَنُقۡرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ ٦ إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّهُۥ يَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَىٰ ٧ وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ ٨ فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ ٩ سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ ١٠ وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلۡأَشۡقَى ١١ ٱلَّذِي يَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ١٢ ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحۡيَىٰ ١٣ قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ١٤ وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ١٥ بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ١٦ وَٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰٓ ١٧ إِنَّ هَٰذَا لَفِي ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ ١٨ صُحُفِ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ ١٩
Sabbiḥisma rabbikal-a‘lā. Allażī khalaqa fa sawwā. Wallażī qaddara fa hadā. Wallażī akhrajal-mar‘ā. Fa ja‘alahū ghuṡā’an aḥwā. Sanuqri’uka fa lā tansā. Illā mā syā’allāh, innahū ya‘lamul-jahra wa mā yakhfā. Wa nuyassiruka lil-yusrā. Fa żakkir in nafa‘atiż-żikrā. Sayażżakkaru may yakhsyā. Wa yatajannabuhal-asyqā. Allażī yaṣlan-nāral-kubrā. Ṡumma lā yamūtu fīhā wa lā yaḥyā. Qad aflaḥa man tazakkā. Wa żakarasma rabbihī fa ṣallā. Bal tu’ṡirūnal-ḥayātad-dun-yā. Wal-ākhiratu khairuw wa abqā. Inna hāżā lafiṣ-ṣuḥufil-ūlā. Ṣuḥufi ibrāhīma wa mūsā
Maksud Bacaan
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya). Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan, sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya). Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Angkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram, dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk. Letakkan tapak tangan di atas lutut dengan jari direnggangkan. Ratakan belakang dan tengkuk, dan halakan pandangan ke tempat sujud.6
Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram.7 Ketika bangun, baca:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami‘allāhu liman ḥamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Apabila sudah berdiri tegak dengan tamakninah, baca:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Rabbanā lakal-ḥamd
“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Turun untuk sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, tanpa mengangkat tangan. Letakkan lutut dahulu, kemudian tapak tangan, kemudian dahi dan hidung.8
Wajib meletakkan tujuh anggota pada tempat sujud: dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sebahagian dahi mesti terdedah menyentuh tempat sujud, seperti sejadah, dan tidak terhalang oleh kopiah, telekung atau tudung yang dipakai. Punggung pula mesti lebih tinggi daripada kepala.
Semasa sujud, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk di Antara Dua Sujud

Angkat kepala daripada sujud pertama sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Duduk iftirasy, iaitu duduk di atas kaki kiri dengan kaki kanan ditegakkan, dan letakkan tangan di atas paha berhampiran lutut. Duduk dengan tamakninah.9 Duduk ini ialah rukun solat dan berbeza daripada duduk istirahat sebelum bangun ke rakaat seterusnya.
Kemudian bacalah doa antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī warfa‘nī warzuqnī wahdinī wa ‘āfinī wa‘fu ‘annī
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai doa antara dua sujud, turun sujud sekali lagi sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Lakukan seperti sujud pertama, dengan tujuh anggota menyentuh tempat sujud, kemudian baca bacaan dalam sujud.8
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Angkat Kepala Sambil Bertakbir, Kemudian Duduk Istirahat Seketika
Angkat kepala daripada sujud kedua sambil mula bertakbir Allāhu akbar. Ini ialah takbir intiqalat (takbir berpindah), bukan takbiratul ihram yang baharu.
Disunatkan duduk istirahat sebentar sebelum bangun ke rakaat kedua. Panjangkan takbir tadi sepanjang duduk istirahat sehingga anda berdiri tegak. Duduk ini bukan rukun dan tidak ditetapkan tempohnya.
Rakaat pertama selesai
Witir: Rakaat Kedua
Berdiri Untuk Rakaat Kedua
Berdiri tegak untuk rakaat kedua. Takbir intiqalat yang dimulakan ketika mengangkat kepala daripada sujud tadi berakhir apabila anda sudah berdiri. Tidak perlu mengangkat tangan dan tidak perlu berniat semula.
Takbir intiqalat ialah takbir ketika berpindah antara pergerakan solat, seperti turun rukuk, turun sujud dan bangun ke rakaat seterusnya.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allāhu akbar
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, baca ta‘awwuz secara perlahan, kemudian baca al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian sebut “Āmīn” seperti rakaat pertama.
Seterusnya Sekali Lagi Membaca Surah Lazim
Selepas Al-Fatihah, disunatkan membaca Al-Kafirun. Jika belum hafal, anda boleh membaca surah lain yang dihafal. Pilihan surah ini bukan syarat sah Witir.
Surah Al-Kafirun
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦
Qul yā ayyuhal-kāfirūn. Lā a‘budu mā ta‘budūn. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Wa lā ana ‘ābidum mā ‘abattum. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Lakum dīnukum wa liya dīn
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Angkat kedua-dua tangan dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk, seperti rakaat pertama. Ratakan belakang dan letakkan tapak tangan di atas lutut.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat tangan, seperti rakaat pertama. Ketika bangun, baca:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami‘allāhu liman ḥamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Apabila sudah berdiri tegak dengan tamakninah, baca:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Rabbanā lakal-ḥamd
“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Turun sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, seperti rakaat pertama. Pastikan tujuh anggota menyentuh tempat sujud. Semasa sujud, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk di Antara Dua Sujud

Angkat kepala sambil bertakbir dan duduk iftirasy, seperti rakaat pertama. Kemudian baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī warfa‘nī warzuqnī wahdinī wa ‘āfinī wa‘fu ‘annī
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Turun sujud kali kedua sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Semasa sujud, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyat Akhir

Selepas sujud kedua, angkat kepala sambil bertakbir dan duduk tawarruk, iaitu punggung kiri di atas lantai dan kaki kiri dikeluarkan ke bawah kaki kanan yang ditegakkan.11 Letakkan kedua-dua tangan di atas paha. Genggam jari tangan kanan kecuali jari telunjuk, dan angkat telunjuk ketika menyebut illallāh.12 Kemudian baca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi ﷺ:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātul-mubārakātuṣ-ṣalawātuṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣāliḥīn. Asyhadu allā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣallaita ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīm, wa bārik ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīna innaka ḥamīdum majīd
Maksud Bacaan
Segala penghormatan, keberkatan, solat dan kebaikan adalah bagi Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkan rahmat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Sebelum salam, sunat berdoa.13
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Witir Dua Rakaat Pertama Ini Dengan Memberi Salam
Akhiri dua rakaat pertama dengan memberi salam. Salam pertama ke kanan ialah rukun yang menamatkan solat, manakala salam kedua ke kiri hukumnya sunat.

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh
Maksud Bacaan
Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh
Selesailah dua rakaat pertama. Sekarang berdiri untuk satu rakaat terakhir dengan niat dan takbiratul ihram yang baharu, seperti langkah seterusnya.
Witir: Satu Rakaat Terakhir (Solat Baharu)
Solat Witir Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram dan Niat

Mulakan solat satu rakaat dengan takbiratul ihram yang baharu, sambil menghadirkan niat Witir satu rakaat. Inilah rakaat ketiga dalam keseluruhan kaedah 2 + 1. Lafaz niatnya:
أُصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَى
Uṣallī sunnatal-witri rak‘atan lillāhi ta‘ālā
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja: “Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”
Baca Doa Iftitah (Sunat)
Selepas takbiratul ihram, baca doa iftitah secara perlahan. Ia sunat dan dibaca pada rakaat pertama sahaja. Jika tidak membacanya, solat tetap sah.16 Huraian lanjut ada dalam artikel doa iftitah.
اَللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّٰهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ. إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ.
Allāhu akbaru kabīrā, wal-ḥamdu lillāhi kaṡīrā, wa subḥānallāhi bukrataw wa aṣīlā. Wajjahtu wajhiya lillażī faṭaras-samāwāti wal-arḍa ḥanīfam muslimaw wa mā ana minal-musyrikīn. Inna ṣalātī wa nusukī wa maḥyāya wa mamātī lillāhi rabbil-‘ālamīn. Lā syarīka lahū wa biżālika umirtu wa ana minal-muslimīn.
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri, dan aku bukanlah daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada golongan orang Islam.
Bacalah Surah al-Fatihah
Selepas doa iftitah, baca ta‘awwuz secara perlahan, kemudian baca al-Fatihah seperti dalam dua rakaat sebelumnya.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian sebut “Āmīn” seperti rakaat pertama.
