UtamaPanduan Solat
الصَّلَاة
Panduan Solat Fardu & Sunat
Hukum, tatacara, niat dan doa bagi solat fardu serta solat sunat, disusun lengkap dengan bacaan Rumi.
أَبْوَابُ الصَّلَاةِ
Pilih Ikut Kategori
Panduan utama disusun ikut keperluan. Senarai penuh semua artikel ada di bawah.
Solat Fardu
Solat Sunat Pilihan
Rukun & Bacaan Dalam Solat
Situasi Khas
الْمَقَالَاتُ
Semua Panduan Solat
NIAT & CARA SOLAT DHUHA (Doa Dhuha Rumi Lengkap)
Panduan ini menerangkan cara Solat Sunat Dhuha secara langkah demi langkah, bermula daripada waktu, niat dan bilangan rakaat hingga doa selepas solat. Anda juga disediakan teks Arab, transliterasi Rumi, audio dan gambar pergerakan untuk memudahkan pembelajaran. Bahagian yang berkaitan hukum turut dijelaskan menurut pandangan Mazhab Syafie yang lazim diamalkan di Malaysia, berserta catatan apabila terdapat khilaf. Jika anda baru belajar,
WIRID & DOA SELEPAS SOLAT (Rumi, Audio Dan PDF)
Ini adalah susunan wirid dan doa selepas solat fardhu. Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid, zikir dan doa selepas solat fardhu. Apa yang menarik: Bantuan audio dan transliterasi rumi juga turut disertakan bersama doa bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab. Malah, saya juga menyediakan salinan PDF doa selepas solat untuk dimuat turun
NIAT & CARA SOLAT TAUBAT (Doa Taubat Lengkap)
Solat Sunat Taubat ialah solat dua rakaat yang dilakukan selepas seseorang menyedari dan menyesali dosa, sebagai salah satu cara memohon keampunan Allah. Panduan ini akan membimbing anda mengerjakan Solat Taubat dengan jelas, daripada niat sehingga salam, diikuti istighfar dan doa taubat. Setiap langkah disertakan tulisan Arab, ejaan Rumi, maksud bacaan, audio serta penanda Rukun, Sunat dan Pilihan supaya mudah diikuti,
NIAT & CARA SOLAT TAHAJJUD (Doa Tahajud Lengkap Rumi)
Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Tahajjud. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Tahajjud dengan betul beserta dengan Doa Tahajjud lengkap. Apa yang penting: Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam transliterasi rumi dan audio (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab) Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan
PANDUAN SOLAT HAJAT (Niat, Cara & Doa Solat Hajat Rumi)
Solat hajat bukan jalan pintas untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Ia cara seorang hamba menyerahkan urusannya kepada Allah, selepas berusaha sehabis daya. Mungkin anda sedang menunggu keputusan temuduga, berdepan hutang yang menekan, atau mendoakan ibu yang sakit. Apa pun hajatnya, susunannya ringkas: berwuduk, solat dua rakaat, memuji Allah, berselawat, kemudian berdoa. Panduan ini menunjukkan niat, cara dan doa solat
SUJUD SAHWI: Bacaan, Cara dan Sebab-Sebabnya (Panduan Lengkap)
Sujud sahwi ialah dua sujud yang dilakukan sebelum salam untuk menampung kekurangan atau kesilapan dalam solat, seperti terlupa tahiyat awal, tertambah rakaat atau ragu bilangan rakaat. Dalam mazhab Syafi’e, hukumnya sunat muakkad.1 Hampir setiap orang pernah terlupa dalam solat, tetapi ramai yang masih tidak pasti perkara asasnya: bila perlu sujud sahwi, apa yang dibaca, dan bagaimana jika baru teringat selepas
NIAT & CARA SOLAT JAMAK QASAR (Panduan Lengkap)
Solat jamak qasar adalah suatu kemudahan dalam Islam yang membolehkan orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) menghimpunkan dua waktu solat fardu ke dalam satu waktu (jamak) serta memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat (qasar). Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat jamak qasar secara mudah dan lengkap. Ia merangkumi niat solat jamak qasar, cara mengerjakannya, syarat-syarat dan hukum yang
PANDUAN SOLAT WITIR (Niat, Cara, Doa Witir Rumi & PDF)
Panduan ini membawa anda melalui Solat Witir langkah demi langkah, dari niat hingga zikir dan doa selepasnya. Kita mulakan dengan cara yang paling lazim, iaitu tiga rakaat dengan dua salam (2 + 1), kemudian cara satu rakaat bagi yang mahu ringkas. Setiap bacaan disertakan teks Arab, rumi, maksud dan audio. Hukum-hakam dijelaskan menurut mazhab Syafi’e yang lazim diamalkan di Malaysia,
Solat Sunat Rawatib: Senarai, Niat dan Cara Solat Qabliyah dan Ba‘diyah
