
Sujud sahwi ialah dua sujud yang dilakukan sebelum salam untuk menampung kekurangan atau kesilapan dalam solat, seperti terlupa tahiyat awal, tertambah rakaat atau ragu bilangan rakaat. Dalam mazhab Syafi’e, hukumnya sunat muakkad.1 Hampir setiap orang pernah terlupa dalam solat, tetapi ramai yang masih tidak pasti perkara asasnya: bila perlu sujud sahwi, apa yang dibaca, dan bagaimana jika baru teringat selepas salam.
Berita baiknya, caranya ringkas. Panduan ini menyediakan bacaan sujud sahwi dalam tulisan Arab, rumi dan maksud, berserta audio, cara langkah demi langkah dengan gambar, dan senarai situasi yang paling kerap berlaku, menurut mazhab Syafi’e.
Mula dari Mana?
- Mahu terus tahu bacaannya? Ke bacaan sujud sahwi (Arab, rumi, maksud dan audio).
- Sedang solat dan terlupa? Lihat cara sujud sahwi langkah demi langkah.
- Tak pasti perlu sujud sahwi atau tidak? Semak senarai situasi.
- Sudah salam baru teringat? Baca apa yang perlu dibuat.