Kemudian, Bacalah Surah Lazim
Selepas Al-Fatihah, disunatkan membaca Al-Ikhlas, diikuti Al-Falaq dan An-Nas dalam amalan Syafi’e. Jika hanya membaca Al-Ikhlas, solat tetap sah apabila rukun dan syaratnya dipenuhi. Tidak wajib membaca ketiga-tiga surah dan tidak perlu mengulangi Al-Fatihah sebelum setiap surah.
Surah Al-Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Surah Al-Falaq
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥
Qul a‘ūżu birabbil-falaq. Min syarri mā khalaq. Wa min syarri ghāsiqin iżā waqab. Wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. Wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
Surah An-Nas
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
Qul a‘ūżu birabbin-nās. Malikin-nās. Ilāhin-nās. Min syarril-waswāsil-khannās. Allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. Minal-jinnati wan-nās
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Angkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram, dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk. Letakkan tapak tangan di atas lutut dengan jari direnggangkan. Ratakan belakang dan tengkuk, dan halakan pandangan ke tempat sujud.6
Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram.7 Ketika bangun, baca:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami‘allāhu liman ḥamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Apabila sudah berdiri tegak dengan tamakninah, baca:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Rabbanā lakal-ḥamd
“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”
Mulai Malam 16 Ramadan hingga Akhir Ramadan: Baca Qunut

Pada rakaat terakhir Witir, mulai malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan, disunatkan membaca qunut ketika iktidal, iaitu selepas bangun dari rukuk dan sebelum turun sujud. Lafaznya sama seperti qunut Subuh.
Belum hafal atau terlupa? Lihat qunut ringkas dan hukum sujud sahwi.
Bacaan Doa Qunut sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ. فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ. فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Allāhummah-dinī fīman hadait,
Wa ‘āfinī fīman ‘āfait,
Wa tawallanī fīman tawallait,
Wa bārik lī fīmā a‘ṭait,
Wa qinī syarra mā qaḍait,
Fa-innaka taqḍī wa lā yuqḍā ‘alaik,
Wa innahū lā yażillu man wālait,
Wa lā ya‘izzu man ‘ādait,
Tabārakta rabbanā wa ta‘ālait,
Falakal-ḥamdu ‘alā mā qaḍait,
Astaghfiruka wa atūbu ilaik,
Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadin-nabiyyil-ummiyy,
Wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa sallam.
Maksud Bacaan
“Ya Allah, berilah aku petunjuk bersama orang yang telah Engkau beri petunjuk. Kurniakanlah kesejahteraan kepadaku bersama orang yang telah Engkau sejahterakan. Peliharalah aku bersama orang yang telah Engkau pelihara.
Berkatilah apa yang Engkau kurniakan kepadaku dan lindungilah aku daripada keburukan apa yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan, dan tiada sesiapa dapat menetapkan sesuatu ke atas-Mu. Tidak akan hina orang yang Engkau pelihara, dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami, dan Maha Tinggi.
Bagi-Mu segala pujian atas ketetapan-Mu. Aku memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad yang ummi, serta keluarga dan para sahabat Baginda.”
Seterusnya Melakukan Sujud

Turun untuk sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, tanpa mengangkat tangan. Letakkan lutut dahulu, kemudian tapak tangan, kemudian dahi dan hidung.8
Wajib meletakkan tujuh anggota pada tempat sujud: dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sebahagian dahi mesti terdedah menyentuh tempat sujud, seperti sejadah, dan tidak terhalang oleh kopiah, telekung atau tudung yang dipakai. Punggung pula mesti lebih tinggi daripada kepala.
Semasa sujud, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk di Antara Dua Sujud

Angkat kepala daripada sujud pertama sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Duduk iftirasy, iaitu duduk di atas kaki kiri dengan kaki kanan ditegakkan, dan letakkan tangan di atas paha berhampiran lutut. Duduk dengan tamakninah.9 Duduk ini ialah rukun solat dan berbeza daripada duduk istirahat sebelum bangun ke rakaat seterusnya.
Kemudian bacalah doa antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī warfa‘nī warzuqnī wahdinī wa ‘āfinī wa‘fu ‘annī
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai doa antara dua sujud, turun sujud sekali lagi sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Lakukan seperti sujud pertama, dengan tujuh anggota menyentuh tempat sujud, kemudian baca bacaan dalam sujud.8
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyat Akhir

Selepas sujud kedua, angkat kepala sambil bertakbir dan duduk tawarruk, iaitu punggung kiri di atas lantai dan kaki kiri dikeluarkan ke bawah kaki kanan yang ditegakkan.11 Letakkan kedua-dua tangan di atas paha. Genggam jari tangan kanan kecuali jari telunjuk, dan angkat telunjuk ketika menyebut illallāh.12 Kemudian baca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi ﷺ:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātul-mubārakātuṣ-ṣalawātuṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣāliḥīn. Asyhadu allā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣallaita ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīm, wa bārik ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīna innaka ḥamīdum majīd
Maksud Bacaan
Segala penghormatan, keberkatan, solat dan kebaikan adalah bagi Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkan rahmat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Sebelum salam, sunat berdoa.13
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Dengan Memberi Salam
Akhiri satu rakaat terakhir ini dengan memberi salam. Salam pertama ke kanan ialah rukun, manakala salam kedua ke kiri hukumnya sunat.

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh
Maksud Bacaan
Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh
Selesailah Witir tiga rakaat dengan dua salam. Teruskan dengan wirid dan doa penutup di bawah.
Wirid & Doa Penutup Solat Witir
Selepas salam Witir, ikut susunan di bawah. Langkah 1 dan 2 ada riwayat khusus selepas Witir. Yang lain ialah wirid dan doa yang lazim dibaca di masjid-masjid kita.21
Subḥānal-Malikil-Quddūs (3 Kali)
Sebaik sahaja memberi salam Witir, baca zikir ini tiga kali.
Baca tiga kali
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Subḥānal-malikil-quddūs
Maha Suci Allah, Raja Yang Maha Suci.22
Panjangkan dan kuatkan sedikit suara pada kali ketiga.
Baca Doa Witir
Kemudian baca doa yang dibaca Nabi ﷺ pada akhir Witir.
Doa akhir Witir
اَللّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Allāhumma innī a‘ūżu biriḍāka min sakhaṭik, wa bimu‘āfātika min ‘uqūbatik, wa a‘ūżu bika mink, lā uḥṣī ṡanā’an ‘alaik, anta kamā aṡnaita ‘alā nafsik.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu daripada hukuman-Mu. Aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu menghitung pujian bagi-Mu. Engkau adalah sebagaimana Engkau memuji diri-Mu.23
Yā Laṭīfu Yā Kāfī (2 Kali)
Kemudian baca dua kali.
Baca dua kali
يَا لَطِيفُ يَا كَافِي يَا حَفِيظُ يَا شَافِي
Yā Laṭīfu yā Kāfī yā Ḥafīẓu yā Syāfī
Wahai Yang Maha Lemah Lembut, Yang Maha Mencukupi, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Menyembuhkan.
Yā Laṭīfu Yā Wāfī (1 Kali)
Kemudian sambung dengan bacaan ini sekali.
Baca sekali
يَا لَطِيفُ يَا وَافِي يَا كَرِيمُ أَنْتَ اللهُ
Yā Laṭīfu yā Wāfī yā Karīmu antallāh
Wahai Yang Maha Lemah Lembut, Yang Maha Menyempurnakan janji, Yang Maha Pemurah, Engkaulah Allah.
Tahlil
Seterusnya baca tahlil sebanyak yang mampu.
Tahlil
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ
Lā ilāha illallāh
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Doa Penutup
Tutup malam itu dengan doa ini. Jika berjemaah, lazimnya imam membaca dan makmum mengaminkan.
Doa penutup
اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيرَنَا يَا اللَّهُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Allāhumma rabbanā taqabbal minnā ṣalātanā wa ṣiyāmanā wa qiyāmanā wa rukū‘anā wa sujūdanā wa takhasysyu‘anā wa ta‘abbudanā wa taḍarru‘anā, wa tammim taqṣīranā yā Allāh, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn, yā rabbal-‘ālamīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadin wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn.
Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, qiyam kami, rukuk kami, sujud kami, kekhusyukan kami, ibadah kami dan rintihan kami. Sempurnakanlah kekurangan kami, ya Allah, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang, wahai Tuhan sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
―⊱❈⊰—
Dengan itu, selesailah Solat Sunat Tarawih untuk malam tersebut.
Semoga mendapat keberkatan di Bulan Ramadhan yang mulia.
Mahu Bertahajjud Selepas Witir?
- Jika sudah berwitir, anda masih boleh bertahajjud pada akhir malam, dua rakaat satu salam. Jangan ulang Witir, kerana Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada dua Witir dalam satu malam.”24
- Jika anda biasa bertahajjud dan yakin akan bangun, Witir lebih afdal ditangguhkan supaya menjadi solat terakhir pada malam itu. Jika tidak pasti akan bangun, berwitirlah sebelum tidur.
Bacaan qunutDoa QunutBacaan qunut Witir dan Subuh dengan rumi, maksud dan audio
Solat Tarawih Berjemaah di Rumah Bersama Keluarga
Ketua keluarga boleh mengimamkan isteri dan anak-anak. Solat berjemaah di rumah tetap mendapat kelebihan berjemaah, dan anak-anak belajar terus daripada ibu bapa.
Susunan Saf
Susunan saf solat berjemaah di rumah
Susunan ini sunat. Jika tersalah susun, solat tetap sah.
Susunan ini berdasarkan kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’e.25
Panduan untuk Imam di Rumah
- Gunakan niat imam. Lafaznya ada di bahagian Niat sebagai Imam.
- Nyaringkan bacaan al-Fatihah dan surah. Cukup didengar oleh makmum di belakang, tidak perlu menjerit.26
- Pilih surah pendek yang anda hafal. Anda juga boleh membaca dari mushaf atau telefon yang diletakkan di hadapan.27
- Selepas setiap empat rakaat, imam boleh membaca doa antara Tarawih dengan kuat dan keluarga mengaminkan, atau masing-masing berdoa sendiri. Kedua-duanya baik.
- Akhiri bersama dengan Doa Kamilin dan Witir, kemudian wirid dan doa penutup.
Kanak-kanak dalam Jemaah
Solat kanak-kanak yang sudah mumayyiz sah. Jika tiada lelaki lain, seorang budak lelaki mumayyiz boleh berdiri di sebelah kanan imam sebagai makmum. Jika ada lelaki dewasa, kedua-duanya berbaris di belakang imam. Orang dewasa lebih utama menjadi imam.
Solat Tarawih untuk Wanita
Bagi wanita, solat Tarawih di rumah lebih afdal. Panduan ini sudah memadai untuk anda solat seorang diri atau mengimamkan anak-anak perempuan.
Aurat dan Pakaian
- Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Tapak kaki juga wajib ditutup.28
- Telekung bukan syarat sah solat. Pakaian biasa yang menutup aurat dengan sempurna dan tidak jarang sudah memadai.
Bacaan Nyaring atau Perlahan
- Jika solat seorang diri, bersama wanita lain atau di hadapan mahram, sunat menyaringkan bacaan al-Fatihah dan surah.
- Jika ada lelaki bukan mahram yang boleh mendengar, bacalah perlahan.
Mengimamkan Anak-anak Perempuan
- Ibu sah dan baik mengimamkan anak-anak perempuannya.
- Imam wanita berdiri di tengah-tengah saf, bukan di hadapan seperti imam lelaki.29
Ketika Haid
- Wanita haid tidak boleh bersolat. Isilah malam Ramadan dengan zikir, doa, selawat, istighfar dan sedekah.
- Menurut mazhab Syafi’e, wanita haid tidak boleh membaca al-Quran dengan niat tilawah atau menyentuh mushaf. Ayat al-Quran yang dibaca dengan niat zikir atau doa dibolehkan.30
Jika Mahu ke Masjid
- Wanita harus ke masjid dengan syarat mendapat izin suami atau wali, menutup aurat, tidak berhias dan tidak memakai wangian, serta tidak bercampur dengan lelaki.31
Solat Tarawih di Masjid
Di masjid, ikut sahaja imam. Bahagian ini menjawab situasi yang sering berlaku: terlewat, bacaan bilal dan pahala mengikut imam hingga selesai.
Terlewat ke masjid? Ikut carta ini
Tertinggal beberapa pusingan? Tiada dosa. Anda boleh menyambungnya sendiri sebelum masuk Subuh.
Solat di Masjid Bersama Imam
- Gunakan niat makmum, dan bertakbir selepas imam bertakbir.
- Ikut imam hingga imam selesai. Sesiapa yang solat bersama imam sehingga imam selesai, ditulis baginya pahala qiyam sepanjang malam (Riwayat Abu Daud, no. 1375 dan al-Tirmizi, no. 806).
- Jika anda belum hafal selawat bilal, tidak mengapa. Jawab yang anda mampu. Ia bukan sebahagian daripada solat.
Terlewat ke Masjid
- Belum solat Isyak: Anda boleh mengikut imam Tarawih dengan niat solat Isyak. Apabila imam memberi salam selepas dua rakaat, jangan ikut salam. Bangun dan sempurnakan baki rakaat Isyak anda. Jika ada jemaah lain yang sedang solat Isyak, menyertai jemaah itu lebih baik.32
- Sudah Isyak, imam di rakaat kedua: Ikut imam. Jika anda sempat rukuk bersama imam, rakaat itu dikira. Selepas imam memberi salam, bangun dan tambah satu rakaat. Jika anda masuk selepas imam bangkit dari rukuk, rakaat itu tidak dikira, jadi sempurnakan dua rakaat selepas imam memberi salam.
- Tertinggal beberapa pusingan: Tiada dosa kerana Tarawih solat sunat. Anda boleh menyambung rakaat yang tertinggal sendiri sebelum masuk Subuh, dan menurut pendapat yang lebih kuat dalam mazhab Syafi’e, sunat menggantikannya.33
Bacaan Bilal dan Selawat Tarawih
Bacaan selawat ini biasanya dibaca pada Solat Tarawih secara berjemaah sahaja. Ia menjadi suatu kebiasaan di Malaysia dan sekitarnya. Jika anda mengerjakan Solat Tarawih seorang diri, maka tidak perlulah membaca selawat ini.
Selawat dan zikir di antara rakaat Tarawih tidak warid secara khusus daripada Nabi ﷺ. Namun ia harus diamalkan sebagai zikir ketika berehat, selagi tidak dianggap sebahagian daripada Tarawih atau sunnah yang khusus.34
Untuk memulakan Solat Tarawih, kebiasaanya bilal akan menyebut lafaz ini:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat (rahmat) ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:
صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad ﷺ
Solat Tarawih 8 atau 20 Rakaat?
Tarawih boleh dikerjakan 8 atau 20 rakaat. Kedua-duanya sah dan diamalkan di masjid dan surau di Malaysia. Yang mesti dijaga ialah setiap dua rakaat diakhiri dengan salam.
| Mazhab | Bilangan dan asas |
|---|---|
| Hanafi | 20 rakaat Amalan zaman Saidina Umar RA |
| Maliki | 36 rakaat (pendapat masyhur) Amalan penduduk Madinah pada zaman tabi‘in |
| Syafi’e | 20 rakaat Riwayat al-Baihaqi tentang amalan zaman Saidina Umar RA |
| Hanbali | 20 rakaat Pilihan Imam Ahmad, sebagaimana disebut Ibn Qudamah dalam al-Mughni |
| 8 rakaat | 8 + Witir 3 Hadis Aisyah RA tentang solat malam Nabi ﷺ yang tidak melebihi 11 rakaat |
Solat Tarawih 8 Rakaat
Aisyah RA menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ tidak menambah solat malam, sama ada dalam Ramadan atau di luarnya, melebihi sebelas rakaat (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Atas dasar ini, ramai yang mengerjakan 8 rakaat Tarawih diikuti 3 rakaat Witir. Mazhab Syafi’e berpegang kepada 20 rakaat, namun sesiapa yang mengerjakan kurang daripada itu, solatnya tetap sah dan dia mendapat pahala Tarawih mengikut kadar rakaat yang dikerjakan.35
Solat Tarawih 20 Rakaat
Pada zaman Saidina Umar RA, orang ramai dihimpunkan untuk bertarawih secara berjemaah di belakang seorang imam. Riwayat tentang bilangannya berbeza. Dalam al-Muwatta’, Imam Malik meriwayatkan 11 rakaat dan juga 23 rakaat, iaitu 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir. Riwayat 20 rakaat direkodkan oleh al-Baihaqi, dan inilah yang dipegang oleh mazhab Syafi’e.36 Ibn Hajar menjelaskan bahawa perbezaan ini berlaku mengikut panjang bacaan: jika bacaan dipanjangkan, rakaat dikurangkan, dan sebaliknya.