Ini adalah panduan lengkap solat sunat rawatib, iaitu solat sunat yang dikerjakan sebelum (qabliyah) dan selepas (ba‘diyah) solat fardu lima waktu.1 Panduan ini menerangkan senarai rawatib bagi setiap waktu, mana yang muakkad dan ghairu muakkad, lafaz niat, cara mengerjakannya, serta hukum qada dan rawatib ketika musafir, mengikut mazhab Syafi‘e. Apa yang penting: Setiap lafaz niat disertakan dengan tulisan Arab, transliterasi
PANDUAN SOLAT TARAWIH (Niat, Cara, Doa Tarawih Rumi & PDF)
Panduan solat Tarawih ini menerangkan cara mengerjakannya di rumah secara langkah demi langkah, bermula daripada niat dan bilangan rakaat hingga doa selepas Tarawih (Doa Kamilin) dan Witir. Panduan untuk yang solat di masjid turut disediakan. Setiap bacaan disertakan teks Arab, transliterasi rumi, maksud dan audio. Hukum-hakam dijelaskan menurut Mazhab Syafi’e yang lazim diamalkan di Malaysia, termasuk panduan khas untuk wanita
NIAT & CARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI (Panduan Lengkap)
Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Sunat Aidilfitri. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Aidilfitri dengan betul secara langkah demi langkah. Apa yang penting: Setiap bacaan juga dipermudahkan dengan transliterasi RUMI dan AUDIO untuk membantu anda yang sukar atau tidak mahir membaca tulisan jawi atau arab. Tanpa membuang masa, mari kita ikuti panduan ini.
NIAT & CARA SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID
Bagaimana melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid? Panduan ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara langkah-demi-langkah dan boleh difahami oleh semua orang. Apa yang terbaik: Setiap bacaan juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab) Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..
NIAT & CARA SOLAT SUBUH (Panduan Asas Lengkap)
Bagaimana niat dan cara Solat Subuh? Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat fardu subuh secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang. Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah sehingga selesai — termasuk dengan doa solat. Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan transliterasi RUMI dan audio bagi membantu anda. Perhatian: Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf
Makmum Masbuk dan Muwafiq: Maksud, Beza dan Cara Solat yang Betul
Anda tiba di masjid ketika imam sudah rukuk. Perlukah terus masuk, atau tunggu imam bangun? Berapa rakaat pula yang perlu ditambah selepas imam memberi salam? Jawapannya bergantung pada satu perkara: sama ada anda makmum masbuk atau makmum muwafiq (juga disebut muafik). Apa yang penting: Makmum masbuk tidak sempat berdiri bersama imam cukup lama untuk membaca al-Fatihah, biasanya kerana datang lewat.
Niat & Cara Solat Jumaat (Panduan Makmum, Rumi)
Solat Jumaat merupakan satu kewajipan kepada setiap lelaki Muslim yang baligh, berakal, bermukim dan tiada uzur. Walaupun ditunaikan setiap minggu, masih ramai yang teragak-agak tentang perkara asasnya: lafaz niat solat Jumaat, bila perlu membaca al-Fatihah, dan apa yang perlu dibuat jika sampai lewat. Panduan ini menjawab semua itu dari sudut makmum, langkah demi langkah, lengkap dengan teks rumi, maksud dan
Cara Qada Solat: Niat, Waktu & Panduan Ganti Solat Fardu
Panduan ringkas dan lengkap cara qada solat lima waktu menurut Mazhab Syafi’e—termasuk niat, rakaat, waktu, tertib, taubat dan situasi khusus.
NIAT & CARA SOLAT ISTIKHARAH (Panduan Mudah & Doa Lengkap)
Panduan mudah Solat Istikharah dua rakaat dengan langkah bergambar, teks Arab sebenar, Rumi, audio, maksud doa dan cara memahami petunjuk tanpa mensyaratkan mimpi.
TATACARA SOLAT BERJEMAAH (Panduan Asas Lengkap)
Ini adalah panduan lengkap menunaikan solat berjemaah. Panduan ini disediakan secara tersusun untuk memudahkan anda belajar dan mengamalkan solat secara berjemaah dengan sempurna. Apa yang menarik: Panduan ini disertakan dengan gambar illustrasi untuk memudahkan pemahaman anda. Bahagian soal jawab (FAQ) berkaitan masalah solat berjemaah juga turut disediakan. Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat berjemaah dengan sempurna.
أَبْوَابُ الْعِبَادَةِ
Semua Bab Panduan
Teruskan pembacaan mengikut topik