• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AKU ISLAM

Demi Allah, jangan bersedih!

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
Hide Search
Home » Ibadah » Solat Sunat Tawaf

Solat Sunat Tawaf (Panduan Lengkap)

Oleh Muhamad Naim

solat sunat ihram

Bagaimana cara mengerjakan solat sunat tawaf?

Apakah doa yang mustajab dibaca semasa solat ini?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat tawaf secara langkah demi langkah dengan mudah.

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Isi Kandungan:
  1. Pengenalan
  2. Niat solat sunat tawaf
  3. Cara mengerjakan
  4. Doa solat sunat tawaf

Pengenalan

Untuk mereka yang mengerjakan haji atau umrah, disunatkan solat sunat tawaf selepas tawaf tujuh kali di Kaabah.

Solat dilakukan di sisi Kaabah, sebaik-baiknya di maqam Ibrahim dan Hijir Ismail.

Daripada Amru bin Dinar katanya, aku mendengar Umar r.a berkata:

Nabi SAW sampai (ke Mekah), lalu Baginda tawaf di Baitullah tujuh kali dan solat di belakang maqam Ibrahim dua rakaat, kemudian Baginda keluar ke Safa, dan sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah SAW contoh yang baik.”

— Riwayat Bukhari

Niat Solat Sunat Tawaf

Niat solat ini adalah seperti berikut:

niat

 Usolli sunnatal tawwafi rak’ataini lillahi taala 

Sahaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.

 

Cara Mengerjakan Solat Ini

Rakaat Pertama

  1. Dimulai dengan lafaz takbiratul ihram berserta niat
  2. Membaca doa iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-kafirun atau ayat atau surah daripada al-Quran.
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua

  1. Takbir intiqalat
  2. Membaca surah al-Fatihah
  3. Membaca surah
  4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  5. Memberi salam.

Doa Solat Sunat Tawaf

Selesai solat, bacalah doa di bawah pancur emas dan sebaik-baiknya di Multazam.

Doa tersebut adalah:

doa

Maksudnya:

Ya Allah, ya Tuhan Yang Memiliki rumah al-‘Atiq (Yang Maha Memberi Kemerdekaan), berilah kemerdekaan (kelepasan) kepada kami, ayah dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami daripada neraka. Wahai Tuhan Yang Memiliki Kebaikan, Maha Pemurah, Memiliki Kemulian, Kelebihan dan Anugerah, Kurniaan dan Ihsan.

Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada kami dalam segala kesudahan pekerjaan kami, dan peliharalah kami daripada kehinaan dunia dan seksa akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan putera daripada hambaMu. Aku berdiri memohon di bawah pintuMu (Multazam) dan merendah diri di sisiMu. Aku memohon rahmatMu dan aku sangat takut akan azab nerakaMu. Ya Tuhan yang berkekalan kebaikan, Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya ditinggikan sebutan namaku, dihapuskan dosaku dan diperbaiki urusanku. Aku mohon disucikan hatiku, dan diberi cahaya pada kuburku. Ampunilah dosaku dan aku memohon kepadaMu kedudukan yang tinggi (kelak) di syurga.

Nota

Seseorang yang melaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah.

Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haram di Makkah.

Adalah lebih afdal sekiranya Solat ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.

Multazam merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil peluang untuk memperbanyakan doa ketika sujud mahupun setelah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.

Sekiranya terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Tawaf di Maqam Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr Ismail atau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana kawasan dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.

Kongsikan ini:

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel berkaitan:

Tag: Solat Sunat

Jangan Terlepas Artikel!

Masukkan alamat emel anda untuk mendapatkan notifikasi bila artikel baru diterbitkan.

Join 7,486 other subscribers

4
Tinggalkan Komen Anda

1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.
2 Bebenang Komen
2 Komen Yang Berbalas
1 Pengikut
 
Paling Menerima Reaksi
Komen Terhangat
3 Penulis Komen
1500
Gunakan Gmail untuk menerima notifikasi PANTAS apabila komen anda dibalas.
Komen Terbaru Komen Terdahulu
Fiazah

Subhanallah… sy rasa bersyukur sgt.. banyak panduan yg sy dapat dari paparan ni… Tajuk dan cara yg mudah utk solat dan mudah di fahami. Terima kasih banyak2 di atas perkongsian ini dan di harap kan pihak tuan di permudahkan dunia dan akhirat.

Balas
2 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Aminn Ya Allah, terima kasih atas doa puan.
Semoga dapat membantu :-)

Balas
2 bulan yang lalu
Sanah

Alhamdulillah. Kandungan isi setiap tajuk ringkas, padat dan senang difahami. Bermanafaat utk semua.

Balas
2 bulan yang lalu
Muhamad Naim

Alhamdulillah, saya sangat gembira mengetahuinya.
Terima kasih atas maklumbalas :-)

Balas
2 bulan yang lalu

Primary Sidebar

Artikel Popular

  • Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
    Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)
  • Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
    Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
  • Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Sunat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)
  • Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
    Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap Ejaan Rumi)
  • Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
    Solat Istikharah (Panduan Lengkap)
  • Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
    Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul (Langkah-Demi-Langkah)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
    Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
    Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
  • Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
Panduan Lengkap

  • Panduan Solat Fardu
  • Senarai Solat Sunat
  • Doa-Doa Harian

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Twitter

Blog ini ditulis dengan di Pulau Banggi, Sabah.

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
wpDiscuz