Jika Imam Solat 20 Rakaat, Bolehkah Saya Berhenti pada 8?
Boleh. Tarawih anda tetap sah dan anda mendapat pahala mengikut rakaat yang dikerjakan. Namun mengikut imam sehingga imam selesai lebih utama, kerana ganjarannya seperti qiyam sepanjang malam. Jika anda berhenti awal dan berwitir sendiri, anda masih boleh bertahajjud kemudian tanpa mengulang Witir.
Maksud Solat Tarawih
Apa maksud Tarawih, apakah hukumnya, dan bilakah waktunya bermula dan berakhir.
Solat Tarawih dalam satu pandangan
Tarawih (تَرَاوِيحُ) ialah kata jamak bagi tarwīḥah, iaitu sekali rehat. Imam al-Syarbini dalam al-Iqna’ menjelaskan bahawa setiap empat rakaat dinamakan tarwīḥah kerana mereka berehat selepasnya.37 Ada juga pendapat bahawa ia berasal daripada perkataan murāwaḥah (مُرَاوَحَة), iaitu mengulang-ulang perbuatan.38
Dari segi istilah, Tarawih ialah solat sunat yang dikerjakan selepas Isyak pada malam-malam Ramadan. Ia sebahagian daripada qiyamullail, iaitu solat malam, yang khusus untuk bulan Ramadan.
Rehat antara setiap empat rakaat bermula pada zaman sahabat, kerana Tarawih ketika itu dikerjakan dengan bacaan yang panjang.39 Rehat ini memberi ruang kepada jemaah memulihkan tenaga sebelum menyambung solat.40 Ia bukan kewajipan, dan tempohnya boleh disesuaikan dengan keadaan jemaah.
Hukum Mengerjakan Solat Tarawih
Solat Tarawih hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan, iaitu sunat yang sangat dituntut. Asasnya ialah sabda Rasulullah ﷺ:
“Sesiapa yang mendirikan (solat malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.”
Riwayat al-Bukhari, no. 37 dan Muslim, no. 759
Rasulullah ﷺ menggalakkan qiyam Ramadan tanpa mewajibkannya. Baginda pernah solat bersama para sahabat di masjid selama beberapa malam, kemudian tidak keluar lagi kerana bimbang ia akan difardukan ke atas umatnya.41
Pada zaman Saidina Umar RA, orang ramai dihimpunkan untuk bertarawih secara berjemaah di belakang seorang imam, dan amalan ini diteruskan hingga hari ini.42 Keempat-empat mazhab sepakat bahawa Tarawih ialah sunat. Jumhur ulama, termasuk pendapat yang lebih sahih dalam mazhab Syafi’e, berpandangan berjemaah lebih afdal, manakala Imam Malik melihat solat sendirian di rumah lebih afdal selagi masjid tidak ditinggalkan.
Waktu Solat Tarawih
Waktu Tarawih bermula sebaik selesai solat fardu Isyak dan berakhir apabila masuk waktu Subuh.43
- Waktu mula: Selepas menunaikan solat fardu Isyak, termasuk jika Isyak dijamak taqdim dengan Maghrib. Lazimnya solat sunat ba‘diyyah Isyak dikerjakan dahulu, kemudian barulah Tarawih.44
- Waktu lazim: Awal malam selepas Isyak, secara berjemaah. Saidina Umar RA juga menyebut bahawa solat pada akhir malam mempunyai kelebihan (Riwayat al-Bukhari, no. 2010).
- Waktu akhir: Sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu Subuh.
Fadhilat Solat Tarawih
Kelebihan yang sabit daripada hadis sahih bagi sesiapa yang menjaga Tarawih.
1. Pengampunan Dosa yang Lalu
Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kuncinya dua: yakin akan janji Allah, dan ikhlas kerana-Nya, bukan kerana dilihat orang.
2. Pahala Seperti Solat Sepanjang Malam
“Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam sehingga imam selesai, ditulis baginya pahala solat sepanjang malam.”
Riwayat Abu Daud, no. 1375 dan al-Tirmizi, no. 806; kata al-Tirmizi: hasan sahih
Oleh itu, jika anda berjemaah, ikutlah imam sehingga imam selesai.
3. Peluang Bertemu Lailatul Qadar
Sesiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari, no. 1901). Orang yang menjaga Tarawih setiap malam, terutama pada sepuluh malam terakhir, sedang menghidupkan malam-malam yang mungkin menjadi Lailatul Qadar.
Teruskan dengan Qiamullail pada 10 Malam Terakhir
Pada sepuluh malam terakhir Ramadan, Rasulullah ﷺ lebih bersungguh-sungguh beribadah berbanding malam-malam lain (Riwayat Muslim, no. 1175). Jika anda mahu menambah ibadah pada akhir malam, lihat nota tahajjud selepas Witir di bahagian Witir.
Panduan penuhPanduan QiamullailSusunan solat malam, tahajjud dan doa langkah demi langkah
Malam terbaikLailatul QadarTanda-tanda, amalan dan doa pada malam al-Qadar
Soalan Lazim Solat Tarawih (FAQ)
Jawapan ringkas untuk soalan yang paling kerap ditanya tentang Solat Tarawih.
Solat Tarawih hukumnya sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut, bagi lelaki dan perempuan. Ia dikerjakan pada malam-malam Ramadan, selepas solat Isyak hingga sebelum masuk waktu Subuh.
Boleh. Tarawih sah dikerjakan di rumah, sama ada bersendirian atau berjemaah bersama keluarga. Berjemaah lebih afdal daripada bersendirian.
Ya. Setiap dua rakaat Tarawih ialah satu solat yang lengkap dengan salamnya sendiri. Oleh itu, niat dihadirkan dalam hati ketika takbiratul ihram pada setiap dua rakaat.
Sunat. Bacaan al-Fatihah dan surah dalam Tarawih dan Witir pada bulan Ramadan sunat dinyaringkan, sama ada oleh imam atau orang yang solat bersendirian. Cukup didengar oleh orang di sebelah, tidak perlu menjerit. Wanita memperlahankan bacaan jika ada lelaki bukan mahram yang boleh mendengar.
Ambil bilangan yang lebih sedikit kerana itulah yang yakin. Sempurnakan rakaat yang berbaki, kemudian sujud sahwi sebelum salam.
Harus bagi imam dan orang yang solat bersendirian. Menyelak halaman tidak membatalkan solat selagi tidak berlaku tiga pergerakan besar berturut-turut, dan ia makruh jika tanpa keperluan. Bagi makmum, tidak digalakkan memegang mushaf atau telefon kerana boleh menyebabkan banyak pergerakan tanpa keperluan.
Tiada. Anda boleh membaca mana-mana surah yang mudah dan dihafal selepas al-Fatihah, termasuk surah pendek. Mengkhatamkan al-Quran dalam Tarawih sepanjang Ramadan lebih afdal, tetapi tidak wajib.
Boleh. Waktu Tarawih berterusan hingga sebelum masuk Subuh. Jika anda yakin akan bangun, Witir lebih afdal dilewatkan supaya menjadi solat terakhir pada malam itu.
Boleh dan sah. Imam wanita berdiri di tengah-tengah saf makmum wanita, bukan di hadapan seperti imam lelaki. Bacaan boleh dinyaringkan jika tiada lelaki bukan mahram yang mendengar.
Tidak wajib. Yang wajib ialah menutup aurat dengan sempurna, iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, termasuk tapak kaki. Pakaian biasa yang menutup aurat dan tidak jarang sudah memadai.
Wanita haid tidak boleh solat. Dia boleh berzikir, berdoa, berselawat, beristighfar dan bersedekah. Menurut mazhab Syafi’e, dia tidak boleh membaca al-Quran dengan niat tilawah atau menyentuh mushaf, tetapi boleh membaca ayat al-Quran dengan niat zikir atau doa.
Kedua-duanya sah. Mazhab Syafi’e berpegang kepada 20 rakaat, manakala ramai yang mengerjakan 8 rakaat berdasarkan hadis Aisyah RA. Sesiapa yang mengerjakan kurang daripada 20 rakaat tetap mendapat pahala Tarawih mengikut kadar rakaat yang dikerjakan. Yang penting, setiap dua rakaat diakhiri dengan salam.
Dalam mazhab Syafi’e, tidak sah. Tarawih mesti dikerjakan dua rakaat satu salam. Mazhab-mazhab lain menganggapnya sah dengan perincian, dan sebahagiannya memakruhkannya. Ini perbezaan pendapat yang muktabar, tetapi pengamal mazhab Syafi’e hendaklah memberi salam pada setiap dua rakaat.
Tidak. Waktu Tarawih hanya masuk selepas solat fardu Isyak. Jika seseorang terus menyertai Tarawih sedangkan dia belum solat Isyak, atau Isyaknya tidak sah, Tarawih itu tidak dikira. Dia perlu solat Isyak dahulu, kemudian barulah Tarawih.
Tidak wajib, kerana Tarawih solat sunat. Anda boleh meneruskan bersama imam, kemudian menyambung rakaat yang tertinggal sendiri sebelum masuk Subuh. Menurut pendapat yang lebih kuat dalam mazhab Syafi’e, sunat menggantikan (qadha) solat sunat yang mempunyai waktu, termasuk Tarawih.
Waktu Tarawih tamat apabila masuk waktu Subuh. Solat yang dikerjakan selepas itu dikira qadha, bukan lagi Tarawih dalam waktunya.
Boleh. Solatlah tahajjud dua rakaat satu salam, tetapi jangan ulang Witir, kerana Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada dua Witir dalam satu malam.”
Anda boleh mengikut imam dengan niat solat Isyak. Apabila imam memberi salam selepas dua rakaat, jangan ikut salam. Bangun dan sempurnakan baki rakaat Isyak anda. Jika ada jemaah lain yang sedang solat Isyak, menyertai jemaah itu lebih baik.
Boleh. Tarawih sunat bagi wanita, dan solat di rumah lebih afdal bagi mereka. Wanita harus ke masjid dengan syarat mendapat izin suami atau wali, menutup aurat, tidak berhias dan tidak memakai wangian, serta tidak bercampur dengan lelaki.
Harus, sebagai zikir ketika berehat. Selawat dan doa di antara rakaat tidak warid secara khusus daripada Nabi ﷺ, jadi ia tidak boleh dianggap sebahagian daripada Tarawih atau sunnah yang khusus.
Tidak. Bacaan di antara rakaat bukan rukun atau syarat Tarawih, jadi ia tidak menjejaskan sah atau batalnya solat.
Boleh. Solat sunat, termasuk Tarawih, sah dikerjakan secara duduk walaupun tanpa uzur, tetapi pahalanya separuh daripada solat secara berdiri. Bagi yang uzur, pahalanya tidak berkurang.
Masukkan nama dan alamat emel anda di bahagian Download Salinan Panduan Ini (PDF). Salinan PDF akan dihantar ke emel anda secara percuma.

Edisi Ramadan 1448H
Muat Turun Panduan Solat Tarawih (PDF)
Percuma. Masukkan nama dan emel anda, dan PDF akan dihantar terus ke peti masuk anda.
- Arab, rumi dan maksud bagi setiap bacaan
- Gambar setiap langkah, mudah diikuti pemula
- Saiz A5 dan A4, siap dengan kad rujukan dan penanda rakaat untuk dicetak
Semoga Ramadan Ini Menjadi Bulan Terbaik Kepada Kita Untuk Beribadah
Ramadan ialah tetamu agung yang datang sebulan dalam setahun. Malam-malamnya hanya sekali dalam setahun, dan Tarawih ialah cara paling mudah untuk menghidupkannya.
Mulakan dengan apa yang anda mampu, walaupun 8 rakaat, dan jagalah hingga malam terakhir. Amalan yang paling dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Semoga bermanfaat.
Nota Kaki & Rujukan
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa dalam mazhab Syafi’e, Tarawih empat rakaat dengan satu salam tidak sah kerana menyalahi cara yang disyariatkan, berdasarkan al-Nawawī, al-Majmū‘ (4/32), yang menukilkan al-Qāḍī Ḥusain. Mazhab-mazhab lain menganggapnya sah dengan perincian, dan sebahagiannya memakruhkannya. Ini khilaf yang muktabar. Rujuk: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadhan Siri ke-104: Hukum Solat Terawih 4 Rakaat dengan Satu Salam. [Pautan] ↩︎
- Rasulullah ﷺ bersabda: «إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ، فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى ثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا», kemudian memerintahkan agar membuang syak, berpegang kepada yang yakin, dan sujud dua kali sebelum salam (Riwayat Muslim, no. 571). ↩︎
- Harus bagi imam dan orang yang solat bersendirian membaca al-Quran dengan melihat mushaf. Menyelak halaman tidak membatalkan solat selagi tidak berlaku tiga pergerakan berturut-turut. Rujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad al-Fatwa Siri ke-303: Hukum Melihat Mushaf al-Qur’an Ketika Solat, merujuk al-Majmū‘ (4/95) dan Mughnī al-Muḥtāj (1/419). [Pautan] ↩︎
- Selepas doa iftitah, sunat membaca ta‘awwuz secara perlahan sebelum al-Fatihah pada setiap rakaat, dan pada rakaat pertama ia lebih dituntut. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «ثم التعوذ ويسرهما ويتعوذ في كل ركعة على المذهب والأولى آكد»] ↩︎
- Selepas al-Fatihah, sunat menyebut “Āmīn” dengan mim yang tidak bertasydid. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «ويسن عقب الفاتحة آمين خفيفة الميم»] ↩︎
- Sunat bertakbir ketika mula tunduk untuk rukuk dan mengangkat tangan seperti ketika takbiratul ihram. Rukuk yang sempurna ialah meratakan belakang dan tengkuk serta memegang lutut dengan jari direnggangkan. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «وأكمله تسوية ظهره وعنقه ونصب ساقيه وأخذ ركبتيه بيديه وتفرقة أصابعه للقبلة ويكبر في ابتداء هويه ويرفع يديه كإحرامه»] ↩︎
- Sunat mengangkat tangan ketika mula mengangkat kepala daripada rukuk sambil membaca “Sami‘allāhu liman ḥamidah”. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «ويسن رفع يديه مع ابتداء رفع رأسه قائلا سمع الله لمن حمده»] ↩︎
- Sekurang-kurangnya sujud ialah sebahagian dahi menyentuh tempat sujud secara terus. Meletakkan kedua-dua tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki juga wajib menurut pendapat yang dipilih al-Nawawi, dan punggung mesti lebih tinggi daripada kepala. Sunat bertakbir ketika turun tanpa mengangkat tangan, dan meletakkan lutut, kemudian tangan, kemudian dahi dan hidung. Sujud kedua dilakukan seperti sujud pertama. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «وأقله مباشرة بعض جبهته مصلاه… قلت: الأظهر وجوبه… وأن ترتفع أسافله على أعاليه في الأصح وأكمله يكبر لهويه بلا رفع ويضع ركبتيه ثم يديه ثم جبهته وأنفه», «ثم يسجد الثانية كالأولى»] ↩︎
- Duduk antara dua sujud yang sempurna ialah bertakbir ketika bangun, duduk iftirasy dan meletakkan tangan di atas paha berhampiran lutut. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «وأكمله يكبر ويجلس مفترشا واضعا يديه قريبا من ركبتيه»] ↩︎
- Dalam mazhab Syafi’e, tangan diangkat hanya ketika takbiratul ihram, ketika turun rukuk, ketika bangun iktidal, dan ketika bangun daripada tahiyat awal. Ia tidak diangkat ketika bangun dari sujud. Al-Nawawi menyebut rafa’ ketika takbiratul ihram, rukuk dan iktidal (Minhāj al-Ṭālibīn, Bab Sifat Solat), dan hasyiah Nihāyah al-Muḥtāj menegaskan: «إذ الرفع إنما هو في التحرم والهوي للركوع والقيام من التشهد الأول» (2/389). ↩︎
- Hadis Abu Humaid al-Sa‘idi RA: pada rakaat terakhir, Nabi ﷺ memajukan kaki kirinya, menegakkan kaki kanan dan duduk di atas punggungnya. [Sahih al-Bukhari 828] [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] ↩︎
- Jari telunjuk kanan diangkat ketika menyebut “illallāh”, tidak digerak-gerakkan, dan dibiarkan terangkat hingga akhir tahiyat. [Tuhfat al-Muhtaj 2/80] [Sahih Muslim 580] ↩︎
- Imam an-Nawawi menyebut bahawa selepas tasyahhud akhir dan selawat, sunat berdoa, dan doa yang ma’thur (warid daripada Nabi ﷺ) lebih afdal. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] ↩︎
- Doa Kamilin bukan lafaz hadis Nabi ﷺ. Ia ialah doa pilihan yang disusun dan diamalkan oleh ulama Nusantara selepas solat Tarawih, dan dinamakan “Kamilin” sempena permulaannya yang memohon agar kita dijadikan orang yang sempurna iman. Doa ini dimuatkan antara lain dalam kitab Maslak al-Akhyār karya Sayyid ‘Uṡmān bin Yaḥyā dan kitab Majmū‘ah Maqrū’āt Yaumiyyah wa Usbū‘iyyah susunan KH Muhammad bin Abdullah Faqih (Langitan). Isinya ialah permohonan kebaikan yang umum, maka ia baik dibaca selepas Tarawih, sama ada berjemaah atau bersendirian. [Pautan] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan kedudukan niat ketika takbiratul ihram dalam mazhab Syafi’e. [AL-KAFI #1974] ↩︎
- Doa iftitah sunat dibaca secara perlahan selepas takbiratul ihram. Lafaz yang lazim di Malaysia menggabungkan dua riwayat sahih. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] [Sahih Muslim 601] [Sahih Muslim 771] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa iftitah ialah sunat dan tidak lagi disunatkan apabila bacaan Al-Fatihah telah dimulakan. [AL-KAFI #1959] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan bahawa membaca surah atau ayat al-Quran selepas Al-Fatihah ialah sunat. [AL-KAFI #1713] ↩︎
- Riwayat Ubay bin Kaab RA menerangkan bacaan surah dalam Witir dan zikir “Subhanal Malikil Quddus” selepasnya. Sunan an-Nasa’i menyebut bacaan zikir ini tiga kali dengan bacaan terakhir dipanjangkan. [Sunan an-Nasa’i 1699] [Sunan Abu Dawud 1430] ↩︎
- Panduan Jabatan Mufti Negeri Perak menerangkan pelaksanaan Witir, qunut pada separuh akhir Ramadan dan sujud sahwi apabila qunut tertinggal. [Panduan Solat Sunat Tarawih] ↩︎
- Dalam mazhab Syafi’e, sunat membaca «سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ» tiga kali selepas Witir, kemudian doa riwayat Ali RA (Tuḥfah al-Muḥtāj 2/227; Nihāyah al-Muḥtāj 2/114). Bacaan Yā Laṭīf, tahlil dan doa penutup ialah wirid dan doa umum yang lazim dibaca di masjid-masjid di Malaysia selepas Witir pada bulan Ramadan. Ia tidak wajib, dan susunannya bukan riwayat khusus daripada Nabi ﷺ. ↩︎
- Hadis Ubay bin Ka‘ab RA: Nabi ﷺ mengerjakan Witir tiga rakaat, dan selepas salam baginda membaca «سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ» tiga kali dengan memanjangkan bacaan pada kali terakhir. Dalam riwayat lain, baginda menguatkan suara pada kali ketiga (Sunan al-Nasa’i, no. 1699 dan 1732; Sunan Abu Daud, no. 1430). Ibn Hajar al-Haitami menyebut sunat membacanya tiga kali selepas Witir (Tuḥfah al-Muḥtāj 2/227). [Sunan an-Nasa’i 1699] ↩︎
- Daripada Ali bin Abi Talib RA: Nabi ﷺ membaca doa ini pada akhir Witirnya (Sunan Abu Daud, no. 1427; Sunan al-Nasa’i, no. 1747; Sunan al-Tirmizi, no. 3566). Dalam mazhab Syafi’e, doa ini dibaca selepas «سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ» tiga kali (Tuḥfah al-Muḥtāj 2/227; Nihāyah al-Muḥtāj 2/114). [Sunan Abu Dawud 1427] ↩︎
- Hadis «لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ» diriwayatkan oleh Abu Daud (no. 1439), al-Tirmizi (no. 470) dan al-Nasa’i (no. 1679). Al-Nawawī dalam al-Majmū‘ menyatakan bahawa menurut pendapat yang sahih dan masyhur, orang yang sudah berwitir lalu mahu solat lagi hendaklah bertahajjud dua rakaat-dua rakaat tanpa membatalkan Witirnya. Bagi orang yang biasa bertahajjud, al-Ramlī menyebut: «من له تهجد لم يوتر مع الجماعة بل يؤخره» (Nihāyah al-Muḥtāj). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula menyatakan yang terbaik secara umum ialah kekal bersama imam hingga selesai solat. Rujuk: Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan #86. [Pautan 1] [Pautan 2] ↩︎
- Susunan saf ini disebut oleh al-Māwardī (al-Ḥāwī, 2/340) dan al-Nawawī (al-Majmū‘, 3/132), sebagaimana dinukilkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi li al-Fatawi #640: Kedudukan Saf Isteri Ketika Solat dengan Suami. Menurut al-Nawawī, susunan ini sunat; menyalahinya makruh tetapi solat tetap sah. Tumit makmum pula tidak boleh mendahului tumit imam (Al-Kafi #1252). [Pautan 1] [Pautan 2] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyenaraikan Tarawih dan Witir dalam Ramadan sebagai solat yang sunat dinyaringkan bacaannya. Al-Nawawī menyebut wanita menyaringkan bacaan jika solat sendirian atau di hadapan wanita atau lelaki mahram, dan memperlahankannya jika ada lelaki ajnabi. Had nyaring pula ialah didengar oleh orang di sebelahnya. Rujuk: Al-Kafi li al-Fatawi #1584. [Pautan] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa Tarawih di rumah bersama keluarga harus, dan imam boleh membaca mana-mana surah yang mudah dan dihafal, termasuk dengan melihat mushaf. Rujuk: Al-Kafi li al-Fatawi #1706: Hukum Melaksanakan Solat Tarawih di Rumah Bersama Keluarga. [Pautan] ↩︎
- Aurat wanita dalam solat menurut mazhab Syafi’e ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan, termasuk tapak kaki. Rujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi li al-Fatawi #1104. [Pautan] ↩︎
- Matan Minhāj al-Ṭālibīn menyebut: «وتقف إمامتهن وسْطهن», iaitu imam wanita berdiri di tengah-tengah makmum wanita. Ulama Syafi’e berbeza sama ada dia sebaris atau ke depan sedikit; kedua-duanya sah. Rujuk: Muṣṭafā Sumayṭ, Mukhtaṣar Tuḥfat al-Muḥtāj, 1/280. [Pautan] ↩︎
- Jumhur ulama mengharamkan wanita haid membaca al-Quran dengan niat tilawah, berdalilkan hadis riwayat al-Tirmizi (no. 131). Ayat al-Quran yang dibaca dengan niat zikir atau doa tidak dilarang. Rujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan Siri ke-136: Amalan Wanita Haid di Bulan Ramadhan. [Pautan] ↩︎
- Rasulullah ﷺ bersabda: «لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ» (Janganlah kamu menghalang wanita-wanita kamu ke masjid, dan rumah mereka lebih baik bagi mereka) (Riwayat Abu Daud, no. 567). Syarat-syarat wanita ke masjid dihuraikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi li al-Fatawi #936: Tempat Solat yang Terbaik bagi Seorang Wanita. [Pautan] ↩︎
- Mazhab Syafi’e mengharuskan orang yang solat fardu bermakmum kepada imam yang solat sunat, kemudian menyempurnakan solatnya selepas imam memberi salam. Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mencadangkan agar ia dielakkan jika ada pilihan lain, bagi keluar daripada khilaf (Mughnī al-Muḥtāj, 1/503). Rujuk: Irsyad al-Fatwa Siri ke-80: Solat Fardu Berimamkan Solat Sunat. [Pautan] ↩︎
- Al-Khaṭīb al-Syirbīnī menyebut bahawa jika terlepas solat sunat yang mempunyai waktu, sunat menqadhanya menurut pendapat yang lebih zahir (Mughnī al-Muḥtāj, 1/224). Rujuk: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadhan Siri ke-138: Bolehkah Mengqadha Solat Tarawih. [Pautan] ↩︎
- Jabatan Mufti Negeri Perak menyatakan harus berselawat di antara rakaat Tarawih, sambil menukilkan Ibn Ḥajar bahawa melakukannya dengan iktikad ia sunnah yang khusus adalah bid‘ah. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih terbitan JAKIM juga menyebut bahawa susunan selawat antara rakaat boleh diubah kerana tujuannya hanya menambah ibadah. Rujuk: Kemusykilan Berkenaan Isu-Isu Dalam Bulan Ramadan (2021). [Pautan] ↩︎
- Dalil bagi 8 rakaat ialah hadis Saidatina ‘Aisyah RA bahawa Rasulullah ﷺ tidak pernah menambah lebih daripada sebelas rakaat solat malam, sama ada dalam Ramadan atau di luar Ramadan (Riwayat al-Bukhari, no. 1147). Ia difahami sebagai 8 rakaat solat malam dan 3 rakaat Witir. Mazhab Syafi’e berpegang bahawa Tarawih ialah 20 rakaat. Walau bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa sesiapa yang menunaikan kurang daripada 20 rakaat, solatnya tetap sah dan dia mendapat pahala Tarawih mengikut kadar rakaat yang dilakukan. Rujuk: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadhan Siri ke-219. [Pautan 1] [Pautan 2] ↩︎
- Terdapat beberapa riwayat tentang bilangan rakaat pada zaman Saidina ‘Umar RA. Dalam al-Muwaṭṭa’, al-Sā’ib bin Yazīd (melalui Muḥammad bin Yūsuf) meriwayatkan bahawa ‘Umar memerintahkan Ubay bin Ka‘b dan Tamīm al-Dārī mengimami 11 rakaat, manakala Yazīd bin Rūmān meriwayatkan bahawa orang ramai pada zaman ‘Umar bersolat 23 rakaat. Riwayat 20 rakaat pula datang melalui Yazīd bin Khuṣaifah daripada al-Sā’ib bin Yazīd, direkodkan oleh al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, dan inilah yang dipegang oleh mazhab Syafi’e. Ibn Ḥajar menjelaskan: «والجمع بين هذه الروايات ممكن باختلاف الأحوال، ويحتمل أن ذلك الاختلاف بحسب تطويل القراءة وتخفيفها», iaitu jika bacaan dipanjangkan, rakaat dikurangkan, dan sebaliknya. Rujuk: Ibn Ḥajar, Fatḥ al-Bārī, Kitāb Ṣalāh al-Tarāwīḥ. [Pautan 1] [Pautan 2] [Pautan 3] ↩︎
- Penjelasan ini terdapat dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’e. Antaranya Imam al-Ramlī menyebut: «وسميت كل أربع منها ترويحة؛ لأنهم كانوا يتروحون عقبها» (setiap empat rakaat dinamakan tarwīḥah kerana mereka berehat selepasnya). Rujuk: al-Ramlī, Nihāyah al-Muḥtāj, Bāb Ṣalāh al-Nafl; lihat juga al-Syirbīnī, al-Iqnā‘ fī Ḥall Alfāẓ Abī Syujā‘, Faṣl Ṣalāh al-Nafl. [Pautan] ↩︎
- Pendapat ini boleh dirujuk dalam Kasysyāf al-Qinā‘ karya Imam al-Buhūtī (jil. 1, hlm. 425): «وقيل مشتقة من المراوحة وهي التكرار في الفعل» (dikatakan juga ia berasal daripada perkataan murāwaḥah, iaitu mengulang-ulang perbuatan). ↩︎
- Sejarah pensyariatan Solat Sunat Tarawih boleh dirujuk pada tulisan Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri ini: #936 Sejarah Pensyariatan Solat Tarawih ↩︎
- Kitab-kitab fiqh menjelaskan bahawa solat ini dinamakan Tarawih kerana orang ramai berehat selepas setiap empat rakaat. Imam al-Ramlī (mazhab Syafi’e) menyebut: «وسميت كل أربع منها ترويحة؛ لأنهم كانوا يتروحون عقبها». Imam al-Buhūtī (mazhab Hanbali) pula menyebut ia dinamakan demikian kerana mereka duduk berehat antara setiap empat rakaat, dan ada pendapat yang mengaitkannya dengan murāwaḥah (mengulang perbuatan). Ini selari dengan makna bahasa: tarwīḥah bererti sekali rehat, dan jamaknya tarāwīḥ bermaksud beberapa kali rehat yang diselangi solat pada malam Ramadan. Rujuk: al-Ramlī, Nihāyah al-Muḥtāj; al-Buhūtī, Kasysyāf al-Qinā‘, jil. 1, hlm. 425. [Pautan] ↩︎
- Rasulullah ﷺ bersabda: «مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ» (Riwayat al-Bukhari, no. 37 dan Muslim, no. 759). Imam al-Nawawī dalam Syarḥ Ṣaḥīḥ Muslim (Bāb al-Targhīb fī Qiyām Ramaḍān) menjelaskan bahawa “īmānan” bermaksud yakin akan kebenaran dan kelebihan ibadah itu, manakala “iḥtisāban” bermaksud melakukannya semata-mata kerana Allah, bukan untuk dilihat manusia. [Pautan] ↩︎
- Rasulullah ﷺ pernah menunaikan solat malam Ramadan secara berjemaah di masjid selama beberapa malam, kemudian meninggalkannya kerana bimbang ia akan difardukan ke atas umatnya. Pada zaman Saidina ‘Umar RA, beliau menghimpunkan orang ramai di belakang seorang imam, iaitu Ubay bin Ka‘b, dan berkata: «نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ» (Riwayat al-Bukhari, no. 2010). Amalan ini diterima oleh para sahabat dan diteruskan oleh umat Islam sehingga hari ini. [Pautan] ↩︎
- Imam al-Nawawī menyebut: «يدخل وقت التراويح بالفراغ من صلاة العشاء، ذكره البغوي وغيره، ويبقى إلى طلوع الفجر» (waktu Tarawih masuk sebaik sahaja selesai solat Isyak, sebagaimana disebut oleh al-Baghawī dan lain-lain, dan berterusan hingga terbit fajar). Beliau juga menjelaskan bahawa Tarawih hendaklah dikerjakan dua rakaat satu salam. Jika seseorang mengerjakan empat rakaat dengan satu salam, solatnya tidak sah, sebagaimana disebut oleh al-Qāḍī Ḥusain. Rujuk: al-Nawawī, al-Majmū‘ Syarḥ al-Muhażżab, Bāb Ṣalāh al-Taṭawwu‘, fasal waktu Tarawih. [Pautan] ↩︎
- Menurut mazhab Syafi’e, waktu Tarawih bermula selepas menunaikan solat fardu Isyak, walaupun Isyak itu dijamak taqdim dengan Maghrib, dan berterusan hingga terbit fajar. Zakariyyā al-Anṣārī menyebut: «وَوَقْتُ الْوِتْرِ وَالتَّرَاوِيحِ مِنْ بَعْدِ أَنْ يُصَلِّيَ الْعِشَاءَ». Amalan biasa di Malaysia ialah menunaikan solat sunat ba‘diyyah Isyak dua rakaat terlebih dahulu, kemudian barulah Tarawih (Panduan Sembahyang Sunat Tarawih, JAKIM). Rujuk: Asnā al-Maṭālib, Bāb Ṣalāh al-Nafl. [Pautan] ↩︎







Saya selalu rujuk page ni setiap kali masuk bulan Ramadhan :) Sangat jelas dan senang nak ikut. Terbaik!
Saya pun rujuk kat sini.. Alhamdulillah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Terima kasih kalian berdua kerana sudi rujuk panduan ini. Semoga ia memudahkan kalian untuk lakukan Tarawih dengan tenang dan yakin.
Moga Allah terima segala amal ibadah kita dan kurniakan Ramadan yang penuh berkat.
Wallahu a‘lam.
Alhamdulillah, terima kasih atas maklum balas, Kamek. Semoga panduan ini membantu anda beramal dengan lebih yakin, dan Allah menerima ibadah serta doa kita semua.
bacaan ini sangat bagus
Alhamdulillah. Terima kasih atas maklumbalas
Salam ustaz.. mohon pencerahan, jika seseorang menitiskan air mata tanpa sengaja yakni menangis ketika sedang mengerjakan solat, adakah perlu diulangi solat tersebut?
Waalaikumussalam,
Sekiranya seseorang itu menitiskan air mata atau menangis dalam solat secara tidak sengaja kerana khusyuk atau terharu (bukan sengaja dibuat-buat), maka solat tersebut tidak batal dan tidak perlu diulangi.
Tangisan dalam solat yang membatalkan ialah tangisan yang disebabkan perkara duniawi, disertai suara yang jelas atau disengajakan sehingga terkeluar perkataan atau bunyi yang kuat.
Kesimpulannya, solat yang tuan lakukan itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.
Wallahu a’lam.
Assalam Ustaz.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat.
Di sini saya ada satu kemusykilan. Situasi saya, saya demam dan melelapkan mata setelah menelan ubat. Sudah solat maghrib saya lena. Sedar tak sedar jam menunjukkan 12.00 tgh mlm.
Saya solat isyak dan diikuti dgn ba’diah. Kemudian saya melakukan solat tarawih 8 rakaat 4salam. Lepas tu saya tidak solat witir dengan harapan dapat mengerjakan solat witir selepas tahajud masa nak bersahur nanti.
Soalan saya,
Bolehkah saya berbuat demikian. Semoga mendapat penjelasan daripada ustaz.
Terima kasih
Waalaikumussalam,
Ya, Puan Siti boleh berbuat demikian.
Sebenarnya, itu adalah lebih afdal dan digalakkan dalam Islam. Menangguhkan Solat Witir selepas solat Tahajud di akhir malam adalah sunnah Nabi SAW dan merupakan amalan terbaik bagi mereka yang yakin dapat bangun sebelum Subuh.
Maka, tindakan puan meninggalkan witir selepas tarawih dengan niat melakukannya selepas solat tahajud adalah betul dan dibenarkan dalam Islam.
Wallahu a’lam.
Alhamdulillah.. Terima kasih Ustaz atas penjelasan yg diberikan. Semoga kita sentiasa dlm Rahmat-Nya
Alhamdulillah sama-sama puan Siti
Assalamualaikum tuan. Kalau solat tarawih 2 rakaat 1 salam, tp hanya buat 4 rakaat shj, adakah masih sah dan dikira sbg solat tarawih?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Ya, solat Tarawih yang dilakukan 4 rakaat (2 rakaat 1 salam) masih sah dan dikira sebagai solat Tarawih.
Solat Tarawih adalah solat sunat muakkad (sangat digalakkan) yang dilakukan pada malam Ramadan, dan jumlah rakaatnya tidak terikat secara wajib.
Walaupun amalan biasa di kebanyakan tempat ialah 8 atau 20 rakaat, melakukan 4 rakaat sahaja juga sudah dikira sebagai solat Tarawih, kerana ia termasuk dalam ibadah qiyam Ramadan.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz, boleh ke lepas solat isyak terus solat tarawih tanpa melakukan solat ba’diyyah isyak?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Ya, boleh melakukan solat Tarawih terus selepas solat Isyak tanpa melakukan solat sunat Ba’diyyah Isyak terlebih dahulu.
Solat Ba’diyyah Isyak hukumnya sunat, bukan wajib. Justeru, ia boleh dilakukan selepas solat Tarawih atau boleh juga ditinggalkan jika tidak mahu melakukannya. Namun yang lebih afdal ialah melakukan solat sunat Ba’diyyah Isyak terlebih dahulu, kemudian barulah melaksanakan solat Tarawih.
Wallahu a‘lam.
Terima kasih ustaz atas penjelasan.
Sama-sama ツ
Assalamualaikum Ustaz.. Macam.mana kalau telupa nak baca doa selepas 4 rakaat. Ada kah batal solat terawih.
Waalaikumussalam warahmatullah,
Jika terlupa membaca doa selepas 4 rakaat tarawih, solat tarawih tuan tetap sah. Doa tersebut adalah amalan sunat dan tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah solat.
Oleh itu, jika terlupa membacanya, ia tidak menjejaskan sahnya solat tarawih yang telah dilaksanakan.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu a’lam.
Terima kasih ustaz atas panduan,semoga Allah membalas jasa ustaz kerana mempermudahkan proses pembelajaran kami.
Alhamdulillah, sama-sama. Saya hanya berkongsi sedikit ilmu, semoga ia benar-benar bermanfaat buat tuan. Jazakallahu khairan atas doa yang baik ini, semoga Allah juga membalas kebaikan tuan dengan keberkatan dan kemudahan dalam urusan kehidupan serta pembelajaran.
Jika ada sebarang persoalan lain, jangan segan untuk bertanya. 😊
Barakallahu fikum.
Semoga Ustaz dan keluarga diberkati dan dirahmati selalu. Sangat bermanfaat untuk yang masih belajar cara-cara terawih seperti saya. Terima kasih.
Amiin, jazakallahu khairan atas doa dan kata-kata yang baik ini. Saya sangat gembira kerana perkongsian ini dapat membantu awak dalam memahami cara-cara solat tarawih. Semoga Allah juga memberkati awak dan keluarga, serta mempermudahkan segala urusan ibadah.
Teruskan belajar dan beramal, dan jika ada sebarang persoalan, jangan segan untuk bertanya. 😊
Barakallahu fikum.
Assalamualaikum ustaz, boleh ke solat tarawih di selang seli dengan solat qadho?
Wa’alaikumussalam.
Ya, dibolehkan menyelang-nyelikan solat tarawih dengan solat qada’. Dalam Mazhab Syafi‘i, solat qada’ lebih utama berbanding solat sunat, jadi jika seseorang mempunyai solat fardu yang belum diganti, lebih baik mengutamakan solat qada’ dahulu.
Jika ingin menggabungkan kedua-duanya, boleh dilakukan dengan menyusun seperti berikut:
Yang penting, solat qada’ tetap wajib diganti, sementara tarawih adalah ibadah sunat yang sangat digalakkan.
Wallahu a‘lam.
Terima kasih ustaz atas penerangan
Assalamualaikum ustaz boleh kah saya solat sunat tarawih libih daripada 20 rakaat (tidak termasuk witir)Terima Kasih ustaz
Wa’alaikumussalam.
Ya, dibolehkan solat tarawih lebih daripada 20 rakaat, kerana solat tarawih termasuk dalam kategori qiyamullail, yang tidak mempunyai had maksima rakaat.
Walaupun amalan umum di masjid adalah 8 atau 20 rakaat, seseorang boleh menambah rakaat selagi mampu dan khusyuk.
Namun, yang lebih utama adalah kualiti solat daripada bilangan rakaat yang banyak tetapi dilakukan tergesa-gesa.
Wallahu a‘lam.
Terima kasih ustaz
Sekiranya solat isyak tidak melakukan kerana lambat dan buat solat tarawih.. ada kah sah ustaz ? Dan sekiranya buat 8 Takata dan blk buat witir boleh kan ustaz ?
Solat tarawih tidak sah jika solat Isyak belum ditunaikan, kerana tarawih adalah solat sunat yang hanya boleh dilakukan selepas solat Isyak. Jika seseorang belum solat Isyak, dia wajib melakukannya terlebih dahulu sebelum solat tarawih.
Bagi soalan kedua, ya, dibolehkan untuk solat tarawih 8 rakaat di masjid, kemudian pulang dan menunaikan solat witir di rumah. Ini kerana solat witir boleh dilakukan di mana-mana tempat, dan lebih afdal jika dijadikan penutup solat malam.
Wallahu a‘lam.
Bolehkah solat tarawih dibuat 4 rakaat satu salam, 4 rakaat satu salam.
Terima kasih Ustaz
Dalam solat tarawih, lebih utama untuk melaksanakannya 2 rakaat satu salam, sebagaimana yang dianjurkan dalam Mazhab Syafie.
Ini berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang menyatakan bahawa tarawih sebaiknya dilakukan dengan cara ini, dan jika dilakukan 4 rakaat satu salam, ia dianggap tidak sah menurut pandangan utama dalam mazhab ini.
Namun, ada juga pandangan lain yang membolehkan 4 rakaat satu salam, tetapi tidak digalakkan. Dalam Mazhab Hanafi dan Hanbali, solat sebegini dianggap sah tetapi makruh (tidak disukai).
Oleh itu, untuk memastikan solat sah dan menepati sunnah, lebih baik melaksanakan tarawih 2 rakaat satu salam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat.
Wallahu a‘lam.